Wednesday, December 30, 2009

~Oh, Encik Azam!

Setiap kali nak tukar calendar baru, tahun baru, mesti ada soalan tentang azam.

“Tercapaikah azam anda tahun ini?”

“Apakah azam anda tahun hadapan?”

Pendek kata, semua tentang AZAM.

Tak pernah pulak orang tanya apa AZAM aku. Tapi, aku dengan tak malu dan bermurah hati dan rajin serta dengan tersenyum simpulnya aku menaip:

AZAM02: Nak lepas PMR dengan jaya.

AZAM04: Nak lepas SPM dengan jaya.

AZAM06: Nak lepas Matriks dengan jaya.

AZAM09: Nak lepas Degree dengan jaya.


Oh, semua tuh tipu, azam aku tiap-tiap tahun bukan satu, bukan dua, tapi banyak azam yang aku pasang dalam hati tiap-tiap tahun. Aku tak rajin nak menaip azam, sebab nanti orang kata angan-angan taik ayam. Ahahha

Tapi, Selamat Tahun Baru 2010, Semoga tahun baru Masihi nih dan juga tahun baru Hijrah membawa kita semua ke satu tingkat lagi yang lebih dekat dengan-Nya, penuh dengan keceriaan dan kegumbiraan.

2009 dalam memori tak lama lagi, biar pergi semua duka, semua cerita sedih, semua cerita masin, pahit, mari kita panggil ceria dan gumbira.

Kepada Encik Azam, saya carry forward kamu ke tahun hadapan. Kesian kan? hahaha

Ps://Kepada ANA, classmate CS230 dulu yang dah nak bersalin tak lama lagi, ku doakan semua baik-baik sahaja.

Friday, December 18, 2009

Rumusan Karangan~

“Murid-murid, nanti saya mahu kamu semua buat rumusan karangan tentang apa yang kamu buat masa cuti sekolah nanti ye?”

Malam tadi perut aku hampir hendak meledak dek kerana keracunan kekenyangan yang teramat sangat. Puas letak minyak angin, tak jugak surut-surut kenyang tuh. Sejak cuti nih, perut aku makin meronta-ronta kelaparan. Selera makan sentiasa ada. Memang giler tak best. Badan aku pun dah makin berat. Boleh rasakan sendiri dan sudah tentu aku menimbang berat bagi mengesahkan ke’berat’anku. Daripada digit sa (4@5) sudah meningkat naik ke digit sa (7). Oh, sila jangan tanya apa digit puluhnya. Ahhaha

Dua hari lagi aku sudah mahu balik ke JB, dua hari lepas baru je balik dari Shah Alam. Uruskan hal berbangkit. Nak dijadikan rumusan, dalam perjalanan balik dari Shah Alam, aku satu bas dengan anak Wak Sarmin. Kawan sekolah rendah, sekolah menengah teknik, satu matriks, satu U. Masa aku naik bas tuh, terus nampak muka dia. Dia terus tegur, dan aku duduk sebelah dia. Ayat pertama dia, ”Kau dah berisi siyal.”. Mamat nih memang kalau cakap main lepas je. Mencarut bagai. Dia masih panggil aku anak Kapi, macam kecik-kecik sekolah rendah dulu. Sepanjang perjalanan aku dok borak ngan dia sampaila dah kering air tekak aku nih. 4 jam borak tak henti. Mana tak nya. Tapi, anak Wak Sarmin nih pun kata aku dah berisi, jadi kesahihan penimbang memang tak boleh dipertikaikan. Sudah terang lagi bersuluh. ahahha

Dulu, pernah aku uwar-uwarkan untuk buat Plan D atau nama panjangnya, Plan Diet. Tapi, malangnya tak berkesan. Makin kita ’plan’ makin lapar. Oh, betapa keciwa nya aku.
Ok, tutup la bab plan D nih. Buat rosak mood je. Muahahahahha ayat orang keciwa yang tak bertempat.

Ok, sebagai rumusan yang tak mahu dipanjang lebarkan, meh aku senaraikan perkara yang selalu kita buat bila cuti lama di rumah:

1. Tidur
Nih aktiviti yang berada di ranking pertama. Qada’ segala tidur yang terganggu masa belajar. Sampai naik jemu aku tidur.

2. Makan
Nih pun aktiviti yang aku paling ske. Sebut je apa menu. Semua aku dah makan. Keledek rebus, kari ayam pencen, lempeng, nasi lemak telur goreng, spaghetti, ayam masak lemak cili api, burger, jagung, mee goreng, yong tau fu, roti bakar sapu mentega dan jem strawberi, lodeh, ketupat. Fuhhh, terlebih sudah. Tapi, paling best adalah buah betik yang manis dan sejuk. Tak percaya? Meh nak tunjuk gambar nih.

Sejak 5 bulan yang lepas, setelah aku menaburkan biji betik yang telah dikeringkan, pokok betik ini tumbuh subur dekat belakang rumahku. Ada 6 pokok, tapi yang membuahkan buah betik cuma tiga pokok nih. Setiap kali balik rumah, aku akan tertunggu-tunggu bila la boleh merasa buah nih.




Nampak tak betapa terujanya aku bila dapat makan buah yang ditanam sendiri? Walhal aku tabur biji je, makcik aku yang siram hari-hari. ahhaha


3. Menonton TV

Aktiviti nih sangat best bila disertai ahli keluarga yang lain. Cerita bersiri seperti Nenek Kebaya TV3, Cinta Balqis, Blogger Boy Season 2, CSI, Chuck, The Nanny, Tom Jerry Tales, Mr Bean animated or Live in action, Melodi, Jangan Lupa Lirik 2, Kelab Pop, Ewah ewah, bla bla bla. mak aih…kepala aku dah diracun dengan hiburan semata-mata skang nih.


4. Ulang dari nombor 1 – 3
Jelas sekali, ini adalah benda ter”baik” untuk dilakukan cuti sekolah. Haahhaah Selain itu, boleh juga melancong, buat kenduri kahwin masa cuti sekolah, kerja sambilan dan macam-macam lagi la...ahhaa

Ps://Alangkah tak bestnya bila dah naik cuti.

”Eh, nih bukan rumusan. Nih karangan dah.”

Saturday, November 21, 2009

Sila Tunaikan Tag ~

Kata orang, kalau berhutang, cepat-cepat bayar. Kalau anda di TAG, cepat-cepat layan. Oleh kerana cik momo chan yang bermurah hati mengeTAG ku, aku layan kan secepatnya. hahaha cepat kan momo?

Tanda

1-tanda kamu badmood ?
Malas bercakap atau erti kata lain, orang tanya sepatah jawab setengah patah. ahhaa

2-tanda kamu marah??
Diam. Muka sudah melambangkan yang marah sudah berapi-api dalam hati.

3-tanda kamu marasa pelik?
Fakta: otak burung unta lebih kecil dari matanya...
Ke’pelik’an yg ku tunjuk: Ooo, ye ke?

4-Tanda2 kamu malu
Bila berbual, cepat-cepat tukar topik. Ahha

5-tanda2 kamu sedang cemburu
Takde tanda. hahaah

6-tanda2 kamu sedang sedih
Takde tanda laaa...sedar-sedar sudah menitis. ahaha

7-tanda2 kamu gembira
Ketawa kuat-kuat memang sangat best bila gumbira. muahaaha

APA?
1-Apa warna baju kamu pakai sekarang
Kuning langsat.

2-Apakah kamu termasuk dalam orang yang suka shopping?
Ikut mood dan ikut poket, kalau penuh ada la mood nak shopping.

3-Apa ingin kamu lakukan sekarang?
Rasa nak tido pula sekarang nih.

4-Apa rase di hati kamu sekarang?
Kosong. Tade pape perasaan.

BILA ?
1-bila pertama kali kamu dilahirkan di dunia?
5.34 petang, 20 Jun.

2-Bila saat terindah dalam hidup kamu?
Bila nyanyi lagu ”kenangan terindah” samsons

3-bila kali terakhir kamu dimarahi ibubapa
Eh bila eh? Lupa lupa. ahhaa

4-Bila kamu akan married?
Bila jodoh sudah sampai.

BAGAIMANA?
1-Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit ati?
Ikut mood.

2-Bagaimana jika ada orang cakap kamu lawa/hensem?
Ikut mood.

3-Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu?
Ikut mood.

4-Bagaimana jika ada orang tidak sukakan kamu
Biarlah...tak semua orang akan ske kat kita.

5-Bagaimana jika kamu bangun tido, kamu di kelilingi api?
Ikut mood (sambung copy paste jawapan atas. Apa nih momo? Tag nih kurang seronok untuk dilayanlaa...nt aku tag kau balik eh. haha)

6-Bagaimana jika kamu keseorangan?
Ikut mood juga.

SIAPA?

Disebabkan keseronokan tag nih, Saya dengan ini mengeTAG
1- emaruko
2- che wan
3- mahirah
4- amatine
5- khairiah

semua list di atas adalah yang dah lama tak berupdate. Sila lah tunaikan tag ini. hahaa

Thursday, November 19, 2009

Apa itu R.I.N.D.U?~


Ini PENTING, 'baca' dulu gambar bawah nih. KLIK gambar untuk paparan lebih besar ;p


ps://tak sempat nak pasang kod js untuk magnify image, so korang klik je untuk paparan lebih besar dekat tab lain.


*****************************************

untuk maklumat lanjut, klik saya

Korang,...masihkah kau ingat?


kami punya cerita kegemaran berjudul "KAMI"

hero pujaan amatine dan emaruko, ohoho


hero kegemaran amatin dan emaruko juga. ekekekek
kiut & swit kan gambar kita? sebab ada seseorang yang tak puas hati gambar dia takde di atas, aku layankan je.



"Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama"

<< entry KAMI yang lalu

Monday, November 9, 2009

~Jodoh Kuat

Tau tak apa makna jodoh?

Mengikut kamus suka-sukaku, jodoh adalah “sesuatu yang telah ditakdirkan untuk kita”. Wah, ayat aku, kemain geli sampai ke buku lali.

Tuh definisi jodoh ikut rummetku, Mimah. Dia tengah sebok termenung, aku tetiba je tanya dia, “Eh makcik, jodoh tuh apa?”

Maka datanglah makna jodoh mengikut firasat rummetku nih. Mengikut firasatku, jodoh nih ibarat rezeki. Rezeki pulak boleh aku ibaratkan macam jambu batu. Ok, jangan pelik. Aku bagi satu contoh eh:

“Tersebutlah alkisah seplastik jambu batu yang dijual di sebuah koperasi di sebuah kolej di sebuah uni. Berapa banyak sebuah daaa. Oleh kerana buah jambu itu disimpan di dalam peti sejuk, juga mempunyai perisa garam yang jika ditambah ke dalam jambu batu yang sejuk itu amat amat lah sedap rasanya. Diulangi, amat amat lah best rasanya.”

Tiba-tiba satu hari, ada seseorang mengidam nak makan jambu batu yang dijual di koperasi tersebut. Bila dia pergi, jambu batu tuh sudah habis dijual. Apakah ayat normal yang selalu kita cakap, bila berlaku situasi camnih?

“Takpelah, tak de rezeki la tuh. Esok mungkin adalah jambu tuh.”

Aku rasa aku dah terpengaruh dengan rancangan SPONTAN yang ditayang dekat Astro warna, dan boleh ditonton secara percuma di yutiub. Aku nak main “tukar cerita”. Cerita tentang REZEKI tadi, aku nak tukar dengan cerita JODOH.

Meh kita copy paste ayat di atas.

“Tersebutlah alkisah seplastik jambu batu orang lelaki jambu yang dijual bekerja di sebuah koperasi di sebuah kolej di sebuah uni. Berapa banyak sebuah daaa. Oleh kerana buah jambu itu disimpan di dalam peti sejuk lelaki jambu itu sangat lah cool orangnya, juga mempunyai perisa garam senyuman manis yang jika ditambah ke dalam jambu batu lelaki jambu yang sejuk cool itu amat amat lah sedap hensem rasanya. Diulangi, amat amat lah best rasanya.”

Tiba-tiba satu hari, ada seseorang mengidam nak makan jambu batu jumpa lelaki jambu yang dijual bekerja di koperasi tersebut. Bila dia pergi, jambu batu lelaki jambu tuh sudah habis dijual shift bekerja. Apakah ayat normal yang selalu kita cakap, bila berlaku situasi camnih?

“Takpelah, takde jodoh la tuh. Esok mungkin adalah lelaki jambu tuh.”

Nih ikut format SPONTAN. Sebab semuanya spontan. Diulangi spontan. Kespontanan semasa menaip mengikut firasat hati yang tak berapa betul. Ok, ok. Jangan lah secara spontan menyampah dengan aku. Aku straight to the point skang nih.

Dah lama rasanya tak membebel bercakap tentang benda yang geli-geli. Ok, straight to the point. Aku takkan membebel pasal definisi geli-geli pulak.

Sebenarnya, penat dah aku taip, tapi aku telah “select” dan “backspace”. Sebab aku rasa tak seswai untuk entry geli-geli di blog ku nih. Mungkin akan mendatangkan efek muntah-muntah apabila membaca ke, tuh aku tak gemar. Karang berbau pulak blog nih kan? Ahhaha

Ok, nak tepek gambar dekat sinih. Gambar nih diambil setelah penat memerah otak melukis diagram dalam exam software engineering hari tuh.

Nih dua orang good fren aku kat uni nih.

aku ske gambar kat atas nih. ahahha



Nih gambar adik aku dengan menggayakan tudung hadiah dari Shirin pada aku. Tudung nih aku pakai masa konvo. Oh ye, kredit baju masa konvo untuk akak aku.

Iqa: ”Eh, baju kau macam baju orang kawen la.”

Aku: ”Syyyh, nih baju nikah akak aku.”

Iqa: ”Gila kau, orang pakai buat nikah, kau pakai buat konvo.”

Aku: ”Dah tak de baju la kaaa.”


Ps://aku ske ayat nih. “Jodoh kau dengan dia kuat la tuh.”

Anda geli? tuh la definisi geli-geli. hahaha

Drama Sebabak ~

Cerita nih dah basi, kalau cerita nih diibaratkan macam kari ayam, dah membuak-buak bau busuknya, sebab sudah basi.

Tarikh: 21 Oktober 2009

Drama Sebabak I

Pagi tuh, jam di dinding tepat menunjukkan jam 6.30 pagi.

Abah: Pukul berapa ambik sijil tuh?

Aku: Kena masuk dewan dalam pukul 12 tghhari, ambik sijil tuh dalam pukul 1.30 kot.

Abah: Ahhh, lambat lagi. Kau nih pun, kelam kabut sangatttt. Nih baru pukul 6 setengah. Rileks 2 la dulu...

Jam di dashboard kereta tepat jam 7.35 pagi.

Abah : Kejap, abah singgah isi minyak dulu. Nanti kita berhenti makan asam pedas dekat Parit Jawa tepi traffic light tuh.

Aku : Pagi2 pukul 8 nih dah bukak ke bah ?

Abah : Dah...

Jam di dashboard kereta tepat jam 8.35 pagi, dua beranak ini meneruskan perjalanan lagi. Tiba di Shah Alam dari Batu Pahat tepat jam 11.17 pagi. Ok, baju jubah dekat kawan, pas masuk ibu bapa pun dekat kawan, semua orang tak masuk gate lagi, lepak dulu tepi tasik seksyen 7.

Drama Sebabak II

Sesiapa yang pernah ambik sijil dekat UiTM, dia akan tahu Adat & Istiadat Uni nih. Wah, istiadat sangat la kan? Disebabkan semua pelajar dari semua cawangan, (Johor, Perak, Melaka, Kelantan, bla bla bla) konvo di satu tempat yang sama, Shah Alam:

-Ibu dan bapa parking kereta di padang kawad, tunggu bas yang disediakan untuk ke Menara SAAS, naik bas dan balik juga begitu. Naik bas masa pergi ok lagi, bila balik, siyes macam tin sardin. Kesian giler kat mak abah yang dah tua-tua. Yang bawak sedara mara, nenek atuk. Naik bas?

Tapi bapak aku sangat rileks dan cool. Disebabkan keadaan fizikal Uni yang berbukit bukau, selekoh yang sangat tajam bagai pisau, bas nih selalu je belok kanan sampai rasa nak terbalik.

Abah: Nih kalau tak pandai bawak bas nih, mau tak lepas corner nih.

Aku hanya angguk-angguk. Mengiyakan kata-kata abah sebagai seorang pemandu bas. Tak tau la kata-kata tuh ’ayat cover’ ke apa.

Abah: Bagus jugak buat semua orang naik bas, kalau tak pening kepala nak cari tempat parking, nak cari tempat lagi, lagipun ramai nih, mana muat tempat nak parking.

Aku diam je. Aku terkilan satu je masa konvo nih. Abah tak dapat masuk dewan sebab dah penuh. Akhirnya, dia naik bas balik ke dataran kawad tadi dan tidur dalam kereta. Gambar aku dengan abah pun takde. Terngiang-ngiang pulak ayat dia.

Abah: Nasib la kau perempuan yan. Kalau kau lelaki, abah memang tak sanggup nak hantar. Abang Am dulu pun, ambik sijil sendiri. Mana abah pergi.

Tambah dengan ayat nih pulak.

Abah: Nasib abah balik tidur dalam kereta tadi. Kalau abah balik saing kau tadi, kau tengok bas nih. Uihh, penuh. Penat tuh kang.

Tambah lagi dengan ayat nih pulak.

Abah: Yan yan, nasib abah tido tadi. Kalau tak, penat nya nak bawak kereta nih. Memang nasib la abah dah tidur tadi.



....

.....

.........

Aku tak tahan la nak menaip entry nih. Jadi emo pulak rasanya. Tak berniat nak jadikan entry nih entry yang sungguh drama. Banyak nak cerita sebenarnya. Tapi, tak pe lah. Anggap je benda nih aku kongsikan supaya korang boleh ambik iktibar. Perasaan seorang ayah. Abah aku simple je. Aku tak rasa dia nak tengok aku naik pentas ambik sijil. Dia cuma nak anak-anak dia berjaya, tak lupa dia. Dan, ada lagi satu ayat:

“Abah kalau boleh nak anak abah duduk dekat Sarang Buaya. Duduk dengan abah.”

“Sapa bah?”

“Sapa-sapa la, kau ke, Awa ke...” Aku angguk-angguk je masa tuh.

Bla bla bla. Perbualan rahsia anak dan abah. Hahaha

Sebagai penutup Drama sebabak nih, meh aku tepek beberapa keping gambar.



Gambar nih aku edit dekat Photoshop dengan hanya 5 minit je. Eh, tipu tipu, 10 minit. Aku cut gambar aku dan gambar abah yang aku ambik dari kenduri kawen akak aku dekat Kedah. Even nampak fake, bolehla...hasil kerja 5 minit kan? Tapi, memang betul abah aku smart camtuh. Masa aku konvo, dia memang pakai kot camtuh. Kalau tak, takkan lah ayah Yah sampai tak kenal abah aku. Padahal sudah jumpa dekat 2 kali. Yah kata, ayah dia kata, ayah aku macam wakil rakyat. Tuh dia tak kenal masa tuh. Ahhaha Oh ye, kredit bunga untuk abang Am. Thanx sebab datang ye!!! eheheh




Aku ske gambar aku dengan Bali dalam gambar atas nih. Selalunya gambar yang nampakkan perut aku macam mengandung 5 bulan, aku akan cut dan seboleh-bolehnya edit, bagi menampakkan aku slim mlim. Tapi, gambar nih memang fresh dari ladang, aku namakan ”Gambar seorang isteri mengandung datang konvo suaminya”. Muahahahhaha gelak besar aku. Maaf ye Bali, aku pinjam gambar kau sebagai suami, dan gambarku sebagai isteri. Swit kan? Ahahha Euwww, geli pulak rasanya.

Thursday, October 15, 2009

Dialah Perempuan Itu~

Sementara menunggu mamee ”Sup Bunjut Pedas Terer” aku mendidih dalam rice cooker, dan mulutku laju mengunyah Cloud9, tanganku juga laju menaip ayat di atas keyboard nih.

Entah kenapa aku teringat cerita‘Akulah Perempuan Itu’. Cerita nih ditayangkan di TV3 10/10/09 pukul 10 malam. Bila tengok sinopsis cerita nih kat TV, aku tergerak hati nak tengok. Tapi, bila tengok pelakon perempuan dia, aku mula fikir dua tiga kali. Tapi, bila je baca nama pelakon lelaki, Zulhuzaimi, aku terus kata, “mesti tengok”. Ahahahah

Persoalannya, kenapa eh seseorang tuh mempengaruhi minat kita? Pada aku, kalau aku tak gemar dengan seseorang yang bernama S, dan kemudiannya aku ada seorang kawan baru yang bernama S juga, aku agak tak selesa memanggil kawan baru aku itu dengan nama ‘S’.

...


Takpe la, abaikan la S, Zulhuzaimi dan juga lain lain. Aku nak tukar topik pulak. Kita tukar pergi topik nih eh: Oh Azizah, Dialah Perempuan Itu.

Pagi sebelum aku tengok cerita Zulhuzaimi sampai tertidur tuh, aku pergi satu majlis akad nikah dan perkahwinan. Memang syok pergi majlis orang kahwin. Aktiviti tipikal adalah datang tengok pengantin, makan-makan, ambik gambar pastuh balik. Senang kan? Tapi, adalah sangat tak best kalau aktiviti tipikal bertukar melakukan aksi cuci pinggan, mangkuk, gelas, cawan, dulang, talam, piring, sudu, garfu, chopstik bla bla bla...ahahaha Siyes, penat! Tambah-tambah pulak sinki untuk membasuh pinggan yang direka di kampung tak ikut piawaian ketinggian. Terbongkok-bongkok aku membasuh mangkuk, gelas, cawan, dulang, talam, piring, sudu, garfu, chopstik bla bla bla. Tuh yang aku tak larat betul nak tengok cerita ’Akulah Perempuan Itu’ malam tuh. Isk, rugi pulak tak tau ending cerita tuh. Takpe, nanti aku tanya Encik Google yang Hensem.


Merujuk topik yang telah ditukar tadi, makcik aku yang bernama Azizah telah selamat diijabkabulkan 10 Oktober lalu. Makcik aku nih memang best. Anak bongsu nenek belah mak aku. Kira dah takde orang lain la nak dikahwinkan lepas dia nih. Hahaha Masa aku duduk umah nenek form 2 dulu, dia selalu gorengkan nugget, selalu jaga mak aku, jahitkan baju kurung sekolah dan baju raya untuk kitorang, siap bagi free lagi, hantar aku pergi sekolah masa aku dekat umah nenek, hantar aku pergi darjah khas, hantar aku pergi ambik result PMR, kira dia nih very the best la!

Masa hari makcik aku kahwin tuh, akak aku jadi Official Photographer untuk makcik aku dan juga sorang lagi kawannya, Ona. Penat cari gaya untuk pengantin posing, siap pegang majalah Pengantin untuk cari gaya yang seswai untuk ditiru. Semua gambar nih ambik dari Kuizikel.Com, klik saya.

tema hari tuh OREN. Ai Laikkkkkk!




Adik beradik belah mak aku, 13 orang semuanya, yang comel tersekat kat tengah-tengah tuh nenek aku.


Nih gambar dari kamera digital aku. Eh, sejak bila pulak jadik hak milik ’AKU’? ahahhaah Memang tak boleh lawan kamera DSLR Nikon tuh. Takpe takpe. Hahaha

Jadi, harap-harapnya, makcik aku dan pakcik baru aku, kekal bahagia sampai hujung usia. Amin.

Mi Maggie aku pun sudah menggelodak, aroma sup bunjut sudah menusuk-nusuk hidung, tangan pun dah ngantuk, mata pun dah nak tidur. Esok petang ada presentation proposal untuk thesis, slide pun tak prepare lagi. Minggu depan dah start study week, minggu depan gak la nak konvo, aissshhh, harap-harap aku makin rajin la eh. Ahahahah

The end of “Oh Azizah, Dialah Perempuan Itu”.

Ps:// Selamat Berjaya buat kau orang semua!

Monday, October 5, 2009

Rezeki RAYA~

Hari nih aku dapat 2 citer best. Tak mau citer panjang-panjang. Nak masuk kelas nih.

Tengok link bawah nih ye . Aku menang contest UNWANTED, (^_^)V untuk 'Hendak duit raya tambahan.? Kongsikan kisah raya anda.'

Klik Saya

Satu lagi citer best untukku hari nih, namaku tersenarai dalam "Senarai Nama yang Berjaya Menerima Biasiswa" untuk satu scholarship nih. Alhamdulillah, syukur sangat. Tapi, still tak dapat surat confirmation lagi. Detail tentang kena further study kat mana pun tak tau lagi. Hope boleh terus tinggal kat sinih. Dah sayang sket kat Uni baru nih. ahahah. Thanx tuk semua yang support hari tuh.

******************************************************************************

Ok, sudah habis kelas. Boleh sambung membebel.

Dalam minggu lepas, ada terbaca entry dekat blog unwanted nih. Selalunya aku akan ke blog nih untuk mendapatkan link citer Michael Scofield aku. Tapi, aku tertarik dengan entry dia yang pasal contest Hari RAYA nih:)


duit raya


Jadi, memandangkan entry RAYA aku sudah hampir menceceh mencecah angka 7, napa tak tambahkan je kan? Alang-alang entry RAYA dah banyak, aku tambah lagi SATU. Alhamdulillah, unwanted pilih entry tuh sebagai pemenang untuk contest dia!!! Memang tak sangka, dan tengkiu banyak banyak banyak untuk Encik Unwanted. Korang mesti pergi blog dia, sebab blog dia sangat kewl, banyak benda best. Meh klik sini.

Eh, aku dah puji belum Encik Unwanted nih? ahahhahaha Diulang: Encik Unwanted memang kewl, sangat bijak bercakap, sangat bijak menaip, bla bla bla ahahhaha sudah sudah. Kang kembang pulak hidung Encik Unwanted. Cukupla hidung aku kembang sorang!

Hari nih, aku gumbira buat kali keduanya sebab interview yang aku pergi bulan lepas, "yang buat aku tak hilang arah pergi Shah Alam, sekejap nak tumpang umah Dat, akhirnya tumpang umah Yah, prepare slide untuk Mock Teaching malam sebelum interview tuh, kasut nak pergi interview pun tade, baru pergi cari dengan Yah malam sebelum interview tuh..."

semua tuh Alhamdulillah berbaloi. Berbaloi-baloi. Sekarang nih, tengah tunggu surat dari TPM UiTM untuk tindakan seterusnya. Harap boleh terus sambung dekat Uni nih. Korang doa-doakan la eh...Aminnnnnn.

Ok, sebagai penutup bebelan petang nih, tengkiu buat semua yang wish aku "Good LUX" masa nak g interview tuh, korang yang support aku, Dat yang sediakan transportation tuk aku, dan terutama sekali : KHAIRIAH yang susah payah layan aku, susah payah teman aku pergi JJ Bukit Raja, sampai motor pancit kat stesen Petronas. Layan aku cari kasut kat JJ tuh. Jenuh jugak cari kasut yang boleh muat kaki 'comel' aku nih, dengar aku membebel, ambik dan hantar aku ke Seksyen 19, beli tiket balik ke JB di Seksyen 19 dalam hujan dan jammed yang teramat, sampai motor Yah pancit sebab tercucuk paku. ahhaha Yah, nanti kita makan sama-sama eh, jangan bagitau orang tau. Senyap-senyap je.

Ok, tak boleh gembira sangat. Banyak lagi test nak kena study. Hujung minggu makcikku kahwen, tak sabar rasanya nak jadi tukang ambik gambar plus orang yang ske menyebuk. ahahahha

ps://Encik Unwanted dan Yah, aku dah cakap "tengkiu" kan tadi? ahhaha

Friday, October 2, 2009

Aku Belum Gila~

“Bila kita tiada semangat untuk melakukan sesuatu, kita kena ada seswatuh yang menarik untuk dijadikan pembakar semangat.”

Tak paham? Isk isk isk. Meh aku bagi contoh:

Kalau malas nak pergi kerja, kita kena fikirkan seswatuh yang boleh menjadi pembakar semangat. Contohnya, bila pagi-pagi nak pergi kerja dan malas bangun, kita kena fikir yang indah-indah tentang kerja kita. Hari nih nak dapat gaji ke, hari nih bos takde dekat tempat kerja dan kita boleh berpoya-poya ke, hari nih kena usha budak praktikal yang baru masuk kerja. Kan indah-indah tuh??? Kan, kan, kan?

Bila je aku takde mood nak pergi ke kelas, aku akan terbayangkan ‘seseorang’ untuk mencipta keindahan yang boleh membuat aku tertarik-tarik untuk ke kelas pada tiap-tiap pagi. ‘Seseorang’ tuh biar aku bagi nama Encik X. Aku suka watak Encik X dalam kehidupan seharian aku nih. Nih serba sedikit profil Encik X:

Nama Penuh: Encik X bin Encik Y
Nama samaran: Encik X
Tinggi: 5 kaki 9 inci
Pakaian kegemaran: Baju hitam berbelang kuning
Kasut kegemaran: Kasut warna putih, bercorak tanda betul
Beg kegemaran: Hitam Kuning


Aku suka bayangkan Encik X nih bila malas nak ke kelas. Kiranya, bila aku amat dan sangat malas untuk ke kelas, alarm aku pun dah banyak kali bising suruh bangun dan mandi ke kelas, aku akan cakap macam nih dekat diri sendiri untuk sedapkan hati:

“Bangunlah wahai diri ini, nanti dekat kelas boleh jumpa Encik X. Kau suka kan? Boleh borak-borak dengan dia, boleh ajak dia duduk sebelah kau. Tapi, nanti mesti Cik Z dengan Encik Z yang selalu-buat-mata-aku-berbulu nak duduk sebelah kau. Ok, nanti kau kena pasang strategi, letak beg atas kerusi dan cakap kau dah copkan tempat orang lain sebelah kau. Biar Encik X dapat duduk sebelah kau. Eh, silap silap. Biar kau dapat duduk sebelah Encik X.

Tuh suara jahat yang berbisik dalam diri aku, tapi memang tak pernah aku praktikkan. Bila terfikir je akan jumpa Encik X yang sememangnya comel atau dalam erti kata lain, hensem-tapi-masih-mengekalkan-ke’kiut’an-pada-dirinya, aku akan jadi bersemangat. Selalunya, kita dengar orang cakap ’pencetus ilham’ kan? Pada aku Encik X nih ’pencetus semangat’. Ehehhe ok, aku belum gila lagi. Jangan takut.

Tak salah sebenarnya nak ’suka-suka’ jadikan ’seseorang’ orang yang kita ’suka’. Tapi, jangan terlebih ’suka’. Sekadar ’suka-suka’ je boleh lah. ’Suka’ takpe, jangan ’sayang’. Ahhaha pening kan ayat aku nih. Berbelit-belit. Jangan ingat aku gila eh. Aku belum gila lagi. Ada banyak spesies gila yang aku tahu. Gila-Mental yang sampai nak kena masuk Hospital Gila, Gila-Bayang, Gila-Talak, Gila-Menaip, Gila-Makan, Gila-Kentang, Gila-Gila, Gila-Kerja, Gila-Meroyan, bla bla bla. Dan, aku bukan spesies gila yang dimaksudkan tadi. Aku cuma orang gila ****** yang tak mahu mengaku dia gila. Muahahhahahahahahhah Aku tak gila la, tak gila....

Cerpen R.A.Y.A~


duit raya


Alkisah pada satu hari raya pertama,

Satu hari di Hari Raya –sila nyanyi ikut tempo M.Nasir yang betul ye...

Tepat jam 3 pagi, 1 Syawal 1430H, aku terbangun secara tiba-tiba. Ada satu benda dan rasa yang tidak sedap. Bagai ada seswatuh makhluk mahu keluar dari badan ini. Cepat-cepat aku terjun dari katil dua tingkat dan terus menuju ke bilik air. Uwekkk, segala ketupat, rendang, lodeh, semua habis aku muntahkan...

Tepat jam 6.20 pagi, jam locengku berbunyi hebat lagi kuat. Aku gagahkan diri untuk bangun. Kepala pusing. Mulut rasa mual. Satu suara menegurku:

”Kau nak pergi sembahyang raya tak nih?”

”Tak tau lagi, aku muntah-muntah malam tadi.”

....

”Adik, bangun!!! Raya nih...bangun, bangun!!Baju dah gosok belum? Tuh kuih raya belum isi lagi, cepat bangun! Mandi cepat!” suara akakku memecah hening di pagi raya.

Tepat jam 8.30 pagi, aku cepat mencapai telekung putih dan berteriak,

”Adik, berapa kali nak cakap, cepat sket. Orang semua dah siap, kau makan pulak. Lepas sembahyang la baru makan.”

”Adik lapar laa...kang sembahyang nanti, asyik ingat nak makan je...tak khusyuk.”

....

Tepat jam 8.36 pagi. Abang iparku sudah memanaskan enjin kereta vivanya. Adik aku tak muncul-muncul di pintu rumah. Akakku yang sudah mengambil tempat di dalam kereta sudah membebel.

”Kau pergi tengok adik kau tuh, apa yang lambat sangat nih? Nanti tak sempat nak sembahyang raya.”

”Aku dah tengok la tadi. Dia tengah pakai tudung.”

”Tengok sekali lagi. Dia nak pergi ke tak? Nanti macam tahun lepas, penat kita tunggu, tapi dia tak jadi pergi.”

”Iskkk, adik nih! Menyampah tau. Berapa kali entah orang nak bagitau soh cepat.”, sambil aku menarik muka masam dan berlalu masuk ke dalam rumah dan menjerit-jerit nama adikku.
....

Masjid Parit Yusof sudah penuh sesak. Ramai para jemaah lelaki lepak di kaki lima kerana tidak cukup ruang untuk sembahyang. Aku, akak dan adik terhegeh-hegeh menyarung telekung. Baru je nak betul-betulkan saf dan niat sembahyang raya dalam hati, tiba-tiba:

”Assalamualaikum warahmatullah.” Para jemaah perempuan sudah gerakkan kepala ke kanan. Aik, orang dah habis sembahyang dah??? Aku toleh kepala ke sebelah kanan. Akakku sudah mahu mengangkat takbir. Aku tanya dia, ”Eh, nak sembahyang apa nih?” Dia letakkan jari telunjuk ke mulut, ”Syyyyhhhh”.

Aku cepat-cepat pasang niat sembahyang sunat tahiyatul masjid. Imam tak tunggu kitorang, nih semua salah adik. Fullstop.

.............


Dua hari di hari raya,

Nenek dan para makcikku datang singgah beraya ke rumah. Awal-awal pagi lagi makcikku sudah hantar SMS. Seisi rumah sudah kelam kabut.

”Nak bagi diorang makan apa nih?” Tangan mencari-cari baki mee mentah yang belum digoreng. Masih banyak. Tanganku terus laju hantar SMS pada akakku yang beraya ke rumah kawannya di Batu Pahat.

”Eh, Cik Jah nak datang rumah nih. Nak bagi makan apa? Aku mintak makcik masak mee goreng je la eh.”

”Ko goreng je nugget ABC yang aku beli tadi. Goreng semua. Cakap dekat Cik Jah, datang la lambat sket. Aku baru je sampai Batu Pahat nih.”

Nenek bawa rombongan. Hampir 20 orang memenuhi ruang tamu. Seisi dapur kembali kelam kabut. Kakak iparku yang mengandung 8 bulan juga kelam kabut. Masa tuh jugak sebok cari pinggan untuk makan mee, sebok cari cawan lebih untuk jamah diorang. Abang aku pulak sebok layan makcik pakcikku dekat ruang tamu.

.....



Gambar lain aku malas nak letak, semua orang kata aku makin "kurus". ahahha klik saya.

Selepas itu, kami ikut rombongan nenek ke rumah makcik ku yang lain. Perutku kembali pulih dan boleh menerima makanan. Definisi raya untuk perutku baru bermula.

Tiga hari di Hari Raya

Aku mahu skip bahagian hari raya ketiga nih. Semua ahli rumah habiskan masa untuk tidur dan menonton TV. Adik dan akakku cirit birit dan muntah-muntah. Isk, bukan salah aku. Cirit birit dan muntah-muntah nih bukan penyakit berjangkit, ok.

Empat Hari di Hari Raya

Skip juga. Akakku dan suaminya sudah pulang ke Kedah.

Lima Hari di Hari Raya

Skip juga. Aku habiskan masa tengok TV dan mengajar dua orang adikku subjek Matematik. Yang sorang ambik PMR, sorang lagi SPM. Aku juga leka dengan sajian Rumah Terbuka AF, Jangan Lupa Lirik Raya bla bla bla...

Enam Hari di Hari Raya

Sebelah pagi aku habiskan masa untuk tidur. Perutku kembali meragam. Adikku menangis kerana aku menjadi cikgu Matematik yang garang. PMR dia lagi 2 minggu, tapi, soalan algebra yang mudah dia tak dapat nak selesaikan. Ada ke 2x + x = 2x2 ?

4 orang rakan datang bertandang ke rumahku malam itu. Berborak kisah lama yang sememangnya jadi hobi dan tabiat bila berjumpa. Ulang la berapa banyak kali pun, cerita zaman dulu-dulu tetap tak jemu dijadikan bahan berbual.

Tujuh Hari di Hari Raya

Aku jadi cikgu lagi. Kali ini aku guna strategi yang lebih lembut kepada adikku yang akan ambil PMR tak lama lagi.

2x + x2 = 3x2 ???? isk isk isk. Adik, nasib akak kau nih penyabar orangnya. Akak kau nih siap beri contoh TV sebagai unknown dalam algebra.

”Kalau kau ada 2 TV 24 inci, lepas tuh ada orang bagi kau 1 lagi TV 15 inci. Kau tak boleh kata, kau ada 3 TV 24 inci. Kau tetap kena cakap, kau ada 2 TV 24 inci, 1 TV 15 inci. Faham tak dik?”

Lapan Hari di Hari Raya

Aku seperti mahu menangis. Bukan kerana rancangan raya di TV yang sedih, tapi sedih sebab tiba-tiba sudah masuk hari ke-8 dalam bulan Syawal. Tiket balik ke JB pukul 4.30 petang. Tugasan yang diberi, satu helai pun tak bersentuh. Memang cari nahas. Nih semua raya punya pasal. Sebab raya lah, kerja aku tak siap!!! Ya, manusia aku memang suka mencari alasan. Salahkan semua benda. Sampai sakit perut pun salah kan makanan. Walhal diri sendiri yang tak berjaga-jaga dalam pemakanan. Isk isk isk. Istighfar lagi bagus. Membebel je aku nih. Fullstop.

Sunday, September 27, 2009

Raya Raya Raya ~!!!

Bila diiimbas-imbas, entryku berkaitan Hari Raya (1, 2, 3, 4, 5) lebih banyak dari entry Hari Lahir (1). Kakakku pun sudah post 4 entry hari raya, tak larat nak letak link kat semua entry dia, tapi nih salah satunya. Klik saya. Ada apa dengan Hari Raya kalau dibandingkan dengan Hari Lahir? Berdasarkan kajian suka-suka-tanya-diri-sendiri, ini yang ku dapat:

1) Hari Raya dirayakan oleh semua umat Islam di Malaysia pada hari yang sama, tapi kebarangkalian untuk kita sambut Hari Lahir pada hari yang sama dengan orang lain cuma 24.98%. Jangan tanya mana aku dapat fakta nih, sah-sah fakta nih auta.

2) Lagu untuk Hari Raya sahaja sudah menjangkau ratusan buah lagu, Balik Kampung, Suasana Hari Raya, Dari Jauh Kupohon Maaf, Sesuci Lebaran, bla bla bla… Dato’ Siti Nurhaliza sahaja sudah mempunyai 48 buah lagu untuk lagu raya. Gila banyak lagu raya dia. Fakta yang nih boleh buat aku kembangkan hidung dengan bangga, sebab nih fakta yang bukan auta, aku tengok “Jangan Lupa Lirik Raya Raya Raya” baru-baru nih. Ahhaha Lagu untuk Hari Lahir, aku cuma tahu 2 buah je. Selamat Hari Jadi dengan Allah Selamatkan Kamu.

3) Kalau Hari Raya, sudah tentu kita balik ke kampung, pulang ke rumah nenek atuk, ayah bonda. Kalau Hari Lahir, takkan la nak balik kampung jugak kan? Lain la kalau Hari Lahir korang sama dengan Hari Raya. Nampak sangat la, Hari Lahir nih kurang sket special kalau nak dibandingkan dengan Hari Raya.



4) Kalau kita nak mintak cuti Hari Raya lebih dengan bos, tentu bos boleh pertimbangkan. Tapi, kalau :
”Bos, saya nak mintak cuti esok sebab esok hari jadi ayah saya.” Mesti bos korang fikir seploh kali nak luluskan cuti. Betul tak bos?

5) Hari Raya sinonim dengan duit raya. Hari Lahir sinonim dengan hadiah. Tak nampak lagi bezanya ? Isk Isk Isk. Meh aku yang tak berapa hebat nih terangkan. Kalau Hari Raya, orang akan bagi duit raya. Disebabkan aku memegang status : MASIH BELAJAR, banyak jugak income yang aku dapat tahun nih. Bolehlah topap balik duit beli baju raya, beli kasut raya. Kalau Hari Lahir, jarang sangat orang nak bagi hadiah kat aku. Sebab status : DAH TUA BESAR lekat dekat dahi nih.

6) Hari Raya ada kuih raya. Sehari sebelum Hari Raya, aku, kuizikel, dan dua orang lagi adikku, dari pagi hingga ke malam bertungkus lumus membuat kuih raya. Bunyi macam gempak kan? Walhal buat kuih ”cornflakes madu” dengan ”mini popia lembu” je. Resepi cornflakes tanya pada pada Encik Google. Paling mencabar tenaga berpuasa adalah mini popia. Gulung punya gulung, ikat punya ikat, sepeket popia pun tak habis lagi. Dari pagi ke petang, dok gulung je kerjanya. Jenuh tapi tuh la pengalaman buat kuih raya yang pertama setelah beberapa tahun membuat kuih tunjuk di kedai. Kalau Hari Lahir, mustahil aqli aku nak buat kek hari lahir sendiri. Ahhaha

7) Menariknya Hari Raya nih, puasa turun 3 kilo, raya tambah 4 kilo. Korang kira je la sendiri berapa kadar peratusan kilo nya. Malas cerita bab nih, tak best. Ahahah Lagi satu part yang tak bestnya, aku sakit perut pada Malam Raya. Terbangun pukul 3 pagi, pergi toilet, uwek sana uwek sini, buang sana, buang sini. Esoknya, aku kuatkan jugak semangat nak pergi sembahyang raya. Sudahnya, seperti tahun-tahun sebelum nih, kamilah orang paling lambat masuk masjid. Tapi, tahun nih paling dahsyat. Baru nak cepat-cepat ikut saf, tengok jemaah lain dah nak beri salam. Gelakkan diri sendiri yang selalu lambat bila tiba nak sembahyang raya. Bukan main punya tak sabar nak makan ketupat nenek, tapi disebabkan perut yang tak berapa sihat, tak berani sangat nak sentuh. Aku makan sebijik je ketupat nenek. Ah, rugi, rugi...

8) Hari Raya ada Baju Raya, Kasut Raya. Hehehe Dua hari sebelum raya baru sebuk nak cari baju raya kat kedai. Lepas tuh, dok komplen baju tak cantik, saiz tak ada. Ahahha Hari Lahir, ada Baju Lahir tak eh?

9) Hari Raya kita berkunjung ke rumah sanak saudara, rakan taulan. Untuk rakan taulan yang berkunjung ke rumahku, terima kasih kuucapkan. Walaupun kereta rakanku buat hal di tengah-tengah bandar, dan rumahku di tengah-tengah Sarang Buaya, sanggup juga mereka meredah untuk sampai ke rumahku. Tahniah-tahniah! Untuk Fara yang balik awal, kau rugi tak dapat tengok aksi 3-orang-lelaki-terhebat-Malaya-dengan-berbaju-melayu-dan-bersongkok menolak kereta dalam hujan yang renyai-renyai pada larut malam 6 Syawal. Haris, Apo dan Ajab, mintak maap la sebab aku tergelak kuat sangat masa tengah taip entry nih. Ahaha

10) Hari Raya sinonim dengan “Maaf Zahir Batin”. Hari Lahir pulak bukan hari yang biasa kita mintak maaf, kan kan kan ?

Yang bestnya, tahun nih akan bertambahlah seorang lagi anak sedaraku. Nampak tak mak duyung buyung-bertudung-biru dalam gambar bawah nih? Moga-moga casainee melahirkan anak dengan selamat dan sihat sejahtera hendaknya.




Ada satu lagi aksi di Hari Raya yang membuatkan aku gelak besar ketika menaip entry nih. Dengan baju berbelang biru yang menutupi perut, tambah pulak dengan gaya photographer-yang-sangat-teruja-mengambil-gambar, buat aku tergelak kecil. Perhatian: ini bukan perut mak-buyung-bertudung-biru yang di uwar-uwarkan sebelum nih ye. Ini gambar yang bakal korang jumpa dalam Buku Rekod Malaysia 2009 dalam kategori Lelaki-Biru-Mengandung-4-bulan! Mintak maaf ye abang Am, aku kena jugak letak gambar nih kat sinih untuk menunjukkan bakat abangku sejak kecil yang terpendam nih. Bakat nih cuma boleh dilakukan ketika Hari Raya, Hari Lahir dia tak pernah pulak cuba. Ahahhaah


Besarkan saiz udara di dalam nya? Cuba korang besarkan perut korang. Cuma orang ada bakat je boleh buat nih. hahahah


Pendek kata, entry nih nak membuktikan betapa rasional nya aku punya entry untuk Hari Raya yang melebih dan melimpah banyaknya. Berdasarkan 10 fakta yang diberi, rasional kan?


Ps://kepada sesiapa yang dah kucing berjanggut tak update blog, sila lah hapdet ye. Emaruko, Farahana, G-jie, Aalyaa, Mahirah, Dat, Momo Chan, Amatine Noor,Fazyla, Khairiah...sila la eh...

Tuesday, September 15, 2009

~Dari Jauh Ku Pohon Maaf

♪♫ Jemur mengkuang di tengah laman, siang berpanas malam berembun
Syawal yang indah sudah menjelang, jauh dan dekat datang berhimpun…


Nama Pengirim: Miss X

Lokasi Pengirim:
Colorado State University

Ucapan: Salam Aidilfitri terutamanya kepada Abah di kampung, nantikan kepulangan anakanda. Chewahhh, anakanda tuh… jap jap ada lagi nih…

Tangan dihulur jari disusun, salah dan silap harap diampun (^()^)

Buat Abang Am, Kak Ainee, Kak Ana, Abang Amir, Awa, Adik, Husna, Aimi, Makcik: Selamat Hari Raya, jangan lupa duit raya untukku. ahhaha

Buat rakan CS230,

Emaruko, Dat, Ana, Iqa, Mahirah, Aalyaa, Azeala, Fazyla, Azima, Izzaidah, : sangat mintak maap, kalau ada tersalah bahasa, terngumpat, terngata, terkutuk, aku tau aku banyak buat salah kat korang, halalkan makan minum aku, eh? Serius, aku rindu nak borak-borak kosong dengan korang semua!!!

Cik Wan, Azuan, Ekang, Fahmi, Luffi, Duan: sorry banyak-banyak, selalu terkutuk korang, eh, dah tiga tahun kan kita kenal???

Buat rakan Teratai:

Yah, Amatine, Naimah, Ida, Ita, Ramlah: sepanjang duduk sama-sama satu bilik, sorry sangat kalau korang terkecik hati, halal makan minum semua eh...!!! Yah, Atin, rindu nak gosip dan ketawa kuat-kuat dengan kamu!!!

Buat rakan Infos:

Miera momo, Chuna, Liya, Kak Zuli: Even kita kenal sekejap je, tapi semua salah silap mintak ampun eh? Sepanjang kita tidur sekatil sama-sama, terima kasih banyak-banyak sebab korang terpaksa korbankan space katil untuk aku yg besar gedabak nih. Aku rindu nak nyanyi sama-sama dengan korang, sambil gelak dan jerit kuat-kuat!!!

Buat rakan lain, walaupun nama tak disebut, aku tetap ingat kat korang, aku cuma manusia biasa yang tak pernah lepas dari kesalahan, MINTAK AMPUN DAN MAAP, Raya nanti jemput datang rumahku di Sarang Buaya, Batu Pahat, Johor. Aku akhiri entry ini dengan beberapa rangkap pantun:


Crocodile Hunter nyekeli boyo,
Endas singo tugu singopuro,
Aku sekeluargo ucapne selamat hari royo,
Keluputan seng akeh-akeh dingapuro.

Godong kupat janor kelopo,
Mangan jenang karo silo,
Baju royo mu werno opo?
Ojo madani langsir kulo

Baju ne kuning sampen ne ijo,
Sarapan gemblong tutul le koyo,
Seng okeh eleng nyowo,
Ati-ati nek dewek’an dolan royo.

Ketemu meneh, yo.


ps://Sapa tak paham makna nih, sila bukak kamus jawa, ahahha Dengan ucapan ini, ibarat macam lebih 20 kad raya aku dah pos. Jimat duit beli kad raya, dakwat pen, setem, dan tak lupa juga jimat daripada upah adik aku, ahahha ♥

Monday, September 14, 2009

Salam Dunia!

Perhatian: Entry kali ini terlalu panjang dan bebelan berjela-jela. Kalau rasa tak mahu baca, silakan. Ini adalah amaran supaya anda berjaga-jaga dengan bebelan yang terlampau panjang dan berjela ini. Kalau ingin rasa 'muak', sila teruskan pembacaan anda. Kepada sesiapa yang sukar untuk melelapkan mata, entry ini sangat sesuai untuk dijadikan bedtime story, kerana akan mengantuk ketika membacanya. Ingat, ini adalah amaran!

.....

........

............

Rasa nak melonjak dan melompat tinggi-tinggi je skang nih. Rasa nak benam kepala bawah bantal lepas tuh jerit kuat-kuat! Rasa nak makan banyak-banyak sampai perut boleh jadi senak! Rasa nak lari keliling padang sambil bukak kasut. Rasa nak ketuk kepala sendiri guna pensel. Ok, aku sudah mengarut. Sekarang nih kepala dah mereng sket.

Bila dengar lagu raya dekat radio, rasa macam nak cepat-cepat balik kampung! Biarlah sewaktu dengar lagu ”Sudirman-Balik Kampung” berada dalam bas ekspress sekalipun, aku tetap akan berangan berada dalam kereta, keliling penuh sawah menghijau, pastuh celah-celah sawah akan keluar petani yang akan menyanyi sekali lagu tuh...wah, terlebih sudah! Ahahaha

Hari nih, kawan aku bangkitkan soal kad raya. Dia kata, dia mahu kejut aku bangun sahur, dengan itu meninggalkan panggilan dengan secepat mungkin, agar aku tak sempat nak tekan punat ’Answer’. Ceh, padahal mahu taip ’meninggalkan misscall’. Saja nak taip panjang-panjang. Hahaha Oh, terlupa. Tajuk entry nih ’Salam Dunia’ kerana masa nih aku tengah dengar radio, lagu M.Nasir, Salam Dunia. Nak aku nyanyi sket ke? Ahhaha

Eh, sudah terrrr mengarut tiga perenggan. Tujuan sebenar tak tulis lagi. Ok ok, terus ke tujuan utama. Kad Raya. Ada apa dengan Kad Raya? Dah mula nak mengarut lagi nih. Haahaha Kawan-yang-membuat-panggilan-yang-tak-dijawab kata dia teringat kat aku, sebab skang nih atau lebih tepat lagi pukul 3.21 pagi nih, dia tengah nak tulis kad raya, tapi tak de idea. Kesinambungannya, dia bongkar balik khazanah dulu-dulu, dan terjumpa surat yang aku bagi kat dia dulu-dulu. Hohoho Aku pun bongkar balik ingatan dulu-dulu, dan nasib baik surat yang dimaksudkan bukan surat cinta. Aku sendiri pun sudah lupa apa yang aku tulis masa zaman kecil dan comel itu. Yang penting, aku memang suka mengarut, lepas tuh, baru sedar terlebih emosi, tapi apakan daya, bila aku dikurniakan kesedaran, surat tuh pulak sudah dimasukkan ke dalam tong berwarna merah POS Malaysia.

Kalau masa sekolah dulu, bila dengar je enjin motor abang posmen, aku terus jenguk kat celah tingkap. Bila je nampak motor warna merah dan penunggangnya berbaju biru cair, hati ku mula berbunga-bunga. Tak sabar nak tengok kad raya tuh nama sapa. Tapi, selalunya, hati aku yang berbunga ros terus je tukar jadi hati bunga taik ayam. Sebab semua kad raya tuh nama akak aku. Tak pun surat pinjaman JPA abangku. Hampeh betul! Muahahaha

Masa tingkatan 4 kalau tak silap, aku siap print lirik lagu Anuar-Elina-Suasana Hari Raya. Aku siap dengar lagu tuh satu-satu, pastuh taip lirik dia satu-satu guna desktop akak aku masa tuh. Aku print kecik-kecik, kira satu kertas A4 boleh dapat 8 lirik lagu. Dekat bawah lirik tuh, aku siap taip: ps//kalau korang dengar lagu nih kat radio, ingat-ingat kat aku eh? Ehhehe

Mesti korang yang dapat kad raya aku masa tuh terharu kan? Betapa susahnya proses untuk aku menghantar kad raya kepada korang masa tuh. Dan, mesti korang menyesal, sebab entah ke mana korang letak kad raya yang aku bagi dulu kan? Kan? Kan? Tuh belum citer lagi proses nak beli setem, lekatkan setem, proses hantar masuk tong pos warna merah. Siap kirim adik aku yang selalu ditugaskan membeli santan kelapa dekat sebelah kedai Ah Hong. Upah dia 20 sen. Kadang-kadang, kalau dia buat muka, aku kena tambah upah jadi 50 sen. Ahahha gila demand adik aku masa tuh!

Tapi proses tuh tak boleh lawan proses akak aku. Siap buat kad raya sendiri. Beli kertas warna hitam, pen dakwat silver&gold, pastuh siap gunting majalah Ujang atau Gila-Gila. Gam satu satu, pastuh tulis satu-satu. Gila semangat akak aku masa tuh, memang patut pun dia dapat kad raya melampau-lampau banyaknya. Ayat masih lagi berbaur nada kecemburuan terhadap kuantiti kad raya yang akakku dapat. ahahha

Sekarang nih, jangan kata 5 keping kad raya, sekeping pun susah gila nak dapat. Ehem ehem, sapa yang ada alamat rumah aku tuh, paham-paham la eh. Aku bagi hint soh pos kad raya ke rumah aku nih.

Bila musim kad raya dah tak glemer, aku paling suka bila bunyi mesej masuk bertalu-talu dalam hp aku. Masa tuh la, kawan yang dah setahun tak dengar khabar berita, tiba-tiba je SMS. Nombor yang tak dikenali selalu je miskol. Rasa ramai peminat plak kalau tiba malam raya. Yang dah tekad mahu hantar kad raya ke rumahku, jangan tukar niat mahu hantar SMS je plak eh..ahaha

Ok, aku sudah terlebih membebel. Sangat banyak bebelanku kali ini. Aku kena berhenti nih. Selamat Hari Raya, Kawan-Kawan!!! Salam Dunia, Salam Semua!!! Pandu Cermat Jiwa Selamat, Pemandu Bas Ekspress, Sila Pandu dengan Berkhemah ! Jangan Main Meriam, Main Mercun Boleh. Pada Abah, keluarga, atuk nenek, pakcik makcik, di Johor, Malaysia, tunggu kepulanganku (gaya macam duduk oversea je). Raya Jemput ke Rumahku, Duit Raya boleh mintak dekat Abangku. Akak, Akak Ipo dan Abang Ipo aku pun korang boleh mintak sekali nanti. Penjual Baju Raya di Parit Yusof, tolong bagi diskaun banyak-banyak sket. Aku mahu serbu balik nanti. Penjual Kasut, tolong simpankan stok kasut yang chantek chantek saiz 8 & 9. Nenek dan Atuk, masak sedap-sedap raya nanti. Perut nih tak sabar nak isi ketupat rendang semua tuh. Terakhir sekali, Prof. X, tolong bagi soalan senang-senang untuk mid term exam esok petang!!!

Selamat mengangkat jari dari keyboard dan memaksa jari ini untuk tidak terus membuat ucapan yang mengarut lagi karut, tepat jam 7.22 am, Isnin, 24 Ramadhan 1430H. Huh, lega. Sudah boleh sambung tidur sekarang.

Saturday, September 12, 2009

Lipatan Baru Bahagian Dua

Oh, rasanya dah lama aku tak mengambil gambar. Sejak program dekat Melaka hari tuh, tak ada sekeping pun gambar baru dalam memori kameraku. Kesinambungannya, tak ada gambar yang boleh ditepek di sini. Sudah 3 entry aku tidak bergambar. Takpe la, kengkadang ada benda yang gambar tak boleh nak cerita. So, kaedah conventional dan tulisan amat perlu ketika ada-benda-yg-gambar-tak-boleh-terangkan.eheheh

Selalunya, bila ada gambar, baru la ada perasaan rajin nak update blog. Ye tak? Sekarang nih, aku suka baca blog orang lain dari update blog sendiri. Pastuh sebuk mengomen napa ramai list kawan-kawan aku tak ber’update’ walhal blog sendiri tak ber’update’. Ibarat pepatah, ’sebuk sangat jaga tepi kain orang lain, tepi kain sendiri tak terjaga’. Hahaha

Pagi nih, bila pergi melawat blog cik Wan, dan ternampak pulak link blog aku tertulis: ”5 weeks ago”. Terus cepat-cepat sepantas kilat aku tengok folder ’pictures’ dalam hp. Ok, aku ada gambar untuk entry nih. Macam bangga giler sebab ada gambar dalam hp, sampai nak kembangkan hidung dua kali ganda dari saiz asal. Ahahha



Walaupun, aku duduk di bahagian selatan, dan kat sinih pun bahagian selatan jugak, tapi memang tak pernah dengar ”Nasi Ayam Penyek”. Ejaan dia nih pun tak tau mana satu betul, kengkadang nampak kat kedai camnih eja dia: ”Nasi Ayam Penyit” ahhaha rasanya, asal usul makanan nih dari Indonesia, tapi amat popular dekat bahagian selatan yang amat selatan nih. Rasa dia sangat pedas, dan nasi dia amat banyak. Perut yang ’slim’ nih tak mampu nak sumbat semua nasi tuh. .... Terasa nak gelak sendiri bila taip perkataan ’slim’ tuh. Rasa macam menipu di bulan puasa. Ahhahah Oh ye, rummet aku (gambar sebelah kanan) orang terengganu, peramah dan tak sombong. Ceh, tiba-tiba puji dia nih. hahahha gambar nih rasanya sudah berusia 2 bulan dalam hp ku.



Sebulan yang lepas, aku pergi berjalan-jalan ke Shah Alam. Dah takde tempat lain gaknya nak shopping kat sinih, ke Jusco Bukit Raja jugak tujuan utama. Gambar beg banyak-banyak tuh, tempat Yah (rummet lamaku) kerja dekat Plaza Alam Sentral (PAS). Depan Hot Market, sapa-sapa nak ngurat Yah beli beg, sila datang ke kedai itu selagi Yah belum berhenti kerja. Eh, apasal aku asyik lakukan kerja puji dan promot nih? Oh, bulan puasa, tak baik pulak nak kutuk-kutuk. Ahahha Gambar ini berusia sebulan dari tarikh masa entry ini ditaip.



Gambar Yah dalam frame tuh bukan edit dekat Kedai Photo macam Cik Wan selalu lakukan dengan rambutnya, tukar rambut jadi kaler mat salleh, pastuh ngaku buat kat salon. Eh eh, terkutuk pulak kali ini. Ahahha aku buat strike la, kira macam padam atas kertas dan tarik balik kutukan itu. Ok ok, berbalik pada gambar dalam frame tuh, tuh ambik dekat kedai seramik dekat PAS jugak. Korang boleh pergi dekat tingkat atas sekali dekat dengan foodcourt dan juga surau. Frame tuh pun siap ada tanda harga lagi. RM1.00 je. Hahaha Oh ye, nampak tak gambar nasi dekat kiri tuh? Tuh Pak Iran bagi dekat aku. Eheheh Bangga buat kali keduanya. Saiz kembangan pula hampir tiga kali ganda. Muahahahha gelak besar pulak kali nih.

Menurut kata kawan Iran aku nih, nasi dalam gambar tuh adalah nasi tradisional negara Iran. Nasi tuh dikukus dengan sayur yang dikeringkan selama seminggu. Rasa pelik sikit, tapi hentam je la. Pak Iran tuh bagi untuk berbuka. Nasib aku beli jugak makanan lain waktu tuh, sebab lidah tak berapa ngam dengan nasi tuh. Rummet aku pun rasa jugak tapi memang tak kena sangat dengan lidah Malaysia nih. Ahahha

Ok, mahu sambung bacaan untuk mid term exam Selasa nih. Bak kata rummetku, perjuangan terakhir sebelum balik bercuti! ahhaha

Ps://tak sabar nak balik kampung...! nak raya!!!

Sunday, August 2, 2009

Aku Bukan Superman~

Ya. Memang aku bukan superman. Juga bukan suparman. ahahha

Dalam kebosanan di satu hari, alkisahnya, aku mendengar satu lagu di radio yang memang mencuit hati. Tajuk lagu: Aku Bukan Superman ~ The Lucky Laki. DJ radio tuh kata nih anak-anak Ahmad Dhani. Tapi, tak tau la...


pic credit to: http://2.bp.blogspot.com


Nih aku tepek lirik dia.

Reff:
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Repeat Reff

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga

Repeat Reff

Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji ’tuk tidak lagi
Menangis karena cinta

Repeat Reff [3x]

Dari lirik lagu nih, aku terpk. Kenapa dikaitkan dengan superman? sebab tak nanges???
Batman ke, Keluang Man ke, Spider Man, semua tuh nanges ke? atau tak cukup hebat untuk diletakkan di dalam lirik? ehehehe takpe takpe, yg penting aku suka lagu nih.

ps: mungkin sebab budak-budak yang nyanyi, lagu nih kiut je kot..ahaha

Donlot di sinih

Saturday, August 1, 2009

Lipatan Baru Bahagian Satu~

Sebenarnya, tujuan aku adalah untuk mencurahkan idea untuk menyiapkan tugasan di Microsoft Word. Tapi, akhirnya, tangan aku gatal untuk menaip benda lain. Ahahah Kegatalan aku sangat tersalah, sehingga jari yang semakin gemuk ini menari-nari dengan lajunya di atas keyboard laptopku yang sudah tua ini.

Mata aku menjeling di tepi toolbar laptop mudaku ini, dan jam menunjukkan tepat jam 9.39 pm. “Introduction untuk report wireshark, failed WEP Authentication, programming untuk line attributes n property, circle dan ellipse, tajuk thesis, cari dan baca journal, cari info pasal AUV, buat usecase, kaji database utk website dell”. Semua list-to-do yang disenaraikan entah ke mana, kepalaku pusing. Semua tuh perlu disiapkan secepat mungkin, secepat yang boleh kerana due date adalah minggu hadapan. Jariku nih semakin pantas menaip.

Sebenarnya, tak tahu apa tujuan jariku ini menaip di sini. Mungkin kebosanan, roommate ku sudah bertolak ke Melaka pagi tadi. Ada ‘Family Day’ anjuran tempat lama dia bekerja. Internet tiada di bilik. Tambah pulak dengan kerja yang banyak, semakin berselirat urat-urat dalam kepalaku nih.

Ramai kawan kawan yang ku jumpa, YM, GTalk, bertanya:

“Eh, camne kat sana? UiTM dengan UTM mana yang best?”
“Sama ke belajar macam degree dulu???”
“Ada ramai kawan tak kat sana?”

Pendek kata, belajar kat mana-mana pun sama. Mungkin persekitaran yang berbeza. Kawan-kawan dah tak sama. Ramai pak arab kat sinih. Kalau kelas aku ada dalam 45 orang, pendek kata 30 orang adalah foreigner dari Iraq atau Iran. Cubalah bayangkan betapa mereka mendominasi kelas itu.

Aku daftar 2 minggu lambat dari orang lain kerna ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Banyak jugak kelas yang aku dah tertinggal. Mula-mula masuk kelas, mata aku cuma dapat tangkap pak-pak arab. “Ah, sudah!!!” aku kata dalam hati. Lidah jawa aku sudah terbelit untuk bercakap bahasa omputih. Bahasa arab apatahlagi.

Tapi, setelah 3 minggu pergi kelas, aku dah boleh biasakan diri dengan persekitaran. Jalan dalam UTM nih mungkin belum lagi hafal sepenuhnya, tapi tau la sket-sket..ehehehe Secara ringkasnya, walaupun orang ingat belajar sarjana secara full time adalah sangat simple, anda silap sebenarnya. Sem ini aku carry 5 subjek. “Dissertation 1, Advanced Computer Networking & Communication, Advanced Databases, Adv. Software Eng dan Adv Computer Graphics”. Kalau buang perkataan ‘advanced’ dalam subjek tuh, tuh semua dah pernah ambik dan belajar masa sarjana muda. Tapi, perkataan ‘advanced’ tuh memang melambangkan ke’advance’an yg sungguh. Ahahha perosak bahasa sungguh.

Dalam sedar tak sedar, aku telah menghabiskan masa menaip di sini. Kerja-kerja yang terbengkalai minta disiapkan secepat mungkin. Esok, ada discussion group. Oh, rajinlah wahai diri ini…!!!

Walau papapun, moga-moga lipatan baru nih (uni baru, kawan baru, persekitaran baru) mendatangkan banyak manfaat untuk aku. Terima kasih untuk semua yg memberi dorongan dan nasihat sebelum aku masuk uni nih. Doa dan terima kasih aku untuk korang semua. Korang memang very the best laaa!!!

ps://entri ini selamat ditepek pada keesokan harinya setelah ia ditaip...sekian..ahaha

Monday, July 27, 2009

Hatiku dibelah Tiga, Oh!

Dah lama rasanya tak apdet blog nih. Rasa malas sudah mula menyelimuti sebahagian dari diri ini. ecececeh...bahasa bunga-bunga aku dah kuar dah nih...ahahaha

Ok ok, sebelum bahasa-bunga-bunga aku bertukar jadi bunga para-para-sakura, baik aku bagi intro cepat-cepat. Tajuk entry nih, “Hatiku dibelah Tiga, Oh!” pernah aku jadikan sebagai status Yahoo Messenger.

Ada la beberapa orang yang komen dan buzz. Siap tanya kenapa dan mengapa. Tak kurang jugak yang menyakat:

“peh status... kemain lagi”

“meh ak belah lg 15. Biar jd 18. hahaha”

“jgn belah tiga, belah la 4, hahahha”


Walau apa-apapun, korang memang very-the-busy-body…ahahahahah Kalah minah kpochi, si laser a***n, pah bedah dan gelaran gelaran seumpamanya.

Ok, enough for the intro.

Pernah tak, tiba-tiba, kita kena buat satu keputusan, yang kita sendiri tak tahu nak fikir dan pilih?

Tak tahu nak timbang buruk dan baik keputusan yang kita buat. Kalau boleh senang senang, ambik ‘keputusan’, kemudian ‘timbang’ atas dacing penimbang, dan kita boleh tengok berat dia, sama ada, “berat BAIK: 5 kilogram, berat BURUK: 3.5 kilogram”, aku akan beli mesin timbang tuh.

Kalau kita berada dalam persimpangan 3 jalan, dan disuruh memilih satu jalan antara ketiga-tiga itu, apa yang akan kita buat? Ok, jangan ambik contoh 3 jalan. Aku tukar kepada contoh 2 jalan. Untuk buat pilihan antara 2 jalan pun sudah cukup buat kita tak selesa. Betul tak? Mesti rasa cam tak best kan?

Masa nak buat pilihan nih la, masa tuh jugak baru nak bukak buku agama, cari cara-cara nak solat istikharah (oh, terasa diri ini begitu jahil tentang agama tatkala itu) ahaha, masa tuh jugak la baru nak sebuk tanya orang sana, tanya orang sini, masa tuh jugak la duduk termenung fikir benda yang tak sudah...

Pokok pangkalnya, walau apa jalan yang kita pilih, harap-harap DIA yang Maha Esa akan sentiasa disisi dikala kita susah atau senang sepanjang perjalanan tuh. Harap-harap kita akan sentiasa dirahmati-Nya sepanjang perjalanan tuh. Harap-harap semuanya baik-baik sahaja. Amin...

Ps: //aku baru sahaja dua minggu mendaftar di UTM. Akhirnya, UTM di Hati...Wish me LUX eh kawan-kawan...!

selingan: al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad. Pengarah kreatif yang aku amat kagum dengan hasil kerjanya...

Friday, July 17, 2009

~Jom Tutup!

Sebelum aku membebel, kuizikel paksa aku letak nih kat sinih... so, korang kena pergi dan beli, ok??? ahahahha


*************************************************************************************


Sekarang ini, boleh dikatakan hampir separuh masa aku habiskan duduk depan tv, dan separuh lagi untuk tidur. ahahha Abah pun dah bising sebab anak dia nih asek tidur. Sekali sekala bah, bukan selalu pun…ehhehe

Duduk di rumah selama beberapa hari ini, membuatkan aku terbawa-bawa dengan cerita-cerita yang ditayangkan di televisyen. Pentas anak wayang la, ulangan konsert akademi fantasia, Leverage (best citer nih), House, CSI, Numb3rs, Roda Impian, Tom Tom Bak, Ulangan Macam Macam Aznil, Mentor, Kelab Pop, Konsert JomHeboh, bla bla bla…

Kalau TV3 ada JomHeboh, aku pun nak ada. JomTutup! Ahahaha nih gara-gara, panggilan telefon dari momochan, yang meminta gambar2 masa ‘majlis penutup & graduasi infosys-campus-connect 09’. Ok, ‘JomTengok’ gambar! ~(^_^)V



Inilah tempat kami berteduh sepanjang program nih. Siap bergambar dekat sofa ruang tamu, dan aku rasa macam ambik gambar hari raya pulak waktu tuh.


JomBalik! Berbaju kebaya hijau muda: Momo chan. Berbaju kurung ungu: Kak Intan dan kak Anim. Berselendang hitam merah: Liya. Yang mengangkat beg: Fiza. Berbaju kebaya kelabu: Chuna si-gadis-garnier-yang-terpilih-tapi-tak-dapat-pergi. Yang tunjuk gaya ’Peace’: ehehe unknown. Sorry sangat, lupa nama!


Gambar nih masa semua orang tengah berkumpul dekat lobby, tunggu bas untuk ke tempat majlis penutup, Hotel Equatorial. Nampak tak dalam gambar, dua orang Chinese yang pakai baju putih tengah duduk? Tak nampak? Sila ctrl+click ye…Tak nampak jugak? Dah dekat la maknanya tuh…ahahaha


Nih dah sampai dekat tempat yang dituju. Sila fokus ke arah ‘anak panah’ dalam gambar nih. Bukan anak panah isu di sini, tapi, “INSOSYS”. Tengok sekali memang tak perasan, tengok dua kali, typing-error daaa…(ingat kilang buat SOS ke?)

Nampak tak baju t-shirt hitam yang digayakan oleh cikgu Fifi???

Sebelum nih, sesiapa yang fail module-test (RM50), datang lambat (RM10 x berapa kali dtg lambat), conteng buku (RM50)…segala duit tuh digunakan untuk t-shirt 100 peserta (yg digayakan dalam gambar), hadiah untuk 3 pelajar terbaik (siap ada dvd player), hadiah untuk group terbaik (hamper)…Setakat yang aku tahu, penyumbang terbanyak adalah Juara 14 kali datang lambat, (RM140) . Banyak kan? Takpe, orang dermawan, tak lokek menyumbang…ahahah


Ini adalah ahli-ahli grupku yang sedang menggayakan duit-syiling-emas-berisi-coklat.
Dalam gambar: Fun, Hassan, J-Are, Coco, Kheng Leng, Vienna, Nurel, Suhaimi. Tiada dalam gambar dan majlis: Kak Olyn.


Menu pada hari tuh, Chinese set. Sedap, tapi memang tak dapat sumbat semua tuh masuk perut. hahaha


Lepas sesi pemberian sijil, masing-masing sibuk snap sana sinih. Nampak tak anak panah penunjuk dekat dalam gambar? Isu disini bukan juga anak panah, tapi orang yang ditunjukkan oleh si anak panah. Terima kasih yang tak terhingga untuk orang-yg-ditunjukkan-oleh-si-anak-panah, jasa orang-yg-ditunjukkan-oleh-si-anak-panah, (setia mengajar, menolong, bagi kata-kata pedas masa project evaluation, turut sama bersengkang mata sampai ke malam) dari awal program nih sampai la akhir. Thanks a lot, Mr. Chang!


Nih antara gambar2 terakhir yang sempat di snap sebelum masing-masing naik bas dan meninggalkan hotel nih. Miera@Momo Chan, Chuna, Liya_Impianista, Kak Zuli, Kak Intan, Cikgu Fifi, Azuan dan semua yang tak larat aku nak taip nama korang semua, sentiasa keep in touch, okey?

Hapdet punya: aku tiba-tiba sebak sebelum naik bas ke Melaka Sentral. Ahahaha tak tau berapa millimeter tumpah...sila jangan gelak, hahaha

Friday, July 3, 2009

~ Hatiku Tertinggal di Melaka, Oh!

Pejam celik, pejam celik.(sila lakukan aksi pejam dan celik sebanyak seploh kali) ehehe

Sedar tak sedar, sudah hampir 2 bulan aku tercampak kat Melaka nih. Program 2 Bulan nih, mungkin sudah cukup membuatkan aku timba pengalaman, iktibar, menambah memori, dan pelbagai lagi yang boleh aku simpan dalam internal hard disk bernama 'otak' nih.

Nama program yang selama ini di 'sensor' olehku, akan ku dedahkan hari ini. ahahha
Sedikit info mengenai program nih ;)
1. "Infosys-Foundation-Program" dah tiga tahun lama usianya.
2. Tahun 2009 adalah batch ketiga setakat ini.
3. Kalau dulu, 2 batch sebelumnya, program nih, diadakan di "MySore, India". Untuk julung-julung kalinya, program nih diadakan di "Melaka, Malaysia" pada tahun nih.
4. Program nih adalah kerjasama "Kementerian-Pengajian-Tinggi", "Multimedia-Development-Corporation-MDeC", dan "Infosys-Technologies-Limited,India".
5. Seramai 100 orang peserta untuk setiap batch.
6. Melatih dan mengasah peserta2 dalam bidang pengaturcaraan, (Programming Fundamental, RDBMS, Oracle, HTML/JavaScript, Java/Advanced Java, Introduction to JEE)

Bercakap pasal pengaturcaraan, dalam lab tempat kitorang belajar, semua menggunakan khidmat NetMessenger untuk komunikasi secara chat pc-to-pc. Add IP kawan (LAN), dan boleh chat ketika rasa mengantuk takde kerja. Kadang-kadang terasa kelakar, apabila berchatting pun guna bahasa 'system & coding'. Pernah sekali, aku tekan keyboard saja2, dan hantar ke NetMsgr kawan. Dialog tuh lebih kurang camnih ;)

Aku: asdfa343asdfadsf

Kawan: Invalid Password. Try again.
Aku: $%^&*@#
Kawan: First attempt. You have another 2 chances.
Aku: Suhaimi
Kawan: Last chance.
Aku: hahahaha
Kawan: Fail. System Exit.

Dan..memang kawan aku betul2 sign out dari NetMessenger waktu tuh. ahahah Pernah jugak berbual pun guna statement, if-else, looping tentang umur sambut harijadi yang tak berganjak2,tentang tiket wayang yang if ticketSoldOut, then pergiWayang = false;.

Aku: Umur ko berapa dah eh?
Kawan: 18 forever.
Aku: Oh, mesti ko punye loop statement salah. Dia tak plus plus. Bila sampai 18, dia stop plus.
Kawan: ahahhaha
Aku: Ke loop ko dia terus 'break;' bila cecah 18?
Kawan: Tak. Dia 'continue;' je. Tuh sebab dia tak plus.

Walau apapun, aku suka sebab aku adalah sebahagian dari 100 orang peserta nih. Memang lumrah, setiap yang pahit mesti ada yang manis. Dalam pahit-pahit (retest, exam, test hands-on, stuck tak boleh nak fikir, tidur sampai pukul 3 pagi, ada yang tak tidur masa grup projek, balik dari lab hanya untuk mandi), peristiwa yang manis tetap ada. Masa (main-bowling-utk-hilang-tensen, shopping lepas dapat elaun, karaoke-ramai-ramai-sampai-hilang-suara, pergi-main-air-di-A-Famosa-WaterWorld, pergi-makan-udang-sotong-ketam-ikanbakar-di-Umbai),

"Semua tuh pengalaman manis yang tak boleh dapat dekat mana-mana. Kalau ulang balik pun, benda tuh memang dah tak sama." (Taufik CS, 2009).

Esok hari Sabtu, 4 Julai 2009. Esok aku berangkat ke Sarang Buaya. Esok majlis penutupan bagi Program nih. Esok, aku tak pasti sama ada nak sedih atau gembira. ahahaha Tengok jela nanti. Banjir atau riuh Melaka pada hari esok. (nt aku hapdet..)

Antara benda-benda, peristiwa yang akan aku rindu tak boleh lupa sepanjang program nih ;)


mungkin ini benda kedua yang tak boleh nak lupa. Makanan. hahaha


Fun, deskmate merangkap compilerku...thanx a lot, Fun!


Group 4, PostGroup Project...cayalah semua!


tempat menginap, tempat belajar sepanjang 2 bulan nih...


peristiwa bershopping, sempat snap gambar masa belikan popcorn utk org yang mengidam...ahaha


aktiviti rilis-tensen ;) sampai sakit tekak sebab menjerit menyanyi kuat sangat...ahaha


aktiviti rilis-tensen-no-2, tujuan utama: baling ke longkang...! ahaha


berjalan-jalan di Mahkota Parade sampai aku tertdo kerana kengantukan yang amat sangat!


peristiwa: pendatang tanpa izin yang berjaya ditangkap di Melaka...


mari kita makan!!!


makan lagi di Umbai,


lagi dan lagi...


mandi manda di A'Famosa Water World...

Sedar tak sedar, sekejap tak sekejap, lama tak lama, sekejap je masa 2 bulan tuh dah habis. Kitorang pun dah packing barang, angkut naik lab, checkout pukul 8 pagi sok. Harap-harap lepas nih, kita semua still K.I.T, bak kata Liya, KEEP IN TOUCH...

ps://kitorang siap jadi tukang angkut barang, dah boleh mintak kerja part time jadik housekeeper lepas nih...ahahha


sesi mengangkut barang barang yg berkurun lamanya terperam di Melaka nih.

untuk korang semua, sampai jumpa nanti...~(^_^)V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...