Saturday, July 23, 2011

Orang Bercinta

Bila dalam suasana persekitaran yang baru, macam-macam cerita dan orang yang kita akan jumpa. Sejak aku masuk alam bekerja nih, 3 daripada 4 orang kawan sekerja dah berkahwin. Jadi, cerita-cerita yang sering aku dengar ketika waktu pejabat, majoritinya adalah tentang orang berkahwin mahupun kisah anak-anak mereka.

Ok, aku take thing slowly. Mungkin akan ada kesinambungan dari entry nih. Terlalu banyak cerita yang perlu aku susun, tapis perlahan lahan, dan coretkan kat sini. Aku ambik dulu kisah Si Esah *harap maklum, ini nama tidak benar, bukan nama sebenar*

Esah nih dah kenal hampir 11 tahun dengan suami dia. Esah nih suka buat something yang aku dan 3 orang lain rasa kelakar.

Esah : Saya kan, suka kenakan suami saya. Sket-sket nanti, saya merajuk, saya mula lah buat perangai. Tengah-tengah malam, saya start kereta, saya drive keluar. Tapi tak jauh tau, saya tunggu dekat Petronas. Sebab saya tahu kelemahan husband saya. Dia mesti akan datang pujuk. Kitorang kan, satu family ada spare satu rumah kosong kat KL. Abah saya selalu merajuk dengan mak saya, nanti dia lari la pegi rumah spare tuh. Kakak kakak saya pun perangai sama macam saya.

Kitorang : *gelak-gelak* kelakarlah Esah nih.

Esah : Kengkadang kan, saya buat perangai, saya buat buat nak makan panadol banyak banyak. Tapi, depan depan husband la saya pura pura nak makan. Saya tahu weakness dia. Ada sekali tuh, saya pernah makan syampu Rejoice. Takut husband saya. Tapi saya makan sikit jela, tak banyak pun. Kadang-kadang tuh, tengah-tengah dating kat Mid Valley, saya tarik lengan baju husband saya sampai terkoyak, pastuh saya lari-lari nyorok-nyorok. ahaha. Pastuh, kalau saya geram, dulu dia pakai motor, saya calarkan moto dia. Saya nih memang teruk, tapi, nak buat macam mana, kitorang dah kenal dah 11 tahun, benda benda macam nihla yang buat relationship kitorang ada kaler sket.

Part makan syampu tuh aku tak boleh tahan nak gelak. Sampai macam tuh sekali. haha Oh, Esah nih baru je kahwin. Pregnant dah 3 bulan. Macam-macam ragam karenah dia yang dia cerita, buat kitorang gelak. Dia siap cakap, dia ikut perangai abah dia. :)

Memang betullah kan, macam macam orang, macam macam ragam. Sekarang nih, aku tengah nak adapt dengan new environment, new friends. Macam macam nak kena hadam, nak kena serap dalam kepala. Harapnya cepat serasi dalam bentuk yang baik.

Oleh itu, sampai jumpa lagi korang! Taip guna fon nih. Diri sendiri pun kagum dengan kegigihan ber blogging. Dah lama tak taip entry blog guna keyboard keletak keletuk. Rindu plak tetiba. ahahaha okes, chau chin chau, ai nak minum cincau plak. ahaha.

1 comment:

Ayin Masliza said...

hhuhhhhh majok sampai camtu, kalau ikut paten family dia macam tu, nak buat camner.. kalau hubby esah mengadu ngan family esah, sure tak memberi makna sebab semuanye macam tu.. serius lawak keluarga dorg tu hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...