Ok ok, skip benda yang tak penting. Hey Hey Hey, tahukah anda, bahawa HARI AHAD ini adalah HARI IBU? Tak kisah la hari ibu ke, hari bapa ke, hari keluarga ke, hari pekerja sedunia ke, hari jadi ke, hari konvo ke, hari raya ke, kadang-kadang kita nih seringkali ran out of ideas tentang nak-beli-apa, nak-kasi-apa, apa-yang-dia-suka dan bla bla bla.
Hari nih, ada dapat satu link on "6 Mother's Day Gifts You Can Make" Just wanna share the link with all of you, so, if korang memang takde idea sangat, link tu ada bagi video, ajar macammana nak buat sendiri 6 jenis hadiah:
1) Buat Kad 3D
2) Buat Sampul Surat
3) Buat Bunga dari Kertas Tisu
4) Buat Sejambak Buah-buahan
5) Buat Kek Cawan
6) Buat Origami Kotak Hadiah
Kalau tanya aku, mana video yang menarik, aku akan jawab, SEMESTINYA BUAT KAD 3D. ;) Perasan tak, even kita kasi hadiah dekat seseorang, kita selalu nak beli KAD. Ha'ah. K-A-D. Benda simple macam kad pun dah boleh buat seseorang happy, gumbira, teruja dan bla bla bla. Kad yang comel dan kecik gilaaa harga pun dah cecah RM1, kan? Jadi, apa kata luangkan masa korang buat kad 3D ini, tak sampai pun sejam. Ini video tentang macam mana nak buat sendiri Kad 3 Dimensi.
Bahan-bahan yang anda perlukan:
1) 5 Keping Kertas A4
2) Gunting
3) Gam
Video paling senang untuk korang follow. Kacang goreng je lah ;)
Nak lagi cantik, boleh guna bahan yang lagi elok, dan kertas keras yang berwarna-warni ;)
Macam video atas nih. Kagum ;)
Tempoh masa untuk siapkan kad nih, adalah 30 minit untuk orang cepat dan pantas, 45 minit sederhana pantas, dan 60 minit anggaran untuk orang yang paling kurang pantas ;p Teka teka, aku kategori mana? Pantas, sederhana-pantas atau paling-kurang-pantas???
Lepas tuh, kad nih bolehlah di dekorasikan comel comel, cantik cantik, kemas kemas, lawa-lawa, warna-warni dan bla bla dan bla. ;) Kasi dekat orang sempena hari ibu ke, hari bapa ke, hari keluarga ke, hari jadi ke, hari konvo ke, hari pekerja ke, kan cantik tuh? ;)
Apa apa pun, selamat mencuba ;) Have fun, yang penting kita enjoyyyyy ;)
p/s: Jangan sampai terpotong
5 comments:
whoaa nice! utk hari ibu yg dekat ni!
;) cuba cuba ;) nt upload gambar klu dah buat, k?
guna kertas comel comel tau ;)
nak bg kat aku la tuuuuuuuuuu..hahah
seriously like... hou yeah
cantik.. dan kreatif (^_^)
Post a Comment