Wednesday, February 4, 2009

Hari PHILOSOPHY bagiku~~~

Untuk sem nih, jadual aku sgt best...ada 2 hari yg cuma ada 1 kelas je...memang aku ske~~~

Dan, yang penting, 1 kelas tuh adalah PHILOSOPHY...subjek nih core utk dak2 kos kitorang...hari Rabu & Khamis adalah hari PHILOSOPHY untuk aku...aku cuma perlu datang kelas, sedia untuk di"motivasi"kan dan di beri "kuliah"...

Sebenarnya, aku ske lecturer nih, sebab dia macam "bapak-bapak". Umur dia pun lebih kurang abah aku, lingkungan 60an. Berkali-kali dia ulang, "Ilmu FALSAFAH tak boleh diajar sangat2, sebab ilmu itu khusus untuk orang yang bertanya2..." so, kalau kita tak tertanya2, susah nak belajar falsafah tuh...ehehe contohla kan: "Napa kapur barus tuh nama dia Barus? Nape nama dia tak "kapur baris" ke, "kapur putih" ke?

Senang je. Sebab, kapur itu berasal dari satu tempat di Indonesia, nama dia Barus. Falsafah tinggi lagi; "Ada sebab mengapa sesuatu itu dinamakan sedemikian; There is a reason why a thing is call what it is." Lectrr nih kata, sebab itu nama itu penting. Tapi, org Melayu nih, nama sedap2, bukan main panjang berjela, tapi, nama panggilan cuma satu patah perkataan. Contoh lagi; Muhammad...kan sedap nama tuh kan? Yang Terpuji. Tapi, org Kita selalu panggil Mat, Oo Mat!!! Kan dah hilang segala maksud Yang Terpuji tuh???

Ada banyak lagi kata2 falsafah tinggi yg dia sampaikan kat kitorang, adalah dalam 5 muka surat penuh kata2 tuh aku salin...dalam masa 6 kali masuk kelas dia..Semua kata2 tuh di elaborate kan dalam kelas...dia tak ajar sgt, istilah2, lebih kepada kehidupan sebenarnya, dia sendiri ada cakap, "Saya dah tua, saya tak mahu ajar sebab kamu nak markah, saya ajar sebab PENTING...bila2 masa je, sy boleh mati."

Ada banyak lagi nak kongsi, biar aku pendek2kan ;)

*Bangun pagi setiap hari, kita kena caj semangat kita.
-Dengan apa? Sembahyang subuh...Spirit kita macam bateri gak. Bila lemah, tuh yg kena caj...

*When somebody give you a gun, and tell you to "SHOOT!!!", what will you do?
-jangan lah bila dengar dia soh kamu "tembak!", kamu pun terus tembak org yg bagi kamu pistol tuh.. "You should ask, "Where is the target?""...bukan tembak dia.

Hari nih, lecturer nih ada cakap pasal Polis. Contoh lagi;) "kalau lah musim2 cuti raya, kamu balik kampung...kamu drive lelaju, pastuh ada polis kat tepi tuh tahan. kamu kena saman. RM300 misalnya. Ada tak kamu "Terima Kasih" kat polis tuh, sebab saman kamu? Terima Kasih sebab ingatkan kamu, jangan drive lelaju, bahaya? Ada tak? Paling tidak, kamu mesti maki, "Apalah polis nih, sebab dia, aku kena saman." Dalam 10 org yg kena saman, bape org yg maki polis tuh? (ini bukan teka teki ye...)

Sebenarnya, dalam senario nih...polis tuh cuma menjalankan tanggungjawab dia je. Dia yg patut salahkan kita. Sebab kita, polis kena kerja musim cuti raya cina, raya puasa, raya haji. Padahal, dia pun ada keluarga jugak. Dia pun nak balik kampung. Kalau kita semua ikut rules, dia pun tak payah nak berdiri tengah2 panas, buat sekatan...dahla dia jalankan tggjwb, siap kena maki plak...

Bila lecturer tuh cakap camtuh, aku dapat gambaran dari sudut lain...sudut yg aku tak nampak selama nih.

Falsafah nih best kalau belajar kena caranya. Tak ngantuk kalau kena gayanya. ehehe

psst: aku lapar skang. siyes aku tak tipu, aku makan nasi separuh je tadi..Plan D aku baru nak bermula~~~ ehehe

6 comments:

NedLi Sakurai said...

sgt sesuai kalo amik kelas nie dan baca buku the last lecture plaks lepas tue (^^,).. pasti hidup penuh dgn falsafah dan semangat juang yg tinggi..

cekkeya said...

haha...betul tuh...harituh kakNa ada tinggal buku the last lecture kat kg, ade la baca sket...memang semangat juang tinggi..ehehe

kuizikel said...

buku aku jgn buat reter yerk... hehe..

plan Diet? muahahahaha (saiko tak?)

cekkeya said...

ye...buku ko ada kt umah tuh...ehehe

dan lagi, saiko lah aku sampai semangat juang aku bertubi2...hahahah

m taufiq a aziz said...

meh promote sket buku tu kat aku. mcm menarik je bunyinya...



~pemikiran ni memerlukan pemangkin kata prof, aku rasa kelas ni la pemangkin. besyukur betul dipertemujodohkan dengan kelas ni.

cekkeya said...

btul tuh tawawfayakof;)

ko leh g kat sinih The Last Lecture

ataupun terus klik

The Last Lecture About D Book

menarik buku nih, pasal sorang lecturer yg cuma ada 3bulan kot, nak hidup sbb dia ada kanser.Dia kena bg lecture, tp dia tak cakap psl "dying", dia pilih utk ckp pasal "living"~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...