Monday, January 3, 2011

Pulang Balik~

Semalam, teman adik-adik balik ke hostel. Si Salwa ke IPTHO, si Aida ke STA. Dalam perjalanan balik ke hostel tuh, singgah kejap kat Carre4, BP. Nak beli seterika untuk si Salwa.

Mula-mula nak singgah je kat The Store beli kat situ, tapi, ada orang dekat kampung tuh kata, beli je dekat Carre4 tuh, murah, ada seterika harga rm20++. Wah, terus terkejut, dan terus saja tukar destinasi ke Carre4. Mana nak dapat bai, seterika harga rm20, tak kisah la cap ayam ke cap lembu ke apa.

Dengan situasi hujan yang agak renyai-renyai, suasana sesak yang berasak-asak, semua orang nak balik hostel, Batu Pahat tuh dah macam sardin dah.



Setelah sampai di Carre4, parking amat susah untuk dicari, abah pun sebuk suruh cepat. Dia tunggu dekat kereta je. Biasalah kan, orang laki, semua nak cepat. Bila sampai dekat tempat bahagian seterika semua, naik juling mata baca tanda harga. Scan punya scan, ada 2 seterika yang harga paling rendah. Promosi RM30.

Satu jenama xxFABERxx dan satu lagi jenama xxCORNELLxx. Dalam keadaan terkocoh tuh, memang tengok tanda harga, yang jenama xxFABERxx dah kehabisan stok. Terus je pergi panggil jurujual, tanya nak confirmkan sama ada betul ke tak dah memang habis.

Tup tup, jurujual tuh kata memang dah habis. Jadi, terpaksa beralih ke jenama xxCORNELLxx. Aku kata kat si Salwa, "Ambik yang ini je la." Jurujual tuh, terus je angguk, bawak pergi tempat test, dan aku terus suruh Salwa berlari-lari anak ke kaunter.

Si Aida pulak, beli bedak apakebenda ntah. Jadi, bayar sekali la dengan seterika si Salwa nih. Aku yang terkedek-kedek memimpin si Aimi seperti seorang ibu mitsali, terus muncul di belakang si Salwa yang sedang keluarkan duit dari dompet dia.

"Kenapa Wa, tak cukup duit ke apa?"

Salwa angguk-angguk, tanda 'ada duit', tapi, jurukira dekat kaunter tuh tetap cakap tak cukup. Salwa dah bagi not RM50. Aku terus tengok dekat mesin kira-kira tuh, terpampang RM73.30.

Hai, pelik bin ajaib. Kalau seterika tuh harga RM30, takkan la harga bedak yang si Aida beli tuh mahal sangat?

Lepas tuh, aku mula la memainkan peranan 'emak emak' kat depan kaunter tuh.

"Harga iron tuh berapa dik?" aku tanya pada si jurukira.

"RM69.90"

Terus aku cakap kat si Salwa, "Laa, yang RM30 tuh apa bendanya?"

"Entah." Salwa masam je la muka sambil tunggu si jurukira balik kan duit baki.

"Bukan tadi kita tengok RM30 ke?"

"Entah. Mahal gilerrrr. Jap, nih nak kena cop dekat kaunter dia punya warranty card nih."

Aku memang tak puas hati. Alang-alang dah perangai macam emak-emak orang, aku terus je tanya akak dekat kaunter tuh.

Aku hulur warranty card, dia terus je ambik cop. Belum sempat dia nak cop, aku dah tahan-tahan.

"Eh eh, kak. Jap jap."

"Laa, nape? Tak jadi beli???"

"Tak, macamnih. Masa nak beli tadi, saya tengok label RM30. Bila bayar kat kaunter RM70. Saya TERSALAH TENGOK."

"Ooo. Dah tuh, nak refund ke apa nih?"

"Boleh refund eh?"

"Boleh. Takde masalah. Isi borang nih. Sain sinih pastuh eh."

Terus je aku bagi borang dengan pen tuh dekat si Salwa. "Cepat Wa, tulis nama bla bla bla tuh. Kau nak ambik seterika lain tak? "

"Beli tempat lain je la."

Hahaha tensi abah aku. Penat cari parking, cuma beli bedak si Aida je. Kesimpulannya, aku baru tahu, boleh refund kalau kita macam tersalah tengok harga. Dia tak tanya banyak pun dekat Carre4 tuh, cuma isi borang, pastuh, dia pulangkan balik harga sebenar ikut resit kita.

Sekian, aku yang berperangai emak-emak nih nasihatkan, kalau beli sesuatu, jangan terkocoh-kocoh. Tengok betul-betul label harga tuh. Kengkadang dia punya produk lain, tapi letak dekat harga label lain. Dari nak beli harga rm30, dapat yang rm70. Tak ke haru??? Lepas tuh, cepat-cepat pergi kaunter untuk refund eh. ;)

p/s: Adik Aida, GUD LUX for SPM tahun nih, Awa - belajar sungguh-sungguh, Kak Na - moga mudah proses melahirkan anak saudara baru nanti ;)

12 comments:

NedLi Sakurai said...

sbg pengguna perlu tegas dan berani (^^).. jgn jadik mcm kitorng dulu.. masa tue baru form 2.. beli brg pun guna duit poket yg dikumpulkan.. so nak mintak refund tue mcm nak meraung jer sbb takut.. kesudahannyer.. x pegi dah kotmamot sampai skrg (^^i)

cekkeya said...

tapi, kalau baru form 2, rasanya memang takut kot nak g refund kat kaunter, nak nak kalau akak yang jaga muka ketat semacam je ;)

lagi satu, kalau bukan barang kita, memang tak takut sangat nak g refund, kalau barang sendiri, nak cakap pun malu malu je ;)

kuizikel said...

ned, beli radio hi-fi tu ek? hehehe

cekkeya, patutla tade orang ngorat, dok kelek aimi merata.. pastu dia panggil ko mak yan.. hahahaha...

last2 beli seterika apa?

unwanted said...

sterika..
dah lama aku tak guna..:)

NedLi Sakurai said...

kui,

ha'ah (^^')

cekkeya said...

@kui: tak beli pun. dia nak beli tempat lain. pinjam kawan bilik sebelah dulu buat masa nih, dia kata. ahha

@unwanted: aisyh, ada maid tolong gosokkan ke, atau memang tak pernah pakai baju formal??? ahah

@nedli: wah, radio hifi tuh. ;) gagah betul form 2 beli radio hifi kumpul duit. eheh

-hanyaaku- said...

biasa la 2 tersalah tengok price tag.. hehee =)

diLa said...

betol2 cm emak emak org!=P

cekkeya said...

@hanyaaku
selalunya bila nak cepat, mmg terslh tgk. lagi2, diorang susun produk main letak je. tag lain, tapi produk lain.

@dila
muahahaha kang aku jadi perangai cam bapak bapak orang, susah pulaks ;)

tawawfayakof said...

eh, kejap. ko kat batu pahat ke?

cekkeya said...

tawawfayakof: a'ah. tapi bukan dekat bandar, dekat kampung sket, Semerah ;) tengah2 muar & bp.

Kita kan Johorian ;) ahha

tawawfayakof said...

yeah.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...