Wednesday, May 6, 2009

BBQ Party ~ A Moment to Remember (Part 1)

Bunyi entry nih cam gempak je kan ??? ehehe Program BBQ nih kalau diikutkan lebih kurang sehari je dirancang. Hasil kerjasama semua org: dok sms sapa yg nak g tak nak g, dok kecoh pasal resepi ayam yg baru nak Google sehari sebelum tuh, dok main tarik tali pasal tarikh yang seswai nak buat, dok kecoh pasal hadiah dan aktiviti…walau camna pun akhirnya, berjaya jugak BBQ Party nih diadakan. Hidup CS230 ! ehehe

Lepas bincang2 dengan Ahli2 Jom Kalut (AJK) di Dataran Cendekia (DC), malam tuh diorang terus plan nak beli barang2 untuk BBQ. Ahli Jom Kalut bahagian gift pulak, pagi sebelum BBQ tuh baru dok terhegeh-hegeh tempah bihun dengan beli gift kat Hot Market. Sebelum terlupa, malam lepas bincang dekat DC, Dat dan Naimah (pembantu Ahli Jom Kalut), telah merempit ke Canseleri (dekat depan main gate UiTM) untuk "mission mencuri mengambil batu-batu putih" untuk dijadikan gift. Akhirnya, mission accomplish tanpa gangguan pak guard atau mak guard. Ehehhee (harta UiTM untuk pelajar dia gak kan?)…Syyyhhhh!!!

Lepas Ahli2 Jom Kalut berbincang pasal gift apa yang patut dibeli, kami terus capai 3 peket chopstick kayu, marker dan reben biru merah jambu. Sampai je dekat bilik dah masuk Zohor. Lepas zohor tuh la, baru kelam kabut memikir cara camne nak buat dengan chopstick2 tuh. Pikir punya pikir, akhirnya semua sepakat buat macam yang dalam gambar bawah nih. Nak tulis satu hal, ikat reben tuh dua hal, nak lekatkan plastik dari sampul buku tuh pun tiga hal, nak stapler pun empat hal. Ahahaha Nasibla cuma 26 orang je, kalau untuk 80 orang punya ke, tak tau la nak kata.

Tentang batu-batu yang dicuri diambil tuh, kitorang decide untuk tulis anugerah suka2 yang kitorang sendiri buat. Mula2 tuh, nak buat undian la kononnya, tapi oleh kerana dah kesuntukan masa, kitorang undi sesama kitorang je. Hal batu nih plak dekat pukul 6 petang baru sentuh, sebab nak tulis tuh kacang mamak je. Ahaha. Tapi, bab pikir memikir tang anugerah yang seswai untuk semua yang hadir tuh, agak pecah kepala jugak la. Sebenarnya, kitorang buat anugerah nih suka suka je, tak de kena mengena dengan hidup atau yang mati. So, for all friends yang dapat award, no “heart & hard” feeling..ok?



Oleh kerana batu putih nih agak tidak sedap bila dipegang (rasa kasar sgt), kitorang ambik keputusan untuk balut dengan sampul buku yang lebih dari chopstick tadi. Tambah sket dengan reben biru pink, jadilah macam bentuk gula-gula yang tak boleh langsung dimakan. Perlu diingatkan, pada malam itu, batu-batu ini telah di CLOROX dan di BERUS oleh Ahli Jom Kalut ( Emaruko & Naimah, pembantu AJK). Cadangan mengclorox diberikan oleh Anis, pembantu Ahli Jom Kalut yang kedua. Oleh itu, segala percubaan memakan batu2 nih, adalah tidak digalakkan sekali. Dan, perlu juga diingatkan, “kalau aku jumpa diorang buang batu2 nih, takpun diorang buat makan2 guna chopstick nih sampai patah…(siap aaa…)” ahahahha Tuh adalah dialog2 pesanan Ahli2 Jom Kalut Hadiah nih…

Untuk aktiviti pulak, kalau ikut apa yang dirancang dan diuwar-uwarkan di Yahoo Group CS230, semua yang hadir kena form satu group buat persembahan. Tapi, sebab dah kelam kabut, memang takde la persembahan. Kebetulan masa Ahli Jom Kalut berbincang di bilik T2310 sebelum malam tuh, singgahla pulak dua orang makhluk Allah nih, Nurul dan Safarina. Aku dengan confidentnya bagitau kat diorang, untuk aktiviti, diorang kena buat persembahan jugak.

Diorang pun tanya, “budak2 lain buat persembahan apa?”
Aku jawab dengan confident tanpa ketawa, “Ada yang buat boria, ada yang nak nyanyi live.”
Diorang tanya lagi, “Korang buat persembahan apa?”
...
Nasib ahli jom kalut yang lain sambung,
“Eh…rahsia la…mana boleh tau…” ahahhaah

Nak tergelak gak aku masa tuh, walhal satu persembahan pun takde untuk malam tuh. Takpe, sesekali bohong sunat…takpe kan ???

Dan…pada malam tuh…diorang (Nurul, Hilda, Safa, Ecah, Ira) muncul dengan topeng yang sangat kiut miut, dan telah bersedia dengan satu persembahan.
Diorang tanya, “Sapa yang buat persembahan first?”
Aku jawab, “Emmm…korang la…korang first eh?”
Diorang cakap lagi, “Tak nak la…kitorang buat last la…boleh?”
Lepas tuh, aku bagitau la… “sebenarnya, korang je yang buat persembahan malam nih...” Teng Teng Teng… serba salah pulak aku sebab bohong sunat malam tadi…ehehehe tapi, persembahan diorang sangat kiut dan best…Thanx ye !!! (sebab tak marah aku..)

Untuk persembahan dan aktiviti, aku sambung part 2 nanti…ehhehehe

ps://lepas malam bbq, aku tidur tak sedar diri..muahahah

4 comments:

farahana said...

huhu..penat mmg penat.. tp seronok kan yan... semua yg dirancang.. berjalan dgn lancar..

dan.. untuk makluman umum... cekkeya azyan telah memenangi anugerah pelajar kepoh terheboh... amacam? sesuai bebenor la kan.. hikhikhik..

cekkeya said...

hahaha tak lupa juga untuk farahana, Anugerah Pelajar Ibu Penyayang...

Dat - Anugerah Pelajar Minah Rempit
Emaruko - Anugerah Pelajar Cakap Terlebih

sekian...

kuizikel said...

pergh comel2 batu tu.. klu ada yang termakan sapa nak tanggungjawab..hehe...

bleh buat souvenir ala-ala camni ketika knduri kawen cekkeya nanti

cekkeya said...

muahahahha...nak curik ke mana batu batu nih? hahaha sengal a ko...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...