Tuesday, February 22, 2011

Hitam Mata Hitamku~

Sejak sejak nih, telah tangkap cintan dengan warna hitam. Hitam itu kan lambang mutu keunggulan. Kan? Kan?

Beberapa hari lepas, ada chatting dengan Yah. Dia tanya tentang laptop Dell yang aku baru dah lama beli hujung tahun lepas.









Sumber dari sini: Malas nak ambik gambar laptop sendiri dan transfer dan upload ke sini. Kan banyak kerja tuh?


Tup tup, terus teringat waktu tuh beli laptop Dell nih online. Guna kad kredit r0kawa. Mula-mula ingat nak mintak tolong dia belikan guna kad dia. Tup tup, dia kata, "Sila beli sendiri. Nanti aku bagi nombor kad kredit."

Dengan rasa dup dap dup dap nya, terus isi online application untuk proses jual-beli. Seingat aku, aku order laptop tuh, hari Khamis pagi waktu bekerja. Sebab ada order tetikus brand lain, tak sama dengan package laptop tuh, jadi delivery dia akan hantar asing.

Lepas je order hari Khamis tuh,
  1. Pihak Dell akan hantar Email untuk order details semua tuh la.


  2. Selang hari Sabtu camtuh, pihak Dell ada hantar SMS ke mobile number kita, contoh bunyi dia camnih, "Pls be informed that your DELL order will be delivered to you on Mon 27/9/2010 between 9am-5pm. Any changes pls call 03-3456789** TQ."


  3. Aku letak alamat hostel. Pihak "Skynet" akan call kita hari Isnin tuh, tanya kita ada ke tak untuk proses penghantaran. Itu untuk penghantaran tetikus. Bukan laptop sebenar eh.


  4. Minggu yang sama, cuma hari je berbeza, iaitu Khamis [selang seminggu dengan tarikh order], laptop sebenar macam gambar atas selamat di hantar ke muka pintu depan hostel. ;))

    Pastuh, abang Skynet courier tuh siap cakap, "Eh, saya rasa saya ada hantar barang jugak kat awak kan, sebelum nih?"

    Dengan muka mamai mamai, aku pun explain, "Oh, hari Isnin hari tuh, hantar mouse je. Nih baru hantar laptop. ;)" Mana tak mamai mamai, dia hantar pukul 9 pagi tuhh. ;) Aku punya laptop adalah benda pertama dia hantar. ;)


  5. So, basically, servis dia puas hati. Laptop dia pun puas hati. ;) Tip top ;) oh, juga pengalaman pertama belanja kat internet guna kredit kad. Selalu belanja kat internet guna transfer CIMBCLICKS je. ;)
Jadi, laptop lama yang beroperasi atas dasar 40GB-harddisk, 512RAM telah selamat dihantar ke kampung. Jadi, tahulah kamu kamu semua, kenapa aku perlu laptop baru waktu tuh kan??? ;)

Oh, ada satu lagi benda yang aku suka sekarang nih. Mata air ketiga selepas abang Nuar dan laptop-hitam-yang-aku-sedang-keletak-keletuk-atas-keyboard sekarang nih.




Tadaaaaaa!!!


Samsung Champ GT-C3303K. Yang nih fresh dari ladang 1 Feb 2011. Full touch screen.



Boleh dengar radio tanpa perlu earphone sebagai aerial, speaker dia hebat seperti speaker laptop. Boleh dengar mp3 dan ada timer untuk switch off.

Kalau sebelum nak tidur, korang nak dengar lagu, sleep timer nih memang berguna. Lepas tuh tak payahlah susah-susah terjaga pukul 1, 2 pagi semata-mata nak switch off kan lagu. Jugak boleh elakkan bateri daripada cepat habis dan asyik kena charge. Cuma, bila bangun pagi esok harinya, still end up dengan wayar earphone berbelit-belit sekitar leher. hahaha

Lebih review dan gambar dekat sini.

Dengan ada handphone nih, berguna jugaklah aku subscribe selkom berodben tiap-tiap bulan. Kalau tak, guna berodben tuh waktu dekat kampung je. Bila dekat hostel, ada wifi bagai berdesup, buat apa nak guna berodben yang bagai kura-kura, ye tak?

Kalau malas bukak laptop, boleh lah bukak handphone nih. Hensem kan mata air nih? tapi abang Nuar lagi hensem kot ;)

Lagi hensem kalau orang lain bagi, free of charge FOC. Korang korang semua, ini handphone, TV3 yang kasi sama sayaaaaa wooo ;))

Terima Kasih sangat sangat TV3, rasa nak peluk cium TV3 sekarang jugaks ;)

Panjang sangat kalau nak cerita dari mula, camne aku dapat telefon nih. Semua bermula di satu pagi ketika menonton TV3 bersama Salwa. Ada iklan tentang SUPER SCHOOL BREAK CONTEST. Kumpul 15 soalan [2 minggu] dan hantarkan jawapan.


Hadiah Pertama :
2 tiket penerbangan (pergi-balik) ke Gold Coast Australia (termasuklah 2 tiket ke Gold Coast Dreamworld theme park)
Hadiah Kedua :
Ipad
Hadiah Ketiga :
PSP

Hadiah Saguhati :
Telefon bimbit – 5 pemenang


Jadi, tentu korang korang tahu aku dapat nombor berapa untuk contest budak kecik tuh kan? muahahahha


Malas pulak nak cerita panjang lebar lagi. ;) Mungkin nanti akan buat satu entry "Lawatan ke Sri Pentas TV3". ;)

Jadi, setakat ini, ada 2 mata air yang memang disayang-sayang dan tak mahu dibuang-buang. Kamu berdua, yang hitam menawan, si Dell dan si Champ, sila jadi Dellicious dan Champion selalu untuk tuan punya eh? Behave, ok?

Sampai jumpa nanti, teringin sangat nak tengok live dekat TV3, Ummu Hani. Drama wajib tonton dan download sekiranya anda terlepas atau tiada TV di hostel .

Pis pis kacang pis,
Hani TV3 jangan miss. (^_^)V

p/s: ada 2 episod lagi, baru download 11 episod, episod akhir dia minggu depan kot ;)

7 comments:

damia said...

isk2..xhbs2 ngan abg nuar dia..suh masuk minang xnk..nge3.. :) eh yan xnk ke cite pasal uncle kat toy r us tuuuu..hehehe :D

cekkeya said...

ahahah oh, nanti nanti aku ceciter eh. ko pun sama, tak abis-abis dengan uncle toy r us tuuuuuhhhhh ;) ahahah

diLa said...

pergh, sume nk baru!
eh aku tak penah perasan ade 'abg nuar' pon sblum ni.
dan lagi, ape best sgt dpat posing sblah pkwe angkat aku??
eh best nye ko yan! ahaha.pesal aku jeles ni?:p

Anonymous said...

Cik Cekkeya yang tinggi ke Encik Norman yang rendah? :P

cekkeya said...

@dila: hahaha abg angkat ko? larat ke nak angkat? ekekekkeke

@ecah: hahah nt yan upload gambar En Norman dgn Dat. kita tgk tinggi ke tak. ahha

damia said...

oit2...perli aku ni..tau la aku sangat la tinggi..hahahhaa cis ko yann..:p

oDiN said...

nak laptop jugak :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...