"Wahai galah, sila tunjukkan saya buah ciku mana paling besar."
Dekat kolej kediaman tempat aku nih, sangat banyak pokok ciku. Yang belakang kolej ada 4 pokok. Ada lagi 4 pokok dekat dengan pejabat kolej. Banyak kan??? Hari tuh, aku nampak makcik cleaner siap kait dan dapat berbaldi-baldi lagi. Ingatkan kenapa pokok tuh goyang-goyang, rupanya makcik tuh gegar-gegarkan pohon tuh, untuk bagi ciku tuh jatuh.
Sejak nampak makcik cleaner pegi panjat pokok ciku, aktiviti petang-petang aku dah berubah. Tiada lagi tidur-tidur, lepak-lepak. Pukul 6 petang je, selalunya aku akan ajak roommate aku si Mimah, pergi kait buah ciku. Dapatlah seplastik. Simpan bawah katil, tunggu dia masak. Habis je stok ciku, terus pergi kait lagi. Manisssss betul buah ciku tuh. Saja eja banyak huruf 'S', makin banyak 's', melambangkan kemanisssan buah ciku tuh.
Tapi, itu cerita masa cuti sekolah semester. Orang tak ramai. Jadi, nak panjat, nak kait, tak segan sangat. Sekarang nih pun, si Mimah dah tak jadi roommate aku. Dah kemas barang balik kampung. Dah tamat belajar. Aku je yang rajin malas, extend sem bagai. hahaha
Sekarang nih, Si Wong pulak jadi geng untuk kait buah ciku. Dulu, masa aku kait ciku dengan Mimah, aku ada bagi sket ciku kat Wong, jadi si Wong nih memang sangat sangat suka la kemanissssan buah ciku nih.
Kau orang dapat bayangkan tak kemanisan buah ciku tuh, sampai bila aku nampak pokok tuh lebat je, aku terus geram nak pergi ambik tang tang tuh jugak. Bak kata Wong, "kemanisan buah tuh, tak dapat tandingi rasa segan atau penat, kan?" Isyhhh, sastera betul Wong nih. ;)
Aku ada aim satu pokok nih. Sangat besar dan sangat sihat. Buah dia sebesar penumbuk. Jadi, pagi-pagi seawal subuh, ecececeh, aku dengan Wong dah gerak-gerak ambik galah. Sampai teleng-teleng kepala aku. Leher macam 'cramp' sebab asyik dongak-dongak kepala je. Banyak jugak la hasil tangkapan kaitan, dapat seplastik lebih. Gambar kat bawah nih, gambar buah ciku yang fresh lagi bergetah.
Ini gambar 'candid'. Orang kata "USAHA TANGGA KEJAYAAN", tapi dalam kes nih, "GALAH adalah tangga kepada ciku yang besar dan sihat." ;)
Aku tau Mimah, kau selalu cakap camnih, "Kita tak pernah ambik gambar kan, masa *tuai buah?" *Bila guna perkataan "tuai", bajet macam kita sendiri yang tanam, pastuh bajet kita tuai hasil. Tunggu kau present nanti, bila datang sinih, kita pergi dengan Shaikhah ambik gambar kait buah eh?
Lepas kait buah ciku, kena bersihkan dulu dia punya getah-getah. Nak bersihkan kena guna sabut. Tuh Mimah la yang kata, sebab dulu rumah dia ada pokok ciku nih.
Pendek kata, kena tunggu dalam 3-4 hari lagi, untuk tunggu buah ciku masak. Leceh sket kan? Kena kait, buang getah guna sabut, tunggu sampai masak. Gigih tak? Pernah tak korang nampak orang jual ciku longgok-longgok eh? Kalau kat highway, yang orang jual buah RM1 seplastik tuh, pernah jugak aku nampak. Kalau ada, berapa RM eh sekilo?
Ok, tutup bab ciku nih. ;)
Teka teki: Banyak-banyak sukan, sukan apa paling memenatkan?
Ah, lambat lambat. Meh aku bagi jawapan: Catur, sebab kena angkat kuda.
Nampak orang tunggang kuda kat tepi kolej tuh, terus je cakap kat Wong, "Snap gambar Wong". Bukan senang nak nampak kuda jenjalan kat tepi blok.
Tengah jalan-jalan, nampak cuaca cantik je. Langit tenang je. Terus keluarkan handphone, snap gambar.
Ini pemandangan dari tingkat 4, dari blok kediaman Wong. Pukul 7. 35 petang. Handphone cabuk K800i tak mampu nak capture panorama indah nih. Kamera cabuk nih, translate lain sket dari realiti, tapi tak pelah. Cuma nak cakap, yang tengah atas sekali tuh, bulan sabit eh. Yang bawah tuh, patutnya kaki senja warna kekuning-kuningan atau keoren-orenan. ;)
Oklah, sekian dulu. Terimalah pantun dari hamba:
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
*Panjang betul berceloteh. Aisyhhh. ;)
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
*Panjang betul berceloteh. Aisyhhh. ;)
1 comment:
eeee...jelesnye, apesal kolej aku dlu tade pokok ciku??waaaa
Post a Comment