Sunday, June 12, 2011

Aku Terkilannnnn~

Beberapa hari yang lalu, ketika eletrik Uni terpotong kerana lupa membayar bil ada tikus yang menggigit suis utama, maka, berkumpullah tiga orang makhluk di dalam satu bilik dan berbual-bual kosong waima tanpa air kosong sekalipun. Seorang berbangsa CINA manakala dua orang lagi makhluk berbangsa MELAYU. Kalau tambah lagi seorang yang berbangsa INDIA, maka, akan cukuplah korum 1MALAYSIA ketika itu. ;)

Topik bualan bermula dari crush sampailah urusan rasmi, sampailah hal kewangan dan sampailah hal hal tekanan. Apabila masuk bab pelajaran, cerita dia begini :)

Kawan 1: Berbangsa CINA
Kawan 2 & 3: Berbangsa MELAYU dan Bahasa Melayu 'A' ketika SPM.

Kawan 1: Masa saya pergi bla bla bla, ada seorang nih. Orang India. Waktu dia bentang, memang bagus betul, Kawan 2 (baca: panggil nama Kawan 2).

Kawan 2: Kenapa? Dia hebat sangat ke?

Kawan 1: Hebat betulllllll, Kawan 2. (baca: panggil nama Kawan 2). Masa dia bentang tuh, dia tunjuk algorithm dia, tunjuk method dia, padahal baru semester 1, dah cerita tentang algorithm apa yang dia nak buat, proses dia. Isk, MEMANG TERKILAN la saya dengar dia bentang.

Kawan 3: *Buat muka pelik.* Eh???

Kawan 2: *Angkat kening, tapi masih belum setanding kening ZZ* You biar betul. TERKILAN???

Kawan 3: Macam tak kena aje.

Kawan 1: Eh? Habis tu apa?

Kawan 2: TERKAGUM? TERKEDU?

Kawan 3: TERKESIMA?

Kawan 2: TERKILAN tuh macam, you dah beli makanan sedap, tapi tiba-tiba jatuh pulak makanan tuh. You TERKILAN la sebab tak dapat makan.

Kawan 1: Ooohhhhh. Lagi?

Kawan 3: You nak salam orang tuh, tapi dia dah balik dulu. You terkilan la sebab tak dapat salam dengan dia.

Kawan 1, 2 & 3: *Angguk angguk kepala tanda bersetuju*


Pada masa itu, sesungguhnya, memang tak dapat nak ceritakan dekat Kawan 1, apa itu maksud TERKILAN. Bila dah datang dalam fikiran nih, baik aku simpulkan cepat-cepat. Eh, terkantoi pulak yang aku adalah Kawan 2. ehehe. ;)


TERKILAN - perasaan kecewa yang hadir dalam diri apabila sesuatu benda yang kita ingin buat, tetapi tidak kesampaian.


Betul tak ek? Kalau salah, tolong tunjukkan eh ;) Cuba korang bagitau contoh-contoh terkilan nih? Kengkadang, nama je melayu, tapi bahasa melayu tuh pun belum hebat sepenuhnya. Kan?

2 comments:

kuizikel said...

terkilan aku dengan perangai kau yang serupa JB gengster.. hheheheheh.. ok tak ayat ni?

cekkeya said...

TERKILAN nih, sama ke dengan TERGURIS? ke yg kita expect, tapi lain sebenarnya?

almaklumlah, BM aku dlu A2. ekekek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...