Pernah tak, korang alami masalah yang serupa, sehingga korang menuturkan dialog kat atas nih? ;)
Aku pernah beli baju online, tapi pepahamlah kan. Gambar kemain cantik, kemain besar gedabak, saiz pun ditulis XXL gituh. Tup tup bila sampai depan pintu rumah, HMMPHHHH, AKU KECIWAAA MAKKKK! Saiz XXL, tapi saiz anak sedara aku kot. ;) Buat balut nangka je lahhhh, walaupun dekat umah takde pokok nangka. ;)
Tapi, tapi tapi, selain baju-yang-boleh-buat-sarung-nangka je, ada jugak benda yang aku beli dan puas hati. TIP TOP orang kata. ;)
1) Set Perfume WOE AVON Online
URL: http://honeydboutique.blogspot.com
Masa nak cari perfume AVON nih kat kedai AVON berhampiran, belum lagi tarikh promosi. Kira lambat lagi nak tunggu promosi. Korang pernah tak, “Sementara duit ada nih, baik beli cepat-cepat. Kang duit dah takde, nak beli apa pun tak boleh.” Pernah tak pernah tak?
Bila cari cari dekat internet, tanya dekat Pakcik Google, dapatlah link BLOGSHOP nih. ;) Dia dekat area Penang kalau tak silap. Terus emel dia, dan reply reply, terus transfer cimbclicks. Tak silap aku, the next day, terus dia pos. ;) BEST KAN? Esok hari terus dapat. ;) Siap ada free roll-on lagi ;)
Oh, selain jual produk AVON, dekat kedai HONEY D BOUTIQUE nih, ada jual baju kurung, necklace manik-manik, pendek kata, jangan tunggu lagi lah. TERUS JE SERBU BLOGSHOP http://honeydboutique.blogspot.com reramai eh?
2) Kurma Meera Online
URL: http://www.kurma.com.my/
Satu kotak RM10 or RM11 mengikut jenis. Aku sambar 5 kotak, ambik kau! ;) URL: http://www.kurma.com.my/
KURMA. Benda yang kau boleh beli dekat kedai, tapi susah nak jumpa selain bulan RAMADHAN. Bapak aku suka makan kurma nih. Lagi-lagi, yang ada tangkai. Baru sampai kelmarin, tapi dah habis makan 2 kotak. ;)
Sekarang nih, KURMA MEERA nih dah bukak jualan sejak 15 JUN 2011. UNTUK 1000 pelanggan pertama, TIADA CAJ PERKHIDMATAN POS dikenakan. Tak ke best tuh? Aku rasa, untuk online shopping, perkara pertama yang kita titik beratkan, “EH, HARGA DIA NIH, TERMASUK POS KE TAK?” Rasa nak melompat tinggi-tinggi, kalau harga tuh dahlah murah, dah include pos pulak tuh. Maknanya, tak perlu susah-susah kita nak tambah extra money, sebab dalam kepala dah set harga tuh murah. TAPI, KALAU HARGA “MURAH” TUH, BELUM TERMASUK POS, IA AUTOMATIK JADI HARGA “MAHAL”. Boleh paham tak, tetuan dan pepuan sekalian? ;)
Oleh itu, jadilah 1000 pelanggan pertama supaya anda tidak dikenakan caj perkhidmatan pos ;)
3) Dell Laptop Online
Aku ada story tentang pengalaman aku beli belah kat DELL secara online. BOLEH RUJUK ENTRY NIH.
4) Lampin Moden | Cloth Diaper CD http://www.lampinmoden.com/
Cantik cantik diaper dia. Moden gitu. Cuba tgk nih. :)
Comel comel diapers dia. Kalau ada anak, dah confirm beli dah nih. ;)
Jadi, jangan segan jangan malu nak klik sini otey? :)
Kesimpulannya, tangan nih tengah gatal nak SHOPPING ONLINE lagi. Tapi, tak tahu apa BLOGSHOP or KEDAI ONLINE yang bagus, murah dan service dia tip top. So, kalau korang ada pengalaman bagus, beli tudung/selendang/baju/kek lapis/kasut/beg atau apa apa yang seumpamanya, minta tolong KONGSIKAN dekat ruangan komen eh? Or BLOGSHOP korang sendiri? Nanti nak terjah!!! ;)
6 comments:
wah yan...pas ni wangi la ko bila ak jumpa kt langkawi nnt..hahaha...simpan duit wei..nnt kt sna free duty..wakkk...shooppppiiinngggg.......maaa.....
hahaha aku mmg wangi cWan. xpyh nak pakai pfume ke apa ke. langkawi shoppg coklattt! gle teruja!
ramai betul yang beli online skang ni kan. Alhamdulillah industri kedai online semakin berkembang
aah. betul tuh. kgkdg lbh senang beli on9 daripada beli kt kedai. feel dia berbeza. msg2 ada pros n cons. ;)
Salam kenal =)
Suke suke online shopping..hehe kadang kalau pikir-pikir lagi murah sbb bila keluar pegi beli barang, banyak lagi brg lain terbeli..hehe tambah penat berjalan lagi..
Wangi kan WOE parfum spray =) Gnie pakai yang tu jugak ^_~
@Gnie, Salam kenal jugaks ;)
samalah kitaaaa! Yeayyers! Suka WOE tuh ;) tapi online shopping nih, kena betul-betul pasti, benda yang kita nak beli. rambang mata jugak kengkadang ;)
Post a Comment