Tuesday, February 15, 2011

Rombongan Cik Kiah ke KB ~ Part II

Sambungan dari Rombongan Cik Kiah ke Kota Bharu Part I

Rajin sangat nak ceciter ceciter pepanjang. ;) (Mata ke atas, tangan ke dada)* Kita tengok gambar yang cun melecun je la eh ;) (Sekali lagi, mata ke atas, tangan ke dada) *sapa tengok Oh Yeah? Sapa sapa?

Sempat bergambar selepas check-out.



Ema Oh Ema, Feewittt ;)



Bergambar dengan keluarga Seana



Selamat Pengantin Baru, Emaaa & Zahir ;)


Setakat kaki nih pernah jejak dekat Terengganu dengan Kelantan, yang aku perasan adalah papan tanda dia. Mesti nak ada huruf jawi. Cuba tengok signboard CIMB nih. Eja satu satu ye. ;) Perhatikan jua himpunan beg beg yang bagai bercuti balik kampung, walhal hanya untuk stok 2 hari di Kelantan.


Berlakon konon-konon mesin pengurut itu berfungsi dan duit kertas dimasukkan Berehat sebentar ;) aku taram je nih KB Mall. Tak tau Mall apa nama dia. ahaha Boleh?

Oh, perhatikan jugak signboard dalam gambar atas. Kedai Kopi. Ejaan Jawi. Switt ;)


Nih masa belah pagi, pergi ke Tanah Merah. Ada satu lagi wedding. Biruuu youuuu ;) Dalam perjalanan tuh, keretapi lalu plaks. Kena tunggu dan berhenti dekat traffic light even lampu dah hijau.

Kalau nak cerita dengan lebih panjang lebar, takut takde sapa nak baca. Dan, pengalaman kurang enak jugak, boleh pulak perut memulas dengan hebat waktu dalam bas otw nak balik KL dari Kelantan. Cuba bayangkan perut waktu tuh boleh memulas bagai washing machine tengah spin kaw kaw. Mana taknya, makan main tibai je semua. Segala benda sedap-sedap, haruslah sumbat ke mulut lalu turun ke perut. Tuh perut meragam.

Tiket bas ke KL dari Kelantan pukul 9.30 malam. Aku dengan Dat naik bas sama. Azuan lain bas, sebab lambat beli. Alya balik Terengganu, bas dia 8.30 malam. Dalam bas, aku dengan Dat tidur dengan enaknya. Tiba-tiba terjaga, jam pukul 5.06 pagi. Berkocak-kocak perut. Dah macam orang nak beranak pun ada rasanya. Nasib baik dah nak sampai dalam pukul 6++ tuh. Ada la sempat rasa 5 kali contraction pulasan.

Sesampai je dekat Hentian Putra, aku terus lari meninggalkan Dat. Jumpa pintu masuk, terus je tanya orang entah sapa-sapa, "Toilet mana???". Orang tuh tunjuk arah kanan, cepat-cepat aku lari arah tuh. Beg yang aku galas dengan beg plastik yang aku pegang, aku terus letak bawah lantai tepi pintu masuk tandas. Cuma beg kecik silang je pada aku. Bila aku masuk pintu tandas, mak aihhh. Kemain panjang queue orang nak masuk tandas. Tensen wehhh ;)

Pastuh, Dat terus telefon, tanya dekat mana. Aku balas, "Cari toilet. Perut memulas. Sori." Rupa-rupanya, Dat pun sama. Dia pun perut buat hal, cuma baru start rasa.

Lepas je selesai, terus je cari surau. Pastuh, terus tuju KTM. Tujuan utama aku nak terus ke Bukit Jalil, cari tiket ke BP. Dat nak terus ke KL Central. Tapi, bila tanya-tanya orang kaunter, mana ada komuter straight terus ke Bukit Jalil. Jadi, aku assume "Nanti berhenti KL Central, naik LRT ke Bukit Jalil."

Sekali tuh, shesssyhhhhh. LRT mana ada perhentian terus ke Bukit Jalil. Kena naik KTM jugak untuk terus ke Bandar Tasik Selatan. Dari Bandar Tasik Selatan terus kena ambik 'Star LRT' ke Bukit Jalil. Sampai Bukit Jalil dalam pukul 8.25 pagi camtuh.

Penat wooo. Dengan baju kurung semalam punya, satu hari busuk, beg sandang belakang, beg kecik sandang tepi, tangan pegang beg plastik 'Toy-R-Us', boleh bayangkan tak? Boleh bayangkan tak, aku jalan kaki dari stesen LRT ke stesen bas sementara tuh, dengan keadaan entah apa-apa tuh?( T_T)

Kalau susah sangat nak bayang, tahu tak 'bunga kain baju kurung'? Ala, yang lipat-lipat bawah zip kain baju kurung tuh. Bunga kain baju kurung aku tuh, baik-baik aku pakai belah kiri, boleh berpusing ke belah kanan pulak masa naik LRT Bandar Tasik Selatan. Berjalan dari Stesen LRT Bukit Jalil ke tempat tiket bas, bunga kain tuh pusing balik dari kanan ke kiri. Muka memang dah tak semenggah dah. Rasa macam nak cepat-cepat sampai BP, balik mandi, tidur je.

Bila sampai rumah, bab tidur tuh terpaksa dilupakan seketika. Bab mandi tuh memang perluuuu. Gila belengas rasa. Sampai rumah dalam pukul 12.30 tengahhari. Dari Bukit Jalil dalam pukul 9 pagi.

Pukul 2 petang tuh, terus je menyegarkan diri untuk ke satu lagi wedding kawan sekolah rendah dulu-dulu, Aminadia.




Fuhhh, terasa seperti seorang SUPERWOMAN hari tuh. Sekejap dekat Kelantan, sekejap dekat KL, sekejap dekat Semerah. ;)

Anyway, it was fun, yet a very very exciting journey. Congrats to all of you, Ema and Huda and Aminadia. Happy Wedding and I wish you that quarrel, misunderstanding and misfortune will never ever touch you. Have a long and happy life together!

Wish the three of you half of the most beautiful things in the world. The other half, I’ll leave for me. I borrowed the speech from here. ;)

This is my handmade, homemade video. And please please, pardon me for the pixels and quality. 2 hours editing using Windows Live Movie Maker.



p/s: pehal tetiba list kengkawan yang mahu kahwin/tunang telah bertambah dengan banyaknya? Baju kurung aku dah habis pakai pergi majlis orang kahwin. Terpaksa cari baju kurung baruuu ;)

6 comments:

diLa said...

hahaha..ko apesal nk beli baju kurung utk g knduri. g la beli baju utk majlis sendrik!;p

cekkeya said...

majlis sendiri entah bilaaaa, tuh yg kena cari baju kurung utk majlis org lain duluuuu ;) hahaha

majlis ko bilakah?

diLa said...

aku lame lagik!:p
nk smpai mjlis aku nti aku gtaw, senang ko nk tempah baju lagik. hahaha

QASEH said...

yan...mase majlis yg kat bp tu ade budak pakai baju hijau berdiri kat depan, belah kiri.depan org tudung itam..sape ek?aku cam familiar la...

cekkeya said...

ooo, tuh maimunah, kawan sekolah rendah aku. dia satu tempat dgn ko masa dip eh?

Akshay said...

Father's Day is celebrated for a special person of the family - father. All the sun and daughter are express love feeling with their dad and make a day extremely special. Fathers Day quotes If you want to celebrate this Father Day with your father, then you need to some Beautiful Fathers Day Images, Fathers day Wallpapers, and Fathers Day GIF. Here we collect best Fathers Day Quotes Images for you. Father's Day is celebrated in all over the world on the different days.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...