Salah satunya tentang gadgets. Wong tanya, apa bestnya iPad. Dia kata dia lagi suka iPhone. Lepas tu, memasing mengeluarkan hujah kenapa dan kenapa.
Kemudian, aku bukak cerita tentang Steve Jobs, lately nih ada baca surat khabar tentang dia ada lebih kurang beberapa bulan untuk hidup. Sakit Kanser kot.
Aku sambung cerita lagi tentang aku pernah tengok filem lakonan semula watak Steve Jobs, Bill Gates dengan sorang lagi mamat yang tetiba lupa nama dia.
Okeh, berbalik pada gadgets komputer tadi, aku pun tetiba teringat satu benda. Aku tanya dekat si Wong nih, "Eh, you tahu tak kenapa orang panggil ERRORS dalam programming BUGS?"
"Oh, BUGS yang error semua tuh eh? Tak tahu pula saya."
"A'ah. You tahu tak mana datang asal perkataan tuh? Meh sini I ceciter. Dulu, semua komputer kan besar-besar. Mana ada personal computer yang portable camnih. Semua mainframe computer besar gedabak cam peti ais, rak baju camtuh.
Pastuh, satu hari, tetiba komputer tuh tak boleh jalan ke apa ntah. Lepas tuh, bila check check, rupanya, dekat komputer yang besar gedabak tuh ada tersekat satu BUG dekat situ. Jadi, bila di buang BUG tuh, komputer tuh boleh berfungsi macam biasa. Thats why sampai sekarang semua orang panggil BUGS instead of ERRORS."
"OOO......Bila you cerita camnih kan, tetiba I pun teringat pasal badminton. You tahu tak mana asal perkataan BADMINTON?"
"Tak. Mana dapat perkataan tuh?"
"Macam nih. Dulu-dulu, ada orang nih, jahattttt sangattttt. Dia kena tahan dalam penjara, lepas tuh, bosan la kan dalam penjara tuh tak ada apa-apa nak di buat. Jadi dia cipta satu benda dari bulu ayam ke bulu burung camtuh la. Lepas tuh, bila dia baling-baling, boleh buat main rupanya benda yang dia cipta tuh.
Sampailah satu hari, dia pun meninggal. Orang lain dalam penjara pun main jugak benda tuh. Tapi, sebab tak tahu nak namakan permainan tuh, diorang ambik nama sempena nama yang tukang cipta tuh. Nama dia MINTON. Tapi, bunyik macam tak sedap kan, MINTON MINTON MINTON. Jadi, mereka semua fikir lah, MINTON nih kan jahat. Apa kata kita tambah "BAD" depan tuh. BAD = JAHAT. Jadi, BAD+MINTON. "
Sekian. Sejarah Secara Rawak untuk hari ini. ;) Jumpa lagi di hari-hari rawak yang akan datang ;)
1 comment:
blh caya ke ni,hahaha
Post a Comment