Sunday, October 23, 2011

Paluan Kompang

Diam tak diam, sekejap tak sekejap, tup tup dah nak masuk bulan 11. :) Sekejap je dah nak Krismas. Sekejap je dah nak New Year! :) Sekejap je dah nak turn page baru, diari baru, umur baru, harapan setiap tahun, dan sudah tentu kalendar baru! :)

Bila dah nak hujung tahun, musim cuti sekolah, mulalah dapat jemputan kahwin sana sini. Yang nih dengan kad kahwin tema ala-ala poster movie, yang sorang dengan kad kawen yg macam Pocket CD. Kiuttt! 


Itu belum campur dengan invitation dekat FB lagi. Adalah tolak campur tolak dekat 7 jemputan dalam waktu terdekat nih. ;) Itu belum masuk yang ura-ura nak kahwen raya cina tahun depan. :)

Cakap pasal paluan kompang, kahwen dan nikah, aku diam je kejap. Jodoh tuh kan di tangan ALLAH. Tapi, tapi, kalau kita tak berusaha, celah mana nak dapat. Kan? Nak tahu kenapa aku bukak cerita tentang orang kahwen? 

Dekat tempat kerja, dalam klik aku nih, ada 4 orang. Yang dua orang tengah mengandung, yang sorang lagi dah di risik. So, aku sorang je lah yang end up single. Ada sorang nih, suka bagi nasihat kat aku. "Awak bacalah doa dipertemukan jodoh. Nanti saya bagi awak doa tuh ye." Kalau sekali dua dengar nasihat macam tuh, tak pe lah. Ini nasihat tuh dok main kat telinga aku berulang kali, tapi dari mulut orang yang berbeza. ;)

Dan, setiap kali bila kau datang kenduri kahwin orang, bila jumpa kawan-kawan lama, diorang masih dengan ayat sama, "Kau camne skang? Single lagi?" Oh, sentap hati makkkkk, nakkk! :)

Benda benda camnih, kalau kau fikir sangat, memang tak senang duduk jadinya. Biasalah orang. Bila belum berpunya, dok sebuk tanya, dah berpunya kang, dok sebuk tanya bila nak kahwin. Dah kahwin kang, dok sebuk tanya bila nak ada anak? Dah ada anak kang, dok sebuk tanya bila nak tambah lagi. CLICHE. 

Cuma, kengkadang tuh, ada betulnya. Umur skang nih, aku baru sebuk nak build aku punya career. Kawan-kawan sebaya dah sebuk build family diorang. Ada tuh, siap dah ada anak kembar. ;) Tapi, balik semula pada cerita tadi, rezeki masing-masing, ALLAH punya percaturan. Kita hanya mampu berdoa yang terbaik. ;)


Sekian, entry merapu dari saya. Harap jangan terlena ketika membaca. ;) Pis pis kacang pis. (^_^)V

3 comments:

hani said...

ah..dilemadilemadilema.. soalan 'mls nk bg jwpn' klu kwn2 sume dh kawen dulu tak ingat nak tgu kita..

Ayin MM said...

arwah atok pompuan akak memang sempoi.. setiap kali ada makcik2 cakap macam tu, dia akan backing akak.. dia akan cakap, "ala... ko kerja baik2, jaga diri ko, jaga ibu ayah ko...apa susah??" hahahaha walaupun ibu ayah mmg tak setuju cakap atok...

cekkeya said...

hani: ;) :) mampu senyum je. kalau diorang nak tunggu kawan, habislah reramai nak tunggu kita. ;)

kak ayin: nenek yan, siap cakap, "nenek dengar dengar, ko dah nak kawen? nenek tahulah, nenek dengar angin angin sampaikan."

nenek sy mmg pandai nak korek rahsia cucu cucu dia. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...