Ok, bukan nak review pasal HMM. Beratus ribu website lain dah citer. Cuma, pada pendapat aku, citer nih tak-terlalu-best, tak-terlalu-kelakar, tak-terlalu-tak-best dan pula tak-terlalu-tak-kelakar. Sedang-sedang. Cuba korang ingat balik, masa korang tengok trailer citer nih? Perasaan kagum dan "waaa, hebatnya" tuh dah setkan satu standard untuk cerita nih. Jadi, bila korang nak pergi menonton, korang memang dah ada satu benchmark untuk filem nih, sebab korang dah tengok trailer dia, dah tengok CGI dia semua. Boleh faham? ;)
Aku tahu ayat aku berbelit-belit. Cakap je la best ke tak kan, nih nak pusing-pusing bagai. hahaha Siyes nih weh, citer nih berbaloi untuk ditonton kat wayang. Pergi lah pergi cepat. Thumbs up kat KRU, Oh Yusry oh Norman oh Edry!
Aku tahu ayat aku berbelit-belit. Cakap je la best ke tak kan, nih nak pusing-pusing bagai. hahaha Siyes nih weh, citer nih berbaloi untuk ditonton kat wayang. Pergi lah pergi cepat. Thumbs up kat KRU, Oh Yusry oh Norman oh Edry!
********************************************
Tetiba hari nih, teringat satu benda tentang WAYANG. Masa pergi tengok HMM nih, bawak dua orang adik aku pergi menonton sama. Teringat dan terkenang akan hutang dengan sorang budak kat rumah anak yatim dulu-dulu. Pernah janji nak bawak budak tuh pergi tengok wayang. Lepas tuh, pergi dekat weblog yang lama, tup tup ada post nih. Ada pulak entry masa pergi melawat rumah anak-anak yatim nih. Skip kalau bosan :) Hahaha memang bosan. Abaikan entry dolu-dolu nih.
29 Mac 2008, Program Sehari Bersama Warga Emas dan Anak2 Yatim, bertempat di Kompleks Penyayang Bakti, Sg. Buloh…under Kelab Penyayang, kitorang (Ema, Atin and I) went to the Complex, yesterday… The starting of the program quite okay, we all arrived at 10 am, although all the member of Penyayang Club met at 7am at the Fakulti Kejuruteraan Awam. After Subuh lagi, ktorang dah siap2, dahla tak kenal sangat ngan all of their members, tapi balun jela… dalam bas, ktorang duk kat kerusi paling hujung skali, yg memang kalau bas langgar bonggol sket je, ktorg pasti terbang… huhuhu sebelum sampai kat Kompleks Penyayang Bakti, ahli2 pun berhenti makan dulu kat satu kedai mamak yang dekat2 situh…kitorang siap jadi pempuan terawal turun dari bas, and then nak makan duduk meja lelain lak ngan ahli2 lain…nampak sangat ke”kerek”kan tuh…haha last2, abg Din yang ketua program tuh, lambai2 kat kitorang tanda soh duk satu meja ngn diorang… bagus gak abg tuh, dalam bas siap bual2 ngn kitorang, tak nak bagi kitorang terpencil daripada ahli2 lain…satu bintang untuk abg tuh…haha After breakfast, ktorang gak yg jadi orang terawal naik bas balik semula, lepas lintas jalan tuh, (bas kat seberang kedai tadi) aku bgtau kat Atin n Ema, “Kite tengok eh, abg driver bas nih, kalau kita naik je, mesti dia terus start engine bas.” Atin pun jawab, “Ok, kita tengok sama ada teori Yan betul ke tak…” Ema org first yang panjat tangga bas, baru je dia letak sebelah kaki atas tangga bas, abg tuh dah start engine, berdekah kitorang 3 orang…ternyata sangkaan aku tak meleset…haha Sampai je kat Kompleks tuh, kitorang nampak dak2 UKM dah sampai, nampak Biru je…lupa lak nak mention, kitorang dak UiTM pakai baju color merah… pastuh terus buat ice-breaking ngn dak UKM…ade la kelibat warga emas 2 tiga orang kat dewan tuh…anak2 yatim pun ada gak dua tiga kerat berlari berkejaran…tp tulah, belum pape lagi, ada nenek nih menangis…berlinangan air mata dia…sian aku tengok, tp aku cover lagi…maybe dia teringat kat anak cucu dia kot, bila dia nampak kitorang reramai, dia rindu suasana keriuhan tuh, ceh aku nih…memandai je…tapi memang sayu je aku rasa… bila dah bergaul ramai2, aku berbual la ngan sorang nenek nih, actually, aku tak tau nak panggil pe, makcik or nenek, yelah, aku pun sedar, umur bapak aku pun lebih kurang diorang, so…ntahla…ada orang India, nak cakap sangat susah, umur dah 70lebih kot, ada makcik nih siap bercelak, berbedak, aku terbayang masa muda dia…msti vogue d vast kan?? Aku tetiba terbayang masa tua yang bakal aku alami in the next 50 years…just wondering… Kompleks Penyayang Bakti tuh, tak ramai warga emas, kitorang dimaklumkan cuma ada 9 warga emas perempuan, 11 warga lelaki, dan 8 orang anak2 yatim…itupun sebab Kompleks Penyayang Bakti nih baru dibuka…sangat bosan kan??? Yang aku ‘touching’ sgt, bak kata Atin, bila mana ada sorang anak yatim nih, kulit gelap2 sket, manis2, dak laki umur 11 tahun, baik ngan aku n Atin, kitorang berbual2…dia citer pasal sekolah dia, dia masa darjah satu dapat nombor 24 dalam kelas, darjah dua dapat nombor 10, darjah tiga nombor 5 kalau tak silap aku, darjah empat nombor 2…makin lama makin meningkat la kiranya…skang dia darjah 5, nama dia Fadil b. Abdullah, panggilan manja Boboy…sangat touching bila dia cerita kat aku semua markah yang dia dapat dari darjah 1 sampai darjah 4… Dia start citer agama masa darjah satu dapat 67, BM dapat bpe, BI dpt bape, Math dapat berape…cuba bayangkan, berapa byk dia dpt ingat dengan jelas, semua mata pelajaran yang dia dapat dari darjah satu sampai empat??? Aku sangat terharu masa tuh…hati aku berkata-kata…"kurang perhatian dak nih…kurang kasih sayang"… dia citer la, ngn sorang lagi anak yatim laki nih, nama dia Shidee…sgt nakal dak nih…dua2 org nih memang saling berebut bercerita ngan aku n Atin…diorg citer pasal citer yg diorang suka tengok, entah camne diorg cakap diorg tengok KAMI the Series kat 8TV tuh, aku ngan Atin memang minat citer tuh, kitorang pun g sengal, mulut lak tiba2 gatal nak citer pasal KAMI the movie yg bakal nak kuar nt, diorang lak ber iya nak tengok, diorg soh bwk CD, Atin kata, “mana ada, kat pawagam la…” dak Boboy cepat2 cakap, “Akak bawak kitorang la kak…bawak saya ngn Shidee g tengok, akak cakap ngan encik kitorang nanti eh??” terkedu jap aku dengar dia cakap camtuh…"terguris..." bak kata Atin… Tiba2 je, Boboy nih tanya aku soalan, “Akak, akak keje kat mana?” ade la ahli kelab yg kebetulan duk kat sebelah aku masa tuh, dia betulkan ayat si Boboy nih... “Belajar, akak nih belajar..” Boboy pun ulang balik soalan dia, “Ha, akak belajar mana kak?” aku pun jawab la, “UiTM...” “Ooo, UiTM tuh tempat orang pandai2 ek?” tak sempat aku bukak mulut nak jawab, dia terus sambung ayat dia, “Nanti kan kak, saya nak belajar pandai2, pastuh masuk UiTM, nanti leh sama tempat ngn akak...” sedih tol aku dengar ayat dia yg last tuh...jauh pemandangan dak nih...sayang, diorg sume kurang perhatian dari org lain... Terguris lagi skali bila masa makan kat dewan, si Boboy cari aku...mula2 dia lawan congkak ngan aku, aku saja je bagi dia menang, even aku tau dia main ngelat, budak2 kan...lagi satu, dia kata, tak nak makan dulu, selagi dia tak menang...last2 semua org dah ambik makanan, aku katalah kat dia, “Boboy, nanti makan ngan akak eh? Semua org dah makan, nt akak takde kawan.” Dia angguk2 kepala dia...sambil masukkan guli dalam kayu congkak...bila lepas ambik makanan, aku duduk tempat lain, duduk ngan Ema ngan Atin...tak lama lepas tuh, dia datang carik aku, dia kata, “Akak, makan la kat sana,” sambil tunjuk kat meja yg aku lawan congkak tadi...”Penat saya cari akak tadi...jomla kak...” Terharu tul aku...tambah2 bila nak masuk azan Zuhur, dia jerit dari tingkap surau, dia jerit kat aku, “Akak, saya nak azan nih...” aku pun angguk2 kepala, even tak berapa nak tangkap butir2 ayat dia... bila nak balik tuh, dia tengok jam tangan aku, dia kata, “Akak bagila kenangan kat kitorang...” terkedu aku lagi sekali, Ema cepat2 jawab, “Nantila, nanti akak datang lagi skali ek...” Dia nak nombor telefon kami, tapi masa tuh takde pen, so, tak dapat la nak bagi...sian dak2 nih...bila aku spend time ngn warga emas n anak2 yatim nih....aku termenung jauh... “Kalau nak kata, kita nih kurang nasib baik, sejuta kali ada orang yg kurang bernasib baik dari kita...bersyukurlah wahai diri...” Hmmm...panjang kan entry kali nih???hehe xpenah sepanjang nih rasanya...cukuplah setakat nih kot, kalau ada umur panjang, rezki murah, aku lawat la dak2 nih ngan makcik pakcik kat situh... Insya-Allah... |
Bila plak tuh ek? Teringat makcik-makcik kat sana, semua asyik bergaduh sesama sendiri. Dok bergosip pasal anak orang tuh, dok bergosip pasal dia tuh curik barang ke apa, dok semangat tunjuk bilik dia kat kitorang. Hey, sangat bermakna lawatan pergi rumah anak-anak yatim dengan orang-orang tua nih. Aku nasihatkan, kalau korang ada peluang, pergilah turut serta. Pergilah Pergi Pergi. Pengajaran nih, memang korang takkan dapat timba dekat mana-mana. ;)
p.s: Kelakar betul baca gaya penulisan dolu dolu ;) tapi kan, bila baca balik entry lama-lama, baru macam, "a'ah la, baru teringat benda nih, dialog nih, makcik nih, makcik yang bongkok tuh, makcik yang sedih-sedih tuh, adik yang comel-comel tuh." kind of exciting to have an entry for this event, so that, in the future you can always remember what its like. ;)
2 comments:
yannnnn...sedeynye sal dak tu. ko buat aku tacing gak! T_T
btw, aku stuju psal merong. kite dah tarok high expectation mse tgok trailer skali dah tgok cte die lite lite jek. so mcm..ermm no comment sgt la. kn?
betullll, aku setuju pasal HMM tuh. ;)
klu org yang belum tgk trailer, mungkin rasa "WAHHHHHHH", kan kan? hahaha
Post a Comment