Sunday, May 15, 2011

Meh Tonton Cerita~

Bila cerita tentang Movie/Drama/Realiti TV, tahu tak apa yang paling aku SUKA? Mesej yang cuba disampaikan dalam cerita tuh. Contoh:


Cita & Cinta TV9. Setiap Khamis.


Weh, tengok tajuk, kau dah boleh agak cerita dia. Tentang cita-cita dan cinta. Pelakon dia mantap dan hebat-hebat belaka.

Siyesli, banyak betul babak-babak kekeluargaan yang menyentuh hati punya nilai sentimen yang tinggi.

Contoh:
2 orang remaja kembar (lelaki dan perempuan), anak orang kaya, tapi disisihkan dan dipinggirkan kasih sayang.

Babah sendiri sanggup berhabis duit beli MacBook Pro untuk anak orang lain. Akan tetapi, Mem, pemilik restauran Mambo, yang mana-tempat-para-remaja-ini-bekerja-dan-buat-live-band, yang telah diamanahkan-oleh-Babah-untuk-menyerahkan-MacBook-pada-Fiq-yang-juga-kawan-baik-kepada-anak-Babah-iaitu, Azlan. Mem tak sampai hati nak serahkan MacBook pada si Fiq, takut anak Babah tuh, akan kecik hati. Jadi, Mem tuh tipu, kata MacBook tuh Babah berikan untuk Azlan, walau pada hakikatnya, ia adalah untuk Fiq.

Bayangkan keterujaan seorang anak, bila Babah yang tak berapa nak ngam sangat tetiba belikan dia MacBook? Teruja dan berbunga hati dalam diam. Bila kenyataan terbongkar bahawa MacBook tuh bukan milik dia, bayangkan setinggi mana hati yang teruja tadi jatuh berkecai kat atas lantai???


Aku tak pandai la nak mengulas dengan ringkas. ;) Panjang sangat kalau aku yang nak cerita pung pang pung pang. Korang tengok sendiri. Yang aku cerita kat atas tadi, adalah sedutan sedikit babak Cita & Cinta.


Kan dah kata pelakon diorang memang mantap? Jalan cerita kuat.
Kesimpulan: Sangat Boleh Tonton ;)





Juvana TV3. Setiap Khamis.

Kau pun tahu kan apa itu Juvana? Pada aku, cerita nih ramai bakat-bakat muda, jadi presentation lakonan kadang-kadang tak menjadi sangat. Tapi, tapi, jalan cerita dia kuat, plus disokong dengan pelakon hebat macam Beto Kusyairy, Bront Palarae, Zahiril Adzim, dan ramai lagi.
Kesimpulan: Boleh Tonton.





Nora Elena. Setiap Isnin-Khamis.

Nih Drama 24 episod yang diadaptasikan dari Novel "Kasih yang Suci" karya Meen Zulaikha. Korang cari sendiri lah dia punya sinopsis. Malas nak review, tapi, boleh disimpulkan: Boleh tonton bagi kaki kaki yang suka cerita romantik dan Aaron Aziz. ;)




Akademi Fantasia 9. Ahh, korang tahulah diorang punya konsert. Bila-dan-hari-apa. Dah 9 tahun dah, kan?

Ya, berapa ramai orang yang tengok AF9? Aku tahu tak ramai. Aku follow AF9 sebab pengkritik Kak Ogy dengan Hattan. Diorang jujur. Kalau peserta nyanyi best, diorang tepuk. Kalau tak best, diorang tembak dengan kata-kata.

Aku akui, bangun-bangun tidur tadi, terus je tengok konsert AF9 yang malam tadi punya. Guess what? Aku tersukaaaaa dengan Hazama. Maksud aku, dari segi performance dia. Ramai yang bagi komen, dia dah ada band sendiri, nama besar Meet Uncle Hussein MUH, apa point dia boleh masuk AF9 pulak???

Kau bayangkan, dengan MUH dia selalu nyanyi lagu ala-ala melodrama punya lagu, balada, rock sket sket. Malam tadi, dia nyanyi Hey Soul Sister, rentak dia rancak. Dia boleh bawak dengan santai.

Cikgu cikgu suka, pengkritik suka, aku pun suka. Win-win situation. Eh, tetiba? ahhahaha

Kesimpulan:
Kau GILA ke haper, tak mau tonton? Penat aku review, kau tak mahu tekan butang PLAY kat video atas? ;)


Oh yer, maharaja lawak, aku tak review lagi. Eh, bajet kau wartawan ke apa, nak review review? Tetiba, kan? Ada aku kesah. Hazama tak kisah, korang nak kisah? muahahhahahahah


---------------------Bahagian ini telah diedit dan dikeluarkan dari post. Ada sedikit MESEJ dalam AF9 yang susah sangat aku nak interpret dalam bentuk perkataan. Bila aku cuba jugak nak interpret, dia jadi lain. Sounds weird bila baca interpretation tuh. Lain kali aku cuba.-----------------------------

p/s: malas nak buat correction. tinggal seminggu je lagi nak buat hard cover, tapi masih malas nak buat pembetulan. Kena pindah blok la sebab dah abis sem. Kemas barang, angkut barang berat dan jauh. Penat sket, terus malas nak buat pembetulan. APA NAK JADI?

1 comment:

Ayin Masliza said...

akak tak follow AF pun, tapi haritu tertengok hazama, mmg best performance dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...