Wednesday, May 19, 2010

Dari Kerana Mata~

Pesanan Penaja:
Ikan keli, ikan kerapu,
Ini entry merapu.

Jam dah nak dekat pukul 1 pagi dah nih. Mata aku nih degil betul sekarang nih. Aku suruh tutup dia degil jugak. Mana taknya, petang tadi memanjang aku tidur. Rutin waktu cuti sem aku sekarang nih: tidur petang.

Gila tak mimpi bila tidur petang. Lagi-lagi lepas Asar. Fuhhhhh, segala macam binatang, segala macam peristiwa, segala macam orang nak masuk dalam mimpi aku. Tu lah balasan tidur petang. Sila jangan tiru macam saya.

Sekarang nih, aku terlintas nak menaip pasal KAWAN. Aisyhh, rasa cam tak seswai pulak rasanya. Aku tukar sket la. PEMINAT. Dekat sekolah dulu punya dulu, aku ada minat dekat sorang budak nih. Uisssyhh...dah tentu la lelaki. Aku suka tengok dia, dulu aku duduk belakang dalam kelas, sebab kalau aku duduk depan, semua akan mengadu tak nampak papan hitam sebab badan aku besar sangat. Sebab aku duduk belakang, dia duduk depan, aku suka usha usha dia nih. Dia suka buat lawak, comel bila ketawa, sempoi, cool, spontan, bla, bla, bla....

Ok. Stop sampai situh. Hari nih, aku bukak laman web sosial Fesbuk. Rasa nak jatuh gedebuk je bila aku tengok friend suggestion dekat sidebar tepi sebelah kanan tuh. Kira macam jejak peminatan dulu dulu la. Ahhaha sekali tuh bila aku tengok gambar dia, mak aihhhh. Berubah habis. Takde lagi dah istilah ”dia suka buat lawak, comel bila ketawa, sempoi, cool, spontan, bla, bla, bla.... ”.

Kesimpulannya kat sini, kalau kita MINAT seseorang dengan sebab istilah ”dia suka buat lawak, comel bila ketawa, sempoi, cool, spontan, bla, bla, bla....” sampai satu masa, comel-bila-ketawa dah boleh jadi tak-berapa-nak-comel-bila-senyum. Tapi, kalau kita MINAT seseorang tuh dengan sebab istilah ”baik hati, pemurah, rajin, beriman, bla bla bla...” ciri-ciri yang lebih kepada sifat dan perwatakan, bukan penampilan, insya-Allah, kita adalah PEMINAT-yang-tanpa-was-was. Tak perlu nak tengok gambar dekat Fesbuk, nampak nama je kita boleh terus tekan button ”Confirm” atau ”Add as Friend”. Itu bagi aku la. Bagi yang perempuan pulak, kalau ade istilah ”gedik, mengada-ngada lalu aku pun meluat,” memang aku was was je nak terus tekan ”Confirm”. Hahahaha

Ps:// teringat lagu ....Dari kerana mata....Oh nonaku Azizah

2 comments:

NedLi Sakurai said...

erm... kadang2 kan ciri-ciri bersifat perwatakan pun boleh berubah... sedangkan pantai lgkan berubah inikan pula manusia (T_T)


tp knp erk.. x terjumper laks bebudak yg pernah diminati time skolah2 dulu kat dlm FB, adakah mereka semuanyer buta IT? atau sedang melarikan diri?.. (^^i)

cekkeya said...

ahahah diorang guna nama samaran lain kot. tak pun, cuba search nama penuh orang tuh. hahah mesti ada laaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...