Tuesday, June 21, 2011

Terima Kasih, Cinta! ;)

Alhamdulillah, Syukur, Syukur, Syukur. 20 Jun 2011, genap umur 24 tahun bernafas dan berpijak di bumi Allah ini. 24 bukan sekadar nombor dua dan nombor empat. Lebih dari nombor. Pengalaman, pahit getir, suka duka, kawan dan keluarga, teman lelaki yang tak menjadi, ujian dan peperiksaan, antara putus asa dan mengalah, antara cekal dan tabah, pelbagai lagi yang tersembunyi di sebalik nombor 24 dalam hidup aku nih.



Abah, Emak, Makcik, Pakcik, Abang, Akak, Adik, Kawan kawan, Terima kasih Cintaaaa!!! Tanpa korang, 24 tahun dalam hidup ini, mungkin akan kosong dan berlalu macam tuh je. ;)



Terima Kasih, Trimas, Thanx dan Arigato untuk semua yang wish besday dan doa korang yang diconteng dekat FB punya wall. Untuk SMS, MMS, thanx sangat sangat. Terima kasih Cintaaaa!!! Kalau tak dapat reply untuk ‘say thanks’, sorry sorry sorry. Moga apa yang korang doakan dan wish untuk aku, akan dipantulkan dan dipulangkan semula kepada korang. Moga korang dimurahkan rezeki halal yang berpanjangan, dipanjangkan umur dengan kebajikan, dan diberi kesihatan, kegembiraan, ketenangan daripada Allah S.W.T. [Ameen Ya Rabbal Alamin.] ;)



Dalam minggu lepas, aku ada terbaca satu artikel, “Kaifiat Membaca Yassiiin Malam Nisfu Syaaban”. Ada tersebut dalam artikel tuh:

1) Waktunya selepas solat fardhu Maghrib, 15 Syaaban.

2) Dibaca tiga kali berturut-turut disertai dengan berniat/berdoa memohon kepada Allah S.W.T. tiga perkara:

  • Bacaan pertama mohon lanjutkan usia di dalam kebajikan.
  • Bacaan kedua mohon ditetapkan iman dan supaya mati kelak dalam keadaan beriman yang sempurna.
  • Bacaan ketiga mohon dimurahkan rezeki yang halal.

3) Doa (dibaca setiap kali selesai membaca Yaasiin Malam Nisfu Syaaban)

Sila rujuk perkara nombor dua. Doa yang dibaca tiga kali berturut-turut. Bila aku baca artikel nih, aku teringat doa yang selalu aku wish dekat orang masa besday dia. Ayat normal yang selalu kita dengar atau baca, “MOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI”. Lepas tuh, bertubi-tubi terngiang-ngiang suara Ustazah Rahimah masa sekolah menengah dulu.

“Allah seru hamba-hamba-Nya untuk berdoa dan meminta. Doalah. Mintalah. Kalau boleh, biar spesifik doa tuh. Kalau nak berjaya PMR, spesifikkan sket. 3A pun boleh jadi berjaya. 5A pun boleh jadi berjaya. Jadi, mohon supaya dapat 8A dalam semua subjek PMR.”



Dalam kes doa untuk besday nih, baru aku tersedar. Yelah, kita doakan dia “panjang umur”, tapi panjang umur yang bagaimana? Jadi, panjang umur dalam kebajikan. Kita doakan dia “murah rezeki”, tapi murah rezeki yang macammana? Jadi, murah rezeki yang halal dan berpanjangan. ;) Kan elok dan sedap dan lebih spesifik.



Jadi, terima kasih pada penulis artikel tuh, bulan Syaaban pun dah dekat, nih pun dah bulan Rejab. Banyak benda benda elok dan sunat yang bertambah ganjaran dalam bulan baik nih. Moga kita sama-sama mendapat berkat dan sentiasa dinaungi limpah dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. ;) AMINNN YA RABB.

p/s: awal tahun nih, aku ada tukar tarikh besday aku dalam entri nih. Jadi, adalah dua tiga orang yang wish besday kat FB punya Wall tanya, "betulke besday kau hari nih? Ke tipu-tipu lagi?" ehehe.

Betullah kata orang. Kalau pengembala selalu jerit "Tolong, tolong, Serigala datang!!!" Sekali dua kali, orang percaya lagi even kau tipu, tapi kali ketiga, kau ingat orang nak terpedaya dengan jeritan penipuan kau, duhai pengembala? Okes, tak paham sudah. Abaikan. :)

4 comments:

Chenal said...

Slamat ulangtahun

cekkeya said...

Tqqq ;)

ayin said...

Dik happy birthday. Semoga dikurnia kasih sayang yang berpanjangan dan ceria selalu. Amin.

cekkeya said...

Aminnn amin amin. Akak pun camtuh jugak harapnya, moga ceria ceria dan gumbiraaa slalu. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...