Saturday, September 12, 2009

Lipatan Baru Bahagian Dua

Oh, rasanya dah lama aku tak mengambil gambar. Sejak program dekat Melaka hari tuh, tak ada sekeping pun gambar baru dalam memori kameraku. Kesinambungannya, tak ada gambar yang boleh ditepek di sini. Sudah 3 entry aku tidak bergambar. Takpe la, kengkadang ada benda yang gambar tak boleh nak cerita. So, kaedah conventional dan tulisan amat perlu ketika ada-benda-yg-gambar-tak-boleh-terangkan.eheheh

Selalunya, bila ada gambar, baru la ada perasaan rajin nak update blog. Ye tak? Sekarang nih, aku suka baca blog orang lain dari update blog sendiri. Pastuh sebuk mengomen napa ramai list kawan-kawan aku tak ber’update’ walhal blog sendiri tak ber’update’. Ibarat pepatah, ’sebuk sangat jaga tepi kain orang lain, tepi kain sendiri tak terjaga’. Hahaha

Pagi nih, bila pergi melawat blog cik Wan, dan ternampak pulak link blog aku tertulis: ”5 weeks ago”. Terus cepat-cepat sepantas kilat aku tengok folder ’pictures’ dalam hp. Ok, aku ada gambar untuk entry nih. Macam bangga giler sebab ada gambar dalam hp, sampai nak kembangkan hidung dua kali ganda dari saiz asal. Ahahha



Walaupun, aku duduk di bahagian selatan, dan kat sinih pun bahagian selatan jugak, tapi memang tak pernah dengar ”Nasi Ayam Penyek”. Ejaan dia nih pun tak tau mana satu betul, kengkadang nampak kat kedai camnih eja dia: ”Nasi Ayam Penyit” ahhaha rasanya, asal usul makanan nih dari Indonesia, tapi amat popular dekat bahagian selatan yang amat selatan nih. Rasa dia sangat pedas, dan nasi dia amat banyak. Perut yang ’slim’ nih tak mampu nak sumbat semua nasi tuh. .... Terasa nak gelak sendiri bila taip perkataan ’slim’ tuh. Rasa macam menipu di bulan puasa. Ahhahah Oh ye, rummet aku (gambar sebelah kanan) orang terengganu, peramah dan tak sombong. Ceh, tiba-tiba puji dia nih. hahahha gambar nih rasanya sudah berusia 2 bulan dalam hp ku.



Sebulan yang lepas, aku pergi berjalan-jalan ke Shah Alam. Dah takde tempat lain gaknya nak shopping kat sinih, ke Jusco Bukit Raja jugak tujuan utama. Gambar beg banyak-banyak tuh, tempat Yah (rummet lamaku) kerja dekat Plaza Alam Sentral (PAS). Depan Hot Market, sapa-sapa nak ngurat Yah beli beg, sila datang ke kedai itu selagi Yah belum berhenti kerja. Eh, apasal aku asyik lakukan kerja puji dan promot nih? Oh, bulan puasa, tak baik pulak nak kutuk-kutuk. Ahahha Gambar ini berusia sebulan dari tarikh masa entry ini ditaip.



Gambar Yah dalam frame tuh bukan edit dekat Kedai Photo macam Cik Wan selalu lakukan dengan rambutnya, tukar rambut jadi kaler mat salleh, pastuh ngaku buat kat salon. Eh eh, terkutuk pulak kali ini. Ahahha aku buat strike la, kira macam padam atas kertas dan tarik balik kutukan itu. Ok ok, berbalik pada gambar dalam frame tuh, tuh ambik dekat kedai seramik dekat PAS jugak. Korang boleh pergi dekat tingkat atas sekali dekat dengan foodcourt dan juga surau. Frame tuh pun siap ada tanda harga lagi. RM1.00 je. Hahaha Oh ye, nampak tak gambar nasi dekat kiri tuh? Tuh Pak Iran bagi dekat aku. Eheheh Bangga buat kali keduanya. Saiz kembangan pula hampir tiga kali ganda. Muahahahha gelak besar pulak kali nih.

Menurut kata kawan Iran aku nih, nasi dalam gambar tuh adalah nasi tradisional negara Iran. Nasi tuh dikukus dengan sayur yang dikeringkan selama seminggu. Rasa pelik sikit, tapi hentam je la. Pak Iran tuh bagi untuk berbuka. Nasib aku beli jugak makanan lain waktu tuh, sebab lidah tak berapa ngam dengan nasi tuh. Rummet aku pun rasa jugak tapi memang tak kena sangat dengan lidah Malaysia nih. Ahahha

Ok, mahu sambung bacaan untuk mid term exam Selasa nih. Bak kata rummetku, perjuangan terakhir sebelum balik bercuti! ahhaha

Ps://tak sabar nak balik kampung...! nak raya!!!

5 comments:

kuizikel said...

tak puasa takleh jadi calon adik ipo la ni..haha. ke ko kena jadi ala2 nur kasih.. haha..

eh raya ni nak pakai shawl yuna tak? kat sini yg kain jojet tu murah je , RM5 (sbb beli ngan adik beradik)... panjang bleh lilit byk kali.. tapi aku mcm tak berapa reti pakai.

~wan~ said...

wow dh update..tp y terlalu panjang..gila la..cm baca report..huuh...tahniah2 dh berjaya update..

eh yan imah 2 cm com**l je..ihhii...xnk kenalkan kt ak ke?...hai imah..

cekkeya said...

@kui: ahahah shawl? tak seswai, aku pakai tudung labuh je nt...kalau ko baik, belikan aku satu. ahahha

@wan: panjang eh? ahhahaha tuh bahana lama sangat tak update. eh eh ko, mimah tuh tahun 84. beza 3 tahun, klu ko nak, aku kenalkan ye. ahahha

vanilla bean said...

Iranian kt kelas aku puasa kot. Pasal tiap2 ari datang kelas bagi salam kat suma orang. (think positive). At least, kene tau la fasting tu ape bende. Pe la, diorang ni blajar je oversea. (macam aku pndai sangat..kikiki).

cekkeya said...

@vanilla

bagus yah, think +ve. ahahha nt raya jgn lupa datang umah aku eh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...