Satu petang yang dingin dan sepoi-sepoi bahasa, ketika tuh aku dekat Putrajaya menumpang kasih di rumah sewa Dat, [tarik nafas jap. ok, lepaskan dan hembussss.] Fahmi ex-
Jadi, dipendekkan cerita, tanpa apa-apa plan, kitorang pun sampailah ke Pantai Morib. Fahmi nih kata, filem Cuti-cuti Cinta 2011 tuh buat penggambaran kat pantai nih lah.
Pemandangan dekat situ memang cantik, Subhanallah. Pantai Morib nih dekat dengan Banting kot. Dalam 1 jam dari Putrajaya ke Pantai Morib nih.
Tiba-tiba guwa rasa bengang beb. Hari tuh memang Dat dengan aku tak bawak telefon, IC dengan wallet. Gambar nih pun ehsan dari BlackBerry Fahmi. Tak tau la masa dia hantar emel tuh, dia resize ke apa gambar-gambar bawah nih. Jadi kecik dan blur cenggituh lah. Masa guwa tangkap hari tuh, tade lah se'blur' nih rasanya. Ke sebab masa tuh, skrin BB tuh kecik, skrin laptop aku besar, dia jadi cengginih?



Ok, tutup citer cuti nih. Kita tukar babak lain plak eh?
****************************************************************************
****************************************************************************
Harituh, memang nak ceciter tentang Sri Pentas dalam entry lepas. Ok, straight to the point. Kalau korang dari Putrajaya Sentral nak ke Sri Pentas, boleh naik bas rapid KL U43. Tambang bas dia one way cuma RM3 sahaja. Murah kan? Boleh berhenti betul-betul seberang jalan Sri Pentas tuh. Sangat mudah dan senang. ;)

Oleh sebab masa tuh nak tebus hadiah, kena berurusan dengan BMG (Brand Management Group) 3rd Floor South Wing kot. Orang yang in-charge bab hadiah nih Cik Wan Nadirah. Eh, tak ambik gambar pun dengan dia. Dahlah sweet je orangnya, peramah plak tuh. ;)
Lepas tuh, Cik Nadirah nih suruh tunggu jap kat tempat menunggu camtuh la. Dalam tengah tunggu punya tunggu tuh, aku nampak kelibat yang macam kenal je masuk bahagian tuh. Norman KRU. Sama jelah dalam TV ke nampak langsung ke apa, tapi bila aku senyum kat dia, dia senyum balik. Beza kat TV dengan langsung itu je kot. ;) Dia ada meeting dengan orang kat situ. Lepas tuh, aku dengar, dia kata "Kejap eh, saya nak ke toilet. Toilet mana eh Puan XXX?"
Lepas tuh, aku nampak dia masuk semula pintu bahagian tuh. Aku terus je lambai kat dia, senyum-senyum pastuh, dia lambai balik. Aku terus spontan cakap, "Bang, nak ambik gambar boleh???" Cepat je dia jawab, "Boleh boleh." ;)

Sebelum balik ke Putrajaya balik, singgah dulu dekat OU, alang-alang dah dekat. Makan McD, pastuh masuk Toy-R-Us. Dat masuk dulu dalam Toy-R-Us tuh. Aku pun ikut je. Tiba-tiba, ada sorang uncle Chinese panggil aku.
"Ehhh, eh eh." Uncle tuh tahan aku, lalu aku pun berhenti depan kaunter bayaran tuh. Tak jadi ikut Dat ke ruangan mainan.
"You dah ada membership card Toy-R-Us ke belum???" Aku geleng-geleng kepala.
"Sini, sini. Mari ikut saya. You isi ini form, tak ada bayaran, dapat diskaun, dapat point, valid sampai bila-bila, seumur hidup." Aku pun ikut Uncle tuh. Cepat-cepat je capai pen, terus nak isi form tuh.
"Betul nih, uncle? Tak kena bayar apa-apa?"
"Betullllll." Dat pun datang ke tempat aku.
"Kasik satu lagi form, uncle. Nih kawan saya."
Bila aku cakap camtuh. Uncle tuh diam kejap. Dia buat muka sket, naik kening. Sambil tangan dia point ke Dat, dia tanya "Eh, you... you dah cukup 18 ke?"
Apa ada hal dengan Uncle nih? Tanya Dat cukup umur 18 ke belum, sebab kalau nak jadi member Toy-R-Us tuh, syarat dia kena 18 tahun ke atas.
Aku pun cepat-cepat cakap bagi pihak Dat, "Eh, dia sama umur dengan saya lah Uncle. Apa pulak tak cukup 18."
Ok. Korang paham tak apa yang uncle nih tafsir? Aku benci tau bila bab umur nih. Masa aku ambik PMR, orang kata dah SPM. Bila aku SPM, orang kata dah keje.

5 comments:
yan..jgn kamu berduka..huhu..nti kita g lg pantai morib tu..pasni kita bwk kamera sendiri k..:)
mana ada berduka dat oiiiii ;) okes okes saja, nanti kita berkelah plak eh kat situ? ;)
sian, nanti pinjam slr aku.. kakakakakak...
ala ok la tu awet tua.. bukan senang, tade ubat... :D
okeh yan..set..harap2 time tu da dpt job yg tetap then da dpt kete sendiri..baru best..kan2..:)
Entri menarik nie..enjoy baco!
Post a Comment