Siyes. Saya sangat ketidak tahuan apa yang mahu ditaip. Nak mula dari mana pun tak tahu. Selalu, laju je idea mencurah-curah keluar bak air hujan yang menitik tepi zink. Apakah kaitan? Ok, sila abaikan.
Dah lama tak menjenguk blog-cokelat-yang-konon-swit nih. Ada la beberapa kerat pembaca tegar dah bising soh update. Ceh, perasan. Ok ok, nak mula dari mana eh?
Ok, ada si Joyah Sport yang sedang ditemuduga oleh Encik Penemuduga untuk satu kursus kemasukan selepas SPM.
Encik Penemuduga: Sila ceritakan serba sedikit tentang diri awak.
Si Joyah Sport: Nama saya bla bla bla. Bla bla bla. Bla bla bla. Selepas SPM, saya bekerja di Parit Yusof pukul 5 petang sampai 2 pagi.
Encik Penemuduga: Hah? Awak nih kerja apa? GRO????
Si Joyah Sport: Eh tak tak. Saya jadi pelayan dekat kedai makan.
Encik Penemuduga: Iskk awak nih. Cakap tu biar jelas. Awak kan nak jadi cikgu nanti.
Itulah kisah adik aku si Salwa, masa interview untuk maktab lepasan SPM. Sebelum dia pergi interview tuh, bersemangat waja la aku carikan info-info untuk dia. Tolong karangkan ayat berjela untuk dia, ”Kenapa anda ingin jadi cikgu?” ”Apa sumbangan anda jika bergelar guru nanti?” dan bla bla bla. Masa mula-mula tuh, bila check result, dia tak dapat KPLSPM tuh. Aku yang kebetulan beraksi dan berlagak seperti seorang emak-emak, patah hati jugakla waktu tuh. Jadi, si Salwa pun terima tawaran politeknik. Bila dah sebulan masuk poli, tup tup tup, dia dapat pulak tawaran maktab tuh untuk panggilan kedua. Tahniah ye Salwa, tak sia-sia aku berperangai seperti seorang emak-emak. Siap buat surat rayuan lagi hantar kat BPG. Sentap tak? Ehehe
Ok ok, entry sebelum nih berbaur emosi dan sebagainya. Sekarang nih, dah stabil sket. Lepas 1st assessment minggu lepas, terus je balik kampung hom-swit-hom. Homesick aku menjadi-jadi. Sekarang nih pulak, dah minggu keempat dah. Programming aku hampeh lagi. Banyak yang dah berkarat, kena gali lagi semula. Kalau tak, projek aku ke laut la jawabnya.
Pasal kerja pulak, dah berhenti kerja dekat Kum*n dah. Ke diberhentikan? Ekekekek fikir balik, memang takde rezeki kot kat Kum*n tuh. Jadi, sekarang nih, supervisor aku Dr. S dah offer kerja dengan dia. Semalam, hari Isnin, penat betul rasanya kaki nih. Buat pertama kalinya, Dr. S soh aku jaga lab cryptography. Setiap soalan kat lab manual tuh, kalau ada tanda smiley, students akan angkat tangan, kemudian aku akan datang check dekat skrin komputer, betul tak diorang buat sendiri, ke tiru kawan sebelah? Kalau betul dia buat sendiri, so, aku akan turunkan tandatangan kat tepi soalan tuh. Untuk sesi lab yang pagi, bersemangat betul aku. Bila sesi lab yang petang pulak, kaki dah start lenguh lenguh. Mana taknya, selama nih tido je, tiba-tiba pulak berjalan ke sana ke mari untuk turunkan tandatangan.
Ada students yang panggil aku ”akak”, ada yang panggil ”miss”, foreigner pulak panggil nama penuh. Isk, malu saya. Ecececeh. Students nih pulak, ada la ragam karenah masing-masing. Misal kata, ”use your own plaintext.” Kalau budak perempuan, yang aku jumpa plaintext diorang, “Ramadhan datang lagi.” “I love you”. “Saya sangat suka kriptografi.” Benda-benda yang normal dan berpijak di bumi nyata. Kalau lelaki pulak, “kantin sekolah sangat busuk.” “Ajip duduk sebelah saya.” “Umur saya dua puluh tahun.” "Saya adalah lelaki." Dan macam-macam lagi. Plaintext dialek Kelate pun ada. Tersenyum je aku baca masa turunkan signature tuh.
Ada pulak students yang tanya soalan entah pape. Kadang-kadang terfikir, camnih ke aku dulu masa belajar? Aku baru je selesai tanda Kuiz untuk 67 orang tadi pagi. Tensen jugak tanda, sebab nih soalan subjektif. Macam-macam jawapan yang aku jumpa. Setiap kali jawapan tuh cam lain je dari skema, aku tanya Encik Google. Kot kot jawapan yang dia bagi tuh betul, tapi aku tak pernah dengar atau tahu konsep tuh dulu, bolehla bagi setengah markah. Semua nih kira pengalaman la. Sekarang nih, tengah dok pening belajar balik AES untuk buat lab manual dia. Tak siap-siap lagi dari hari tuh. Segan pulak dengan Dr. S. Ehehe
Sebenarnya, nak citer lagi pasal makan steamboat kat D’ Terrace, pasal souvenir dari Iran, pasal hadiah CD dari EraTV, tapi, macam dah panjang sangat nih. Lepas tuh, aku je yang membebel sorang-sorang. Aku taip, aku je yang baca. Oleh itu, sampai sini dulu la eh. Lain kali, umur panjang, masa terluang, aku bebel lagi. Ehehe ;)
No comments:
Post a Comment