Sunday, April 10, 2011

Foto Rawak~

Bila bosan, bila tension, bila mengantuk, bila malas, tangan mula menconteng ikut suka rasa dan minda.

Gambar 1.1 Secebis kata pembuah rasa. Ewahhh ;)

Gambar 1.1 adalah foto yang terhasil tatkala penulis sedang merasai empat (4) gejala negatif dalam diri beliau. Berikut adalah definisi empat gejala negatif yang ditafsir oleh beliau sendiri:

Bosan - Writing in English.
Tension - Pembetulan yang perlu diperbetul dan diperbetul dan seterusnya. Setakat ini belum ada penamatan.
Mengantuk - Tengok kawan tidur dengan lena dibuai mimpi tatkala kita bersengkang mata. Saiko habis wei, setan sebuk hasut soh tidur jugak.
Malas - Bantal, FB, Blog seakan memanggil-manggil. Movie pun sama.

Berdasarkan gambar di atas, bolehlah disimpulkan disini bahawa empat gejala diatas sukar untuk ditepis jika ... bla bla bla....

Adalah lebih berkesan sekiranya perenggan di bawah ini dibaca dengan satu nafas sahaja:

Penulis merasakan di saat ini, dengan perhubungan talian internet yang sangat dan amatlah perlahan iaitu 17 KB/s berbanding sebelum ini iaitu 211 KB/s, menyebabkan cerita vampire diaries dan nikita yang dimuat turun tersangatlah perlahan, maka beliau amatlah dukacita lalu perasaan seperti ingin menggigit-gigit monitor laptop sendiri terhasil jua. Oleh kerana monitor tidak boleh digigit kerana ia bukan salah satu makanan, jadi penulis harus perlu bergegas segera ke kafeteria untuk membeli nasi berlauk ikan dan lobak, untuk meredakan hati yang panas. ASTAGHFIRULLAH.

Kan dah kata kan, ini adalah FOTO RAWAK? Jadi, tengok aje FOTO, abaikan anasir-anasir luar yang panjang berjela seperti tulisan ini. Sekian.


*******************************************


Kesinambungan daripada Gambar 1.1 di atas, blog yang ditulis oleh (IslamicThinking, 2011) melaporkan perbuatan Sujood seperti Gambar 1.2 di bawah.


Klik sini untuk paparan lebih jelas dan terang.

Islamic Thinking nih fofular. Bila tengok dekat twitter 10 songs, dia pun folo, Siti Nurhaliza pun folo, Yuna pun folo, Wardina pun folo, jadi I pun foloooooooo ;) Boleh kata siapa yang I folo, pun folo dia. Ramai yang ReTweet @IslamicThinking punya Tweet Tweet. Korang pun folo la eh? twitter.com/islamicthinking

Gambar 1.2 memaparkan perbuatan tunduk dan sujud kepada Maha Pencipta Allah Subhanahu Wa Ta'ala. SUBHANALLAH.

"Selalu basahkan lidah dengan berzikir dan menyebut Nama Allah. Insya-ALLAH, DIA tidak akan lupa kita, waktu kita susah."

5 comments:

Mahamalas said...

ayat dalam gambar sangat hebat.. jiwa hebat...

cekkeya said...

haha perli??? pujian? thanks ;)

Mahamalas said...

teruja ok... jgn salah sangka.. =)

cekkeya said...

apa yg teruja, apa yg salah sangka? fening kejap

NedLi Sakurai said...

menggunakan perkataan'tatkala' adalah sgt hebat untuk sebuah karangan BM... sy kagum (^_^)v.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...