Korang nampak kan gambar kek kat atas nih? Kalau ikut kitaran bulan 6, besday aku yang terakhir sekali lah antara adik beradik yang lain. Hari Bapa pun semalam jugak. Semalam abah pergi hantar adik aku Salwa pergi Politeknik JB. Aku pun ikut lah. Nasib tak sesasau sesat entah pape. Ucapan Buat Salwa: Belajar Rerajin ye ;)
Untuk yang wish besday, bagi present, bagi kad, bagi cd, bagi sms, bagi yang nyanyikan lagu, bagi rumah, bagi kereta, ok, aku exaggerate je nih. hahaha Ucapan untuk korang: Thank you very very very much ;) Korang terbagus terbaik tercemerlang lahhh!!! ---nampak tak aku punye keterlampauan dalam meng ekspresi kan "terbagus terbaik tercemerlang " nih?---
Dalam masa mengemas bilik, gali gali punya gali, terjumpalah gambar evergreen nih. --- KakNa, ko tanya kan mana gambar dulu-dulu? yang dalam frame tak jumpa pulak. nih aku snap pakai hp je, tak sempat nak scan bagai. --- Waktu aku darjah 3 kalau tak silap, abah aku buat sambutan besday besar-besaran lah kiranya. Order kek lima tingkat. Panggil TV3 datang. Siap temuramah masuk KFC Kids Fun Club kot. Berita dekat TV3 yang dah last last nak pukul 9 tuh kan selalu ada "Sebelum itu, saksikan paparan monyet yang dijumpai di Afrika Selatan bla bla bla... Sekian Salam Hormat." Pernah jugak masuk masa tuh. Waktu tuh, glemer kejap aku rasa walau baru darjah tiga.
Abang Am dan Kak Na yang tak sabar nak potong kek. Klasik betul gambar nih aku rasa. Adik beradik yang lagi tiga orang terpaksa di crop kerana kecomelan yang tahap maksima yang tidak seswai dipaparkan disini. ahahha ucapan: sila gelak. ini lawak ok.
Bercakap soal Hari Bapa, semua orang akan cakap, "Abah aku paling best". Kalau Hari Ibu, "masakan emak yang paling digemari." Since emak aku pun dah tak ada, ---korang, tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Suryati binti Amat. Semoga rohnya tenang di sana. Aminnn--- abah memang tukang masak harapan. Kalau raya, abah aku la yang masak lodeh, ayam masak merah ke, rendang, ketupat segera. Pergghhh, terliur pulak rasanya. hahaha
Dulu, masa dekat rumah lama, ada satu kolah takung air bersimen dekat dalam bilik mandi. Kalau sapa sapa buat hal je, siaplah kau. Abah aku akan tarik dan seret dari ruang tamu sampai ke bilik air. Masa tuh, kalau merayu-rayu 'Tolong bah, ampun bah, dah tak buat lagi. orang tak buat lagi....!!!' tak berguna dah. Memang kau akan end up terminum air dalam kolah tuh. Abah celup-keluarkan, pastuh dia tanya, "Buat lagi tak???" pastuh bila kau nangis nangis cuba untuk kawal pernafasan lepas terminum air, abah akan celup lagi sampai lah kau kata. "Tak tak tak. Tak jahat lagi." dengan nada teresak-esak.
Pernah aku buat hal masa kecik-kecik dulu, tak silap aku, aku merengek tak mau pergi sekolah tadika. lepas tuh aku ngamuk ngamuk ngan arwah mak aku masa tengah pakai stokin. Masa tuh, bila abah aku dengar je, memang habislah. Aku end up dengan terminum air kolah, baju tadika basah-basah, lepas tuh pergi sekolah dengan baju sekolah semalam punya yang berbau busuk peluh. Sebab mak aku kata masa tuh, baju aku mana ada lagi. Yang semalam punya pun tak sempat basuh lagi. Abah aku kata, baju yang semalam pun tak apa. Lepas tuh abah aku akan kata, "Mengada lah lagi. Mengada lagi. Lain kali abah sumbat lagi. Tak kira la pakai baju sekolah ke apa ke." Itu baru aku mengada-ada sket. Belum lagi part ponteng ngaji, pergi umah kawan tak balik-balik sampai maghrib, bohong dengan abah. Kadang-kadang, tali pinggang pun lekat kat punggung.
Tapi, itu dulu. Abah aku dah lembut skang nih. Anak dia pun dah besar-besar [fizikal dan umur]. Tak larat la kot nak angkat tarik dan seret masuk dalam kolah. Even kolah tuh pun dah takde skang nih.
Skang nih musim bola kan? Malam tadi ada Slovakia vs Paraguay lepas tuh, 9.30pm pulak ada Itali lawan New Zealand kan? Rancangan Mentor pulak pukul 9 malam. Masa tengok match yang pertama tuh, abah aku siap kata,
Abah: Yan, nanti ada Itali lepas nih. Jangan alih channel lain. Abah nak tengok dalam bilik.
Aku: Alaaa, baru nak tengok Mentorrr...
Abah: Kan ada ulangan kan.
Aku: Ye lah, ye lah.
Abah: Ko doa doa abah tidur la. Kang abah tidur, ko alih yang nyanyi nyanyi tuh.
Ucapan buat abah yang masih berketuk ketuk kat belakang rumah tuh, Selamat Hari Bapa abah! Thanx sebab besarkan anak-anak yang degil-degil nih. Muah muah untuk abah
1 comment:
sape yg comel sgt tu.haha
Post a Comment