Alkisah pada satu hari raya pertama,
Satu hari di Hari Raya –sila nyanyi ikut tempo M.Nasir yang betul ye...
Tepat jam 3 pagi, 1 Syawal 1430H, aku terbangun secara tiba-tiba. Ada satu benda dan rasa yang tidak sedap. Bagai ada seswatuh makhluk mahu keluar dari badan ini. Cepat-cepat aku terjun dari katil dua tingkat dan terus menuju ke bilik air.
Tepat jam 6.20 pagi, jam locengku berbunyi hebat lagi kuat. Aku gagahkan diri untuk bangun. Kepala pusing. Mulut rasa mual. Satu suara menegurku:
”Kau nak pergi sembahyang raya tak nih?”
”Tak tau lagi, aku muntah-muntah malam tadi.”
....
”Adik, bangun!!! Raya nih...bangun, bangun!!Baju dah gosok belum? Tuh kuih raya belum isi lagi, cepat bangun! Mandi cepat!” suara akakku memecah hening di pagi raya.
Tepat jam 8.30 pagi, aku cepat mencapai telekung putih dan berteriak,
”Adik, berapa kali nak cakap, cepat sket. Orang semua dah siap, kau makan pulak. Lepas sembahyang la baru makan.”
”Adik lapar laa...kang sembahyang nanti, asyik ingat nak makan je...tak khusyuk.”
....
Tepat jam 8.36 pagi. Abang iparku sudah memanaskan enjin kereta vivanya. Adik aku tak muncul-muncul di pintu rumah. Akakku yang sudah mengambil tempat di dalam kereta sudah membebel.
”Kau pergi tengok adik kau tuh, apa yang lambat sangat nih? Nanti tak sempat nak sembahyang raya.”
”Aku dah tengok la tadi. Dia tengah pakai tudung.”
”Tengok sekali lagi. Dia nak pergi ke tak? Nanti macam tahun lepas, penat kita tunggu, tapi dia tak jadi pergi.”
”Iskkk, adik nih! Menyampah tau. Berapa kali entah orang nak bagitau soh cepat.”, sambil aku menarik muka masam dan berlalu masuk ke dalam rumah dan menjerit-jerit nama adikku.
....
Masjid Parit Yusof sudah penuh sesak. Ramai para jemaah lelaki lepak di kaki lima kerana tidak cukup ruang untuk sembahyang. Aku, akak dan adik terhegeh-hegeh menyarung telekung. Baru je nak betul-betulkan saf dan niat sembahyang raya dalam hati, tiba-tiba:
”Assalamualaikum warahmatullah.” Para jemaah perempuan sudah gerakkan kepala ke kanan. Aik, orang dah habis sembahyang dah??? Aku toleh kepala ke sebelah kanan. Akakku sudah mahu mengangkat takbir. Aku tanya dia, ”Eh, nak sembahyang apa nih?” Dia letakkan jari telunjuk ke mulut, ”Syyyyhhhh”.
Aku cepat-cepat pasang niat sembahyang sunat tahiyatul masjid. Imam tak tunggu kitorang, nih semua salah adik. Fullstop.
.............
Dua hari di hari raya,
Nenek dan para makcikku datang singgah beraya ke rumah. Awal-awal pagi lagi makcikku sudah hantar SMS. Seisi rumah sudah kelam kabut.
”Nak bagi diorang makan apa nih?” Tangan mencari-cari baki mee mentah yang belum digoreng. Masih banyak. Tanganku terus laju hantar SMS pada akakku yang beraya ke rumah kawannya di Batu Pahat.
”Eh, Cik Jah nak datang rumah nih. Nak bagi makan apa? Aku mintak makcik masak mee goreng je la eh.”
”Ko goreng je nugget ABC yang aku beli tadi. Goreng semua. Cakap dekat Cik Jah, datang la lambat sket. Aku baru je sampai Batu Pahat nih.”
Nenek bawa rombongan. Hampir 20 orang memenuhi ruang tamu. Seisi dapur kembali kelam kabut. Kakak iparku yang mengandung 8 bulan juga kelam kabut. Masa tuh jugak sebok cari pinggan untuk makan mee, sebok cari cawan lebih untuk jamah diorang. Abang aku pulak sebok layan makcik pakcikku dekat ruang tamu.
.....
Gambar lain aku malas nak letak, semua orang kata aku makin "kurus". ahahha klik saya.
Selepas itu, kami ikut rombongan nenek ke rumah makcik ku yang lain. Perutku kembali pulih dan boleh menerima makanan. Definisi raya untuk perutku baru bermula.
Tiga hari di Hari Raya
Aku mahu skip bahagian hari raya ketiga nih. Semua ahli rumah habiskan masa untuk tidur dan menonton TV. Adik dan akakku cirit birit dan muntah-muntah. Isk, bukan salah aku. Cirit birit dan muntah-muntah nih bukan penyakit berjangkit, ok.
Empat Hari di Hari Raya
Skip juga. Akakku dan suaminya sudah pulang ke Kedah.
Lima Hari di Hari Raya
Skip juga. Aku habiskan masa tengok TV dan mengajar dua orang adikku subjek Matematik. Yang sorang ambik PMR, sorang lagi SPM. Aku juga leka dengan sajian Rumah Terbuka AF, Jangan Lupa Lirik Raya bla bla bla...
Enam Hari di Hari Raya
Sebelah pagi aku habiskan masa untuk tidur. Perutku kembali meragam. Adikku menangis kerana aku menjadi cikgu Matematik yang garang. PMR dia lagi 2 minggu, tapi, soalan algebra yang mudah dia tak dapat nak selesaikan. Ada ke 2x + x = 2x2 ?
4 orang rakan datang bertandang ke rumahku malam itu. Berborak kisah lama yang sememangnya jadi hobi dan tabiat bila berjumpa. Ulang la berapa banyak kali pun, cerita zaman dulu-dulu tetap tak jemu dijadikan bahan berbual.
Tujuh Hari di Hari Raya
Aku jadi cikgu lagi. Kali ini aku guna strategi yang lebih lembut kepada adikku yang akan ambil PMR tak lama lagi.
2x + x2 = 3x2 ???? isk isk isk. Adik, nasib akak kau nih penyabar orangnya. Akak kau nih siap beri contoh TV sebagai unknown dalam algebra.
”Kalau kau ada 2 TV 24 inci, lepas tuh ada orang bagi kau 1 lagi TV 15 inci. Kau tak boleh kata, kau ada 3 TV 24 inci. Kau tetap kena cakap, kau ada 2 TV 24 inci, 1 TV 15 inci. Faham tak dik?”
Lapan Hari di Hari Raya
Aku seperti mahu menangis. Bukan kerana rancangan raya di TV yang sedih, tapi sedih sebab tiba-tiba sudah masuk hari ke-8 dalam bulan Syawal. Tiket balik ke JB pukul 4.30 petang. Tugasan yang diberi, satu helai pun tak bersentuh. Memang cari nahas. Nih semua raya punya pasal. Sebab raya lah, kerja aku tak siap!!! Ya,
13 comments:
kesian kt ko
aku time raya x buat keje pon
baru lepas baca entri untuk contest raya.
jgn garang² ye ajar adik.
sian kat dia..:)
jgn lupa untuk ketahui siapakah pemenang untuk contest raya pada 11.59 pagi esok (isnin)..:)
tahniah kerana menang contest di unwanted86...
memang best pn bc cerpen ni,tersusun ayat nye...
Tahniah Cekkeya..:)
Cerita raya anda telah menang untuk peraduan 'Hendak duit raya tambahan.? Kongsikan kisah raya anda.'
Diminta untuk menghantar email ke cbq7230[at]gmail.com untuk urusan seterusnya.
Tahniah sekali lagi.:)
@odin: eh, adik odin...hehehe tuhla, aku pun tak buat pape cuti raya, makan n tdo. ahahah
@unwanted: wah, encik unwanted. tq tq. hahah cikgu kena garang sket, baru anak murid takut. ekekekek
@gantang: tq gantanggg!!!!!
@unwanted: tq bebanyak eh...nt sy emel...wah, memang tak sangka...!! hari nih msti saya senyum sampai ke telinga memanjang...!!! ahahha
pergh, cekkeya.. congrats! 1/3 dari duit raya tu utk akak ko ni yer, penat membebel dalam kete... ingat, taun depan pukul 8 pagi dah ada dalam kereta!
@kui: nihla watak didalam cerpen rayaku yang kuat membebel..ahahahhaah
baik bos!!!
wah3..kungratulasyen miss azyan
tahniah!! memg best citer nih. bab jd cikgu tu menarik...hahaha
siannyerr smpi2 jerr masjid org da abes solat..xpe masih bole wt jemaah ngn akak n adik tu...
citer2 len xbaca lg mesti best gak tu..
Salam.
tahniah2, memang ptut menang..
eheh.lucu..;p
@momo_chan: momo, tengkiu tengkiu
@nurhayati: eheheh tuh la pasal, tiap2 tahun kitorang mesti datang lambat sembahyang raya, tapi tahun nih lagi teruk sebab tak dapat smbhyg jemaah.
@arnamee: tq! ;)
tahniah2..pu3 pun join gelak bace kisah cekkeya nih..
@pu3, tq eh!!
Post a Comment