Corat coret kehidupan. Kadang kita muak dengan apa kita buat, kadang kita teruja hingga tiap hari kalau boleh mahu melakukan benda yang sama juga. Pernah tak dengar kata pujangga, "Kenapa kebahagiaan ini sekejap cuma?" kemudian dijawab dengan ini, "Jika ia berpanjangan, takkan dinamakan itu bahagia." Jadi, sudah lumrah bahawa kebahagiaan itu sementara. Akhirat itu hakiki. Chewah.
Corat coret kehidupan. Zaman kini sudah berubah. Bihun goreng bukan lagi berharga 5 sen seperti zaman mak ayah kita. Semua memungkinkan apa yang mustahil di masa lalu. Telefon, internet, kereta. Tak perlu lagi burung merpati putih untuk pos surat, serahkan saja pada Selkom, Meksis, Diji. Tak sampai seminit, pesanan ringkas akan sampai dari Johor Bahru ke Perlis. Tak perlu nak berkumpul depan pintu rumah jiran bergossip sana sini, Fesbuk kan ada. Hapdet je status, pasti ramai yang tahu. Tak perlu lagi nak kayuh basikal dari Parit Tengah sampaila Parit Yusof, komuter, teksi, bas kan ada.
Pendek kata, teknologi depan mata. Ilmu tinggal kaut saja. Tak perlu nak merentas hutan dan hujan untuk ke sekolah semata demi ilmu. Kebahagiaan itu sementara. Sedarlah kawan. Dalam erti kata lain juga, sedarlah diri wahai insan, cuti semester sudah mahu habis, lagi seminggu saja lagi, journal tak habis baca, application tak boleh nak run, error sana sini, supervisor diam saja, oh, rasa nak hantuk kepala ke dinding sampai eh eh eh, tak boleh cakap bukan bukan sekarang nih. Nak tidur hilangkan tensen. Siyes, I dah fedap. Tolong kasi semangat duhai kawan. Ini zaman kejatuhan emosi dan mental. (-_-”)
ps:// sangat perlukan motivasi yang tinggi.
3 comments:
ada kelainan dalam entri ini..
nice.
hihi.. sila motivasikan diri!
Come on Yan, you can do it! K Ainee dgn segala macam cobaan, halangan...redah jugak! Yan boleh! :)
sejak bila nak dr pt usop ke pt tgh ada komuter? lama aku tak blk kg agaknye.. hahaha
alah, fedap konon... tau tak orang yang fedap adalah orang yang putus asa? tau tak tau tak? dan orang yang putus asa adalah sangat lemah? tau tak tau tak.. hahaha.. apa aku membebel ni? tapi ko tau tak? hahahah
Post a Comment