Friday, July 29, 2011

Dia Datang Dah

Dia dah mai dah nih. Isnin nih, kita semua dah sedia maklum, kalau ikut kalendar Islam adalah 1 Ramadhan. Belum tengok anak bulan lagi, tapi insya-ALLAH selalunya sama tarikh kalendar dan anak bulan keluar. :)


Jadi, mari kita baca sket Kelebihan Ramadhan, walaupun korang dah tahu, kita sama-sama buat revision balik. Selamat Bersahur, Berbuka, Bertarawikh, dan selamat Berpuasaaaa dari Gosip Liar mahupun jinakkk! Sama sama kita tingkatkan amal, jauhi mungkar ;)

KELEBIHAN RAMADHAN 
 
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 


PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi. 




p/s: Sebuk nak cari kurma lagi :)

Saturday, July 23, 2011

Orang Bercinta

Bila dalam suasana persekitaran yang baru, macam-macam cerita dan orang yang kita akan jumpa. Sejak aku masuk alam bekerja nih, 3 daripada 4 orang kawan sekerja dah berkahwin. Jadi, cerita-cerita yang sering aku dengar ketika waktu pejabat, majoritinya adalah tentang orang berkahwin mahupun kisah anak-anak mereka.

Ok, aku take thing slowly. Mungkin akan ada kesinambungan dari entry nih. Terlalu banyak cerita yang perlu aku susun, tapis perlahan lahan, dan coretkan kat sini. Aku ambik dulu kisah Si Esah *harap maklum, ini nama tidak benar, bukan nama sebenar*

Esah nih dah kenal hampir 11 tahun dengan suami dia. Esah nih suka buat something yang aku dan 3 orang lain rasa kelakar.

Esah : Saya kan, suka kenakan suami saya. Sket-sket nanti, saya merajuk, saya mula lah buat perangai. Tengah-tengah malam, saya start kereta, saya drive keluar. Tapi tak jauh tau, saya tunggu dekat Petronas. Sebab saya tahu kelemahan husband saya. Dia mesti akan datang pujuk. Kitorang kan, satu family ada spare satu rumah kosong kat KL. Abah saya selalu merajuk dengan mak saya, nanti dia lari la pegi rumah spare tuh. Kakak kakak saya pun perangai sama macam saya.

Kitorang : *gelak-gelak* kelakarlah Esah nih.

Esah : Kengkadang kan, saya buat perangai, saya buat buat nak makan panadol banyak banyak. Tapi, depan depan husband la saya pura pura nak makan. Saya tahu weakness dia. Ada sekali tuh, saya pernah makan syampu Rejoice. Takut husband saya. Tapi saya makan sikit jela, tak banyak pun. Kadang-kadang tuh, tengah-tengah dating kat Mid Valley, saya tarik lengan baju husband saya sampai terkoyak, pastuh saya lari-lari nyorok-nyorok. ahaha. Pastuh, kalau saya geram, dulu dia pakai motor, saya calarkan moto dia. Saya nih memang teruk, tapi, nak buat macam mana, kitorang dah kenal dah 11 tahun, benda benda macam nihla yang buat relationship kitorang ada kaler sket.

Part makan syampu tuh aku tak boleh tahan nak gelak. Sampai macam tuh sekali. haha Oh, Esah nih baru je kahwin. Pregnant dah 3 bulan. Macam-macam ragam karenah dia yang dia cerita, buat kitorang gelak. Dia siap cakap, dia ikut perangai abah dia. :)

Memang betullah kan, macam macam orang, macam macam ragam. Sekarang nih, aku tengah nak adapt dengan new environment, new friends. Macam macam nak kena hadam, nak kena serap dalam kepala. Harapnya cepat serasi dalam bentuk yang baik.

Oleh itu, sampai jumpa lagi korang! Taip guna fon nih. Diri sendiri pun kagum dengan kegigihan ber blogging. Dah lama tak taip entry blog guna keyboard keletak keletuk. Rindu plak tetiba. ahahaha okes, chau chin chau, ai nak minum cincau plak. ahaha.

Wednesday, July 20, 2011

Derita Merindu

Ewah ewah Mak Enon. Tiba-tiba teringat lagu Derita Merindu tuh. Rasa Rindu sampai menderita gitu. :)

Biasalah kan, bila dekat bergaduh-gaduhan. Bila jauh, rindu rinduan. :)
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kawan bermain. Eh, boleh? :)

*Tak paham kenapa mesti ada ":)" lepas ayat. :)* Annoying tahu?


Orang belanja, kita makan. Best best best.


Shirin, look at my camera, please. :)

Friday, July 15, 2011

Rasa-rasa

Hello Cik Bedah, ini bukan rancangan masak-masak, pastu awak boleh rasa-rasa sedap ke tak. Ini bukan rancangan rasamas mahupun rasaperak atau rasagangsa. Semua pun bukan Cik Bedah oi.


Sekarang nih online guna phone. Kang dok penat taip-taip macam nak bercinta, tup tup phone mati. Hilang terus nafsu nak update, walhal bergunung aku nak update. Guna fon pun sanggup. Asal blog yang baru tukar langsir nih tak terbiar begitu saja. ececececeh.


Bukan main panjang intro, walhal nak say sorry je. ahaha Sorry. Next time aku update. Tunggu tukar Internet Provider. Sini GPRS, stand for Ganas Punya Rosak Signal ataupun dalam bahasa ayahanda, talian paling lajuuuuu seantero dunia. ewah!

Rasa rasa nak update, tapi tak boleh. Boleh plak eh, macam tuh? ;)

Sunday, July 10, 2011

Ujian Ombak

Ujian daripada Allah tak sama macam ujian KBSR PMR, SPM. Memang semua itu terdiri daripada ujian Allah, tapi kesan dan ombak yang kuat berbeza pada setiap pantai.

Saat macam nih, terasa perbezaan ombak ombak tuh. Kita semua dalam pelayaran, tapi berbeza bot yang dinaiki. Ketika aku ditimpa ombak besar, kau tenang menempuh lautan. Pusingan itu sentiasa berputar macam jam dinding. Kejap skala ombak itu aras 1, kejap lagi dia jadi 4, 5, 6 dan seumpamanya. Allah Maha Adil.

Tabahlah wahai hati, ombak itu datang dari Allah. Kepada Allah kita memohon. Kepada Allah kita berserah.

Ya Allah, berikan kami kekuatan dalam menempuh ujian-Mu. Juga kesabaran, keimanan, kecekalan dan rahmatilah kami, hambamu ini Ya Allah. Berkati hari hari kami. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Ameen Ameen Ya Rabb.

Saturday, July 9, 2011

Tukar Langsir Rumah, yo!

Yeayyyy!!! Orang nak puasa, aku sebuk nak tukar langsir. Orang sebuk nak raya, aku sebuk puasa. Oh, apakah?


Dah berapa lama entah aku pakai template yang dulu tuh. Dalam entry lama tahun 2009 dulu dulu, aku pernah cakap, taubat tak mahu tukar-tukar template lagi.  Waktu 2009 tuh siap cakap adalah kali terakhir yang aku akan tukar template. Sebab apa? Sebab susah! Leceh! Even aku budak Computer Science. ehehe  Itulah kan, orang kata. "Jangan sesekali cakap "NEVER", "TAK AKAN"." Sekarang, apa sudah jadi? Umpama meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri. ahahha. Boleh gitu?

Sejak Blogger dah update dan tambah new feature mereka iaitu Template Designer, aku malas nak explore. Sekarang baru rajin. Semua orang boleh jadi "Template Designer" dengan bantuan mereka. Tak perlu susah-susah nak belajar CSS, HTML, masuk kelas Multimedia bagai. ekekekeke


In case korang macam buat-buat tak nampak langsir baru aku nih, meh aku tunjuk sket screenshot. Header dan template adalah inspirasi daripada Hanis Zalikha. muahhahaha Nih kes takde idea, tapi nak jugak tukar langsir. Jadiklah kan. Oh, gambar header tuh, tak cukup lagi sorang. Iyman Amalea tahun lepas tak keluar lagi. Raya tahun nih, kita ambik gambar otey? Update: Dah cukup dah, mama dia suruh letak jugak gambar Iyman. Auntie layankan je laaa, mama Iyman nih. Banyak cengkadak. ekekek. Kecik je la muka Iyman dalam header nih. Eh, auntie hutang Iyman satu entry lah. Nanti nanti eh? :)


Langsir baru. Tak berapa nak baru. Yang terbaru tengok header atas sekali. Dah tambah muka Iyman. Nampak tak? OK tak? OK tak?


In case korang lupa macam mana rupa dan warna langsir dulu, meh aku tunjuk meh. 

Perasan tak? Langsir lama dengan langsir baru, apa persamaan dia? Hint: Warna Kuning 

Oh, lagi satu. Alang-alang dah tukar langsir nih kan, nak announce jugak. Siapa yang baca entry nih, adalah WAJIB    Highly Recommended untuk LiKE PAGE BEST JUGAK kat Facebook. Siapa tak Like, aku akan kecik hati. ;) ahaha Kau ingat ada orang kisah?


Tapi, siyesli. Sila LiKE dengan rela. Tiada paksaan dalam hati dan perasaan. Kan? ;)
Klik je button "LiKE" bawah nih. Mudah, kan? Lepas Klik, boleh main jauh-jauh. 








Kenapa kena klik LiKE? Sebab bila aku yang rekemen, ia akan jadi BEST JUGAK! Poyo tak? Poyo tak?

Monday, July 4, 2011

Tukar Phone Number

Saya selalu teringin nak tukar phone number. I mean, saya teringin sangat nak tukar ke pelan prabayar yang lain. Sekarang, saya pakai M. Dengan M, saya selesa. Tapi tapi tapi. Pelan 'Y**th Club' yang saya guna sekarang, akan habis tak lama lagi. I mean, umur kan semakin meningkat. Limit untuk Y**th Club 25 tahun. Sob sob sob. Tak cool la camnih. Tak boleh la nak guna Pelan yang sekali topap, tapi takde expired date.

Hari tuh, saya pergi ke M Centre. Saya tanya tentang sim pack baru. Orang Baju Hijau tuh kata, "Sorry lah. Y**th Club memang dah tak ada sekarang nih." Whatttt? Baru nak sign up guna different name. ;)

Actually, I ada guna pelan lain. Yang itu C punya, tapi abah yang pakai. Abah selalu topap, businessman lah kononnya. Dia punya usage banyak, tapi C selalu je bagi rewards yang boleh guna sehari je. Whattt? Abah I dah la umur 64, bagi 100 SMS percuma tapi expired date 1 hari je. Apa nih? Apa nih? Ingat abah I selalu SMS orang ke? Bagilah panggilan percuma 30 minit ke. Boleh abah borak borak dengan anak-anak dia, sorang kat Kedah, sorang kat Melaka. Kan?

So, kali nih, I dah nekad. Nak survey pelan prabayar yang lain. Selain M dan C, baru teringat yang I ada pilihan lain. Digi yooo! Digi pun ada Youth Club.


Yeaayyy!!

Plan Overview:

Memperkenalkan DiGi® Easy Prepaid baharu yang memang sempoi!

Pek ini direka khusus agar agar anda dan Buddyz™ dapat berhubung setiap hari dengan nilai terhebat. Bila bersama Buddyz™, segalanya memang hebat!

  • Panggilan & SMS PERCUMA setiap hari dengan 3 Buddyz™ anda di antara 12:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari.

  • PERCUMA 10 SMS dengan setiap isian semula RM10.

  • Internet TANPA HAD hanya RM3/sehari.

*Setiap SIM pek mengandungi RM8 kredit pra isi.

Info atas copy dari sini


COOL tak? ROCK tak? Free SMS & Panggilan percuma tuh. Malam malam boleh gayut lelama sampai lebam tangan dan telinga. Sampai panas telinga. ;)

Oh, lupa pulak. Boleh jugak beli DIGI SIMPACK nih secara onlineeeee! Saja buat gediks letak eeeeeeee camtuh. ;)

Pendek kata,
Boleh beli secara online di SINI
Layari dan Like Facebook Digi Youths untuk maklumat lanjut.


*****************************

Fuhhh, rimas sungguh rasanya bila berAI berYU nih. AIYOOO YOOO.

Sunday, July 3, 2011

~Oh Burger!

Ingat lagi tak, teka teki yang femes emes masa zaman sekolah dulu dulu? Teka teki dia,
"Banyak banyak burger, burger apa yang boleh menyanyi?"

Jawapan dia tentulah:
"Bergelora hati ini, bila berjumpaaa. "


Tapi, sekarang nih bukan nak cerita tentang lagu lagu Dangdut. Lagu Kopi Dangdut pun bukan. Ini nak cerita tentang Burger Subway.

Hari Jumaat hari tuh, aku berjalan-jalan dekat Shah Alam. Saja melawat kawan lama kat sana. Yah namanya. Lepas dah jalan-jalan, terkagum jugak tengok kepesatan pembangunan Seksyen 7 tuh. Secret Recipe ada, KFC ada, 7E ada. Subway pun adaaa!!!

Ini set untuk breakfast. RM6.30 satu set. Boleh pilih air. Boleh pilih Burger. Roti jenis apa, inti apa, sos apa, semua kau boleh pilih.


Biasalah kan. Perempuan. Sebelum makan, kena lah ambik gambar dulu. Ye tak?

"Eh Yah, kejap kejap. Tudung kau tak betul, senget. Ok, lagi sekali lagi sekali. "



"Haa, barulah betul. Barulah cun." Aisyh. Perempuan perempuan. *Geleng geleng*



Design dalam tuh cantik. Walaupun tak macam bentuk subway, at least cantik la kan. "Yah, cover sket. Ada sos kat mulut hang." ;) Dialog rekaan okes.



*Geleng geleng* Mana kau tak gemuk. Makan sampai dua biji burger. Air pun dua. ekekkeke




Last but not least, makan burger nih kenyang sampai ke petang walaupun pagi tuh korang pergi buat medical checkup, pergi ambik darah, pergi jalan jalan satu Seksyen 2.


Oh Burger!!! Bergelora hati ini, bila berjumpa. Lalalalalalala!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...