Aku anak ketiga dalam keluarga, sangat best sebab aku punya sorang abang, sorang kakak, dua orang adik perempuan, tinggal lagi tak ada adik lelaki je. Cukup je semua. Kecik-kecik dulu, aku nih bukan rakan sepermainan akak aku. Aku ada geng aku sendiri, sebab abang dan akak aku dua dua masuk asrama penuh. Beza 6 tahun umur aku dengan akak. Aku darjah 1, dia dah masuk tingkatan 1. Mana boleh ngam kan? Aku pernah ingat ada satu hari nih, akak aku pernah kena kejar dengan mak aku keliling meja makan dekat rumah parit usop dulu. Kejar bukan sebarang kejar, kejar dengan penyapu lidi tuh. Sampai sekarang aku lupa nak tanya, kenapa dia kena kejar camtuh. Ahahaha
Ok, stop segala nostalgia nih. Sebab nih entry khas untuk kuizikel, semua aku nak cerita pasal dia je. Dalam keluarga aku nih, nama akak aku diberi khas oleh adik kepada abah aku merangkap makcik aku yang kitorang panggil Cik Tin. Nama kitorang adik beradik semua bermula dengan abjad ‘A’, dia je sorang bermula dengan ‘N’. [rujuk gambar di atas] Kak Na, nampak sangat kau di anak tirikan. Bukan aku yang mak abah jumpa dalam jamban dulu, tapi kau sebenarnya. Ekekekkekeke Akak aku dengan abang aku nih geng dulu dulu. Ada je modal nak kenakan aku. Dulu, diorang kata aku dijumpai dalam jamban oleh mak dengan abah masa kecik-kecik lalu dijadikan anak mereka. Adakah kepatutan?
Lagi satu, bab belajar serah pada akak aku. UPSR straight A s, PMR 9A, SPM 7A, haruslah dia yang jadi rujukan aku bila bab selesaikan kerja rumah, kan? Akak aku nih pulak, uihhhhh garang dia, dah macam bapak-aku-di-zaman-kegemilangan-rendam-anak-dalam-kolah dulu dulu. Salah sket je, mula la dia naik tone sedepa. Garang wei, nasib dia jadi Pegawai IT, kalau jadi Cikgu, haruslah dapat gelaran Anugerah-Cikgu-Paling-Garang. Aku, kalau belajar dengan akak aku nih, mesti end up dengan juraian air mata. Tak pernah nya sukses belajar dengan tersenyum lebar ke telinga. Bila dah besar nih, bila turn aku pulak yang ajar adik-adik, fuhhhh, garang akak aku memang dah turun dengan aku la. Sampai nangis
Banyak lagi perihal akak aku yang tak boleh nak cerita kat sini. Bab mengarang pidato dan syarahan untuk aku sampai jadi naib dan juara peringkat sekolah, bab aku tiru handwriting dia, ceh, akak dan abang kan idola masa kecik kecik dulu. Waktu tuh, tulisan abang aku memang macam haram la kalau nak dibuat tiru. Ayam cakar cakar kat tanah lagi lawa. Tulisan lelaki kan? So, aku tak tiru tulisan dia, aku tiru tulisan akak aku. Kalau aku tahu handwriting
Uihhh, panjang dah nih. Kak Na, Kuizikel, Cikesid, [akak aku la yang create kan nickname cekkeya, cikkawa, cekkira untuk adik adik dia.] dan apa-apa nama yang sewaktu dengannya, Selamat Hari Lahir yang ke tet tet tet. Moga hari hari mendatang mendatangkan bermacam-macam kebahagiaan, kegumbiraan dan keberkatan dari-Nya.
Nilah akak aku, jangan sebuk nak kirim salam kirim salam, dia dah berpunya. Akak, cepat-cepat tambah koleksi anak sedara aku eh. Amin....
Pengantin lama, waktu di Kedah dulu
Kak Na, kau jangan harap lagi entry untuk besday kau lepas nih. cukup lah setakat nih. hahahaps://pesanan penaja: balik johor kang, jgn lupa bwk pekasam + house + vampire diaries + gossip girl. ;)
8 comments:
aku tak ingat pon mak kejar aku keliling meja, aku tak ingat pon pasal tomok..
oh ok aku dah tua ek..haha
hahah nyata, jelas dan terang lagi bersuluh. ahhaha lupa la kau nih. ahhaha
bleh tahan gak nakal ko nie pojan yer.. sampai kena ligan keliling meja (^_^)
ap besday to die :p
nedli: dia bukan nakal. tak dengar kata. hahha
h.a.n: thanks die kata. ahah
skang ni minat lagi kat tomok? hoho..
ps-hebi besday kak.
taufik: cet. aku peminat yg tegar. ekekekek
aku kan adik laki ko .. haha
Post a Comment