Friday, December 31, 2010

Cakap Berlapik~

Pernah tak, bila kita nak cakap, selalu macam terbelit-belit lidah? Lepas tuh, makin kita cuba nak betulkan lidah, makin terbelit benda yang sudah sedia terbelit nak disebut tuh? Tak paham?

Macam nih contoh dia:

"Kau pun sama tau. Baik nanti balik-balik eh?"

"Baju tuh bersepah je. Cuba la letak almari dalam baju tuh."

"Kau tutup, pintu tu keluar."

"Makan tak lena, tidur tak lalu."

"Nasi tu hiris halus-halus, bawang tu panaskan cepat."

Ada lagi banyak ayat yang selalu buat lidah kita terbelit belit nak cakap, sampai terlabik terbalik. Tapi ini je yang sempat terlintas dalam fikiran. Mesti korang pernah kan tersalah cakap sampai macam tuh? tak kan tak pernah, kan? tak nak ngaku? tapi, tersenyum sorang-sorang depan skrin komputer, kan?

Kan? Kan Kan?

Oklah, semua orang sebuk cakap pasal tahun baru 2011, Selamat Tahun Baru Semua ;) Azam tahun nih tak suka nak bising-bising. Bukan tak suka nak bising-bising sebab nak jadi pemalu, tapi tak suka nak canang-canang. Takut nanti tak jadi. Kang dah sampai seru, aku terus jemput datang makan nasi minyak. Eh, apakes tiba tiba cerita tentang azam, lari terus ke nasi minyak? ;)

Can we pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars. I could really use a wish right now, wish right now, wish right now ;)

Can we pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars. I could really use a wish right now, wish right now, wish right now ;)

Suka lagu nih? B.o.B - Airplanes (Feat. Hayley Williams of Paramore) Download sinih kat youtube.

Balik kampung baik-baik tau! Baik nanti balik-balik ;)) Bye 2010, Hye 2011 ;)

Wednesday, December 22, 2010

Beauty-Full Day, Fazura ;)

Ya, pagi-pagi lagi SAYA dah tersenyum sampai telinga ;) Saya... saya saya suka Fazura, sebab tuh saya LiKE page dekat FB untuk Nur Fazura. Awak nak 'LiKE' jugak? Klik sini, sini atau sini. Hahaha tertipu, semua link tuh sama je. Akan ke page ini jua.

Fan page Fazura pagi ini ;)


Ini status dia pagi-pagi subuh tadi. Setahu aku, dia memang akan reply comment dari fan dia.

Jadi, itu aku. Memang aku perasan dan aku memang suka status yang dia post kat FB. Even kadang-kadang, aku quote status dia kat wall aku. Eheh ;p


Jeng jeng jeng. Tengok gambar bawah nih. Dia reply, Fazura reply ;))


Kisses to you too, darling Fazura ;) Ngeh ngeh

Jadi, sekali lagi, yang nak spirit pagi-pagi, lepas tuh tersenyum sorang-sorang depan laptop, boleh la comment kat page Fazura. Oh, link dia tak sempat klik eh, tadi?

Meh meh klik sini, sini dan sini;) Klik <> situ pun boleh jugak, situ dan situ.

Sini dan situ, semua sama link kan? Oh, My Gucci ;) Salah satu filem Fazura yang aku suka dan enjoy adalah Kayangan dengan Pisau Cukur ;)

Oh, My Pradaaaa ;)

Monday, December 20, 2010

Fobia Seyh ~

Saja nak eja camtuh. "Seyh" ye, bukan "Syeikh". Konon KEWL cam EVARRR. Malam nih, tiba-tiba, teringat tentang satu perbualan dengan sorang makcik. Dah lama dah nih.

Situasi: Duduk bersebelahan dengan seorang makcik di perhentian bas.
Tempat: Seksyen 17
Watak: 2 orang manusia

Makcik : Senyum ;)
Aku : Senyum balik. ;) Acik nak pergi mana?
Makcik : Oh, nak pergi Batang Berjuntai [somewhere in Selangor]
Aku : Angguk angguk. [bajet terer geografi, walhal tempat mana pun tak tau]
Makcik : Awak nak ke mana?


******


Bla bla bla dan bla, jangan tanyala bla bla bla tuh, sebab aku tahu korang pun tak nak tahu.

Nih bahagian yang boleh dikategorikan klimaks dalam dialog nih:

Aku : Saya nanti naik bas, ingat nak tidur je, acik. Penat sangat dah nih. Ngantukkkk. ;)
Makcik : Ohhhhhh, acik memang tak-boleh-tidur dalam bas
Aku : Oh ye? Kenapa? takut terlepas sampai ke?
Makcik : Tak tak. Acik dulu, ... tahu tak berita tahun lepas yang bas accident kat Arafah dulu?
Aku : Angguk kepala sket-sket. [blur]

Makcik : Masa accident tuh, acik ada dalam bas tuh la. Acik tidur dalam bas, akak ipar acik meninggal depan mata acik masa dalam bas tuh. Mak sedara acik pulak koma 2 bulan. Acik jaga dia kat Arafah 2 bulan tuh.
Aku : Ouhhh. Ya Allah. [siyes, aku tak tahu nak buat reaksi macam mana.]
Makcik : Tapi, dia meninggal kat sana, lepas tuh kebumi pun kat sana. Kira baik untuk dia la, kan.
Aku : A'ah kan.
Makcik : Mula-mula memang acik takut nak naik bas, inikan pulak nak tidur dalam bas. Tapi, fikir punya fikir, kalau tak naik bas, nak naik apa pulak lagi?
Aku : Itulah kan. FOBIA jadinya kita. Dulu, ada kawan nih accident motor, FOBIA jugak dia nak naik motor pastuh.
Makcik : Isyhhhhh, motor lagi la acik FOBIA.
Aku : La, kenapa pulak?
Makcik : Anak makcik yang bongsu laki, accident naik motor masa nak pergi kerja, terus meninggal. Dengar pasal motor pun, acik FOBIA.

****terkedu aku.

Nampak tak, pertalian antara FOBIA dan ACCIDENT kat sinih? Kadang-kadang, DIA uji kita dengan macam-macam yang memang macam-macam.

Aku kagum dengan acik nih. Dia cerita kat aku, relaks je. Takde la manik-manik air mata, apatahlagi gugusan air mata. Anak ada 3 orang, meninggal dah sorang, sorang lagi kawen, duduk dengan laki dia kat Terengganu, sorang lagi polis, jarang balik rumah. Dia pergi ke Shah Alam, tolong adik dia jaga anak-anak setiap kali musim cuti sekolah. Sila Kagum ;)

Kadang-kadang, kita rasa, dugaan yang DIA bagi dekat kita macam berat sangat. Macam tak mampu kita nak pikul beban dugaan tuh. Walhal, ada lagi orang yang diduga hebat daripada kita. Walhal, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita.

Kadang-kadang, DIA uji kita dengan macam-macam dugaan yang memang macam-macam. Tapi, ALLAH takkan menguji hambanya, kalau dia tahu hambanya tak mampu menempuhnya.

Setiap yang terjadi dalam hidup kita, ada hikmah disebaliknya. ;)

pic credit here:

Jadi, CHEER UP kawan-kawan, walau apa pun badai yang datang, walau apa pun cacian yang diterima, walau apa pun roadblock yang ada, walau apa pun batu yang dilempar, walau apa pun yang menduga, walau apa pun batu yang menimpa ;)

"It always seems impossible until its done."
Nelson Mandela

Saturday, December 18, 2010

Kau Bagi, Kau Dapat Balik~

Kalau kau "KENTUT" kat orang, orang bagi balik "KENTUT" kat kau. Kalau kau "MENGATA" orang belakang dia, orang akan "KATA" balik depan kau. Kalau kau "DENGKI" dekat orang lain, ramai lagi akan "DENGKI" "BENCI" kat kau.

"You Get What You Give"

Betulkan???

Kalau kau "REWANG" tempat orang kawen, nanti bila giliran kau kawen, dia akan datang "REWANG". Kalau kau "RAJIN" datang orang kawen, insya-Allah, bila giliran kau "KAWEN", akan ramai jugak datang jadi tukang meriah dan tukang penuhkan gambar.

"You Get What You Give"

Betulkan???

Tapi, tapi, tapi... Kenapa eh, kalau kau "SUKA" orang tuh, kau tak dapat balik "SUKA" tuh?

Kenapa bila bicara soal "SUKA", tak boleh diaplikasikan dalam "You Get What You Give"?

Ah, sadap-u. Nak taip tentang quote je, tup tup melalut punye melalut sampai situh. Biasalah kan, karangan BM dulu, selalu je dapat A. ahah


Buat semua pengantin baru sempena musim sekolah nih, sangat sangat SELAMAT PENGANTIN BARU eh ;)

Friday, December 10, 2010

~How Well Do You Know Your Country?

Bajet bajet. Tajuk macam nak bagi tips "How to Lose a Guy in 10 Days". Bajet bajet.

Well well well, adakah anda sibuk? Kesuntukan masa? Nak tengok wayang tapi tak tahu show time? Nak tahu plat nombor terbaru bagi setiap negeri? Nak dengar radio online? tv online? Surat khabar online? ataupun, adakah anda keSUNYIan?

Sila DAIL talian hot-tak-hot-sangat di 03-36308888 atau 1111. Eh, eh, itu kalau nak telefon Celcom Careline untuk marah-marah pasal broadband. muahahha ;)

OK, sekarang nih semua boleh dapat secara online. Ramalan kaji cuaca, berita, gossip artis, yellow pages, semua tuh boleh dapat dengan sekali KLIK sahaja. Masalahnya, semua tuh bersepah kan?

Jangan risau, ada yang akan membantu anda. Kitakan KAWAN. Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Malaysia!!!

KLIK KLIK KLIK

Mungkin ada yang dah tahu lama dah, tapi saja nak share kat sinih. Bawah nih ada sikit preview tentang website http://www.klik1malaysia.com



So, lepas nih, boleh la bookmark website nih, dan boleh jugak kalau nak "LIKE" dekat Facebook. Kira BMI index pun boleh, semak-status-PTPTN-kena-block-ke-tak pun boleh, waktu solat pun boleh. Malay portal ada, chinese portal pun ada, indian portal pun ada. Semua link dalam satu page. Sempit dan semak sket la webpage nih, tapi padat dengan informasi kan?

Selamat Mengenali Negara anda. ;)

Sunday, December 5, 2010

Marilah Berdoaaa ;)

Sedar tak sedar, dah nak masuk bulan Muharram dah. Satu lagi langkah ke tahun Islam yang seterusnya.

Kengkadang, bila dah akhir tahun Hijrah nih, barulah sebok nak timbang balik, apa yang kita dah pernah buat sepanjang tahun, apa yang kita belum lagi dapat buat. Klise klise klise.

Menjelang awal tahun Hijrah nih, mulalah sebuk cari planner, diary baru, plan the next year apa yang akan jadi, what-to-do-list, azam baru. Klise klise klise.

Nampak tak CLICHE dalam situasi nak sambut tahun baru nih? Aku tahu itu klise, mungkin aku akan sebuk merancang, merancang dan merancang agenda tahun depan, tapi siapa kita kan? Kita hanya mampu merancang, ALLAH yang tentukan. Ya, segalanya ALLAH. Dia Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Mengetahui.

Oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa, kawan-kawan, makcik-makcik, akak-akak, abang-abang. Doa dekat bawah nih dipetik dari sini.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. [lebih kurang 20 minit sebelum waktu Maghrib]

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



Ya Allah, syukur pada nikmat di dunia ini, syukur atas kurniaan keluarga yang sejahtera, kehidupan yang sihat, ujian sepanjang tahun ini, semoga kurniaan-Mu ini berpanjangan di bawah limpah kasih sayang-Mu, keredhaan dari-Mu, YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.

p/s: moga dapat selesaikan projek yang asyik terbengkalai secepat mungkin ;) insya-Allah

Sunday, November 21, 2010

Shah Alam, Miss You lah!!!

Gediks tak letak tajuk camtuh. Hei, dah lama kot rasanya tak jejak kaki ke Shah Alam. Dah lama tak cuci mata dengan pacar-pacar di Shah Alam. Dah lama tak cium bau orang Shah Alam. AHAHAHAHA kau ingat itu kelakar?

Lama punya lah lama, sampai apa itu dan di mana itu i-City pun aku tak tau. JAKEL pun dah tersergam indah kat Seksyen 7 tuh. Belum lagi aku tokok tambah tentang PLAZA PERABOT, tentang KFC, tentang MCD, tentang kentang putar, tentang makanan, sampai esok lusa kang baru habis. Exaggerate kau!

Ingat tak aku cerita tentang ex-classmate aku KAHWIN, lalu bawa satu lori kengkawan sebagai penghabis makanan? Tak ingat? Isyh, apa low memory sangat nih? Kurang makan kismis la tuh.

Hari sebelum-sebelum tuh, dah buat sesi jejak kasih dengan Dat, Mai, Ana. Makan bakso, borak-borak, balik, tido.

Lagi lagi makan. Makan makan. Kita hidup untuk makan kan? ahahah

Mai konon-konon malu. ecececeh.

Anak permata hidup. Anugerah Allah. Kalau boleh beli kat kedai, memang dah tempah dah banyak-banyak.


Bye Arissa, Jumpa lagi bila dah besar eh?

Malamnya pulak, dok sebuk mencari cahaya dekat i-City. Dat yang bermurah hati bawak pergi jalan-jalan. Lepas penat cari cahaya, makan Char Kuey Tiow pulak. Ingat tak aktiviti tadi, makan, borak-borak, balik, tido.

Tiang lampu je padahal. Excited kemain lagi. ahahha

Lembu pun nak gak lampu-lampu meriah cam krismas. eheh

Akhir kata, terangilah hati, terangilah jalan-jalan, jangan biar kegelapan. AHH sudah, aku dah ngantuk nih. Nak sambung tengok cerita Charlie St. Cloud. Adik angkat aku berlakon. ahaha

Neway, thanx Dat, Ana, Mai. Lain masa, kita jumpa lagi, eh?

Sunday, November 14, 2010

~Tipu, ye???

Sila baca dengan nada budak kecil berumur 4 tahun, "Tipuuuuu, ye???"

Bila belajar subjek ETHICAL, SOCIAL, AND PROFESSIONAL ISSUES masa kat Uni dulu, tak pernah sedar ETIKA tuh sama penting dengan insurance eTiQA. (^_^)V

Kalau dulu, bila buat assignment tentang SCAM, tak pernah nak ambik kesah sangat. Itupun, kalau kelas ETIKA tuh hari esok, petang nih baru menceceh cari bahan nak siapkan assignment.

Ok. Baiklah kawan-kawan. Entry nih kira tebus balik masa zaman purba kala dulu.

Pernah tak, di satu petang yang hening dan mendamaikan, anda di kacau dengan satu emel yang membuatkan petang yang hening tadi, jadi pening? muahahha

Nak dijadikan cerita, walaupun kesukaan terlampau aku kepada GMAIL, kerana kurangnya SPAM berbanding Yahoo Mail, tapiiii [tarik nafas jap, aku bubuh noktah nih. ;)] kengkadang haruslah juga perlu membuka emel Yahoo untuk clear mana-mana spam dan tengok atau balas mana-mana emel dari peminat. Kang hampa pulak peminat-peminat bila emel mereka tak di layan. ekekekke

Disebabkan GMAIL punya features untuk import email lain masuk dalam akaun GMAIL kita, aku pun dengan berbesar hati meng'import' akaun YAHOO mail ke dalam GMAIL aku. So, bolehlah keep track dengan mana-mana emel dari peminat yang tak sempat aku bukak. ("^-^)

Setelah itu, beberapa ketika, akaun YAHOO nih pulak bawak sekali SPAM yang entah hapa hapa masuk ke dalam GMAIL aku. Yelah, dah tentu memang aku import, jadi, dia memang terbawak sekali la kan. Salah sendiri tak mau ngaku. Biasalah, manusia. ("^_^)

Berbalik pada petang aku yang hening tadi, tup tup masuklah 1 emel dalam inbox. Dia kata dari Maybank Berhad. Lantas, otak-otak sel aku teringat pada subjek ETHICAL, SOCIAL, AND PROFESSIONAL ISSUES tadi. Kalau ikut buku, mukasurat 33, topik 6, ecececeh. EMAIL SCAM.

Tekan Cntrl+Click untuk paparan gambar lebih besar seperti naga

Sah sah aku takde bukak akaun Maybank. Tetiba je hantar emel cakap camnih. Ketawa aku terkekek kekek bila baca emel nih.

perhatikan pada bulatan warna merah.

Itu emel dari Maybank. Tup tup, beberapa hari selepas tuh, datang pulak emel dari CIMB. Yang nih saspen Mak Enon sket. Aku memang ada akaun CIMB, jadi tak boleh nak ketawa terkekek kekek macam situasi bila-dapat-email-dari-Maybank tadi.

Perasaan dia lain tau. Even aku tahu itu SCAM, tapi sebab aku tahu aku pun ada akaun CIMB, ketawa aku terbantut. Jadi, automatik aku terus terfikir, "Nih kalau orang-orang yang tanpa usul periksa nih, tambahan pulak dia memang ada akaun tuh, mau mau kena tipu."

link yang dibulatkan warna merah tuh boleh dikategorikan sebagai phishing

Ok kawan-kawan semua. Pada yang dah tahu, nih peringatan, pada yang belum, ini amaran. Ceh, gaya macam YB nak bagitahu langkah-langkah berjaga nak cegah Denggi.

  1. Bank TAK AKAN bagi EMAIL NOTIFICATION yang akaun kita ada masalah ke, kena blok ke. TAK AKAN.
  2. Berhati-hati dengan email yang tak address kita sebagai CIK SITI INTAN PAYUNG KEMBANG BINTI WAN KEMPIS. Selalunya, kalau emel-emel yang penting, dia akan address NAMA kita.
  3. Kalau tengok gambar kat atas nih, tuh boleh dikategorikan phishing. Dia provide link, bila kita klik link tuh, dia akan redirect ke satu login page yang akan minta username dan password.
  4. Jangan sesekali berurusan dengan Bank secara online tanpa menaip sendiri URL bank tuh.
  5. Perhatikan tanda kunci atau mangga ketika berurusan secara online. Perhatikan HTTPS kat link tuh. S means secure.
Pendek kata, kalau melibatkan duit nih, kenalah berhati-hati. Cikgu security aku pernah kata, "Once you are connected to the Internet, you've never been safe."

Friday, November 12, 2010

Bila Cinta~

Bila tengok pengantin, suka datang bergambar dekat-dekat. Nak ambik berkat. Nak tengok dia pakai baju apa, pelamin cantik ke tak, pasangan pengantin tuh sama padan ke tak, hantaran dia apa benda, lauk pauk dia sedap ke tak, bla bla bla. Ahh, intro entry yang sengal. Meh meh skip, terus ke isi yang tepat.

Minggu lepas, hari Ahad, 7 November 2010, sorang ex-classmate masa Uni kat Shah Alam dulu, nak dijadikan cerita, dia kahwin la. Bukan nikah eh. Nikah dengan kahwin lain tau maksud dia. Belum nikah tak boleh kahwin. Belum nikah tak boleh bersanding. hahaha Kau merepek apa hari Jumaat nih. hahaha

Kitorang panggil dia Kak Lisa. Dah selamat pun bersanding pang ko pang ko pang. Tema dia coklat-coklat gold aku rasa. Majlis nih kat rumah dia dekat Kampung Sijangkang, Selangor. Jangan tanyalah dekat mana tempat tuh, aku ikut orang je. Tau-tau dah sampai. ehehe Thanx untuk Ana & Am yang sudi tumpangkan kitorang hari tuh.

Tengok, semua orang sebuk bergambar dekat dengan pengantin. Ada ke orang bergambar jauh-jauh dengan pengantin? Takde kan??? Kan Kan KAN? eh terCAPS LOCK pulak. ahah Apa-apa pun, selamat pengantin baru, Kak Lisa ;)

Pastuh, perkara biasa yang kita boleh tengok selepas satu-satu majlis perkahwinan kawan, adalah:

Bila ada ex-classmate yang kawen, lepas tuh terus penuh notification kat facebook, orang tag sana, orang tag sini. Album mesti tajuk "Majlis Perkahwinan Si Polan", tapi gambar pengantin cuma sekeping dua. Yang melebih-lebih mestilah orang yang tukang pergi majlis kahwin tuh. Betul tak, betul tak? Tak setuju boleh beram***. aahhahahah garang aku hari nih.

Samalah situasi kat sinih. Aku boleh tak TERPERASAN yang aku takde snap pun gambar pengantin lelaki. Kejam tak, kejam tak? ahahha

Antara yang hadir hari tuh, eh, apakes aku nak senaraikan? ahhaha tak pe lah, hari Jumaat hari Mulia nih, tangan aku dengan ringan hatinya untuk menaip, otak aku dengan ringan sel untuk mengingat.

Dari kiri: Niza, Nurul, Ecah, Ana [eh pesal tak nampak muka plak?], Mai, Dat, Sue, Alya, Azrizal, Sapik, Amin. Eh, kenapa Prof Suhaimi takde dalam gambar?

Hassan pun ada pergi jugak, tapi lain trip. Oh, tak lupa jugak si Iqa. Dah lah pergi sorang-sorang, pastuh sesat, lepas tuh terus give up tak mau pergi, lepas tuh terus tunggu dekat Jusco Bukit Raja sebab lapar sangat. ahhaha mari gelakkan Iqa. Tak pe Iqa, aku tau niat kau murni. Lain kali, orang lain kahwin, akan di pastikan kau tak tertinggal trip eh? ;)

Lupa pulak nak story. Hari tuh, si Official Photographer [OP] untuk majlis kawen Kak Lisa nih, boleh pulak main tangkap-tangkap gambar si Alya [berbaju hijau]. Pastuh dok usha-usha Alya. Aku siap tambah menambah kata dekat si OP nih yang Alya masih single mingle walhal tunggu masa je nak naik pelamin pulak. ehehe Si OP tuh siap mintak emel nak hantar gambar. Pastuh, asek nak tangkap gambar Alya je. Giler betul OP nih. Rugi pengantin macam nih. Suruh ambik gambar pengantin, si OP nih pulak dok hala hala muncung kamera nak jadi stalker si Alya. ;)

Ok, berbalik pada kisah si Iqa tadi, pulang je dari rumah Kak Lisa, kitorang bergegas ke Jusco Bukit Raja mencari Iqa yang kelaparan. Lepas tuh, terus je lepak kedai Mamak. Minum air segelas, pastuh borak berjam-jam. Harus lah kan? Jumpa pun setahun sekali.



Lama betul tak jumpa sekor sekor dalam gambar atas nih. Banyak betul benda nak diborak. Dah puas borak, makan pulak. Lepas tuh, melalak dekat Hotel Quality. Berbaju kurung dari pagi sampai malam. Si Hassan pun join sekali. Oh, gambar kat atas nih yang berempat pegang mic tuh ikhsan dari Mai. Sampai pukul 12 baru balik rumah masing-masing. Walhal esok tuh hari Isnin. Aku tabik spring la kat korang. Lain-lain tahun, kita kumpul macam nih pulak eh. Biar ramai sket, okeyh bebeyh?


Akhir sekali, sangat comel macam nak picit-picit bila tengok gambar anak Ana nih. Bila tengok orang kawen, mula datang dekat-dekat nak ambik berkat. Bila tengok anak orang, mula sebuk nak pegang, bajet muka keibuan. hahahaha.

Ok siyes, nih perenggan yang akhir. Ana, tabah eh. Buat si Fahmi yang kemalangan hari tuh, moga cepat sembuh. Buat korang semua yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan sebelum nih, moga korang terus sukses dan berjaya dalam semua lapangan hidupppp!!! Hidup dan Maju Semuaaaa ;)

p/s: belum habis lagi story pasal ke Shah Alam. Fuuhhh!!!

Wednesday, November 10, 2010

Siapa Kamu?

MakCik Momo Chan dengan bermurah hatinya menge "tag" untuk jawab 25 soalan tentang diri sendiri. Oleh sebab, soalan-soalan dia bukan berupa hard core SPM mahupun STPM, jadi gagahkan diri juga untuk menjawab. Pis Momo Chan (^_^)V

1. Dari kecik lagi, memang sinonim dengan panggilan "tonjang", "panjang", "tiang", "galah", dan seumpamanya. Sekarang nih, mungkin boleh tambah "sehat", "berisi", "tembam" dan seumpamanya yang boleh melambangkan fizikal diri yang makin berkembang sekarang.

2. Lahir dekat Hospital Muar, ayah dan emak memang orang jawa. Muka dan hidung memang lambang utama. Tengok hidung je, memang boleh tahu dah aku nih orang Jawa ala-ala Mawi

3. Paling tak suka dengar tentang Hospital walaupun lahir dekat hospital. Cucuk sana, cucuk sini. Siyes cakap, memang naik meremang bila dengar ada nurse datang sekolah, nak cucuk injek injek nih. Tak suka lah pendek kataaaaa! Kalau suka, dah lama tanam cita-cita sejak sekolah nak jadi NURSE.

4. Sebut pasal makan, semua benda suka. Tak heran la kalau gelaran yang nombor 1 tadi boleh bertukar pada yang kembang-kembang. Asam pedas, masak lemak cili api, mee bandung, tuh memang fevret.

5. Ada sorang abang, sorang kakak, dua orang adik pempuan, eh campur lagi sorang yang kecik, campur lagi anak-anak ayam abah, tak tahula berapa banyak adik beradik nih. ahahha

6. Dulu, hobi boleh la dikatakan suka "tidur", kalau boleh nak letak dalam resume, tapi kang, takut-takut susah pulak kalau orang nak ambik kerja sebab hebat sangat hobi "tidur" tuh, terus nak tukar hobi ke "makan". Mana tau boleh hantar resume tuh ke restoran-restoran terkemuka lalu diambil menjadi chef ke.

7. Ahhhh, apa tag nih panjang sangat. Okeh, pasnih nak tulis pendek-pendek je. Ringkas dan padat. Tak mau dah melalut cam mak nenek nih. Momo, nih salah kau sebab tag aku. hahaha

8. Gayat.

9. Cengeng.

10. Gembeng.

11. Bercakap ikut mood.

12. Pemarah.

13. Pendendam.

14. Pembunuh Upahan.

15. Sepupu kepada The Rock.

16. Garang macam singa.

17. Bengis macam seladang.

18. Bakal jadi peguam syariah.

19. Bakal jadi peniaga anak ayam terkemuka.

20. Kewarasan di tahap normal.

21. Pernah masuk Hospital Tampoi tahun 2008.

22. Pernah di kategorikan dalam Pelakon Paling Cerewet 1987.

23. Anak paling comel dalam keluarga. Ecececeh.

24. Mempunyai sembilan ekor nyamuk dan sembilan ekor cicak.

25. If you're Happy and you know it, clap your hands ;) antara lagu kegemaran.

Okeyh bebeyhhh, meh tengok 5 orang bertuah yang aku rasa kurang sebuk dan boleh menjawab tag aku di kala kesunyian malam-malam harinya.

1. Yun [aku tau ko nak exam, tapi tetap juga mahu tag ahahha]

2. Sue [kau harus buat tag nih Sue]

3. Dat [aku tau ko sebuk cari kerja, tapi, free buat eh? ;)]

4. Yah [aku nampak kau baru update blog, jadi apa salahnya tambah lagi satu entry dengan tag nih, kan?]

5. Hanisa [aku tak tau ko sebuk ke tak, tapi aku tau ko rajin update blog. eheheh]

Okeyh bebeyh, selesai sudah. Momo, thanx ye tag. Selamat Berusaha kawan semua ;)



Hidup nih penuh warna warni kan???? Kadang hitam, kadang putih, kadang hijau, kadang kelabu. Moga hidup kita cukup warna untuk terus mewarnikan lagi diari hidup nih. ;)

p/s: belum rajin lagi untuk update yang betul betul punya update. tengah serabut dan kabut. harap cepat cepat kembali tenang dan sentosa. amin ya rabb. ;)

Sunday, November 7, 2010

Mari Berceloteh~

Warna warni kehidupan

Eh, lama sudah tak kemaskini blog nih. Where have you been? ecececeh, ko ingat ada orang sebuk-sebuk tanya ke mana ko menghilang? Tiba-tiba cakap berhabuk camnih. Menyampahhhh tau.

Ye saya. Saya sangat sebuk sebuk sebuk menjaga ayam-ayam abah, menjaga hati semua orang untuk diletakkan baik-baik dalam raga lalu membawanya ke sana sini dengan penuh berhati-hati. Ok ok, sila cakap itu tipu. Hati orang mana boleh bawa ke mana-mana, melainkan hati ayam ke, hati lembu ke yang dibawa ke sana ke mari untuk digoreng di dapur. Melainkan, orang tuh pembunuh upahan ke, pembunuh bersiri ke, yang bunuh orang dan kumpul hati orang masuk dalam peti kedap udara dan boleh bawa untuk dibangga-bangga kepada client seterusnya. Fuhhhh, imaginasi melampaui batas!

Makan nasi lauk hati goreng, sedap kan? Fuhhh, terliur pulak tetiba. Oh, sebenarnya hati nih memang benda penting dalam sistem badan kita. Hati orang lain pun penting sebenarnya. Eh, apa merepek nih? ahhahahahah gelak besar+jahat. Kengkadang kan, kalau terlampau sangat nak jaga hati orang, orang tuh sebenarnya 'not even care' pun pasal hati kita pulak. Kengkadang kan, bila kita dikurniakan seswatuh, kita terlupa perasaan sebelum dikurniakan seswatuh tuh. Contoh, kita tetiba dapat adik baru. Kita terlupa perasaan sebelum dapat adik baru tuh, dan terlupa bagaimana keadaan kita sebelum kehadiran orang baru dalam keluarga. Kalau ikut contoh aku nih, "adik baru" korang boleh ganti dengan apa-apa benda je pun. Ehehe

Cukup cukup. Tak payah berdolak dalih cerita pasal hati. Bosan. Ehehe Walhal, semua cerita kau memang bosan!

Sekarang nih, bertempat di Shah Alam, tumpang rumah Yah, berjalan-jalan dengan Dat, berjumpa-jumpaan dan berbakso-baksoan dengan Ana, Mai dan Arissa. Thanks korang ;)

Oh, sekarang nih nak update benda-benda yang penting, tapi terpesong sudah. Ok, nantikan "A Journey to the West", "mari berdiskusi", "mari bercahaya", tiga entry dengan cerita berlainan yang tentu mampu memikat hati anda. Sila menyampah sekarang!

Yah dah panggil makan. Dia masak nasi lemak lauk sambal ayam dan ikan bilis untuk aku. ;) Pis Yah. (^_^)V

p/s:nih quick update. tak sempat check kedudukan ayat yang terabur semua. tulis and publish terus.

Wednesday, October 20, 2010

~Oh My Chicks


Kembali bersiaran dari Sarang Buaya, saya Cik Kiah Pon Pon Pin Pin, selaku pengacara anda pada hari ini. [senyum (^______^)]. Hari ini, kita akan melawat salah sebuah tempat di Muar, lokasi kedai betul-betul berhampiran Stadium Muar. Tuan empunya kedai ini, yang hanya mahu dikenali dengan nama Ah Pek, telah memulakan operasi kedai ini sejak berpuluh tahun yang lalu. Mari kita temu ramah Ah Pek ni ya.
Oh, nampaknya Ah Pek ini agak low profile dan mahu kekal di belakang tabir saja, jadi biarlah abah saya, selaku pelanggan di kedai Ah Pek ini, take over ok?


Abah sedang mencari dan meneka jantina anak-anak ayam ini. Fuh kanan, fuh kiri, moga-moga betina yang terkena, dapat bawak balik ke Sarang Buaya dan membesar seperti buaya. ;)

Jika anda berminat untuk mendapatkan anak-anak ayam berbaka besar, kampung asli, daging telur, belanda, anak angsa mahupun burung-burung kecil yang lain, boleh lah melakukan urusan jual beli dengan Ah Pek yang low profile di lokasi seperti yang diberitahu sebelum ni.

Di sana, anda boleh membeli 12 ekor anak ayam kampung asli dengan harga rm30, seperti yang dilakukan oleh abah saya. Oh, dekat sini jugak boleh beli alat tetas atau mengeram telur yang berharga rm250 untuk saiz sebanyak 70-80 biji telur. [akan di update kemudian.]

Abah saya memang bersemangat waja dengan ternakan ayam kampung yang dia buat secara suka-suka di belakang rumah. Bangun pagi je, walaupun malam tadi lewat pulang pukul 2 pagi dari kedai kopi, bersembang dan main dam dengan kawan-kawan, lepas tuh seawal subuh dah mula masak nasi goreng, terus saja bukak pintu reban, dan bagi ayam-ayam makan agar membesar dengan cepat lalu jadi gagah perkasa untuk bertelur lagi dan lagi.

Mari kita temu ramah abah saya, ok?

Abah: Kalau saya tak bela ayam-ayam nih, memang saya dah tak ada kerja nak buat. Tahu tidur dan makan saja, tapi, lepas ada ayam nih, rasa macam lain sket. Bagi makan pagi-pagi, lepas tuh, petang-petang tengok ayam-ayam masuk ke reban. Baru rasa syok sket.

Mari kita jenguk reban abah ye?


Dulu, saya buat reban kecik je [rujuk gambar atas], lepas tuh, bila ayam betina dah mula bertelur, mengeram, anak ayam pun dah menetas, saya tambah lagi sket bahagian tepi reban. Nampak tak plastik kuning tuh? Saya kurung anak-anak ayam, tapi, mereka boleh terbang pulak. Jadi, saya letak sebagai penghalang anak-anak ayam nih dari terbang keluar dari reban.


12 ekor anak-anak ayam yang telah dipilih dan dibawa pulang dari Kedai Ah Pek Low Profile.

Ok, terima kasih abah. Moga ayam-ayam abah sihat sihat saja dan melalui proses tumbesaran yang cepat. Sekian dari saya, Cik Kiah Pon Pon Pin Pin, bersiaran langsung dari Angkasapuri AngSarang Buaya. Kita kembali kepada rakan setugas saya, Cik Amboi-Mak-Minah-Tersepit. Sekian bertemu lagi di lain siaran. Semoga anda mendapat informasi mengenai dokumentari ini. Dadaaaaa ;)

Tuesday, October 19, 2010

Cinta itu Abadi~

Feewit. Dah buang tebiat ke kau nih? Tajuk entry goli-goli bulu hidung dan juga telinga.

Eh, suka la kan? Muahahahha gelak besar aku.

Sapa suka tengok filem yang ala-ala Cinta, Sepi, arahan Kabir Bhatia? Siapa, siapa? Nak pas percuma tengok telemovie dia terbaru tak? Siapa nak meh meh datang rapat, datang dekat. Yang tak nak, boleh beram*** eh. ahaha Kasar ayat gua. ececececeh.

Keabadian Cinta tajuk dia. Lakonan Remy Ishak, Sari Yanti, Eizlan Yusof, Tiz Zaqyah, Cheryl Samad, Gavin, Fatimah Abu Bakar dan tak lupa jugak Jalaludin Hassan. Teruja kan dengar nama pelakon-pelakon dia?

Eh, pas percuma nak kan? Nak kan? Meh meh datang lagi rapat, lagi dekat. Gua cerita panjang. ;)

Telemovie nih mengisahkan 3 cinta berbeza. Skrip oleh Mira Mustaffa.

Kisah Cinta 1: Lakonan Sari Yanti dan Remy Ishak

Ikhsan dan Suri bertemu tanpa sengaja. Ikhsan dikejar polis kerana dilihat sedang menjual jam tangan hasil curi, dengan mengetuk cermin kereta yang berhenti ketika lampu trafik merah. Bermulalah aksi kejar mengejar antara polis dan Ikhsan sehinggalah Ikhsan masuk ke sebuah rumah yang terbuka pintunya. ---Korang pun boleh agak kan, rumah sapa tuh? Suri nih buta, lagi sadis Ikhsan nih pun antara golongan istimewa OKU. Kalau Suri buta, Ikhsan nih apa pulak eh? Itu lu orang kena tengok sendiri. Diorang jatuh cinta for each other, tapi sedar yang sorang umpama itik, sorang umpama ayam. Maka, begitulah.

Kisah Cinta 2: Lakonan Eizlan Yusof danTiz Zaqyah

Dina pekerja baru di salah sebuah syarikat radio terkenal milik peneraju Rashad. Dina cuba menggoda Rashad yang jauh lebih tua darinya. ---It turns out that Dina tuh rupanya anak kawan lama si Rashad nih. Dina nih rupa-rupanya jatuh cinta pada si Rashad nih sejak dia umur 7 tahun lagi. Dasyat kan?

Kisah Cinta 3: Lakonan Cheryl Samad dan Gavin

Maya baru balik dari oversea, dan merancang untuk berkahwin dengan David, lelaki mat salleh pilihan hatinya. Mak si Maya nih, lakonan Fatimah Abu Bakar, ala-ala banyak bercakap, suka berleter, membebel, nak yang terbaik untuk anak tunggal dia, prepare the best of the best untuk anak dia punya wedding yang bakal jadi Wedding of the Year nih. Dalam pada persiapan, perjumpaan David dengan rich family si Maya nih, macam-macam berlaku. Macam-macam lah. Dari pilih nama Islam si David, dari pilih bentuk gaya rambut si Maya, pendek kata memang macam-macam.

Ok, untuk dapat pas percuma yang gua gembur-gemburkan tadi. Sila jawab soalan bawah nih, pastuh emel ke gua ok?

Soalan: Siapakah nama bapak Gua? ekekekke

Gua gurau je weh. Takleh gurau, pergi surau beb. ecececeh. Terus terang, telemovie nih dulu tayang dekat Astro Citra, yang mana rumah gua memang tak langgan pakej nih. Masa dekat Astro Citra, tayang masa Valentine Day kot. Dalam bulan 2, 2010, so sekarang nih dia dah start tayang dekat Astro Prima, Channel 105.

Gua syorkan lu orang tonton citer nih. Kategori boleh layan bagi penggemar-penggemar movie arahan Kabir Bhatia. Scene dia cantik, skrip garap kemas, pelakon mantap, lagu pun sedap sebab abang Nuar gua yang nyanyi. Ceh, dan dan panggil abang Nuar. Anuar Zain-Keabadian Cinta.




Jangan cakap banyak, sapa ada internet yang laju berdesup bak ribut taufan, boleh download kat sinih. Kredit gambar-gambar tadi kat situ jugak. Selamat Menonton dan berair mata ;)

Monday, October 18, 2010

Jangan Mengada~

Aisyh. Mengada-ada sungguh. Gediks. Kalau dulu, masa zaman sekolah akak-akak senior suka gelar MENCAPAP. Bunyi macam tak sedap kan? atau nama penuh untuk MENCAPAP, mencari-publisiti-murahan. Kira macam catchy la kan, kalau nak sound junior-junior yang ayu seperti dalam cerita Lagenda Budak Setan tu, "Hey kau, pesal kau mencapap kat sinih? Dah takde tempat lain nak lalu? Kan kau boleh lalu dekat belakang kantin? Pesal kau sebuk-sebuk mencapap kat sinih jugak?"

Cuba imagine, kalau nak sound junior camnih:

"Hey kau budak yang berhingus lagi tidak digemari ramai. Pesal kau mencari publisiti murahan dekat sinih? Tak boleh ke kau mencari publisiti murahan dekat Chow Kit ke, dekat KL Sentral ke, nih kat sekolah pulak kau nak cari publisiti murahan. Apakehal?"

Tak cool la kan, nak sebut panjang-panjang.

Ah, serabut. Ingat nih zaman sekolah ke boleh sound sesuka hati kalau orang tuh mencapap, gediks gediks ala ala kucing yang suka melendet-lendet dekat orang, dengan harapan nak dapat kasih sayang lebih? Meluat tahu? Rasa macam nak jeling jeling je bila kau buat aksi gedik camtuh, rasa macam nak sound je kuat-kuat.

Ah, patut diabaikan ini entry. Merepek tanpa hala tujuan. Padahal, tengah tengok TV pastuh terpandang aksi sorang pelakon perempuan nih, yang memang terkenal lagi handal melakonkan watak-watak si penggoda, si penggedik, si pencukur, si perampas, dan bla bla bla.

Pendek kata, nak mengada, nak menggediks, biarlah bertempat kan? jangan pasal tengok orang mengada, tergedik-gedik dalam tv, terus nak letak entry tak puas hati macam nak boikot barang-barang Israel. Huh, cukup cukup. Stop.

"Ukur baju di badan sendiri ok? Jangan berangan nak beli baju then ukur kat badan cashier shopping complex."

Akhir kata, "You know you love me. x0x0. Gossip Girl."
;)

Sunday, October 17, 2010

Malam yang Sepi~

Malam yang sepi pi pi, Pak Mat jual topi pi pi. ehehe ;) Kau ingat nih nak main sep-sep-mi-mi-mi-tom-tom-la-la-la?

Ok, malas citer panjang. Nih gara-gara ada satu malam yang tak de la sepi sangat, lepas tuh, dek kerana suasana malam yang takde lah sepi sangat, terus je bukak Windows Media Player, main la lagu-lagu dalam playlist dengan harapan malam itu akan jadi tak sepi sangat.

Kemudian, tetiba muncullah satu lagu ke gegendang telinga aku. Bukan lagu cinta, bukan lagu pop rock, bukan lagu Siti Nurhaliza malah bukan juga lagu dari mana-mana Dato', tapi lagu di bawah ini:

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putera-puterinya
Pelopor hidup budaya bangsa, agama dan negara
Membentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah kesini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku..

Majulah bangsa.. maju negara
berkat usaha jaya MARA
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya demi bangsa

Watikah yang kumiliki
Kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati
Membela negara

Doa restu ayah bondaku
untukmu semua
UiTM... Usaha Taqwa Mulia...




Entah kenapa, rasa dah lama sangat tak dengar lagu nih. Dulu, kalau dengar lagu nih, mesti bersemangat waja, terus je jadi cam semangat berkobar-kobar. Rasa macam satu tanggungjawab pada mak ayah terus je datang berdesup dalam hati. Chewahhh, exaggerate tahu? ahhaha

Jangan ketawa kalau aku kata, lagu-lagu sekolah memang banyak bagi semangat atau peransang untuk kita berjaya. Dah nama pun lagu sekolah kan? Mesti dorong ke arah semangat dan waja serta jati diri. Lain lah lagu Newboyz ke, Antz ke, Boboy ke.

Lepas tuh, antaranya mesti ada "Semangat yang Hilang-XPDC, Miley Cyrus - The Climb" Buat masa nih, itu je lagu penguat semangat untuk aku yang aku ingat. Korang camne? Lagu Siti Kah? Lagu Mariah Carey kah?

Monday, October 11, 2010

Luv is in the Air ~

Wes, apa kes "LURVE is in the air pulak tetiba nih?" ahahha

Skang nih, sekeliling aku penuh dengan berita gumbira. Sorang yang tuh dah nak kahwin, sorang lagi dah tunang, sorang lagi dah nak kawen, tunang, kawen tunang, nikah, beranak bla bla bla...

Seperti yang dibicarakan sebelum nih, kawan merangkap classmate, geng suka cari glemer, kawan bergossip, SMTBP dulu, Cik Sabrina, dah pon selamat tunang pada 10 10 10. Saja aku taip gituh. Biar nampak sket tarikh dia santekkkk. Kan?


Inilah Sab!!!

Seperti biasa, tanpa orang yang bermurah hati nak mengangkut aku ke Teluk Ramunia nih, takde lah aku cerita panjang lebar kat sinih. Sudah tentu, ada orang kuat di sebalik kehadiran aku kat majlis tunang si Sab nih. Aku tumpang Fara and the BF, dari BP ke Teluk Ramunia. Fara & Fahmi, thanx 4 d ride eh? Jauh tuh kan? Sab, ko patut terharuuuuu ;)


Fara & Fahmi sebelah kiri, Sab & Wafi sebelah kanan

2 pasangan dalam gambar atas nih, empat empat orang [rujuk caption gambar] adalah kawan masa sekolah teknik dulu. Pi Mai Pi Mai, Tang Tu jugak dia pusing, kan? Aku doakan korang kekal sampai hujung nyawa eh ;) AaaMiiiiiN.

Sab kata, tempoh tunang ikat dalam setahun hidup. Korang yang kenal tuh, sila prepare okeyh, pang ko pang dalam masa setahun je lagi. Sab, SELAMAT BERTUNANG, dah jadi tunangan orang nih, kenalah jaga diri leklok kan? Ok lah, sampai sini dulu semua, take care ;)

p/s: Cik Emaruko pun dah kabo ke aku, dia mahu tunang. Aku pesan siap-siap nih, sapa tanya bila pulak turn aku, aku dah sediakan jawapan, "Sampai seru, sampai jodoh, sampailah kad aku."

Sekian, dari-orang-yang-perasan-sendiri-yang-orang-akan-tanya.
;) Pis, no war! (^_^)V

Friday, September 24, 2010

Raya Oh Raya~

Untuk cerita Raya yang lebih, sila ke www.kuizikel.com

Oh SYAWAL, bila masa kau nak datang je, macam-macam aku buat. Macam bila RAMADHAN datang, aku beli kurma, siapkan diri dengan perut kosong.

Bila SYAWAL nak datang, cuti 2 minggu macam tak cukup. 4 Hari sebelum SYAWAL datang, aku dengan Salwa berpenat lelah cat rumah bahagian ruang tamu, Aida pulak sebuk cat pagar.

Tak cukup dengan tuh, buang segala habuk habuk yang kat umah, basuh itu, basuh ini, dan paling kelakar, tetiba pulak datang mood nak buat kuih Siput. Bila dah tanya dengan Encik Google, cepat-cepat beli bahan dia, dan tak payah tanya la hasil dia. Aku kan berguru dengan Anak Chef Wan. Confirm buang ke tong sampah. Ceittt. Masin. Takpe, tahun depan, boleh cuba lagi bila SYAWAL datang.

Tak cukup dengan tu, bila akak balik, diorang bantai buat cornflakes madu pulak. Dok bakar-bakar sampai malam. Aku pulak yang kononnya rajin nak buat popia kecik yang ada serunding tuh, tak larat nak gulung-gulung, sebab jenis kulit popia tuh agak keras. Ceh, salahkan kulit popia, padahal memang malas.

Paling best bila pagi-pagi, Abang Si SYAWAL yang Nombor 1 datang, dah takde adegan tertinggal-sembahyang-raya-lalu-solat-tahiyatul-masjid. Semua dah berpesan-pesan suruh cepat, telekung dah sedia awal-awal, tambah pulak pagi tu turun hujan rahmat. Jadi, bila hujan, sembahyang sunat hari raya tangguh jadi pukul 8.45 pagi. Najwa, Husna, dengan mama dia pun buat pertama kalinya join kitorang ke masjid. Sebelum nih, bila pagi Abang Si SYAWAL yang Nombor 1 datang, Abang Am satu family raya dekat Melaka, tapi tahun nih entah kenapa, tetiba diorang Raya dekat Johor. Jadi satu keluarga berkumpul ambik gambar dekat dinding yang baru dicat. Ceh, bangga gua dengan Salwa.

pic credit to : www.kuizikel.com

Niat hati memang nak citer bila Abang Si SYAWAL yang Nombor 2, 3, 4, dan seterusnya, tapi dah takde idea dan modal nak taip lagi. Sampai sini dulu eh ;)

Monday, September 20, 2010

Risik dan Sirih Junjung ;)

Tak sempat lagi nak update cerita pasal raya. Akakku Nurul Fauzana, dah ulas panjang lebar dah tentang raya 1431H nih. Cerita raya dia dan aku lebih kurang, sebab kami beraya bersama sampai lah raya keenam ;)

Ok, sementara masih fresh dan bertenaga lagi, minda masih belum serabut sangat, meh aku story tentang Majlis Pertunangan cik Nisa yang aku pergi Sabtu lepas 18/9/2010.

Dah nak kahwin dah kawan aku sorang nih. Meletop segala persiapan, baju, mekap, cunnn je semua, memang dah boleh kahwin dah masa tunang nih. Patut terus je 3 in 1, risik, tunang, nikah. Selamat kan? ehehehe.

Seminggu sebelum raya kot, tup tap tup tap, dapat lah SMS dari tuan punya badan, kata nak bertunang sekian dan sekian. Aku yang baru bangun tidur masa tuh, terus je segar mata. Biar betul minah nih?

Rezeki, jodoh, ajal dan maut kita tak tahu, kan? Apa-apapun, aku doakan Nisa dan Syafiq berbahagia sampai hujung nyawa ;) tiru ucapan akak aku. ekekekek

Jom tengok gambar eh.

Nisa merenung masa depan.


Sue yang menunggu giliran.


Sue, Nisa, Ita, Geng Teknik BP masa sekolah dulu ;) Rindu gosip masa sekolah dulu, sampai bila berjumpa, masing-masing ketawa mengilai. ekekekkeke


2 Keping gambar bawah nih, ehsan dari Sheila, dengan kamera DSLR dia


Dah macam pasangan pengantin dah gamaknya. Yang pakai baju melayu tuh, tunang Nisa - Syafiq.

Dari kiri atas: Nurul, Sue, Awynn, Sheila, Nisa

Oh, lupa pulak. Gambar yang ada tulis date n time tuh, ikhsan dari Nisa sendiri. ;) Nisa, sekali lagi, Selamat Bertunang eh ;) Aku doakan yang baik-baik aje tuk ko.

P/s: kepala pening je rasa. tak sempat nak update panjang dan lebar. Neway, thanx Sue 4 d ride (^_^)V

Monday, August 30, 2010

Sudah Lapuk~

Fuhhh. Rasa dah lama tak jejak tangan dekat blog-kaler-cokelat nih. Sejak dua menjak nih, blog nih pun sudah di-anak-tirikan. Meh aku ambik balik blog nih, supaya dia kembali di-anak-kanankan. Cett. Kau ingat ini lawak bulan puasa?



Semalam, hari ahad, aku tolong Dr. S jaga test. Walaupun, ahad memang hari yang best untuk tonton Melodi, lepak dan rilex, aku gagahkan jua bangun pagi. ehehe.

Tiba-tiba, aku teringat tentang "Cara Lapuk Meniru Ketika Peperiksaan". Jom kita tengok ;)

1) Tulis notes/formula kat tapak tangan.

2) Tulis notes/formula kat Kalkulator.

3) Letak notes dalam kocek baju/seluar/pencil case.

4) Letak notes dalam tandas. Masa exam, pergi tandas untuk cari jawapan dalam buku/notes.

5) Hantar SMS pada kawan. Hantar nombor soalan yang tak dapat jawab lagi.

6) Buat-buat kertas terjatuh atas lantai, pastuh kawan sorang lagi tolong ambikkan dan kemudian switch kertas tuh. Bila kena masa yang cantekk, switch lagi. Kalau kena student yang hebat dan kreatif, diorang takkan tulis nama pada kertas soalan yang nak di 'switch' tuh. Kalau kantoi, nama takde kat kertas tuh kan?

7) Pandang kawan yang kita nampak jawapan dia dah penuh, cuit sekejap, then tunjuk kat kertas kita soalan yg kosong. Tunjuk exactly position soalan tuh.

8) Datang exam bawak pen sebatang je. Jangan bawak benda lain. Lepas tuh, baru sebuk pinjam pemadam orang sebelah, dalam masa sama, curik-curik tengok jawapan dia.

9) Untuk soalan objektif, pastikan deal dulu dengan member yang agak terer dari kita. Setelah kod untuk huruf (A, B, C dan D) dah dipersetujui (contoh: A untuk hidung, B-mata, C-mulut, D-telinga). Bila ada soalan yang tak sure, just tulis je nombor berapa, dan member kita akan tunjuk jawapan dia, samada hidung, mata, mulut ataupun telinga. Soalan True-False, angguk angguk geleng geleng je la, kan?

10) Tanya dekat "tukang-jaga" exam tuh. Harap-harap hati dia lembut nak bagi jawapan.

Ada lagi tak eh list yang tertinggal? Semua cara meniru/berbincang dalam periksa nih dah lapuk dah. Kalau korang buat jugak, tak boleh jamin ianya selamat dan seswai digunakan lagi. Terlupa plak tentang nombor 10 tuh.

Semalam, kecoh jugak la bilik kuliah yang aku jaga test tuh. Memasing angkat tangan, ada typo error, formula tertinggal, ada ayat dalam soalan yang diorang tak paham, macam-macam lah. Pening jugak Dr. S. Aku lagi pening.

Dalam dok kecoh tuh, ada la sorang student nih angkat tangan. Then, aku pun jalan la pergi tempat dia. Dia tanya aku,

Student:Soalan nih kan, untuk cari Key 2, kita ambik output dari LS-1, pastuh shift 1 bit ke 2 bit eh?

Aku: Eh, awak belajar camne?

Student: Saya lupa la...1 bit eh?

Kau orang saksikan, camne dia punye trick untuk tanya "tukang jaga". Dia bagi 2 choices yang dia tak sure, then, dia perangkap dengan bagi jawapan yang hanya memerlukan anggukan atau gelengan dari kita. Aku, secara automatiknya kata "Isyhhhh. 2 bit la." Then, problem dia solved. Hebat betul budak nih punya manipulasi kan?

Macam-macam karenah student nih. Masa kita jadi student, kita tak sedar lecturer/cikgu nih kena deal dengan pelbagai jenis ragam. Ya ampun, bila dah tolong lecturer nih, macam-macam karenah aku jumpa. Naik pening aku tengok. Tengah hari tadi, aku baru je habis tanda bahagian calculation untuk test nih. 70 students. Aku rush tanda sebab esok dah cuti, 2 hari lagi Dr. S dah nak naik kapal terbang buat Umrah.

Nih masa tanda lab punye session. Nih pun baru separuh dari 70 orang tuh. Ingat senang ke jadi penanda???? Ingat senang jadi cikgu?

p/s: kesian kat rummet aku Mimah. selalu je dia jadi mangsa bebelan aku bila marking nih. "Isyh budak nih, takkan modulus pun tak tau? XOR pun semua salah. Guna kalkulator pun boleh tau XOR nih. Apa kes tulisan santekkk sangat nih?"

Wednesday, August 25, 2010

Allah Maha Kuasa~

Sungguh. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. Ajal, maut, jodoh ketentuan, semua tuh dekat tangan-Nya. Hari Jumaat yang lalu, atau lebih tepat lagi, pada hari Khamis malam Jumaat sekitar pukul 2 pagi, pakcik aku [merangkap abang abahku] telah kembali kepada-Nya.

Kebetulan pada hari Khamis sehari sebelum tuh, aku memang sudah berada di rumah. Pagi tu, abah aku tak boleh tidur, jadi dia bangun sekitar 3 pagi untuk masak lauk sahur. Aku end up makan sahur pukul 4 pagi. Masa tuh, kitorang sekeluarga memang tak tahu berita tuh. Pakcik aku yang lain datang dengan motor untuk khabarkan berita tuh. Terkejut bukan kepalang bila dengar. Tak de berita sakit ke apa ke, tiba-tiba dah tiada. Tapi, abah aku memang sudah boleh jangka. Niat di hati abah, pagi tuh lepas bawak bas kilang, dia nak pergi jenguk abang dia dekat Hospital BP, tapi apakan daya, kita hanya merancang...

Bila adik dia datang naik motor pagi pagi, dia sudah boleh jangka berita apa yang mahu disampaikan. Aku nampak abah termenung beberapa ketika selepas tu. Aku ingat abah kebal, tapi rupanya tak. Dia kata kat aku, sepanjang di rumah arwah, dia banyak berdiam. "Mana boleh banyak sangat cakap, nanti abah nak nangis."

Bila Allah kata kun [jadi], maka fayakun [ jadilah].

[Al Mu'min:68]

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

Al-Fatihah untuk arwah Bakri bin Hj. Zainal. Bila dia dah tak ada, baru terperasan kehilangan sorang pakcik. Baru teringat, "lepas nih, dah tak ada dah orang nak cium cium, peluk peluk lagi dah. Takde dah orang yang nak bagi nasihat suruh dapat anak cepat-cepat. Dah tak nampak lagi dah orang tu naik jip merah dekat pekan pt usop tuh. Tak ada lagi orang suruh naik jip, bila di arak masa majlis kahwin."

Kita memang macam tuh kan? Dah tak ada, baru terasa. Sebelum nih, bila ada, buat tak tahu je. Paling penting, setiap kali kematian orang terdekat, aku pasti ingat ini. Pasti.

Dah 9 tahun dah. Anak mak nih pun dah besar dah mak!!!


Entry nih sungguh mencabar jiwa dan raga. Harap maaf. Emo sudah datang. Cecair nih banyak dah keluar tanpa dipaksa.
...
.......
.........
...........
Al-Fatihah.

p/s: Makcik sebelah mak aku, baru je bersalin hari tuh, pada hari yang sama. Congrats Cik Jah, anak lelaki katanya. Allah itu Maha Kuasa. Dipanggil seorang kepada-Nya, diberi kelahiran seorang lagi kepada kita. Subhanallah.

Monday, August 16, 2010

Top 10 Best Things for Top 10 Entry~




"Hanya Yang Best Best aje." Tuan Empunya Blog Unwanted nak anjurkan contest untuk yang Best Best aje. Nih sempena blog baru yang beliau nak bukak bagi lagi Best. Himpun semua benda benda Best kat blog ini. Blog OhBest tuh masih under construction. Perasan tak aku asek sebut Best Best Best? Ye la, kan dah kata, semua yang best best aje.

Bak kata Tuan Empunya Blog nih, "Best itu adalah subjektif." Mungkin pada pandangan aku, benda tuh best, korang pulak kata tak.

Mungkin pada pandangan aku, orang melayu suka translate Best itu sebagai Sedap. Contoh macam kita kata,

Orang Satu: Eh, best a rasa ayam black pepper nih. Tambah pulak dengan sotong goreng tepung. Cuba kau rasa pulak. Best tak?

Orang Dua: A'ah la wes. Best Best. Sedap nih. Lagi-lagi minum dengan air tembikai merah.

Ok, dapat tangkap kan maksud aku? Jangan terliur dengan dialog rekaan nih eh. Puasa wes puasa. Ok, tak nak membebel panjang-panjang berjela macam karangan 250 patah perkataan budak SPM punya. Cukup la sampai sini. Meh kita tengok video yang di ambik terus dari YouTube nih.

V

v

v

v
v
v

Sedia? Tup! aku padam lampu dah nih. Popcorn semua kat tepi meja eh. Selamat Menjamu Mata ;)



Video credit to youtube's user: Hadoukentheband


Kenapa aku kata video nih BEST?

1. Sebab tajuk dia adalah "100 GREATEST HITS OF YOUTUBE IN 4 MINUTES"
- menghimpunkan 100 video yang hits di YouTube dan dikompilasikan menjadi 4 minit (3:24)

2. Banyak video kelakar yang sebenarnya tak kelakar pun, kalau dalam situasi sebenar. Mungkin sebab orang semua tengah serius masa tuh, benda kecik tuh pun boleh jadi kelakar. Contoh: Orang bertinju boxing, tetiba je pihak lawan tertumbuk muka sendiri.

3. Banyak video comel comel yang BEST. "The stalking cat, David after Dentist, i-phone -- will it blend?, charlie bit my finger, again!!!"

4. Ada koreografi yang macam BEST aje. Buat kita rasa nak menari sama.

5. Oleh sebab aku kata BEST, jadi mestilah video nih kena jadi BEST. Lain la kalau aku kata TakBEST, mestilah jadi tak Best, kalau ikut logik akal kan?

Ok, sekian. Jom ramai-ramai join contest nih. Senang aje kan? Klik sini ye anak anak ;)

Thursday, August 5, 2010

~Cinta Bertasbih

Oh. Sudah hampir Ramadhan. Bulan Berkat penuh istimewa. Rindu dengar bunyi perut yang lapar, bazar ramadhan, kurma, perasaan ketika berbuka, ramai-ramai solat sunat terawih, dan bla bla bla.

credit pic: here

Baru lepas tengok cerita "KETIKA CINTA BERTASBIH SPESIAL RAMADHAN" (KCB). Citer nih karya penulis terkenal Habiburahman El Shirazy. Aku baru habis tengok episod 1, skang nih dah tayang dekat tv indonesia sampai episod 9 kot. Boleh download dekat syok.org. Memang syok tengok citer nih. Baca novel best, tengok movie dia pun best. Ada KCB 1 & 2 untuk movie. Yang episod nih tak tau la pulak sampai berapa episod.

Setakat nih, untuk episod 1 special ramadhan nih, memang best la. Kalau movie dulu, cerita pasal pencarian jodoh untuk Khairul Azzam. Macammana pencarian calon isteri untuk dia dengan bermacam-macam gadis, tetapi akhirnya berjumpa jodoh dengan Anna Althafunissa.

Episod untuk special ramadhan nih, ada satu lagi watak yang ditonjolkan. Tengok poster atas. Lepas tengok episod 1 nih, aku rasa episod special ramadhan nih tentang pencarian rezeki pulak dari segi anak. Dah 7 bulan kahwin, tapi mereka belum lagi dikurniakan anak. Kemudian, ada gadis (watak baru yang disebut tadi) dihantar ke Pesantren tempat Mas Azzam mengajar, dan dari situ la plot cerita nih bercambah. Chewahhhh! Ayat aku tetiba sasterawan melayu kan.

Aku umpama jatuh cinta dengan watak dalam cerita nih. Khairul Azzam. Bukan sebab dia cakep, tampan, tapi, cara percakapan untuk watak nih, dari segi memberi kuliah, dari segi kecekalan, dari segi kerajinan, kebijaksanaan berniaga, pendek kata, aku jatuh cinta la dengan watak nih. Thumbs up untuk penulis Habiburahman El Shirazy.

Selain itu, dialog dialog yang berunsur keislaman nih, memang sesuai ditayangkan waktu bulan ramadhan nih. Kasi sedar dan insaf sikit. Contoh dialog tuh, bila si Hafez watak dalam cerita nih, melihat gadis yang baru dihantar ke Pesantren tadi, bila dia terpegun dengan kecantikan gadis tadi, cepat-cepat dia geleng kepala dan ucap "Astaghfirullah." Ada juga orang kaya yang ingin hulur duit kepada si Hafez nih, dia kata "Terima kasih pak, terima kasih." "Kalau mau ngasi, ke mesjid aja pak." Juga dialog seperti, "Allah itu bersama-sama orang yang sabar." "Kita, belum berusaha maksimal. Jadi, enggak boleh berputus asa."

Dalam cerita cerita, sok sek sana sini pasal Ketika Cinta Bertasbih nih, semoga amalan kita untuk Ramadhan yang bakal datang nih makin bertingkat, dan tidak lupa pada Yang Maha Esa tak kira susah atau senang. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, sama-sama kita mengalu-alukan kedatangan bulan berkat nih, ye! ;)

Sekian duhai kawan-kawan, selamat berpuasa (^_^)V. Latih latih la perut anda eh!


p/s:update: full episod untuk drama nih kalau tak silap 56 episod. fuhhhh, masakkkk!!!

Wednesday, August 4, 2010

Teruja Teruji~

Syhhhh. Shadap semua. Mood sekarang ini sedang teruja untuk sertai give away n contest. Walhal sebelum nih, tak pernah pun cuba cuba nak "teruja dan teruji" nih. Dari tadi Maghrib, lepas nampak satu give away dekat blog luvida nih, terus perasaan teruja tuh timbul nak ngengade masuk benda cengginih.

Then, tanya dekat Encik Google dan dapat link ke sinih. http://malaysiagiveaway.blogspot.com/ penuh berinformasi blog nih. Menampilkan contest yang dianjurkan oleh para Bloggers Malaysia. Korang boleh jenguk jenguk eh!

Sebenarnya, teruja dengan contest ini, hadiah dia adalah MP3 Sony B-series, sejibik serupa aku punye yang akakNa bagi aku setahun yang lepas. Cuma lain kaler je. Aku punye kaler oren, yang dalam gambar tuh kaler hitam. Menarik kan? Aku sarankan korang join, rezeki kita tak tau kan? Sebab contest tuh takde kait mengait dengan aku, orang yang serba tak jiwang nih, plus, aku dah ada MP3 tuh. Fikir-fikir, tak pe lah. Iskh, korang baik terus klik link tuh, then, buat ikut syarat dia. Eh, aku grad Degree tau, baru dapat hadiah Sony MP3. Korang cuma perlu buat satu entry, then, sapa tahu, rezeki korang boleh menang MP3? Kan?

Lain-lain giveaway memang menarik. Check je link http://malaysiagiveaway.blogspot.com/, siap ada disertakan tarikh tutup semua. Korang boleh uji korang punye ke 'kreatif' an, buat slogan tuh semua, uji korang punye komunikasi dengan orang yang kita tak berapa kenal dan bla bla bla. Isi masa lapang pun boleh, ataupun isi masa senggang. Cewahhh, senggang dan lapang la sangat kan. Kerja melambak. Saja menghabiskan masa dan tenaga. ;)

Ok, sampai sini saja. Sudah penat, hari ini saja sudah post 5 entry. Syabas syabas! Tepuk tangan sket. Akhir sekali, Gud Lux ye kengkawan semua. Dah g main jauh-jauh. Check link giveaway tuh cepat!

Jom Ke Terengganu~



Oh, teruja lagi sekali dengan contest yang dianjurkan para bloggers dekat Malaysia nih. Unbelievable. Kali nih,

"CONTEST JOM KE TERENGGANU"

Oh, siapa yang tak mahu ke Terengganu kan? Pantai dia, jangan cakap la. Cantik yang semulajadi. Makanan dia. Kraftangan dia. Ok ok, tak mahu cerita panjang lebar.

Slogan adalah seperti berikut:

Saya suka ke Terengganu kerana panorama yang indah di Dataran Syahbandar, keindahan Pulau Redang, Perhentian, Tasik Kenyir, Pantai Batu Burok, kesucian Masjid Kristal, keunikan kraftangan dan sutera, tarikan selera tentang keenakan bilis terengganu, telur penyu, keropok lekor dan nasi dagang serta keramahan warga tempatan di Pasar Payang membuatkan diri ini bagai dibuai-buai dengan keindahan Terengganu.



Pantai Batu Burok



Sutera Terengganu


Pulau Redang



Masjid Kristal

tengok gambar je pun sudah cukup teruja kan? Sebelum tu, sudah tentu berterima kasih pada tuan empunya gambar, encik azwansalleh, isyh, tak nampak watermark dekat gambar tuh? tuh copyright, kira saya pinjam link je ye encik azwanali azwansalleh!!!

Referrer: http://malaysiagiveaway.blogspot.com/


Oh, sudah tentu orang yang saya ingin tag untuk turut serta "Contest Jom ke Terengganu" nih adalah seperti berikut:

Rasanya, cukup dah kot syarat nak join nih. ;) Sambil tuh, anda semua boleh jenguk blog kat atas nih eh. Blogwalking. Yang paling atas, paling latest entry diorang (semasa entry nih ditaip)

Korang dan korang, selamat menyukai Terengganu, okey?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...