Friday, October 7, 2011

What-A-Loser.

Yo Yo Yo, Wassap wassap. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berita hari ini 7 Oktober 2011 melaporkan bahawa Bajet 2011 2012 telah bla bla bla bla bla ...

____________________________________________________________________________________________

Okkay, hari Jumaat yang mulia ini, aku berbicara tentang LOSER. Oh, apakah? Sungguh tak seswai. Sila abaikan. Tidak ada kait mengait tentang hari Jumaat dan juga LOSER, melainkan hari ini, aku mencatat rekod bershopping di kedai runcit dengan belian RM23.50. Selalu kalau kedai runcit, tak pernah beli lebih dari nih. ahahhaha Kau pehal nak kecoh-kecoh tentang harga runcit dan rekod belanjawan?

Motivasi hari ini, STOP BEING A LOSER. Ya, kau tahu lah kan, bila pergi kerja, 3 orang ofismet kau bawak bekal dari rumah, kau pun sebuk nak bawak bekal jugak. Yelah, kang nanti kau pergi beli lunch sorang-sorang pulak. Acik dan pakcik kafe tuh punya lauk sama je. Harga pun kau dah boleh tahu berapa ringgit, tak payah nak tanya. Tinggal keluar duit je. ;)

Jadi, minggu lepas, aku melaksanakan kempen MASAK DI RUMAH. Bila masa makan je, kitorang bukak bekal masing-masing, dan pertanyaan seperti, "Hari ini bawak lauk apa?" "Hari nih daging masak merah." "Hari nih mak saya masak roti jala untuk orang mengaji satu surau dengan dia, saya pun bawaklah sekali. Nak rasa?" Contoh-contoh lauk seperti, sardin, sayur campur, ayam masak merah, ayam masak kicap, asam pedas, cili api, adalah contoh lauk-lauk untuk orang luar biasa hubungannya dengan kuali dan dapur.

Helloooo, nak tahu apa orang LOSER masak? Oleh sebab hubungan Kuali dan Dapur tak berapa elok, orang yang LOSER dia cuma goreng ayam segera AYAMAS je, takpun sosej, tak pun telur goreng. Lepas tuh, nasi (tuh pun housemate yang masak) yang diletak dengan kicap. Fuhhh, kalau sesekali best lah. Ini tak, dah dekat 2minggu berturut-turut, lauk aku sama je. Eh, aku pulak. Lauk si LOSER tuh sama je. ahahhahaha Sampai kena gelak dengan ofismet.

Jadi, motto kita hari ini, STOP BEING A LOSER. Minggu depan nak masak sardin pulak dengan sayur campur. ekekekek, *syyyyhhhh, sapa gelakkan aku, dia punya kentut nanti bau busuk* Penat google resepi, dan jenguk blog orang. ;) So, there will be another link on the sidebar, "KUALI DAN DAPUR". Sila rujuk untuk tidak menjadi loser dalam masakan. ;) Setakat nih, baru ada dua link saja, kalau ada cadangan blog masakan yang ada gambar sekali, sila tinggalkan komen kat bawah nih, boleh? ;)


Inilah ofismet yang selalu gelakkan aku punya menu drummet segera. :)


p/s: pic credit to kuizikel-punya-kamera. Untuk pakej pengantin di Kedah, rujuk sini. ;)

p/s: siapa tahu, aku bakal jadi Masterchef untuk musim kedua nanti, kan? Kan? *Ingat, sapa gelakkan aku, kentut dia nanti jadi busuk.* ahhaha sekeleh lah kau, Cik Bedah. ;)

6 comments:

Nita said...

budget 2012 r bukan 2011..ahahah~
nahh:http://www.koleksi1001resepi.com/

cekkeya said...

Nitaaaa, ahahah, aah la, 2012. bukan 2011. ;)

thanks for the link, mak aih, kemain lagi lauk pauk dia, itu yg dah pro tuh. ;)

masliza said...

hhuhuu good luck, akak pun nak cuba Masterchef Musim ke2... yg pertama ni tamou... takutttt hehehe

masliza said...

hhuhuu good luck, akak pun nak cuba Masterchef Musim ke2... yg pertama ni tamou... takutttt hehehe

cekkeya said...

kak ayin, alaaaa, akk dah mmg pro, haruslah masuk, sy nih amatur lagi. ;)

ok kak, praktis dari skang. nt boleh tgk akak dalam Masterchef 2. ;)

m taufiq a aziz said...

peh. loser gila aku tak bawak bekal.. T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...