…...........................
Hari ibu jatuh pada Hari AHAD pada minggu kedua bulan MEI, tiap tiap tahun. ;) Happy Mother's Day ;)
...........................
Aku ada cerita tentang Hari Ibu. Ada sorang kawan aku nih, nama dia biarlah aku rahsiakan. Apa kata aku namakan dia Si A. Masa sekolah menengah tingkatan 4, si A yang bersekolah di asrama, nampak kawan dia yang diberi nama si B (dirahsiakan juga…ehehe) sedang membuat kad. Kad itu nampaknya sangat kreatif, penuh warna warni. Oleh kerana teruja melihatnya, si A bertanya kepada si B.
“Kau buat pe nih?”
Si B pula menjawab. “Ooh, aku buat kad. Nak bagi mak aku.”
Si A tanya lagi, “Mak kau? Besday dia ke?”
Tanpa menoleh ke arah si A, si B nih jawab, “Eh, taklah, esokkan Hari Ibu.”
Si A yang mencuri2 baca ayat di dalam kad itu pun mengangguk angguk paham. Tertera dalam kad tuh,
“Emak, selamat Hari Ibu, Along sayangggg sangat kat mak. Terima kasih sebab jaga Along selama nih, doakan kejayaan along.”
Entah kenapa, bila si A terbaca ayat tulus tuh, hati si A tersentuh.
Si B lihat si A sedang membaca kad yang ditulisnya, lalu si B bertanya pada si A. “Kau tak nak buat kad untuk mak kau ke? Aku ada banyak kertas warna warni. Nak ambik a,” sambil si B juihkan mulutnya ke arah kertas-kertas di sebelahnya.
Si A hanya geleng kepala. “Tak pelah. Thanks.”
Lalu, si A berlalu ke bilik prep yang lagi satu. Duduk di tempat belajarnya, dan meletakkan kedua-dua tangan ke atas buku, lalu kepalanya dijatuhkan. Si A tersentuh. Hatinya bagai ada seswatuh yang tak kena. Selama nih, tak pernah dia ambil kisah akan Hari Ibu. Tak pernah tahu pun akan tarikh itu. Tapi, bila ada seorang yang bertanya padanya, “Kau tak nak buat kad untuk mak kau ke?” Serasa dia mahu meminjam alat masa Doraemon untuk kembali pada 2 tahun yang lampau.
2 tahun yang lampau, walaupun emak si A masih sakit, tapi sekurang-kurangnya, emak si A mampu membaca kad yang dibuat oleh nya. Si A rasa sangat menyesal waktu tuh, sebab tak pernah ambil berat akan hal sekecik itu. Kalau si A buat kad tuh sekarang, pada siapa perlu diberi? Sampai ke tak kad tuh kalau dipos pada posmen? ... Yang pasti, si A bagitau aku, si A pasti sangat bahawa doa, dan Al-fatihah tetap sampai pada emaknya walaupun tanpa posmen, tanpa kad pada Hari Ibu. Tiap-tiap masa dan ketika, boleh sedekah Al-Fatihah. Cuma si A terkilan, tak pernah buat kad untuk si ibu.
Jadi, kesimpulan cerita si A nih, kalau kita masih ada emak dan ayah, tak kisahla hal kecik macam mana pun, tetap kena ambik berat. Walaupun cuma bagi kad, yang penting, hati tuh ikhlas. Setelah mendengar cerita si A, aku yakin dan pasti emak rakannya, si B, sejuk perut bila dapat kad si B.
Si A cerita lagi, keesokan harinya, hari Ahad, bila ada announcement panggil nama si B, “...perhatian kepada pelajar asrama bernama ....(dalam cerita nih, Si B)...sila datang ke pejabat pentadbiran asrama kerana ibu anda ingin berjumpa. Sekian.” Si A yang ketika itu sedang membaca majalah, dapat lihat Si B yang terkocoh-kocoh menyarung tudungnya, mencapai kad yang sudah bersampul dan sekeping coklat Cadbury. Hati si A tersentuh lagi. Sejam selepas itu, si A lihat si B naik ke dorm dengan membawa nasi ayam yang sangat sedap baunya. Nasi itu sangat banyak, malah cukup untuk disajikan kepada 22 ahli dorm itu. “Eh, korang. Marilah makan. Emak aku masak nih.” Terus berkerumun semua ahli dorm duduk mengelilingi nasi itu. “Air sirap pun ada nih.” Disuakan pula dua botol besar air berwarna merah.
......................................
Tutup cerita si A. Pendek kata, terus lah hargai jasa ibu dan ayah kita. Hilangnya tak berganti, patahnya tak tumbuh lagi. Selagi ada, terus lah ekspresikan kasih kita pada mak dan ayah kita. Jangan bila dah takde, baru sibuk nak menyesal. Tak payah tunggu hari Ibu atau Bapa, tak kisahla hari apa, jangan lupa doa ibu bapa. Yang sudah tiada, sentiasa sedekahkan Al-Fatihah....Sekian....tazkirah untuk hari ini...ehehe ;)
ps://cerita ini telah ditokok tambah olehku bagi menambah perisa...muahahahha yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan...
10 comments:
eh bila hari bapa plak? jgn lupa anto kad hari bapa kat abah.. dah la bday dia aritu tak ingat.. ha ha ha.. agak2 kad foldees aku anto hari tu sampai tak? mcm tak nampak je kat umah... tapi klu ko bagi abah kad, letak la note RM50 ke, the more the merrier la... ahahahah
//teringat dulu aku paksa awa n aida bagi aku hadiah sempena hari ibu kat aku sbb ala-ala aku pengganti mak... kah kah kah
touching cte nie..tbe2 tringat kt ma2 ak..
kui ko buli adik2 ko erk? (^^ii)
btw, hari ibu tarikh nie mengelirukan, asyik bertukar jer sbb dier jatuh pd setiap ahad kedua di bulan may kan?
hahaha
kui:
sampai la, kad foldees labah2 tuh, aku nmpak dlm kotak abah.
aaylaa: eheheh ko bbq jgn tak g plaks...eheheheh byran dlm rm10 plak la alya...huhuhu
nedli: betul2, mmg mengelirukan...ahad kedua dlm bulan may...ehehe
hehhehe..pape pn jpe ptg nie..bbq time..hehhhehe
:(( sedih la plak. Tb2 rs nk blk rumah jumpa mak aku..
darnia: hohoo, dah jumpa pun kan???ekekekke
emaruko: sudah2, nt lepas present, kita balik kampung ye???hahahah
ala sedihhh la wakk....
@ooo cik eykin.
jgn sdih2 eh. happy blogging eh!!!
love my mom so so so much...
hnya mak saja yg saya ada...
so sad...
:(
love your mum too..hahaha
Post a Comment