Wednesday, June 22, 2011

~Ambik Gambo Sayang!

Aku ada adik perempuan yang umur 5 tahun. Budak-budak biasalah kan. Banyak celoteh, banyak keletah, banyak benar cengkadaknya. Ok, nama dia Aimi. Dia dah masuk tadika sejak umur dia 4 tahun. Banyaklah dia belajar dengan kengkawan yang umur 5, 6 tahun. Kalau belajar ABC, 123, Alif Ba Taa, tak pe lah jugak. Ada satu hari tuh, dia tanya aku:

“Akak, akak.”

“Hmm, nape?”

“Dalam lori, ada motor. Dalam motor, ada kotak.”

Aku pun berfikir-fikir. Teka teki apa lah budak nih tanya. Masa tuh tengah sebuk buat kerja dekat laptop, dan mood aku waktu tuh memang malas betul nak layan. Jadi, aku cepat-cepat jawab, “Entahlah, mana akak tahu.”

Tak semena-mena dia jawab, “Ada aku tanya???”

Mula-mula tuh, aku tak paham. Kenapa la budak nih cakap, “ADA AKU TANYA?”. Ok, rewind balik. Zzz Zzz Zzzz [bunyi rewind VCD] eh, pesal dah macam bunyi orang tido plaks? . Dia cuma cakap “Dalam lori, ada motor. Dalam motor, ada kotak.” Tapi dia tak ada tanya pun, “APA DIA?” Ok, aku tergelak la lepas tuh. Then, aku ceramah dia sket.

“Sapa ajar?”

“Umaira.”

“Aku kau aku kau. Kan tak elok. Nanti, jadi hantu paku baru tahu.”
Ok, dulu-dulu kau disogokkan dengan hantu pakulah, hantu tet tet la, sekarang, inilah masa untuk memulangkan paku buah keras. Ekekekeke.



Ok, satu lagi tabiat adik aku nih. Dia SUKA TUKAR NAMA ORANG. Masa tahun lepas, masa umur dia 4 tahun, ramai kengkawan dia kat tadika tuh, nama pelik pelik yang aku dengar. “Kak, tadi kan Omela kan, dia kan, kena marah dengan cikgu. Dia lambat buat keja sekolah.” Budak budak dan mengadu domba, memang tak dapat dipisahkan. ;)


OMELA dan ROSHAN yang paling aku ingat. Sket sket dia cerita, OMELA. Sket sket ROSHAN.


Aku tak ingat kenapa, tapi entah macam mana aku dapat tahu, yang OMELA itu adalah UMAIRA. Ya, kawan yang ajar dia teka teki untuk prank orang tuh. ;)


ROSHAN pulak? Cuba teka cuba teka? Okes, tak de sapa nak teka. ROSHAN itu bukanlah ROSYAM or sapa sapa, tapi ROSLAN. Sungguh tradisi namamu dik Roslan, biarpun usia 6 tahun. ;)


Anak sedara aku yang perempuan tuh, nama dia HUSNA. Aimi asyik panggil CHUNA, CHUNA, CHUNA, sampai si Husna tuh kata, “Nama saya HUSNA lah. HUSNA. Bukan Chuna.” ;)

Ok, itu tak apa lagi. Boleh pulak, nama aku pun dia main tukar-tukar. AZYAN jadi Kak AZAN. Suka suka hati kan? Kalau bunyi azan, bila orang cakap, “Syyhhhh. Azan tuh. Senyap.” Dia boleh balas, Eh? Nama sama? Kak Azan dengan Azan???” Geleng geleng kepala. Adik sapalah kau nih. Haha.



Nih paling aku tak boleh tahan lah. Dalam sejarah kesalahan dia sebut benda, yang nih paling aku gelak besar. Hari tuh, masa dalam kereta, nak pergi hantar adik Awa dan Aida balik asrama, bukaklah radio. Kau orang tahukan lagu, “Boleh pandang-pandang, Jangan pegang-pegang.” [Kalau Berpacaran]


Budak-budak kan cepat tangkap apa yang dia dengar. Diorang cepat mengikut. Sama jugak lagu. Sebab tuh kebanyakan budak-budak belajar daripada lagu.

Okes, sambung balik lagu yang jangan-pegang-pegang. Tiba-tiba, masa lagu tuh kedengaran kat radio, part chorus tuh, dia nyanyi,

“Boleh pandang-pandang, Jangan pegang-pegang. Duduk renggang-renggang, AMBIK GAMBO sayang.”

Satu kereta gelak dia nyanyi salah. Mungkin dia dengar BERTAMBAH SAYANG tuh sebagai AMBIK GAMBO SAYANG. Layankan je lah oiiii. Chorus tuh kan dok ulang banyak kali dalam lagu tuh, apalagi, kitorang ajuk ajuk dia. Cepat-cepat dia betulkan, bila kitorang bagitau ayat sebenar.



Oh ye, bercakap tentang ambik gambo nih kan, dah banyak entri tak de gambar. Harap maaf lah eh. Tenet sangat lah laju berdesupppppppppppppppp. Sampai nak bukak FB pun makan masa lima minit untuk loading. Itu pun nampak Header FB je. Punyalah lajuuuuuu, kan?



p/s: tengah siapkan paper untuk submit ke conference. 1 Julai tarikh akhir hantar. SV dah bising, tanya mana paper awak? ;) tengah siapkan nih. Harap harap takde correction, dan disukaiiiiiii oleh SV. Chill Dr. S, saya memang suka buat kerja last minute, ampunnnnn ;) Wish me LUX, bebeyhhh ;)

13 comments:

kuizikel said...

hhahahahaha tak boleh belahla aimiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

iman adalah mutiaraaa... kenapa ada iman? tak puas hati nama orang lain ada dalam lagu...

diLa said...

hahahha..klaka gile adik ko weyh!
ambik gambo syg! aku nk tuka lrik tu jugakkk..hahaha..

btw, hepi belated besday syg!:)

Yuyunx Mohamed said...

ko dulu tah2 macam tu jugak azan, eh azyan. ada jugak yang mengikot...hahaha!

Apepon memang berdekah aku bace.. syabas lah aimi! :D

cekkeya said...

@kui haha itu lg satu, xboleh terima kenapa nama Iyman ada dalam lagu Raihan.

@dila budak2, camtuhla. sekali layan, best. 2 kali pun best, 3, 4, 5 kali, hmpph. haha neway, tqqqq 4 d wish ;)

@yun haha nama aku pun dia bahan. ekeke itulah, ko cakap sebijik mcm bapak aku. "alah, ko dulu dulu sama je. lagila entah apa apa." ;)

ainee said...

bukan aimi 4 tahun? Husna skrg 5 tahun.

cekkeya said...

kak ainee - mula mula, orang ingat macam tuh jugak. Husnakan lahir bulan 1, Aimi bulan 11, tapi tahun lahir sama. jadi, umur pun sama la. makcik lg kecik dari anak sedara. ahahaan lahir bulan 1, Aimi bulan 11, tapi tahun lahir sama. jadi, umur pun sama la. makcik lg kecik dari anak sedara. ahaha

diLa said...

hahaha..setuju..setuju..kali ke entah brape nk layan kdg2 hmmm hmmmph..hahaha. tak mithali betol

Hanim Mahali said...

adik tu salah dengar ke??? alahai siannya... sib baik budak kecik. nampaklah comei... LOL

ainee said...

yan - mcm pelik aje. betul ke dia lahir tahun sama 2006? macam abah salah register aje.

cekkeya said...

haha betul. siap dh tgk passport. d.o.b nov 2006. ehehe mgkn kta sume pk lain thun sbb ms aimi lahir, husna dh besa.

HAFIZAL said...

lawak betul..........

Fiona said...

HAHAHAHAHAHAHAHA. aku gelak sampai member aku cakap aku gila sebab gelak sorang-sorang. LOL!

Kirim salam adik kau.

Sebab bukan kau sorang je yang .....

slimdiet2 said...

tak bleh blah, tang teka teki tuh.huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...