Thursday, March 31, 2011

TELEPATI

Ini bukan TELE---KOM----. Ini TELE-PATI. TELEPATI membawa maksud Perhubungan Fikiran, Perasaan dan sebagainya Secara Langsung Antara Minda Seseorang dengan Minda Orang Lain Tanpa Melalui Deria Yang Biasa.

Pernah tak bila korang gundah gulana, ada masalah, projek tak siap-siap, putus cinta, patah hati, ada orang tetiba tahu yang korang ada semua masalah yang disebutkan di atas. Ada tak ada tak???

Sekuntum mesej "Insya-ALLAH" yang dieja "In saallah!" oleh seorang abah adalah amat begitu dan terlalu bermakna. Bila kita rasa susah, tup tup dia telefon, tanya "balik tak minggu nih???". Macam ada telepati. Sentap hati mak nakkk!!!

Orang selalu kata, ibu kita yang mengandungkan kita 9 bulan, dia dapat rasa kalau kita dalam susah, tengah sedih ke apa ke. Mungkin naluri ayah pun begitu. ;)

Semalam, makan durian dekat tepi tasik. Suwittt kan? Beli dekat Jusco, 4 polesterin kecik RM10. Nanti ada gambar aku attach. Dalam kereta entah tak tahu sebab apa, tapi aku, Iffa, Cekah, nyanyi lagu iklan AXION. Ala, yang video dekat bawah nih.



Recall: Mari mari puan dengar ini cerita, suami saya asyik balik awal saja. Ada pembantu baru katanya, tentu dia perempuan muda. ..... Kan abang dah kata, AXION namanya..... bla bla bla

Berkesan kan iklan tuh? sampai sekarang aku dengan Cekah boleh hafal lirik dan melodinya. Teringat lagi gaya dia turun dari tangga rumah, laki dia balik naik basikal. ;)

Tengah dok dok cari iklan tuh kat yutiyub, jumpa banyak lagi iklan lama-lama. Mula-mula rasa nak simpan video nih. Nak embed time Hari Bapa, tapi simpan lama-lama kang lupa plak. Jadi, teruslah share ;)




Tema iklan nih simple je. Motor besar, Cempedak, ABAH, keinginan seorang budak, saving, dan abah abah dan AIMAN. ;) ......Motor nih ABAH PUNYAAAA!

Iklan nih memang menyentuhla. Kalau korang tak tersentuh, mungkin aku yang exaggerate. ahahaha Biasalah kannn. ekekkeke Neway, Gud Lux semua. Tak kira apa yang korang buat, dan korang lalui. Wish aku LUX sekali, k?

p/s: tinggal 2 minggu untuk submit final report. please la work, codinggggg ;)

Tuesday, March 29, 2011

To Mak Ni Nah~

Kalau ada yang ingat-ingat lupa, tentang 13 rukun sembahyang mengikut Islam, sebab dulu dulu masa sekolah agama, tidur atau ponteng waktu ustazah atau ustaz mengajar. Boleh rujuk sini semula. Tak salah kan, refresh balik, kot kot ada yang kita tersalah faham dari dulu.

Apa dia syarat sah sembahyang??? Perkara yang membatalkan solat? Okeh, lupa la tuh. Boleh rujuk sini.

Sila Rujuk Rukun sembahyang;) Sumber sini jugak ;)

Rukun Sembahyang
Perkara yang MESTI dilakukan dalam sembahyang.

1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.

2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.

3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.

4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.

5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.

6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.

7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.

10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.

11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama

Perasan tak, berapa banyak rukun dalam solat yang perlukan TO-MAK-NI-NAH? Rukuk, Iktidal, Duduk antara 2 sujud.

Dalam kehidupan pun macam tuh, kadang-kadang kita perlukan TO-MAK-NI-NAH.




Jadi, enjoylah lagu ALIF AF8 - BANGUN SEMULA. Eh, apakah? Lirik dia sangat seswai untuk orang patah hati / putus cinta. ;)

Kadang-kadang, bila patah hati nih, suka buat kerja yang menggembirakan. Salah satunya macam masuk contest. Eh, apakah???

Oh, sebelum tuh, Please please klik button LIKE dekat link bawah nih. Bila klik Link bawah nih, scroll sampai bawah sekali, dekat entry tuh sebelah kanan, ada button LIKE. Tarikh tutup tinggal lagi 2 hari je - 1 April 2011. Tak harap apa-apa pun, tapi suka sangat kalau ada orang klik LIKE. Eh, apakah????

THANK YOU VERY MUCHHHHH, sapa yang dah vote. Jangan vote entry orang lain tau. walaupun, entry dia best. muahahha

Oh, korang pun boleh masukkkkkk, Cik DILAAAA, meh meh join. Contest nih dah extend dari 1 April ke 15 April, Jom jom ;) Klik Sini on How to Enter ;)




p/s: tolong tolong, mood sekarang sangat down dan perlukan pembakar semangat yang sangat kuat dan banyak. ;)

Tuesday, March 22, 2011

Hari Mr. Bean~

Bila aku cerita kecuaian aku, kawan aku kata, "Macam Mr. Bean plak..."

Ya. Aku percaya, korang mesti pernah ada satu hari, yang mana semua yang dibuat serba tak kena. Pakai pin dekat tudung tapi asyik terjatuh, kupas buah terpotong terhiris jari, pegang kunci motor terjatuh dan banyak lagi.

Kan??? Ada tak?


Semalam, abah aku hantar ke stesen bas. Dia turunkan dekat tepi hentian teksi dekat dengan tempat bas keluar masuk. Aku pun berlari-lari anak ke kaunter untuk membeli tiket bas. Setelah proses membeli tiket, aku pegang je tiket tuh dan kepitkan sekali dengan dompet aku. Bas pukul 8.30 pagi, tapi waktu tuh baru je 8.10 pagi.

Kemudian, aku sambung berlari-lari anak ke kereta abah. Bukak pintu sebelah penumpang dengan agak tergesa-gesa sebab bila bukak pintu kereta tuh, macam mengganggu lalu lintas yang sehala tuh. Susah la plak nak terangkan, tapi yang penting, kau kena tutup pintu cepat-cepat la, takut nanti kalau bas lalu ke apa ke, terbang plak pintu kereta bapak kau. Boley faham? '_'

Lepas ambik dua beg (satu beg kecik dan satu beg sandang), aku sambung lagi lari-lari anak pergi sebelah pemandu plak. Salam-salam abah, lepas tuh terus pergi ke tempat orang ramai-ramai tunggu bas. Pintu bas belum bukak lagi.

Tiba-tiba, dalam dok sebuk betulkan beg yang senget-senget, aku tengok tangan aku yang ada dompet tuh dah TAKDE tiket bas aku. Eh? Pelik. Bukan tadi aku kepilkan sama dengan dompet???

Aku tarik nafas kejap, bongkar beg yang kecik, pastuh habis semua resit keluar. Ini tak boleh jadi. Aku carik tempat duduk dekat dalam, letak beg lepas tuh check lagi satu-satu. Tak ada nampak pun kelibat tiket KKKL tuh. Memanglah murah harga dia, RM8.20. Tapi, kalau nak kena beli baru, dah rasa macam rugi sket la kan?

Aku pun dengan gaya buat-buat rileks, tuju balik dekat tempat kaunter bas, kemudian aku pergi balik ke tempat abah aku parking tadi. Tepat sangkaan aku, tiket aku ada terdampar dekat atas jalan tar tepi betul-betul tempat abah aku park tadi.

Oleh sebab jalan tuh sehala, banyak lah lori, bas, kereta lalu lalang. Bila bas lalu, tiket aku terbang makin ke tengah jalan. Ah sudah. Aku buat gaya rilek lagi, gaya nak menyeberang tapi takut-takut.

Akhirnya, berjaya jugak mengutip tiket di jalan raya. Rasa kelakar plak main kejar-kejar tiket dekat jalanraya. Gila cuai.

Hari yang sama, malamnya pulak, ada lagi cerita orang bagi kunci kat aku, tapi aku dah hilangkan sampai pagi nih tak tahu kunci tuh jatuh dekat mana. Cuai cuai. Harap-harap kunci tuh jatuh dekat bawah seat kereta kawan aku. Aminnnn. Nanti baru nak pergi carik. Malam tadi gelap tak nampak.

Sadis kan, kalau ada hari Mr. Bean nih? Penat tau jadi Mr. Bean, penat perah otak pikir mana letak tiket tadi, mana letak kunci tadi, bila nak cepat, time tuh la, pin tudung nih jatuh-jatuh lantai, time tuh la macam-macam nak jadi.

Orang kata, selawat banyak-banyak kalau pagi-pagi hari dah ada gaya nak jadi macam Mr. Bean nih. ;)

Thursday, March 17, 2011

Wayang Wayang Wayang~


Ok, bukan nak review pasal HMM. Beratus ribu website lain dah citer. Cuma, pada pendapat aku, citer nih tak-terlalu-best, tak-terlalu-kelakar, tak-terlalu-tak-best dan pula tak-terlalu-tak-kelakar. Sedang-sedang. Cuba korang ingat balik, masa korang tengok trailer citer nih? Perasaan kagum dan "waaa, hebatnya" tuh dah setkan satu standard untuk cerita nih. Jadi, bila korang nak pergi menonton, korang memang dah ada satu benchmark untuk filem nih, sebab korang dah tengok trailer dia, dah tengok CGI dia semua. Boleh faham? ;)

Aku tahu ayat aku berbelit-belit. Cakap je la best ke tak kan, nih nak pusing-pusing bagai. hahaha Siyes nih weh, citer nih berbaloi untuk ditonton kat wayang. Pergi lah pergi cepat. Thumbs up kat KRU, Oh Yusry oh Norman oh Edry!


********************************************

Tetiba hari nih, teringat satu benda tentang WAYANG. Masa pergi tengok HMM nih, bawak dua orang adik aku pergi menonton sama. Teringat dan terkenang akan hutang dengan sorang budak kat rumah anak yatim dulu-dulu. Pernah janji nak bawak budak tuh pergi tengok wayang. Lepas tuh, pergi dekat weblog yang lama, tup tup ada post nih. Ada pulak entry masa pergi melawat rumah anak-anak yatim nih. Skip kalau bosan :) Hahaha memang bosan. Abaikan entry dolu-dolu nih.










29 Mac 2008, Program Sehari Bersama Warga Emas dan Anak2 Yatim, bertempat di Kompleks Penyayang Bakti, Sg. Buloh…under Kelab Penyayang, kitorang (Ema, Atin and I) went to the Complex, yesterday…



The starting of the program quite okay, we all arrived at 10 am, although all the member of Penyayang Club met at 7am at the Fakulti Kejuruteraan Awam. After Subuh lagi, ktorang dah siap2, dahla tak kenal sangat ngan all of their members, tapi balun jela… dalam bas, ktorang duk kat kerusi paling hujung skali, yg memang kalau bas langgar bonggol sket je, ktorg pasti terbang… huhuhu sebelum sampai kat Kompleks Penyayang Bakti, ahli2 pun berhenti makan dulu kat satu kedai mamak yang dekat2 situh…kitorang siap jadi pempuan terawal turun dari bas, and then nak makan duduk meja lelain lak ngan ahli2 lain…nampak sangat ke”kerek”kan tuh…haha last2, abg Din yang ketua program tuh, lambai2 kat kitorang tanda soh duk satu meja ngn diorang… bagus gak abg tuh, dalam bas siap bual2 ngn kitorang, tak nak bagi kitorang terpencil daripada ahli2 lain…satu bintang untuk abg tuh…haha



After breakfast, ktorang gak yg jadi orang terawal naik bas balik semula, lepas lintas jalan tuh, (bas kat seberang kedai tadi) aku bgtau kat Atin n Ema, “Kite tengok eh, abg driver bas nih, kalau kita naik je, mesti dia terus start engine bas.” Atin pun jawab, “Ok, kita tengok sama ada teori Yan betul ke tak…” Ema org first yang panjat tangga bas, baru je dia letak sebelah kaki atas tangga bas, abg tuh dah start engine, berdekah kitorang 3 orang…ternyata sangkaan aku tak meleset…haha



Sampai je kat Kompleks tuh, kitorang nampak dak2 UKM dah sampai, nampak Biru je…lupa lak nak mention, kitorang dak UiTM pakai baju color merah… pastuh terus buat ice-breaking ngn dak UKM…ade la kelibat warga emas 2 tiga orang kat dewan tuh…anak2 yatim pun ada gak dua tiga kerat berlari berkejaran…tp tulah, belum pape lagi, ada nenek nih menangis…berlinangan air mata dia…sian aku tengok, tp aku cover lagi…maybe dia teringat kat anak cucu dia kot, bila dia nampak kitorang reramai, dia rindu suasana keriuhan tuh, ceh aku nih…memandai je…tapi memang sayu je aku rasa… bila dah bergaul ramai2, aku berbual la ngan sorang nenek nih, actually, aku tak tau nak panggil pe, makcik or nenek, yelah, aku pun sedar, umur bapak aku pun lebih kurang diorang, so…ntahla…ada orang India, nak cakap sangat susah, umur dah 70lebih kot, ada makcik nih siap bercelak, berbedak, aku terbayang masa muda dia…msti vogue d vast kan?? Aku tetiba terbayang masa tua yang bakal aku alami in the next 50 years…just wondering…



Kompleks Penyayang Bakti tuh, tak ramai warga emas, kitorang dimaklumkan cuma ada 9 warga emas perempuan, 11 warga lelaki, dan 8 orang anak2 yatim…itupun sebab Kompleks Penyayang Bakti nih baru dibuka…sangat bosan kan??? Yang aku ‘touching’ sgt, bak kata Atin, bila mana ada sorang anak yatim nih, kulit gelap2 sket, manis2, dak laki umur 11 tahun, baik ngan aku n Atin, kitorang berbual2…dia citer pasal sekolah dia, dia masa darjah satu dapat nombor 24 dalam kelas, darjah dua dapat nombor 10, darjah tiga nombor 5 kalau tak silap aku, darjah empat nombor 2…makin lama makin meningkat la kiranya…skang dia darjah 5, nama dia Fadil b. Abdullah, panggilan manja Boboy…sangat touching bila dia cerita kat aku semua markah yang dia dapat dari darjah 1 sampai darjah 4…

Dia start citer agama masa darjah satu dapat 67, BM dapat bpe, BI dpt bape, Math dapat berape…cuba bayangkan, berapa byk dia dpt ingat dengan jelas, semua mata pelajaran yang dia dapat dari darjah satu sampai empat??? Aku sangat terharu masa tuh…hati aku berkata-kata…"kurang perhatian dak nih…kurang kasih sayang"… dia citer la, ngn sorang lagi anak yatim laki nih, nama dia Shidee…sgt nakal dak nih…dua2 org nih memang saling berebut bercerita ngan aku n Atin…diorg citer pasal citer yg diorang suka tengok, entah camne diorg cakap diorg tengok KAMI the Series kat 8TV tuh, aku ngan Atin memang minat citer tuh, kitorang pun g sengal, mulut lak tiba2 gatal nak citer pasal KAMI the movie yg bakal nak kuar nt, diorang lak ber iya nak tengok, diorg soh bwk CD, Atin kata, “mana ada, kat pawagam la…” dak Boboy cepat2 cakap, “Akak bawak kitorang la kak…bawak saya ngn Shidee g tengok, akak cakap ngan encik kitorang nanti eh??” terkedu jap aku dengar dia cakap camtuh…"terguris..." bak kata Atin…



Tiba2 je, Boboy nih tanya aku soalan, “Akak, akak keje kat mana?” ade la ahli kelab yg kebetulan duk kat sebelah aku masa tuh, dia betulkan ayat si Boboy nih... “Belajar, akak nih belajar..” Boboy pun ulang balik soalan dia, “Ha, akak belajar mana kak?” aku pun jawab la, “UiTM...” “Ooo, UiTM tuh tempat orang pandai2 ek?” tak sempat aku bukak mulut nak jawab, dia terus sambung ayat dia, “Nanti kan kak, saya nak belajar pandai2, pastuh masuk UiTM, nanti leh sama tempat ngn akak...” sedih tol aku dengar ayat dia yg last tuh...jauh pemandangan dak nih...sayang, diorg sume kurang perhatian dari org lain...



Terguris lagi skali bila masa makan kat dewan, si Boboy cari aku...mula2 dia lawan congkak ngan aku, aku saja je bagi dia menang, even aku tau dia main ngelat, budak2 kan...lagi satu, dia kata, tak nak makan dulu, selagi dia tak menang...last2 semua org dah ambik makanan, aku katalah kat dia, “Boboy, nanti makan ngan akak eh? Semua org dah makan, nt akak takde kawan.” Dia angguk2 kepala dia...sambil masukkan guli dalam kayu congkak...bila lepas ambik makanan, aku duduk tempat lain, duduk ngan Ema ngan Atin...tak lama lepas tuh, dia datang carik aku, dia kata, “Akak, makan la kat sana,” sambil tunjuk kat meja yg aku lawan congkak tadi...”Penat saya cari akak tadi...jomla kak...”

Terharu tul aku...tambah2 bila nak masuk azan Zuhur, dia jerit dari tingkap surau, dia jerit kat aku, “Akak, saya nak azan nih...” aku pun angguk2 kepala, even tak berapa nak tangkap butir2 ayat dia... bila nak balik tuh, dia tengok jam tangan aku, dia kata, Akak bagila kenangan kat kitorang...” terkedu aku lagi sekali, Ema cepat2 jawab, “Nantila, nanti akak datang lagi skali ek...” Dia nak nombor telefon kami, tapi masa tuh takde pen, so, tak dapat la nak bagi...sian dak2 nih...bila aku spend time ngn warga emas n anak2 yatim nih....aku termenung jauh... “Kalau nak kata, kita nih kurang nasib baik, sejuta kali ada orang yg kurang bernasib baik dari kita...bersyukurlah wahai diri...”



Hmmm...panjang kan entry kali nih???hehe xpenah sepanjang nih rasanya...cukuplah setakat nih kot, kalau ada umur panjang, rezki murah, aku lawat la dak2 nih ngan makcik pakcik kat situh... Insya-Allah...




Bila plak tuh ek? Teringat makcik-makcik kat sana, semua asyik bergaduh sesama sendiri. Dok bergosip pasal anak orang tuh, dok bergosip pasal dia tuh curik barang ke apa, dok semangat tunjuk bilik dia kat kitorang. Hey, sangat bermakna lawatan pergi rumah anak-anak yatim dengan orang-orang tua nih. Aku nasihatkan, kalau korang ada peluang, pergilah turut serta. Pergilah Pergi Pergi. Pengajaran nih, memang korang takkan dapat timba dekat mana-mana. ;)

p.s: Kelakar betul baca gaya penulisan dolu dolu ;) tapi kan, bila baca balik entry lama-lama, baru macam, "a'ah la, baru teringat benda nih, dialog nih, makcik nih, makcik yang bongkok tuh, makcik yang sedih-sedih tuh, adik yang comel-comel tuh." kind of exciting to have an entry for this event, so that, in the future you can always remember what its like. ;)

Friday, March 11, 2011

Sejarah Secara Rawak~

Pagi ni, dalam perjalanan ke stesen bas, aku dan Wong berbual-bual tentang macam-macam perkara.

Salah satunya tentang gadgets. Wong tanya, apa bestnya iPad. Dia kata dia lagi suka iPhone. Lepas tu, memasing mengeluarkan hujah kenapa dan kenapa.

Kemudian, aku bukak cerita tentang Steve Jobs, lately nih ada baca surat khabar tentang dia ada lebih kurang beberapa bulan untuk hidup. Sakit Kanser kot.

Aku sambung cerita lagi tentang aku pernah tengok filem lakonan semula watak Steve Jobs, Bill Gates dengan sorang lagi mamat yang tetiba lupa nama dia. Tajuk citer dia pun lupa. Aku tengok dengan abang aku masa tuh. Nak google pun malas, sebab nih taip guna phone, dalam bas plak tuh. Okeh, dah sampai dekat rumah. Boleh sambung taip guna keyboard besar punya ;) Tajuk citer tuh Pirates of Silicon Valley.

Okeh, berbalik pada gadgets komputer tadi, aku pun tetiba teringat satu benda. Aku tanya dekat si Wong nih, "Eh, you tahu tak kenapa orang panggil ERRORS dalam programming BUGS?"

"Oh, BUGS yang error semua tuh eh? Tak tahu pula saya."

"A'ah. You tahu tak mana datang asal perkataan tuh? Meh sini I ceciter. Dulu, semua komputer kan besar-besar. Mana ada personal computer yang portable camnih. Semua mainframe computer besar gedabak cam peti ais, rak baju camtuh.

Pastuh, satu hari, tetiba komputer tuh tak boleh jalan ke apa ntah. Lepas tuh, bila check check, rupanya, dekat komputer yang besar gedabak tuh ada tersekat satu BUG dekat situ. Jadi, bila di buang BUG tuh, komputer tuh boleh berfungsi macam biasa. Thats why sampai sekarang semua orang panggil BUGS instead of ERRORS."


"OOO......Bila you cerita camnih kan, tetiba I pun teringat pasal badminton. You tahu tak mana asal perkataan BADMINTON?"

"Tak. Mana dapat perkataan tuh?"


"Macam nih. Dulu-dulu, ada orang nih, jahattttt sangattttt. Dia kena tahan dalam penjara, lepas tuh, bosan la kan dalam penjara tuh tak ada apa-apa nak di buat. Jadi dia cipta satu benda dari bulu ayam ke bulu burung camtuh la. Lepas tuh, bila dia baling-baling, boleh buat main rupanya benda yang dia cipta tuh.

Sampailah satu hari, dia pun meninggal. Orang lain dalam penjara pun main jugak benda tuh. Tapi, sebab tak tahu nak namakan permainan tuh, diorang ambik nama sempena nama yang tukang cipta tuh. Nama dia MINTON. Tapi, bunyik macam tak sedap kan, MINTON MINTON MINTON. Jadi, mereka semua fikir lah, MINTON nih kan jahat. Apa kata kita tambah "BAD" depan tuh. BAD = JAHAT. Jadi, BAD+MINTON. "

Sekian. Sejarah Secara Rawak untuk hari ini. ;) Jumpa lagi di hari-hari rawak yang akan datang ;)

Thursday, March 10, 2011

Bicara Rawak~

Gambar Rawak * Bunga-bunga berguguran diberi nama. Cehhh. ;)

RAWAK with the 'R', not that LAWAK with the 'L'. I'm not in a mood for jokes or whatever it is.

Chewah. Aku tak tahu kenapa dengan aku skang. Rasa macam nak makan orang, rasa nak tumbuk lumat-lumat, buat sambal belacan. Siyes, ini bukan lawak yang boleh dibuat main-main. Aku sendiri pun tak tahu, tapi ada satu benda yang tak kena. Weh, jap jap. Nih diari ke apa weh? Siap nak citer luah hati bagai. hahahaha Ok ok. Fine.

Nama pun RAWAK, bukan LAWAK. Jadi, Bicara Rawak ini dalam bahasa kasarnya, bebelan-yang-tak-tahu-dari-mana-punca-asalnya.

Kata orang, USAHA TANGGA KEJAYAAN.

Kata orang, "Tak pernah ada orang yang lemas dalam peluh sendiri."

Kata orang, "Beribu langkah bermula dengan langkah yang pertama."

Kata orang, "Rezeki takkan datang bergolek ke bawah kaki untuk kita pungut lalu dimasukkan ke dalam poket. Rezeki datang dari ALLAH."

Kata orang, eh, berapa banyak orang nak kata? Asyik 'kata orang, kata orang'.

Okeh, tukar.

Kata sendiri, .............------------.................. oh 'writer's block' plak tetiba. hahaha

Tapi, 'kata orang' memang betul kan? tinggal kita nak dengar dan amalkan je. Disiplin ;) Ye, disiplin yang bukan macam kawad kaki tengah-tengah panas pastuh peluh menitik tuh. Bukan bukan. Ini disiplin tentang benda yang susah sangat untuk aku. Disiplin nih luas. Nak makan pun kena disiplin, nak solat kena disiplin, nak tidur pun kena disiplin. Pendek kata, setiap apa jua yang kita buat, kalau tak disiplin, susah nak jadi.

S%&@#W#%!@Q$#%^$#@ Marahkan diri sendiri, disiplin kurang ;)

Bicara Rawak hari ini: Disiplin. Sekian ;)

Wednesday, March 9, 2011

Kata dan Hati~

Tiada Kata Secantik Bahasa.


Tiada kata juga seburuk bahasa anda. Sekian. Jangan poyo lebih-lebih. ;)
Kadang-kadang, pernah tak rasa camnih?

"Seboleh boleh aku jaga hati dan perasaan orang lain, tapi, ada tak orang tuh kesah apa aku rasa? Aku jaga hati dia elok-elok, takut jatuh takut pecah ke lantai. Ini yang aku dapat?

Ke aku tak cukup berhati-hati jaga hati dia? Kot kot pernah hati dia termasuk habuk. Lalu dia pun simpan rasa kecil hati yang kemudiannya diperbesar-besarkan di kemudian hari. "


Argghhhhh! Oh come on. Tolong jauhkan rasa jahat nih. Amin. Syuh syuhhh rasa jahat.

Sunday, March 6, 2011

Percaya~

Si Ragu-Ragu: Aku takut la wes. Kalau jadi tang lain camne? Kalau semua tak end well camne?

Si Pemberi Semangat: Insya-ALLAH. Boleh punya.

Si Ragu-Ragu: Boleh ke? Aku macam tak confident je.

Si Pemberi Semangat: Dahlah, jangan fikir banyak sangat. Insya-Allah. Go with the flow.

Si Ragu-Ragu: Yelah, tapi kalau nanti tak OK camne?

Si Pemberi Semangat: Kau yakin je, PERCAYA. Doa banyak-banyak. Insya-Allah,semua akan OK. Allah selalu tolong hamba-Nya.



*********************



Dialog antara dua orang ini, boleh apply dekat mana-mana situasi yang meragukan kita. Sama ada kita jadi si ragu-ragu, ataupun si pemberi semangat.

Bukan selalu kita yang akan jadi si ragu-ragu, bukan selalu pula kita akan jadi si pemberi semangat. Seikhlas hati, kalau aku jadi tempat si ragu-ragu, aku selalu akan dengar kata semangat ini. Walau dialog tak sama, tapi makna dia serupa. Dan, kalau aku yang jadi tukang pemberi semangat, dialog itu juga yang aku akan lontarkan. Senang untuk berkata daripada mendengar.

Bagi semangat pada orang lain mungkin lebih mudah, tapi bukan senang untuk menerimanya bila kita di pihak yang ragu-ragu. Satu je benda. PERCAYA pada ALLAH.

"Ada hikmah pada setiap kejadian-Nya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani."



99 Nama ALLAH.

Sumber: sini

Thursday, March 3, 2011

Orang Bajet ;)

Pernah tengok tak, Destinasi Bajet??? Ala, yang pergi melancong dengan bajet harga rm300. Qi yang hensem tuh jadi pengacara ;)

Ok, nih nak ceciter gak. Ada orang yang BAJET.

Orang BAJET nih, pernah berbual dengan sorang nih.

"Aku tak suka la, orang yang wish birthday kat FB nih. Ada ke patut wish birthday "HB" je kat wall kawan tuh???" sambil membelek-belek skrin laptop.

"Biasalah, nak singkat. tak sempat taip pepanjang. Tulis la HB je."

"Tak yah wish la gituuuu ;). Tapi, kewl gak la. HB! Eh, kalau birthday kita kat FB tuh, boleh tukar tak eh? ke dia statik je, tak boleh nak ubah-ubah?"

"Entah. Cuba tengok." Setelah proses menggodeh setting di FB dijalankan, orang BAJET nih tak jumpa plak setting birthday tuh. Jadi, perbualan tamat disitu saja.

Pastuh, malam tadi, orang-bajet nih berbual lagi dengan rummetnya, situasi yang sama jugak. Tentang Happy Birthday yang ditaip HB. Situasi sama berulang jugak, orang-bajet nih bilang sama itu rummet, bahawasanya, tarikh harijadi adalah statik, final, dan tidak boleh diubah.

Akan tetapi, setelah digodeh sekali lagi, orang-bajet nih pun terjumpa setting ubah birthday tuh. Dia pun ubah ke tarikh esok pagi. Oh, tak lupa juga, orang-bajet nih pun bajet ada orang nak wish birthday kat dia, terus offkan wall. Kira semua orang tak boleh nak post kat wall dia. Bajet, kan??? ;)

Then, pagi nih. Lepas subuh, dia tengok ada 11 notifications. Messages n tagged post. Rasa serba salah tetiba membuak-buak. Dia pun lupa tujuan asal ubah tarikh birthday. Walhal cuma berpunca dari dialog orang tulis "HB".

Cepat-cepat tukar balik tarikh birthday ke tarikh sebenar tepat jam 7 pagi. Ini tidak boleh berlarutan. Tapi, tade pun orang wish "HB". Semua wish pepanjanggggg ;)

Mesti korang pun dah tahu kan, sapa dia orang BAJET tuh??? ;) Sayalahhh orang nya. Ampun maaf dipintaaaaa ;) Orang bajet dan takdak keja memang selalu camnih. Ye, saya tahu, kalau selalu buat, nanti jadi macam pengembala kambing yang selalu jerit "Serigala" dekat pengembala lain. Bila betul-betul serigala datang, orang semua dah tak percaya ;) Lepas nih dah tak buat keja bodoh tukar tukar dah. Percayalah :)

Tapi, apa-apapun, nak kongsi sket dgn korang. Selain ucapan "HB", ada ucapan lain lagi.

Kengkadang, memang kita selalu tercari-cari ucapan apa yang nak wish kat orang. Tak kira la ucapan untuk orang kahwin ke, untuk orang sambut harijadi ke, untuk orang sambut anniversary ke. Kan?

Nih contoh ucapan hebat untuk besday. Maaf korang ;



Suka ucapan dari Izzaidah. Faiz, Ekang, Izzy, Zima, mintak maaf sangat-sangat okes? Oh, sila abaikan ucapan dari orang poyo bernama Adi. Dia memang camtuh. Dia pun suka wish besday kat orang "HB". Bengang a tuh, wall telah di offkan. :)

Kalau dari Alya, untuk orang kahwin, dia ada ucapan best ;)

"Semoga saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain."

Sebenarnya, walau ucapan itu hanya "HB", tapi tuh tanda ingatan, kan? Walau orang ucap, "T-tahniah, ataupun C-congrats ataupun SPB-Selamat Pengantin Baru, ataupun HW-Happy Wedding, ataupun HA-Happy Anniversary." Semua tuh okkay, kewllllll kan?

p/s:sorry lagi sekali. ampun yaaa? Ye, saya memang bajet bagus

Tuesday, March 1, 2011

Cuti Cuti Cinta~

Dah tak tau nak tulis tajuk apa. CUTI-CUTI CINTA. Bolehla kan? Walaupun, tak cintan sangat, walaupun tak cuti sangat. Bolehlah kasi tajuk tuh. Aku pun minat Nora Danish. Dulu pun pernah minat dengan Farid Kamil. Dululahhh tapinya. ;)

Satu petang yang dingin dan sepoi-sepoi bahasa, ketika tuh aku dekat Putrajaya menumpang kasih di rumah sewa Dat, [tarik nafas jap. ok, lepaskan dan hembussss.] Fahmi ex-boyfriend classmate mengSMS Dat, kata mahu ke Putrajaya.

Jadi, dipendekkan cerita, tanpa apa-apa plan, kitorang pun sampailah ke Pantai Morib. Fahmi nih kata, filem Cuti-cuti Cinta 2011 tuh buat penggambaran kat pantai nih lah.

Pemandangan dekat situ memang cantik, Subhanallah. Pantai Morib nih dekat dengan Banting kot. Dalam 1 jam dari Putrajaya ke Pantai Morib nih.

Tiba-tiba guwa rasa bengang beb. Hari tuh memang Dat dengan aku tak bawak telefon, IC dengan wallet. Gambar nih pun ehsan dari BlackBerry Fahmi. Tak tau la masa dia hantar emel tuh, dia resize ke apa gambar-gambar bawah nih. Jadi kecik dan blur cenggituh lah. Masa guwa tangkap hari tuh, tade lah se'blur' nih rasanya. Ke sebab masa tuh, skrin BB tuh kecik, skrin laptop aku besar, dia jadi cengginih?

Nak tunjuk kat korang yang pasir dia warna putih pun tak boleh. Pasir dia putih tau, siyes cantik, bukan warna coklat cair cam pantai lain.


Nampak macam fake la plak gambar nih. Macam guwa edit tampal kat fotosop.



Tuh Fahmi dengan Dat. Adegan boyfren pujuk girlfren. muahahha


Takpelah. Guwa memang kecik hati dengan gambar Morib nih. Dahla buat guwa nampak gemuk. ekekekekke Bukan salah sesiapa. Salah guwa yang tetiba nak kecik hati. Eh, apa ada hal? ahahha


Tengok matahari terbenam dekat Pantai Morib tuh, memang superbbbb! Subhanallah sekali lagi. Selain gambar, memang semua superb lah! Ada lagi gambar pemandangan lain, tapi Fahmi tak send plak. 5 keping je dia email. Papepun, THANKS eh Fahmi bawak kitorang jenjalan? Lenkali kita picnic plak ek?

Ok, tutup citer cuti nih. Kita tukar babak lain plak eh?

****************************************************************************

Harituh, memang nak ceciter tentang Sri Pentas dalam entry lepas. Ok, straight to the point. Kalau korang dari Putrajaya Sentral nak ke Sri Pentas, boleh naik bas rapid KL U43. Tambang bas dia one way cuma RM3 sahaja. Murah kan? Boleh berhenti betul-betul seberang jalan Sri Pentas tuh. Sangat mudah dan senang. ;)


Sebelum masuk situ, pengawal akan tanya kita tujuan untuk masuk. Juga akan ditanya dengan siapakah yang kita mahu berurusan. Ada sedikit kejadian kerek-menyampah dengan makcik guard dekat situ, tapi tak mahu ceritalah. Rosak mood kang. ;p Nanti tinggal IC, akan dapat pas pelawat cam atas nih.

Oleh sebab masa tuh nak tebus hadiah, kena berurusan dengan BMG (Brand Management Group) 3rd Floor South Wing kot. Orang yang in-charge bab hadiah nih Cik Wan Nadirah. Eh, tak ambik gambar pun dengan dia. Dahlah sweet je orangnya, peramah plak tuh. ;)

Lepas tuh, Cik Nadirah nih suruh tunggu jap kat tempat menunggu camtuh la. Dalam tengah tunggu punya tunggu tuh, aku nampak kelibat yang macam kenal je masuk bahagian tuh. Norman KRU. Sama jelah dalam TV ke nampak langsung ke apa, tapi bila aku senyum kat dia, dia senyum balik. Beza kat TV dengan langsung itu je kot. ;) Dia ada meeting dengan orang kat situ. Lepas tuh, aku dengar, dia kata "Kejap eh, saya nak ke toilet. Toilet mana eh Puan XXX?"

Lepas tuh, aku nampak dia masuk semula pintu bahagian tuh. Aku terus je lambai kat dia, senyum-senyum pastuh, dia lambai balik. Aku terus spontan cakap, "Bang, nak ambik gambar boleh???" Cepat je dia jawab, "Boleh boleh." ;)

Dia tanya, "Buat apa kat sini?" aku jawab, "Ambik hadiah. Menang peraduan... apa ntah." Dia pun tanya balik, "Hadiah pe ntah???" ahhahaha Bla bla bla, then kitorang pun cakap "Terima Kasih, bang." auwwwch, abang yuuu. ahahha Dia pun start masuk bilik meeting.

Sebelum balik ke Putrajaya balik, singgah dulu dekat OU, alang-alang dah dekat. Makan McD, pastuh masuk Toy-R-Us. Dat masuk dulu dalam Toy-R-Us tuh. Aku pun ikut je. Tiba-tiba, ada sorang uncle Chinese panggil aku.

"Ehhh, eh eh." Uncle tuh tahan aku, lalu aku pun berhenti depan kaunter bayaran tuh. Tak jadi ikut Dat ke ruangan mainan.

"You dah ada membership card Toy-R-Us ke belum???" Aku geleng-geleng kepala.

"Sini, sini. Mari ikut saya. You isi ini form, tak ada bayaran, dapat diskaun, dapat point, valid sampai bila-bila, seumur hidup." Aku pun ikut Uncle tuh. Cepat-cepat je capai pen, terus nak isi form tuh.

"Betul nih, uncle? Tak kena bayar apa-apa?"

"Betullllll." Dat pun datang ke tempat aku.

"Kasik satu lagi form, uncle. Nih kawan saya."

Bila aku cakap camtuh. Uncle tuh diam kejap. Dia buat muka sket, naik kening. Sambil tangan dia point ke Dat, dia tanya "Eh, you... you dah cukup 18 ke?"

Apa ada hal dengan Uncle nih? Tanya Dat cukup umur 18 ke belum, sebab kalau nak jadi member Toy-R-Us tuh, syarat dia kena 18 tahun ke atas.

Aku pun cepat-cepat cakap bagi pihak Dat, "Eh, dia sama umur dengan saya lah Uncle. Apa pulak tak cukup 18."

Ok. Korang paham tak apa yang uncle nih tafsir? Aku benci tau bila bab umur nih. Masa aku ambik PMR, orang kata dah SPM. Bila aku SPM, orang kata dah keje.

Jadi, sekarang nih, Dat yang awet muda, atau aku yang awet TUA??? Apa ada hal Uncle, tarak hal lahhh. Tunggu saya makan Jamu Indonesia, kasi nampak muka berseri-seri seperti umur 18. Set, Uncle?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...