Sunday, July 10, 2011

Ujian Ombak

Ujian daripada Allah tak sama macam ujian KBSR PMR, SPM. Memang semua itu terdiri daripada ujian Allah, tapi kesan dan ombak yang kuat berbeza pada setiap pantai.

Saat macam nih, terasa perbezaan ombak ombak tuh. Kita semua dalam pelayaran, tapi berbeza bot yang dinaiki. Ketika aku ditimpa ombak besar, kau tenang menempuh lautan. Pusingan itu sentiasa berputar macam jam dinding. Kejap skala ombak itu aras 1, kejap lagi dia jadi 4, 5, 6 dan seumpamanya. Allah Maha Adil.

Tabahlah wahai hati, ombak itu datang dari Allah. Kepada Allah kita memohon. Kepada Allah kita berserah.

Ya Allah, berikan kami kekuatan dalam menempuh ujian-Mu. Juga kesabaran, keimanan, kecekalan dan rahmatilah kami, hambamu ini Ya Allah. Berkati hari hari kami. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Ameen Ameen Ya Rabb.

4 comments:

masliza said...

InysaAllah, walaupun tak tau apa citer sebenranya, akak doakan agar cekkeya diberi kemudahan dan kekuatan menempuh dugaan ini.

budak ciput said...

byk kan doa yann~ :)

diLa said...

ish, aku tataw nk gelak ke serious bace ayat 1st ko!
"Ujian daripada Allah tak sama macam ujian KBSR PMR, SPM."
:)

m taufiq a aziz said...

hahahahaha...
"Ujian daripada Allah tak sama macam ujian KBSR PMR, SPM. Memang semua itu terdiri daripada ujian Allah, tapi kesan dan ombak yang kuat berbeza pada setiap pantai. "

bagus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...