Saturday, June 20, 2009

Ulang Tahun Lima Beradik ~~~

Ehem ehem ehem...(membetulkan tekak setelah penat men jerit nyanyi @ karaoke... ahahha

Tepat jam 12:17 am, 20 hb Jun 2009, aku mula keletak keletuk atas papan kekunci nih, sign in kat blogger, dan terus >create new post. 2 jam sebelum aku keletak keletuk nih, satu acara menggegarkan bilik iaitu menyanyi secara sumbang merdu bersama 4 orang rakan yang lain telah dijalankan di sebuah bilik terpencil di Melaka. Walaupun, tanpa karaoke jamban box, suasana tetap jugak happening dan gamat dengan suara2 yang ala-ala ayam nak berkokok...ahahah

eh, eh...

...jap eh...

kejap...aku tekan punat PAUSE sekejap.


adakah aku telah lari tajuk ??? ya, aku telah lari tajuk. Bukan bermaksud aku membawa "tajuk" lari keliling kampung atau main kejar2 dengan polis atau pencuri.

Ok ok. (sambil angkat dua dua tangan). Aku tak mau membebel panjang2 dalam entry nih, walaupun tuh hakikatnya. ahahaha

Aku tekan punat PLAY semula.

Nak dipendekkan cerita, lepas berkaraoke ala2 ayam jantan berkokok, Amalia, Amiera, dan Kak Zuli telah menyanyikan lagu paling femes ames dekat dunia, HAPPY BIRTHDAY!!! dan ALLAH Selamatkan Kamu, untukku (tuhpun, aku request special punye)...ehehhe



Hakikatnya, entry nih nak bagitau, ini hari adalah hari ulang tahun aku. Hari ulang tahun emak bersusah payah melahirkan aku, hari ulang tahun abah jemput mak balik dari Hospital Muar, hari ulang tahun aku jumpa dunia, hari ulang tahun yang akan di "ulang-ulang" sehingga sampai masanya. Moga kami lima beradik akan jadi anak yang baik2 belaka, dimurahkan rezki, dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan rezki yang melimpah ruah, sentiasa gembira selalu, dan sentiasa berada di bawah lingkungan rahmat-Nya. Amin.

Aku rasa dah banyak kali kot aku sebut perkara nih,

"Semua adik beradik aku lahir bulan 6."



Bermula dengan ;)
4 hb Jun,
akak Ana merangkap kuizikel,@ cikesid, @pojan, @jojort, @nurul dan nama2 gelaran yang sewaktu dengannya...

8 hb Jun,
adik Awa yang akan SPM hujung tahun nih.

10 hb Jun,
abang Am merangkap @rokawa,@sameon yang semakin tinggi dan lebar sket...ehehhe



18 hb Jun,
adik Aida yang akan PMR tak lama lagi...

20 hb Jun,
hari lahirKU yang makin lama makin banyak kilo dan makin banyak membebel dekat dalam entry nih. uhuhuhu



Dipendekkan cerita lagi, telah ramai yang mengupas tentang ulangtahun 5 beradik nih, jadi, tak perlu la aku melanjutkan lagi bebelanku ini. ahahah Boleh klik link dekat bawah nih, (kalau nak klik la...)

~~~<@ Akak iparku a.k.a casainee

~~~<@ 10 Jun Versi Husband&Wife

Ini entry dari kuizikel :

~~~<@ 4 Jun
~~~<@ 10 Jun Versi Abang&Adik
~~~<@ 20 Jun

Siap ada entry khas untuk aku dari kuizikel. Wah, terharu terharu...tq2...eheheh (ko punya, aku buat tahun depan eh...ahaha)



Husna siap lukis gambar aunty aunty dia...Husna kata, gambar aku yang paling kiri sekali dalam kad tuh...ahaha comel comel...teruskan melukis Husna...!

Oh ye, tak lupa jugak, TERIMA KASIH kat korang yang wish birthday tadi...!!!

CWan (siap hantar kad besday sebulan lebih awal, setelah dipaksa olehku), Hassan, Azuan, Nisa, Farah Farhana, Miera, Liya, Kak Zuli, Ijam, Dat, Izzaidah, Cik Jah, Ayoub,Emma Sofia, Akakku, Kanu, Chuna, Emaruko, J-are, Fara, Ajab, Ida...Husna a.k.a anak sedaraku, mama Husna dan papa Husna yang menaja kek harijadi pada 9hb Jun yang lalu...

Korang memang, very the BEST...! ehehe

Siyes, aku kena berhenti membebel...oleh itu, aku tekan punat STOP kat sinih.

12 comments:

kuizikel said...

sah dah tua...

mama Husna dan papa Husna yang menaja kek harijadi pada 9hb Jun yang lalu...

7 JUN la!!!!!!

~wan~ said...

hahaha...tersmpai awal la yan nk wt cm ne kan...huhuu...

cekkeya said...

hhhahaha

~~~KUIZIKEL~~~
7 jun eh??? aku salah letak tarikh la kot tuh..ahahah

~~~CWan~~~
hahhaha terima kasih cWan papepun...ko je penghantar kad besday aku tahun nih...(walaupun aku tau kau telah dipaksa&terpaksa...aahaha)

wah Cwan, entry khas untuk besday aku!!!

tq cWan...

Entry Besday

oDiN said...

Selamat hari tua !
:)

cekkeya said...

~~~ODiN~~~
hahahahaha sengal ko..

mAi iRA said...

happy birthday..
aku je ek yg xwish kat ko..
lupe..
sbnrny xtau..
selamat ulang tahun ke-18 utk kali yg ke 5..

cekkeya said...

eh, sapa kata ulangtahun aku yg ke-18????

ulangtahun aku yg ke-17 la...hahahah untuk kali yg ke 6...ekekekeke

n_nana said...

happy birthday jugak!yan lanjut usia!

doakan aku sefamily jua yer...

mademoiselle saila aaylaa run said...

epy blated burday,,sowie terlewat..ak bz de mek kos tuk network ngan tde ojt..gtg

cekkeya said...

~~~Nana~~~
thanks...

~~~Aaylaa~~~
kos network??? under apa nih?

tawawfayakof said...

selamat ulang tahun....

jadah, lambat.

dua hari lepas besday bos jiran departmen aku punya besday. dia belanja staff sarapan cucur udang, tahu sumbat. lunch nasik minyak.

amacam? ko taknak sambut di peringkat kawan kawan dengan idea tadi?

cekkeya said...

hhahahah

disebabkan ko wish lambat kat aku, segala udang, tahu, minyak, aku cancel..muahahahha

ps://chehh, apakata besday ko nt buat idea tuh...
menarik gaks tuh...ekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...