Monday, November 9, 2009

Drama Sebabak ~

Cerita nih dah basi, kalau cerita nih diibaratkan macam kari ayam, dah membuak-buak bau busuknya, sebab sudah basi.

Tarikh: 21 Oktober 2009

Drama Sebabak I

Pagi tuh, jam di dinding tepat menunjukkan jam 6.30 pagi.

Abah: Pukul berapa ambik sijil tuh?

Aku: Kena masuk dewan dalam pukul 12 tghhari, ambik sijil tuh dalam pukul 1.30 kot.

Abah: Ahhh, lambat lagi. Kau nih pun, kelam kabut sangatttt. Nih baru pukul 6 setengah. Rileks 2 la dulu...

Jam di dashboard kereta tepat jam 7.35 pagi.

Abah : Kejap, abah singgah isi minyak dulu. Nanti kita berhenti makan asam pedas dekat Parit Jawa tepi traffic light tuh.

Aku : Pagi2 pukul 8 nih dah bukak ke bah ?

Abah : Dah...

Jam di dashboard kereta tepat jam 8.35 pagi, dua beranak ini meneruskan perjalanan lagi. Tiba di Shah Alam dari Batu Pahat tepat jam 11.17 pagi. Ok, baju jubah dekat kawan, pas masuk ibu bapa pun dekat kawan, semua orang tak masuk gate lagi, lepak dulu tepi tasik seksyen 7.

Drama Sebabak II

Sesiapa yang pernah ambik sijil dekat UiTM, dia akan tahu Adat & Istiadat Uni nih. Wah, istiadat sangat la kan? Disebabkan semua pelajar dari semua cawangan, (Johor, Perak, Melaka, Kelantan, bla bla bla) konvo di satu tempat yang sama, Shah Alam:

-Ibu dan bapa parking kereta di padang kawad, tunggu bas yang disediakan untuk ke Menara SAAS, naik bas dan balik juga begitu. Naik bas masa pergi ok lagi, bila balik, siyes macam tin sardin. Kesian giler kat mak abah yang dah tua-tua. Yang bawak sedara mara, nenek atuk. Naik bas?

Tapi bapak aku sangat rileks dan cool. Disebabkan keadaan fizikal Uni yang berbukit bukau, selekoh yang sangat tajam bagai pisau, bas nih selalu je belok kanan sampai rasa nak terbalik.

Abah: Nih kalau tak pandai bawak bas nih, mau tak lepas corner nih.

Aku hanya angguk-angguk. Mengiyakan kata-kata abah sebagai seorang pemandu bas. Tak tau la kata-kata tuh ’ayat cover’ ke apa.

Abah: Bagus jugak buat semua orang naik bas, kalau tak pening kepala nak cari tempat parking, nak cari tempat lagi, lagipun ramai nih, mana muat tempat nak parking.

Aku diam je. Aku terkilan satu je masa konvo nih. Abah tak dapat masuk dewan sebab dah penuh. Akhirnya, dia naik bas balik ke dataran kawad tadi dan tidur dalam kereta. Gambar aku dengan abah pun takde. Terngiang-ngiang pulak ayat dia.

Abah: Nasib la kau perempuan yan. Kalau kau lelaki, abah memang tak sanggup nak hantar. Abang Am dulu pun, ambik sijil sendiri. Mana abah pergi.

Tambah dengan ayat nih pulak.

Abah: Nasib abah balik tidur dalam kereta tadi. Kalau abah balik saing kau tadi, kau tengok bas nih. Uihh, penuh. Penat tuh kang.

Tambah lagi dengan ayat nih pulak.

Abah: Yan yan, nasib abah tido tadi. Kalau tak, penat nya nak bawak kereta nih. Memang nasib la abah dah tidur tadi.



....

.....

.........

Aku tak tahan la nak menaip entry nih. Jadi emo pulak rasanya. Tak berniat nak jadikan entry nih entry yang sungguh drama. Banyak nak cerita sebenarnya. Tapi, tak pe lah. Anggap je benda nih aku kongsikan supaya korang boleh ambik iktibar. Perasaan seorang ayah. Abah aku simple je. Aku tak rasa dia nak tengok aku naik pentas ambik sijil. Dia cuma nak anak-anak dia berjaya, tak lupa dia. Dan, ada lagi satu ayat:

“Abah kalau boleh nak anak abah duduk dekat Sarang Buaya. Duduk dengan abah.”

“Sapa bah?”

“Sapa-sapa la, kau ke, Awa ke...” Aku angguk-angguk je masa tuh.

Bla bla bla. Perbualan rahsia anak dan abah. Hahaha

Sebagai penutup Drama sebabak nih, meh aku tepek beberapa keping gambar.



Gambar nih aku edit dekat Photoshop dengan hanya 5 minit je. Eh, tipu tipu, 10 minit. Aku cut gambar aku dan gambar abah yang aku ambik dari kenduri kawen akak aku dekat Kedah. Even nampak fake, bolehla...hasil kerja 5 minit kan? Tapi, memang betul abah aku smart camtuh. Masa aku konvo, dia memang pakai kot camtuh. Kalau tak, takkan lah ayah Yah sampai tak kenal abah aku. Padahal sudah jumpa dekat 2 kali. Yah kata, ayah dia kata, ayah aku macam wakil rakyat. Tuh dia tak kenal masa tuh. Ahhaha Oh ye, kredit bunga untuk abang Am. Thanx sebab datang ye!!! eheheh




Aku ske gambar aku dengan Bali dalam gambar atas nih. Selalunya gambar yang nampakkan perut aku macam mengandung 5 bulan, aku akan cut dan seboleh-bolehnya edit, bagi menampakkan aku slim mlim. Tapi, gambar nih memang fresh dari ladang, aku namakan ”Gambar seorang isteri mengandung datang konvo suaminya”. Muahahahhaha gelak besar aku. Maaf ye Bali, aku pinjam gambar kau sebagai suami, dan gambarku sebagai isteri. Swit kan? Ahahha Euwww, geli pulak rasanya.

12 comments:

0ren said...

yan..sedey lak bc ntry mu neh..lame dh nk tny..smbg master ke ni?kat mane?

cas said...

jangan emo auntie yan....ko bolum dgr abah ckp apa kat aku masa nak kawen dgn abg am...huhu..teriang-iang di telinga n hati wa ni..huhu. eh abg amir ko pun tak spesial mcm k ainee ni..hehe.
nway, tahniah sangat2. jangan sedey2 k:)

Ms Linee said...

muahahaha..yan nie mmg orgnyer sensitip!! then, dia mmg suker wt drama2 cmnie!!kenyataan~~~lalalalala~~~jgn mare...jokes only!!

cekkeya said...

@ida: arituh jumpa tak sempat nak ambik gmbr ngn mu. heheh a ah, kat UTM skang nih. meh join. ehehhe

@cas: wah, tuh mmg tak boleh challenge la. menantu perempuan kesayangan abah. ekekekekek

@ms linee: ahahah tau takpe. ahahaha

kuizikel said...

sedih2.. terpksalah kawen ngan orang iran ke iraq ke, kg jauh, kena dok kat sarang buaya.. muakakak

k.ainee.. dialog yg sama je ulang kat k.ainee tu, malas je nak citer.. haha. tapi kes gua hampir takleh kawen tu lagi sadis woo.. hahahahha

berusahalah azyan... eh abg am konvo aku pegi ok.. siap bagi hadiah t-shirt levis black n white lagi...

yunn mohamed nor said...

congrats yan...bapak ko sgt sempoi + simple tp dlm hati dia mmg nak yg terbaek utk ank2 kn. tsentuh aku baca entry ni sbb bapak aku pon lbey kurang camtu, tp aku hrp dia ada sblh masa aku konvo nti.huhuhu

cekkeya said...

@kui: ahhaha eh, ko g ke abg am konvo? ahahha

@yun: wokey, ko pastikan bapak ko sblh ko eh.

momo chan love hyunie said...

yan..aku bru nk ckp bnd yg sama...ko ngan abe ko mcm laki bini je aku tgk..oops!! congrates dearie!!

cekkeya said...

@momo: eh, ko salah nih. Bali tuh gambar yg bawah sebelah kiri. (yg perutku nampak mcm mengandung tuh) yang atas tuh memang la abang ku. kau nih. haha neway, thanx. aku dah dapat main crayon physics deluxe tuh. ahahha

tawawfayakof said...

jadi laki bini bebetul ar. haha..

aku nampak ko masa aku tgh queue masa konvo. kalut bebeno

cekkeya said...

@taufik: ahahha mmg kalut giler. mana taknya, orang lain dah beratur siap pakai jubah, aku dok terhegeh2 tepon sana sini. ahhaha

eh taufik, mana citer nak ambik gmbr bersama? kau duduk aku diri? hahaha giler jahat ayat aku.

Amran said...

ko tak cakap pun ko tido kat rumah aku yan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...