Wednesday, January 26, 2011

~Selera Sudu Garfu ;)

Hello, hello. Ini 999 ke? Tolong, tolong, ada orang keracunan makanan kat sinih. Dia bukan makan racun, mi racun ke, mahupun makanannya diracun, tapi tapi tapi... telah terkena sindrom "Jalan jalan, Makan makan, Sedap sedap."

Sila hempuk telefon anda sekarang jugak. Lepas tuh, hempuk sekali orang yang makan sambil berjalan tuh. Apa punya perangai daaa, makan sambil berjalan. Itu orang dah selalu buat, cuba buat benda lain, duduk sambil berjalan ke, makan sambil memberus gigi ke. Kan takjub tuh???

Sadap yuuuuu! Kau ingat ini apa? Ok, ok, mari rapat, mari dekat sikit. Rapat lagi. Nak kasi tahu tempat makan BEST. Dah nama pun, "Jalan jalan, Makan makan, Sedap sedap", jadi haruslah bagitahu kan?

Pernah dengar Roti Kacang Pool? Tak pernah? Ini bendanya. Hanya roti bakar yang tebal, makan dengan kuah kacang, daging, tak tau nak kata apa benda dalam tuh.


Oh, mungkin tak cukup POWER dan MENGGIURKAN gambar dari kamera handphone cabuk nih. Jadi, sila singgah sini. Aku rembat sket gambar diorang.


amacam?


Terliur tak?

Nama Roti Kacang Pool nih pun tak tau asal dari mana. Mungkin tukang masak dia tengah dalam swimming pool masa dapat ilham nak buat kuah roti ni. ;)


Ok, yang kedua pulak adalah ini. Rujuk gambar kat bawah nih. Cuba teka harga Set Makanan nih. Cepat cepat cepat.

Ah, lambat lambat.

RM4.00 sahaja. Berbaloi kan? Kalau pekena ini, hari hari, mau lemak berkumpul kumpul dengan dasyatnya lalu menjadi seperti beruang panda. Bahah-ahaha.


Yang ketiga, aiskrim atas nih. RM0.30. Lama betul tak makan. Kalau makan masa balik sekolah, bawak beg berat-berat sambil tunggu bas, memang nikmat sangat. Dulu, sepuluh sen je, kan? Kan kan?


Ini pula, nama dia GHAZZ. Sebut betul betul, G.H.A.Z.Z. muahaha Tak tau harga dia berapa. Kawan dari Iran bagi sebagai souvenir. Sedap sangat, dan lembut lembut manis je rasa dia. Dalam tuh, ada kacang pistachio + almonds, pastuh, manis la rasa dia. Kaler putih. ;)

Oh, sekian saja "Jalan jalan, Makan makan, Sedap sedap" kita pada hari ini. Mungkin akan bersua di lain masa dan ketika. Nantikan masakan, santapan hebat dari saya Chef Sir Tap Hati Mak Nak. muahahha Demam Oh Yeah? OH YEAH???


Oh sebelum terlupa, Happy Birthday to Shirin! Rujuk gambar atas, sebelah kanan. Nanti nak kena plan sambut besday plak. Giler BFF habis nih. ;) Oh YEAH??? jawab ramai ramai, OH YEAHHHHHHH! ;)

8 comments:

tawaw said...

kacang pool. biasa pekena kat sebelah bomba larkin..

pergh, siut. dah lapar pulok nih..

diLa said...

haa..dlu kwn aku pon penah cte psal kacang pool ni. besh sgt ke weyhh? grrr

NedLi Sakurai said...

first time dgr nama makanan nie.. tp nampak cam best.. kat mana nie? bt pahat?

cekkeya said...

@tawaw: eh, nama dah tukar??? "Tau" je la tinggal. ahha mmg entry nih saja bikin org lapar. ;)

@dila: boleh tahan la rasa dia. mungkin aku tak berkenan sangat, tak kena dengan tekak. first time cuba. muahahah

@nedli: nih kat Jb, dekat link tuh, ada peta sekali. lebih kurang jalan nak ke Danga City Mall. org pergi pun, org lain yg bawak, jadi tak tahu tempat sgt. ahaha

vanilla bean said...

kacang pool!! sedap!!

vanilla bean said...

kacang pool berasal dari arab tp dah diadaptasikan ke selera melayu. sangat terkenal di sekitar johor bahru dan singapura.pol berasal dari perkataan arab. jenis kacang die rasanye. sumber- forum mana tah.

cekkeya said...

wah yahhhh, kagummmm ;) boleh jadi sumber wikipedia nih ;)

vanilla bean said...

aku baca kat link yg ko bagi tu kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...