Wednesday, May 6, 2009

BBQ Party ~ A Moment to Remember (Part 2)

Pada malam 4 Mei 2009, kalau mengikut apa yang dirancang, lepas maghrib tuh dah start kipas ayam. Tapi, diorang (Ahli Jom Kalut bahagian makanan) kata, pukul 7 petang pun ramai lagi yang jogging kat tasik tuh, takkan la nak nyalakan api plak kan???

Untuk Ahli Jom Kalut Ayam yang penat beli dan perap, terima kasih banyak2. Untuk aktiviti kipas mengipas, bakar membakar nih, memang terima kasih jugak kat sapa2 yang berpeluh mengipas nih. Dekat pukul 10 setengah malam jugak baru siap kipas semua ayam. Ayam tuh nasib baik rilex je kena kipas. Muahahaha


*klik untuk paparan yang lebih besar dan jelas*



Oleh kerana tak nak buang masa, Ahli Jom Kalut Aktiviti terus buat rancangan main “Telefon Buruk”. Orang dapur pun join main telefon buruk, dan memang buruk habis laaa telefon tuh…ayat dia aku tak ingat sangat…ada dua ayat. Untuk ayat pertama, Ecah jadi penelefonnya, ayat kedua, Shafik pulak penelefon pertama. Ayat yang pertama, lebih kurang camnih la bunyiknya.

“Usop Kerbau cakap kat Timah Jepun, yang Ali Kangkung cakap Samad Kengkang nampak Bedah Gemuk jatuh longkang terkangkang.”

Orang last sekali dapat 5 patah je…Usop, tertempang, bla bla bla…entah pape ntah.

Ayat yang kedua, lebih kurang macam dalam gambar nih. Last sekali, tinggal ayat basi la, nasib ayat farmasi dan Ali tuh ada gak.


"telefon buruk" yang sememangnya penelefon semua busuk2 belaka...ahahha

Lepas main telefon buruk, sesi bagi anugerah pun bermula…pemenang2 nya adalah... semua yang datang…ahahah sebab nih anugerah suka-suka, so, harap korang yang datang pun suka-suka eh…diulangi, no “hard & heart” feeling, ok?







Lepas sesi bagi2 anugerah, sesi persembahan pulak. Sangat kiut okey, Teletubbies Delima nih....ehehhe Ahli Jom Kalut Persembahan, Ecah, Hilda, Ira, Nurul, Safa…kiut miut la korang!



Lepas ayam pun dah siap dikipas, sesi makan makan pulak. Sesi makan2 nih sememangnya ditunggu2…ehehehe Nama pun, BBQ Party kan?..Ayam la subjek utama, dan ditunggu2…hahaha makanan semua sedap dan yang penting hasil kerjasama semua, terhasilla satu menu yang best…ahahah Cayalah Pengipas dan Pemerap sekalian!





Makan sudah, perut pun dah kenyang. Naszuan dengan Taufiq pulak main gitar, pastuh kitorang main “Truth or Dare”. Yang pilih Truth entah pape je. Soalan masing2 berbisa, “Pernah kecewa berapa kali?, Sapa nama awek kau?, Dalam ramai2 nih, sape yang pernah kau terrrsuka?” Jawapan pun entah apa2, Eva la, Nurul Ahmad la, tak pernah lagi la, kecewa dua kali la…ahahaha yang Dare plak, nih hasil idea Ahli Jom Kalut Hadiah. Ada yang kena belakon ala2 mak nyah, ada yang kena cakap “Cuka Campur Kicap, Cuka Kicap” berulang kali dgn laju, ada yang kena cakap, “Sayang sayang, sayang saaaayaaaaang sayang, sayang sayang sayang ???”, ada pulak kena baca sifir “Sponge Bob” sampai sifir sembilan. Hahaha semua terbelit lidah nak sebut…

Apa apa pun, lepas tuh, ada sesi semua orang bercakap. Sepanjang kenal dua tahun tiga tahun nih, mesti banyak benda terkasar bahasa, terngumpat, terkata, terkecil hati, semua tuh harap di ampun, dan moga kita sentiasa keep in touch ! Oleh itu, sama2 la kita beli kad “Touch and Go!” ehehehe..Dekat pukul 1 pagi, baru sampai dengan selamat nya ke kolej, dengan jasa Azuan mengangkut penghuni2 kolej Teratai, Melati, Delima yang kiut miut nih..ahaks…

Sebagai kesimpulannya, “Mak sukaaaa nyah...”

... ... ...

nih iklan sket, gambar masa datang lawat Duan kat Hospital Klang.

ps://tak study lagi utk exam philosophy 8hb Mei nih...ehehehe semoga berjaya untuk diriku!...yeayhhh!

3 comments:

Farahana said...

huhu... cekkeya,mmg sonok kan mlm tu.. huhu..
semoga berjaya yer cekkeya kepoh terheboh.. hehe

cekkeya said...

...sadap u farahana! ahhhahahah sonok memang sonok, tapi philosophy tak study lagi nih..ehehehe

damia said...

hahhah..mmg best..ngeh3..jom kite qamai2 stdy phi lak...berjuang tuk menjayakn paper t'akhir nie dgn gilang terbilang dan cemerlang..insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...