Wednesday, June 8, 2011

~Eh, Apa Benda PDF Nih?

Haaa, dah lama rasa tak buat benda benda tutorial nih. Sebelum benda nih luput ditelan masa dalam pemikiran aku nih, meh aku kongsi dulu kat sini. :)

Apa itu PDF?
Portable Document Format (PDF). Pernah kan, kalau kita ada Word file (.doc, .docx) kita nak convert ke (.pdf) supaya kalau kita print, setiap tulisan, spacing, figures, tables tuh semua tak lari-lari-anak-mahupun-ibu-ayah?

Macammana nak tukar?
Pada yang masih tak tahu, boleh download CutePDFWriter. Boleh refer sini. Sebelum tuh, kena lah download dulu. Free je kat sini. Lepas download, lepas install, then boleh gunaaa! Yeayyy! CutePDFWriter nih, operasi dia macam PRINTER. Kalau korang bukak file dkt word tuh, klik print, and select CutePDFWriter, then save PDF. Senang dan CUTE kan? Nama pun CutePDFWriter. :)





Saya nak letak Bookmark dekat PDF. Camne?
Ok, bookmark kan 'penanda buku' dalam bahasa ibunda. Jadi, kalau kita baca buku (novel), kita akan letak penanda dekat mana yang kita stop baca tuh. So, bila kita baca balik, kita tak perlu nak ingat muka surat berapa kita stop sebelum nih. Sebab, itulah fungsi bookmark tuh.

Dalam kes PDF nih, sama jugak. Bayangkan kita ada beratus-ratus helai, takkan kita nak scroll pdf file tuh kan? Lenguh la tangan nak scroll memanjang. Kan? kan? kan?


Tekan Cntrl+KLIK gambar atas nih, kalau mata agak rabun. :)

Kalau kau tekan ABSTRACT, automatically dia akan pergi kat page yang ada ABSTRACT. Kalau kau tekan CHAPTER 1, CHAPTER 1 pun keluar.

Ok, ada 5 langkah-langkah ringkas yang kau kena folo:

1) Download FREE JPdfBookmarks dekat sini. Lebih kurang 5.7MB.

2) Lepas download, kena extract dulu, sebab dia .zip file. Tak payah install, klik je jpdfbookmarks application.

3) Kena la ada .pdf file. Yang korang dah convert guna benda CUTE kat atas tadi tuh, boleh la cuba dekat step yang nih.


4) Macam gambar atas nih. Page mana yang korang nak bubuh penanda, korang scroll, lepas tuh add bookmark. Page mana yang korang nak bubuh penanda, korang scroll, lepas tuh add bookmark. Page mana yang korang nak bubuh penanda, korang scroll, lepas tuh add bookmark, sampailah habis document tuh. Korang save tau, lepas dah bubuh bookmark, tak kisahlah nak save guna nama lain ke apa ke. Janji SAVE.

5) Sebenarnya, untuk maklumat lebih lanjut, boleh refer dari article nih.
Lepas tuh, kalau dah SAVE, klik balik .pdf file, ada nampak tak bookmark kat sidebar sebelah kiri tuh? Bila korang view guna Adobe, kalau tak nampak jugak bookmark, cuba korang pergi dekat tab VIEW> NAVIGATION PANEL> BOOKMARKS. Boleh?

Kalau tak mau susah-susah, dekat sini, ada bagitau dengan lebih jelas dan detail macammana nak automatically open bookmark bila bukak adobe. Korang rujuk je link tuh, otey?

Selamat mencuba bagi yang belum mencubaaa! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...