Sunday, May 8, 2011

Keluarga Retro~

Lihatlah berapa banyak keyword "Hari Ibu" yang masuk dalam Blog Alkisah nih. Popular trend sekarang ini, memandangkan hari ini adalah hari-ahad-kedua-bulan-Mei, yang membawa maksud, Hari Ibu ;) Mari tengok Hadiah apa yang seswai untuk ibu anda ;)

Jadi, untuk ibu-ibu seluruh dunia, Selamat Hari Ibu, Emak, Mother, Mom, Mummy, Chek, Ummi. Tak kisahlah apa gelaran untuk ibu yang lahirkan kita tuh, yang penting tiap tiap hari kita kena ingat dia, bukan hari hari tertentu saja. Tiap minit, tiap saat, tiap hari sepatutnya ;)

Sebab entry ini tajuk dia Keluarga Retro, jadi memang tujuan untuk mengimbau dulu dulu kala punya cerita punya aku punya keluarga. Ampun sebab berbelit ayat ;)


Tahun 2004 kalau tak silap, akak ipar bertunang dengan abang aku. Dalam adik beradik lain, aku je yang ikut rombongan meminang, sebab masa tuh, abah aku masuk wad. Jadi, yang lain lain kata, "Kau je lah yang pergi Melaka dengan makcik-makcik lain."




Tahun 2010 kot. Ini masa aqiqah Najwa. Anak kedua abang aku. ;) Happy Mother's Day, Kak Ainee ;)




Tahun 2008. Usai majlis pernikahan akak aku. ;)


Tahun 2011. Kelahiran seorang bayi perempuan, Iyman Amalea binti Khairil Amir. Happy Mother's Day, Kak Na ;) Tak sempat lagi nak buat entry untuk Iyman, nanti lah yer ;)


Tahun 2003. Masa nih aku Tingkatan 4. Pergi konvokesyen akak Ana dekat UM. Akak aku siap tulis surat dekat warden, mintak perlepasan balik. Alasan nak pergi konvokesyen, "supaya nanti boleh menjadi perangsang untuk adik saya di masa hadapan". Masa tuh, ragu-ragu je nak serah surat tuh kat Cikgu Penolong Kanan ;) Takut tak boleh dapat pelepasan dengan alasan camtuh. :)

Tengoklah adik bongsu aku, yang sebelah kiri sekali pakai baju pink. Comel jer waktu tuh. ;)


Tengoklah adik bongsu aku, yang pakai baju pink. Comot Comel jer waktu tuh. ;) Nih masa dekat rumah lama, Parit Yusof. ;) Raya tahun bila ntah nih.




Perbezaan. Ulang tahun 5 Beradik Jun, 2009. See? Muka penuh je semua. Dah tembam bam. Retro kan gambar atas tadi? ;)


Raya 2010. Masa nih, akak aku belum lahirkan Iyman lagi. Tengah pregnant. ;)



Nama 5 beradik atas kek nih, dilahirkan oleh seorang ibu, Suryati binti Ahmad. ;)



5 Feb 1959


Akhir sekali, tak kira lah ibu kita dah pergi ke pangkuan Ilahi, atau pun masih disisi di samping kita, ataupun, berkilo-kilo jauh batunya dari kita, sentiasa sedekahkan Al-Fatihah pada kedua ibu bapa kita. Alfatihah. Amin Ya Rabb. ;)

Terima kasih ibu ibu luar sana ;)

2 comments:

Daus said...

Happy Mothers Days :)



Blog saya juga!
daus
Korean Shows

Kedai saya jugak!
Rayban Malaysia

kuizikel said...

yeah hepi sisters day..hehehe.. suryati amat laaaaaaa (salah eja masa daftar daa)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...