Wednesday, August 25, 2010

Allah Maha Kuasa~

Sungguh. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan. Ajal, maut, jodoh ketentuan, semua tuh dekat tangan-Nya. Hari Jumaat yang lalu, atau lebih tepat lagi, pada hari Khamis malam Jumaat sekitar pukul 2 pagi, pakcik aku [merangkap abang abahku] telah kembali kepada-Nya.

Kebetulan pada hari Khamis sehari sebelum tuh, aku memang sudah berada di rumah. Pagi tu, abah aku tak boleh tidur, jadi dia bangun sekitar 3 pagi untuk masak lauk sahur. Aku end up makan sahur pukul 4 pagi. Masa tuh, kitorang sekeluarga memang tak tahu berita tuh. Pakcik aku yang lain datang dengan motor untuk khabarkan berita tuh. Terkejut bukan kepalang bila dengar. Tak de berita sakit ke apa ke, tiba-tiba dah tiada. Tapi, abah aku memang sudah boleh jangka. Niat di hati abah, pagi tuh lepas bawak bas kilang, dia nak pergi jenguk abang dia dekat Hospital BP, tapi apakan daya, kita hanya merancang...

Bila adik dia datang naik motor pagi pagi, dia sudah boleh jangka berita apa yang mahu disampaikan. Aku nampak abah termenung beberapa ketika selepas tu. Aku ingat abah kebal, tapi rupanya tak. Dia kata kat aku, sepanjang di rumah arwah, dia banyak berdiam. "Mana boleh banyak sangat cakap, nanti abah nak nangis."

Bila Allah kata kun [jadi], maka fayakun [ jadilah].

[Al Mu'min:68]

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

Al-Fatihah untuk arwah Bakri bin Hj. Zainal. Bila dia dah tak ada, baru terperasan kehilangan sorang pakcik. Baru teringat, "lepas nih, dah tak ada dah orang nak cium cium, peluk peluk lagi dah. Takde dah orang yang nak bagi nasihat suruh dapat anak cepat-cepat. Dah tak nampak lagi dah orang tu naik jip merah dekat pekan pt usop tuh. Tak ada lagi orang suruh naik jip, bila di arak masa majlis kahwin."

Kita memang macam tuh kan? Dah tak ada, baru terasa. Sebelum nih, bila ada, buat tak tahu je. Paling penting, setiap kali kematian orang terdekat, aku pasti ingat ini. Pasti.

Dah 9 tahun dah. Anak mak nih pun dah besar dah mak!!!


Entry nih sungguh mencabar jiwa dan raga. Harap maaf. Emo sudah datang. Cecair nih banyak dah keluar tanpa dipaksa.
...
.......
.........
...........
Al-Fatihah.

p/s: Makcik sebelah mak aku, baru je bersalin hari tuh, pada hari yang sama. Congrats Cik Jah, anak lelaki katanya. Allah itu Maha Kuasa. Dipanggil seorang kepada-Nya, diberi kelahiran seorang lagi kepada kita. Subhanallah.

4 comments:

Yuyunx Mohamed said...

Salam takziah buat family ko. bapak cikgu anuar kan? kita tak boleh nak sangkal ketentuan Tuhan...semoga rohnya dicucuri rahmat. aminn...

cekkeya said...

yun. a'ah. betul betul. ramai cikgu peserian datang masa hari tuh. cikgu rohaya, salina, norasyikin. yang lain-lain tu dah tak kenal. ahhaha muda je cikgu-cikgu tuh, kita dah besar, diorang still camtuh lagi. maintain je. ahaha

Yuyunx Mohamed said...

wah yeke..apsal xmintak petua weyh...umur 23 nih rase dah serabai jek.hahaha

cekkeya said...

hahaha nt kita g a raya umah cikgu-cikgu nih wes.

hari tuh mana sempat nak bual2 panjang. lawat orang meninggal, baca yassin je yg patut. ehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...