Thursday, March 31, 2011

TELEPATI

Ini bukan TELE---KOM----. Ini TELE-PATI. TELEPATI membawa maksud Perhubungan Fikiran, Perasaan dan sebagainya Secara Langsung Antara Minda Seseorang dengan Minda Orang Lain Tanpa Melalui Deria Yang Biasa.

Pernah tak bila korang gundah gulana, ada masalah, projek tak siap-siap, putus cinta, patah hati, ada orang tetiba tahu yang korang ada semua masalah yang disebutkan di atas. Ada tak ada tak???

Sekuntum mesej "Insya-ALLAH" yang dieja "In saallah!" oleh seorang abah adalah amat begitu dan terlalu bermakna. Bila kita rasa susah, tup tup dia telefon, tanya "balik tak minggu nih???". Macam ada telepati. Sentap hati mak nakkk!!!

Orang selalu kata, ibu kita yang mengandungkan kita 9 bulan, dia dapat rasa kalau kita dalam susah, tengah sedih ke apa ke. Mungkin naluri ayah pun begitu. ;)

Semalam, makan durian dekat tepi tasik. Suwittt kan? Beli dekat Jusco, 4 polesterin kecik RM10. Nanti ada gambar aku attach. Dalam kereta entah tak tahu sebab apa, tapi aku, Iffa, Cekah, nyanyi lagu iklan AXION. Ala, yang video dekat bawah nih.



Recall: Mari mari puan dengar ini cerita, suami saya asyik balik awal saja. Ada pembantu baru katanya, tentu dia perempuan muda. ..... Kan abang dah kata, AXION namanya..... bla bla bla

Berkesan kan iklan tuh? sampai sekarang aku dengan Cekah boleh hafal lirik dan melodinya. Teringat lagi gaya dia turun dari tangga rumah, laki dia balik naik basikal. ;)

Tengah dok dok cari iklan tuh kat yutiyub, jumpa banyak lagi iklan lama-lama. Mula-mula rasa nak simpan video nih. Nak embed time Hari Bapa, tapi simpan lama-lama kang lupa plak. Jadi, teruslah share ;)




Tema iklan nih simple je. Motor besar, Cempedak, ABAH, keinginan seorang budak, saving, dan abah abah dan AIMAN. ;) ......Motor nih ABAH PUNYAAAA!

Iklan nih memang menyentuhla. Kalau korang tak tersentuh, mungkin aku yang exaggerate. ahahaha Biasalah kannn. ekekkeke Neway, Gud Lux semua. Tak kira apa yang korang buat, dan korang lalui. Wish aku LUX sekali, k?

p/s: tinggal 2 minggu untuk submit final report. please la work, codinggggg ;)

4 comments:

kuizikel said...

abah jamu nyanyi lagu maher zain ke?

cekkeya said...

aah, nyanyi lagu yang versi melayu sambil jual jamu ;) muahhaahhaha

Ayin Masliza said...

hahahah... saya pun hapal lagu tu sampai sekarang.... dengan iklan.. adabi... menyelerakan...

cikkawa said...

aah,,mmg telepati,,abah pon tepon aku,,masa aku tengah wat keje,heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...