Tuesday, April 12, 2011

Celoteh Rawak~

Wei, semua benda kau nak buat rawak. Lawak nak buat rawak, bicara nak buat lawak, foto pun nak jugak rawak, skang nih, CELOTEH plaks? Bukan sama ke CELOTEH dengan BICARA?

Okes, sadap yuuuuuu ;) Boooo kuat kuat. haha

Perasan tak, kadang-kadang, satu "benda kecik" yang berlaku dalam hari-hari rawak kau, boleh buat seluruh jam yang selebihnya dalam hari-hari rawak kau tuh GEMBIRA???

Kita tengok contoh la eh, aku tahu korang tak paham, sebab even aku sendiri pun tak paham ayat atas nih. ;)

"Eh, cantiknyaaaaaa. Baju nih beli kat mana?"

"Suka la tengok beg kau. Comelss sangat."

"Aku tak suka la tengok orang pakai tudung camtuh. Aku lebih suka tengok kau pakai tudung. Elok je terletak camtuh."

Apsal macam berat sebelah je contoh aku nih? Lebih cenderung ke arah gegirl, okeh, kita tukar kita tukar.

"Mak aiiii, sport rim kau, gilerrrr mengancam. Beli berapa tuh wes?"

"RM$$$"

"Murah jugak tuh, kat mana weh kat mana? Berkenan betul aku."


See? aku tak tahulah kalau contoh-contoh kat atas yang-berlaku-dalam-mana-mana-hari-rawak engkau orang, tak meninggalkan apa-apa kesan langsung atas diri korang. Engkau orang tak rasa macam hati berbunga-bunga kalau orang PUJI tentang appearance korang hari tuh? Takde rasa apa-apa? Betul? Kalau bos puji pun, tak berbunga ke rasa tuh?

"Kerja awak nih ok. Macam nih la cara nak hasilkan bla bla bla yang betul. Bagus."

Tak tahulah engkau orang. Tapi untuk aku, "benda-benda kecik" yang datang dari orang lain nih, kengkadang mampu buat aku tersenyum untuk jam-jam seterusnya. Bukan bermaksud aku sukakan pujian, bukan, tapi hey, sapa tak suka kena puji? cuma pujian yang datang dengan ikhlas la kan, bukan macam ala-ala membodek ke apa ke.

Ok, aku punya pernyataan yang atas tadi korang paham kan? Seswai tak agak-agak dengan quote nih?

Sometimes, Happiness doesn’t cost a thing.

Setuju angkat tangan, tak setuju boleh angkat tangan lambai-lambai macam Usop Wilcha, pastuh nanti aku bakar. ;)

Ok ok, makcik nak fokus nih. Makcik tak mahu menceceh lebih-lebih. Nak cepat nak cepat.

Jadi, ada "benda benda kecik" yang boleh buat aku berbunga mawar, ada juga "benda kecik" yang boleh buat aku berbunga taik ayam.

Aku mengaku, salah satu tabiat buruk aku adalah menjawab telefon dengan sambil lewa. Bila orang yang aku dah biasa call, aku cuma sapa dengan lebih kurang, lepas tuh terus nak straight tu the point. Contohnya macam nih:

"Hello, wes, aku kat bilik dah nih. Nanti nak makan tak? Haaa? ok ok, bungkus je la nanti. Ok. Bye." Klik.

Tengok? Bagi salam pun tak, tak tanya pun orang tuh sehat ke tak, dia kat mana ke apa ke. Dengan andaian, aku tahu orang tuh dekat mana. Sebab dah biasa dengan dia.

Bila aku tengah tidur, lagi dasat. Sambil tidur, boleh tengok dekat skrin handphone, lepas tuh fikir kejap. Kalau nampak nama macam yang jarang-jarang dengan aku, dua tahun sekali baru nak contact contact, aku biar je dia silent. Tekan terus butang # supaya tak bunyi ringtone handphone. Kalau orang tuh dah biasa dengan aku, aku akan angkat telefon. Bila cakap dengan orang yang dah biasa tuh, akan jadi gini:

"Bla, bla bla, aku nak ajak makan nih. Kau tengah tidur ke?"

"Hmmm... a'ah."

"Ohh, patutlah. Sorry sorry. Lain kali la kita makan sama eh."

"Ok."
Klik.

Aku terus letak. Lepas tuh, dalam hati marah-marah sebab kacau waktu tidur aku. Tengok? Aku expect orang tuh dah biasa dengan aku, dia faham yang aku tengah tidur. Bad habit, kan? Selalu expect orang yang dah biasa dengan kita, faham apa yang kita cuba nak buat.


Hari nih, lepas je balik dari jumpa supervisor, aku makan makan dekat bilik. Lepas tuh, ada dapat satu panggilan. "WithHeld" katanya. Selalu kalau private number, memang dekat skrin phone papar camtuh. Sambil makan karipap, aku pun jawab.

WithHeld: Hai, Azyan eh?
Aku: Hmm. Ye, yer. Napa?

WithHeld: Tengah buat apa?
Aku: Tak apa-apa. Sapa nih? A*** eh?

WithHeld: A'ah.
Aku: Tak payah la buat suara camtuh. Buruk la weh aku dengar.

WithHeld: Buruk eh?
Aku: Buruk ahhh. Aku dah tahu dah kau, tak payah lagi nak menyamar-nyamar.

WithHeld: Buat apa nih?
Aku: Makannnn.

WithHeld: Makan dengan sapa?
Aku: Makan dengan kawan aku lah. Napa?

WithHeld: Betul ke buruk suara?
Aku: A***, dah la dah la. Aku malas a layan kau. Kau nak apa nih sebenarnya?

WithHeld: Jangan a camtuh... tak bagi ALBUM kang baru tahu.
Aku: ?????????????????????? ALBUM???

Aku terdiam kejap. ALBUM? baru teringat, masa dalam bas tadi, pakcik bas pasang radio, deejay tuh kata, "SMS ALBUM" sekarang dan hantar ke Suria FM untuk memenangi CD terbaru Spider.

Aku dengan tersipu sipu dan serba salah sangat, terus cakap, "Nih Suria eh?" Orang yang call tuh punyalah ketawa besar, sampai terbahak bahak terbatuk batuk.

Lepas tuh, dia siap cakap, "Ni Naim dari Suria FM. Siapa A*** tuh? Nih kenapa macam marah je nih? Buruk ke suara saya? Bla bla bla."


Jadi, inilah akibatnya, kalau treat orang yang dah biasa dengan kita, nak tak nak je. Pengajaran! ;)

Mak aih, panjang giler kot aku membebel nih. Entah sapa ntah nak baca. ahaha tak pe tak pe, anggap ini reminder untuk diri sendiri. ;)


Bukti Menang ;) ALHAMDULILLAH.


Yeay, dapat album Spider! Rindu nak dengar suara Tam ;) Even kau boleh download seluruh album tuh, tapi benda kecik nih, buat kau happy je ;) dan paling tak best, bila benda kecik tuh pakej sekali dengan benda kecik yang buat kau serba salah. Best, tapi tak best. Apakah?

5 comments:

NedLi Sakurai said...

naim rakam x perbualan korg? nanti dier siarkan kat suria.fm tak?.. nak dgr laa suara awek berckp kat tepon sambil makan karipap (^^,).. hehe.


btw.. tahniah dpt hadiah CD.. syokkan.. dpt hadiah tanpa diduga nie (^_^)

cekkeya said...

ahaha mana ada kak aini. benda benda sms camtuh, dia tak record selalunya, lain kalau kita yang call bagi ucapan. ;)

syok syok, nt kak aini g a hantar plaks ;) mana tahu dapat gaks ;)

masliza said...

wahhhhhh!!!! tahniahhhh.... murah rezeki... jangan marah2 jawab telefon tau...

Ni kena kursus jawab telefon heheh.. cakap kat telefon kena senyum tau sebab walaupun orang tu tak nampak, tapi 'getaran' senyum tu boleh dirasai oleh orang sebelah sana.. heheheh

masliza said...

wahhhhhh!!!! tahniahhhh.... murah rezeki... jangan marah2 jawab telefon tau...

Ni kena kursus jawab telefon heheh.. cakap kat telefon kena senyum tau sebab walaupun orang tu tak nampak, tapi 'getaran' senyum tu boleh dirasai oleh orang sebelah sana.. heheheh

cekkeya said...

kak ayinnnn, thanksss ;)

itulah, memang nak kena g kursus jawab phone nih. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...