Tuesday, March 1, 2011

Cuti Cuti Cinta~

Dah tak tau nak tulis tajuk apa. CUTI-CUTI CINTA. Bolehla kan? Walaupun, tak cintan sangat, walaupun tak cuti sangat. Bolehlah kasi tajuk tuh. Aku pun minat Nora Danish. Dulu pun pernah minat dengan Farid Kamil. Dululahhh tapinya. ;)

Satu petang yang dingin dan sepoi-sepoi bahasa, ketika tuh aku dekat Putrajaya menumpang kasih di rumah sewa Dat, [tarik nafas jap. ok, lepaskan dan hembussss.] Fahmi ex-boyfriend classmate mengSMS Dat, kata mahu ke Putrajaya.

Jadi, dipendekkan cerita, tanpa apa-apa plan, kitorang pun sampailah ke Pantai Morib. Fahmi nih kata, filem Cuti-cuti Cinta 2011 tuh buat penggambaran kat pantai nih lah.

Pemandangan dekat situ memang cantik, Subhanallah. Pantai Morib nih dekat dengan Banting kot. Dalam 1 jam dari Putrajaya ke Pantai Morib nih.

Tiba-tiba guwa rasa bengang beb. Hari tuh memang Dat dengan aku tak bawak telefon, IC dengan wallet. Gambar nih pun ehsan dari BlackBerry Fahmi. Tak tau la masa dia hantar emel tuh, dia resize ke apa gambar-gambar bawah nih. Jadi kecik dan blur cenggituh lah. Masa guwa tangkap hari tuh, tade lah se'blur' nih rasanya. Ke sebab masa tuh, skrin BB tuh kecik, skrin laptop aku besar, dia jadi cengginih?

Nak tunjuk kat korang yang pasir dia warna putih pun tak boleh. Pasir dia putih tau, siyes cantik, bukan warna coklat cair cam pantai lain.


Nampak macam fake la plak gambar nih. Macam guwa edit tampal kat fotosop.



Tuh Fahmi dengan Dat. Adegan boyfren pujuk girlfren. muahahha


Takpelah. Guwa memang kecik hati dengan gambar Morib nih. Dahla buat guwa nampak gemuk. ekekekekke Bukan salah sesiapa. Salah guwa yang tetiba nak kecik hati. Eh, apa ada hal? ahahha


Tengok matahari terbenam dekat Pantai Morib tuh, memang superbbbb! Subhanallah sekali lagi. Selain gambar, memang semua superb lah! Ada lagi gambar pemandangan lain, tapi Fahmi tak send plak. 5 keping je dia email. Papepun, THANKS eh Fahmi bawak kitorang jenjalan? Lenkali kita picnic plak ek?

Ok, tutup citer cuti nih. Kita tukar babak lain plak eh?

****************************************************************************

Harituh, memang nak ceciter tentang Sri Pentas dalam entry lepas. Ok, straight to the point. Kalau korang dari Putrajaya Sentral nak ke Sri Pentas, boleh naik bas rapid KL U43. Tambang bas dia one way cuma RM3 sahaja. Murah kan? Boleh berhenti betul-betul seberang jalan Sri Pentas tuh. Sangat mudah dan senang. ;)


Sebelum masuk situ, pengawal akan tanya kita tujuan untuk masuk. Juga akan ditanya dengan siapakah yang kita mahu berurusan. Ada sedikit kejadian kerek-menyampah dengan makcik guard dekat situ, tapi tak mahu ceritalah. Rosak mood kang. ;p Nanti tinggal IC, akan dapat pas pelawat cam atas nih.

Oleh sebab masa tuh nak tebus hadiah, kena berurusan dengan BMG (Brand Management Group) 3rd Floor South Wing kot. Orang yang in-charge bab hadiah nih Cik Wan Nadirah. Eh, tak ambik gambar pun dengan dia. Dahlah sweet je orangnya, peramah plak tuh. ;)

Lepas tuh, Cik Nadirah nih suruh tunggu jap kat tempat menunggu camtuh la. Dalam tengah tunggu punya tunggu tuh, aku nampak kelibat yang macam kenal je masuk bahagian tuh. Norman KRU. Sama jelah dalam TV ke nampak langsung ke apa, tapi bila aku senyum kat dia, dia senyum balik. Beza kat TV dengan langsung itu je kot. ;) Dia ada meeting dengan orang kat situ. Lepas tuh, aku dengar, dia kata "Kejap eh, saya nak ke toilet. Toilet mana eh Puan XXX?"

Lepas tuh, aku nampak dia masuk semula pintu bahagian tuh. Aku terus je lambai kat dia, senyum-senyum pastuh, dia lambai balik. Aku terus spontan cakap, "Bang, nak ambik gambar boleh???" Cepat je dia jawab, "Boleh boleh." ;)

Dia tanya, "Buat apa kat sini?" aku jawab, "Ambik hadiah. Menang peraduan... apa ntah." Dia pun tanya balik, "Hadiah pe ntah???" ahhahaha Bla bla bla, then kitorang pun cakap "Terima Kasih, bang." auwwwch, abang yuuu. ahahha Dia pun start masuk bilik meeting.

Sebelum balik ke Putrajaya balik, singgah dulu dekat OU, alang-alang dah dekat. Makan McD, pastuh masuk Toy-R-Us. Dat masuk dulu dalam Toy-R-Us tuh. Aku pun ikut je. Tiba-tiba, ada sorang uncle Chinese panggil aku.

"Ehhh, eh eh." Uncle tuh tahan aku, lalu aku pun berhenti depan kaunter bayaran tuh. Tak jadi ikut Dat ke ruangan mainan.

"You dah ada membership card Toy-R-Us ke belum???" Aku geleng-geleng kepala.

"Sini, sini. Mari ikut saya. You isi ini form, tak ada bayaran, dapat diskaun, dapat point, valid sampai bila-bila, seumur hidup." Aku pun ikut Uncle tuh. Cepat-cepat je capai pen, terus nak isi form tuh.

"Betul nih, uncle? Tak kena bayar apa-apa?"

"Betullllll." Dat pun datang ke tempat aku.

"Kasik satu lagi form, uncle. Nih kawan saya."

Bila aku cakap camtuh. Uncle tuh diam kejap. Dia buat muka sket, naik kening. Sambil tangan dia point ke Dat, dia tanya "Eh, you... you dah cukup 18 ke?"

Apa ada hal dengan Uncle nih? Tanya Dat cukup umur 18 ke belum, sebab kalau nak jadi member Toy-R-Us tuh, syarat dia kena 18 tahun ke atas.

Aku pun cepat-cepat cakap bagi pihak Dat, "Eh, dia sama umur dengan saya lah Uncle. Apa pulak tak cukup 18."

Ok. Korang paham tak apa yang uncle nih tafsir? Aku benci tau bila bab umur nih. Masa aku ambik PMR, orang kata dah SPM. Bila aku SPM, orang kata dah keje.

Jadi, sekarang nih, Dat yang awet muda, atau aku yang awet TUA??? Apa ada hal Uncle, tarak hal lahhh. Tunggu saya makan Jamu Indonesia, kasi nampak muka berseri-seri seperti umur 18. Set, Uncle?

5 comments:

damia said...

yan..jgn kamu berduka..huhu..nti kita g lg pantai morib tu..pasni kita bwk kamera sendiri k..:)

cekkeya said...

mana ada berduka dat oiiiii ;) okes okes saja, nanti kita berkelah plak eh kat situ? ;)

kuizikel said...

sian, nanti pinjam slr aku.. kakakakakak...

ala ok la tu awet tua.. bukan senang, tade ubat... :D

damia said...

okeh yan..set..harap2 time tu da dpt job yg tetap then da dpt kete sendiri..baru best..kan2..:)

mangsibersamajabatanku said...

Entri menarik nie..enjoy baco!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...