Saturday, June 20, 2009

Ulang Tahun Lima Beradik ~~~

Ehem ehem ehem...(membetulkan tekak setelah penat men jerit nyanyi @ karaoke... ahahha

Tepat jam 12:17 am, 20 hb Jun 2009, aku mula keletak keletuk atas papan kekunci nih, sign in kat blogger, dan terus >create new post. 2 jam sebelum aku keletak keletuk nih, satu acara menggegarkan bilik iaitu menyanyi secara sumbang merdu bersama 4 orang rakan yang lain telah dijalankan di sebuah bilik terpencil di Melaka. Walaupun, tanpa karaoke jamban box, suasana tetap jugak happening dan gamat dengan suara2 yang ala-ala ayam nak berkokok...ahahah

eh, eh...

...jap eh...

kejap...aku tekan punat PAUSE sekejap.


adakah aku telah lari tajuk ??? ya, aku telah lari tajuk. Bukan bermaksud aku membawa "tajuk" lari keliling kampung atau main kejar2 dengan polis atau pencuri.

Ok ok. (sambil angkat dua dua tangan). Aku tak mau membebel panjang2 dalam entry nih, walaupun tuh hakikatnya. ahahaha

Aku tekan punat PLAY semula.

Nak dipendekkan cerita, lepas berkaraoke ala2 ayam jantan berkokok, Amalia, Amiera, dan Kak Zuli telah menyanyikan lagu paling femes ames dekat dunia, HAPPY BIRTHDAY!!! dan ALLAH Selamatkan Kamu, untukku (tuhpun, aku request special punye)...ehehhe



Hakikatnya, entry nih nak bagitau, ini hari adalah hari ulang tahun aku. Hari ulang tahun emak bersusah payah melahirkan aku, hari ulang tahun abah jemput mak balik dari Hospital Muar, hari ulang tahun aku jumpa dunia, hari ulang tahun yang akan di "ulang-ulang" sehingga sampai masanya. Moga kami lima beradik akan jadi anak yang baik2 belaka, dimurahkan rezki, dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan rezki yang melimpah ruah, sentiasa gembira selalu, dan sentiasa berada di bawah lingkungan rahmat-Nya. Amin.

Aku rasa dah banyak kali kot aku sebut perkara nih,

"Semua adik beradik aku lahir bulan 6."



Bermula dengan ;)
4 hb Jun,
akak Ana merangkap kuizikel,@ cikesid, @pojan, @jojort, @nurul dan nama2 gelaran yang sewaktu dengannya...

8 hb Jun,
adik Awa yang akan SPM hujung tahun nih.

10 hb Jun,
abang Am merangkap @rokawa,@sameon yang semakin tinggi dan lebar sket...ehehhe



18 hb Jun,
adik Aida yang akan PMR tak lama lagi...

20 hb Jun,
hari lahirKU yang makin lama makin banyak kilo dan makin banyak membebel dekat dalam entry nih. uhuhuhu



Dipendekkan cerita lagi, telah ramai yang mengupas tentang ulangtahun 5 beradik nih, jadi, tak perlu la aku melanjutkan lagi bebelanku ini. ahahah Boleh klik link dekat bawah nih, (kalau nak klik la...)

~~~<@ Akak iparku a.k.a casainee

~~~<@ 10 Jun Versi Husband&Wife

Ini entry dari kuizikel :

~~~<@ 4 Jun
~~~<@ 10 Jun Versi Abang&Adik
~~~<@ 20 Jun

Siap ada entry khas untuk aku dari kuizikel. Wah, terharu terharu...tq2...eheheh (ko punya, aku buat tahun depan eh...ahaha)



Husna siap lukis gambar aunty aunty dia...Husna kata, gambar aku yang paling kiri sekali dalam kad tuh...ahaha comel comel...teruskan melukis Husna...!

Oh ye, tak lupa jugak, TERIMA KASIH kat korang yang wish birthday tadi...!!!

CWan (siap hantar kad besday sebulan lebih awal, setelah dipaksa olehku), Hassan, Azuan, Nisa, Farah Farhana, Miera, Liya, Kak Zuli, Ijam, Dat, Izzaidah, Cik Jah, Ayoub,Emma Sofia, Akakku, Kanu, Chuna, Emaruko, J-are, Fara, Ajab, Ida...Husna a.k.a anak sedaraku, mama Husna dan papa Husna yang menaja kek harijadi pada 9hb Jun yang lalu...

Korang memang, very the BEST...! ehehe

Siyes, aku kena berhenti membebel...oleh itu, aku tekan punat STOP kat sinih.

Wednesday, June 17, 2009

Rombongan Cik Kiah ke Kota Melaka~~~

14 Jun 2009, Melaka
------------------------

Tarikh dan tempat (seperti dinyatakan di atas) bukan lah satu tarikh keramat, tempat berhantu mahupun seswatuh tarikh yang istimewa untuk digembar-gemburkan. Akan tetapi, satu rombongan telah di ‘rombong’ kan pada tarikh dan tempat ini.

Dan…

ini bukan seperti “Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel” edisi tv.

Ini “Rombongan Cik Kiah ke Melaka” edisi surat maya…ahahha (gelak sendiri aku taip entry nih)…

Sedikit info tentang rombongan ini ;)

• Disertai oleh 13 orang peserta perempuan dari program ****SYS, yang jakun teringin sangat untuk melawat Melaka.
• Ahli-ahli rombongan telah memilih bas Wira dan bas Tuah sebagai ”kuasa kuda”dengan bayaran RM2.60 seorang sehala dari K*** Hotel-Melaka_Central-Dataran_Pahlawan.
• Destinasi yang dituju adalah Menara Taming Sari, Muzium Samudera, Muzium Setem, Penjara, TLDM yg kami lalu je tapi tak masuk, Bandar Hilir, A’Famosa, Dataran Pahlawan, dan tidak ketinggalan...Mahkota Parade...ehehehe


Ahli-ahli rombongan sedang menunggu bas-yang-hebat-pantas-seperti-kuasa-kuda, menuju ke destinasi pertama ;Menara Taming Sari.

Kadar bayaran: RM10 - pengunjung biasa, RM8 - dengan kad pelajar.


Teropong (binokular) ini boleh disewa dengan kadar yg murah, serendah rm3. Sangat berguna untuk menyekodeng melihat pemandangan sekitar menara ini.


Gambar: ahli-ahli rombongan yang lebih jakun teruja ketika berada di puncak menara.


panorama "silau mata memandang" di Menara Taming Sari.


masih sempat bergambar dengan penduduk pelancong negeri Melaka ini.


kadar bayaran @muzium samudera : RM 3 bagi pengunjung biasa, RM 1 jika ada kad pelajar. Murah bukan? bila masuk dalam nih, teringat masa belajar subjek sejarah dulu-dulu.

Oh ye, lepas bayar kat kaunter nih, dia akan bagi beg plastik untuk isi kasut/selipar/terompah yang kita pakai. Masuk Muzium nih, kena kaki ayam. Kaki zirafah ke, kaki gajah ke, kaki buaya ke...pangkah ok? ehehehe


Alfonso de Albuquerque dan Hang Tuah, salah satu nama yang femes-ames dalam sejarah Melaka.


Sila perhatikan "NOTIS 07" berwarna merah nih."Pokok ini tidak boleh dibinasakan"???

Terasa nak gelak baca ayat nih. Tapi, pikir2 balik...ayat apa lagi yang seswai??? ditebang? dirosakkan??? (sambil geleng-geleng kepala)


A'Famosa ; Kadar bayaran: Percuma.
Kadar kepenatan untuk mendaki tangga: tidak terbayar dengan wang.

Sungguh penat bila panjat tangga A'Famosa nih. Siyes, aku tak tipu. ahhahahaha Walaupun, tangga dia bukanlah sebanyak tangga dekat Batu Caves, dan walaupun, bukanlah penat sangat, tapi, bagi seorang yang takde stamina, cuma tahu makan dan tidur je kejenya, adalah sangat penat untuk memanjat tangga ini. Lagi sekali aku nak tekankan, memang sangat penat, ok? ahahha

Kali terakhir sampai di A'Famosa nih masa darjah 6. Rombongan sekolah dengan Cikgu Samidah. Pergi Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, A'Famosa...dan...aku sudah lupa...! ahahah .long-term-memory-lost.


Setelah penat mendaki dan meredah segala badai di samudera, angin ribut taufan di taming sari, ahli-ahli rombongan memulakan misi mengisi perut. Sangat lapar dan yang penting sangat HAUS!!! Oleh itu, jika mahu berjalan meredah samudera, sila la bawa air mineral sebagai bekal, dan...kipas @ topi lebar sebagai penambah sejuk.

Selepas itu, semua ahli-ahli rombongan memulakan misi berjalan-jalan sehingga petang. Sangat penat sehingga tertidur di dalam bas (sila fokus aksi tidur yang dibuat-buat oleh Chuna dan Miera).

Psstt: Aku takut Emaruko, Farahana, Dat, cWan, Mahirah, G-jie, dan
izzaidah akan kata:

"Siap jalan dengan kawan-kawan baru...."

"mentang2 dah ada kawan baru, dah lupa kawan lama kat sinih..."

"dah sombong skang..."

"Kau yang dulu lain dengan yang sekarang..."

Jadi, sebelum mereka ulang sekali lagi atau kata ayat2 di atas, meh aku habaq dulu naa...

"Ya, kalau korang nak ke Melaka, aku leh bawak jenjalan..." hahaha dan...aku masih sama macam dulu, walaupun beratku tidak lagi sama...muahahahaha

Friday, June 5, 2009

Kena Kahwin ke?~

Wah wah wah…nih bukan sebab kena tangkap basah ke, apa2 ke, tapi…

tajuk entry kali nih, tercetus akibat satu perbualan aku dengan deskmate aku, Ah Fun (memang nama sebenar). Ah Fun nih Chinese girl, dia la selalu check coding aku kalau ada error..eheheh

Sebelum tuh, aku bagi satu “case study”:

“Dalam program yang aku join nih, jumlah peserta adalah 100 org. Semua duduk dekat apartment **** hotel. Satu apartment, ada 10 orang. Bilik ada 3. Setiap peserta telah ditentukan duduk di apartment mana. Jadi, memang bercampur satu apartment. Melayu, Cina, India. We are Malaysian rite??? Tapi, takdela campur laki dan perempuan dalam satu apartment….”

Ok, sambung balik perbualan kawen2 nih.

Ah Fun: Semalam kan, I tido mati woo…sampai Chia (salah sorang peserta laki) sms I mau pinjam lptp, I pun tak sedar punye.

Aku: O..Chia takde laptop ke???

Ah Fun: Ada. Desktop abang dia punye. Tapi, tak boleh connect pergi internet. U cuba bygkan lptp dia sudah zaman bila punye..(aku gelak je)

Ah Fun: Lagi kan, sebelum ini, kalau Chia mahu pinjam laptop saya, dia main masuk saja apartment saya. Tapi, lepas Prof Madya ****** bagitau jangan masuk bilik male/female sesuka hati, Chia sudah takut woo...

Aku: A ah, kan?

Ah Fun: U tahu tak? Hari itu, masa Chia datang apartment saya, ada 3 orang melayu punya perempuan duduk2 dekat ruang tamu. Mereka semua tak pakai tudung. Bila Chia masuk saja, mereka semua terus jerit2 dan lari masuk bilik. (aku buat muka terkejut…)

Ah Fun: Melayu memang tak boleh ke, tunjuk itu rambut sama lelaki cina??? Dengan lelaki melayu, saya tahu memang tak boleh…

Aku: Memang tak boleh. Dengan laki2 melayu ke, laki2 cina ke…sama saja. Even dengan U pun, I tak boleh sepatutnya.

Ah Fun:
O, macam itu ke??? You tahu, lepas Chia masuk apartment hari itu, dia masuk lagi second time. Ada 2 orang perempuan melayu lagi, mereka jerit lagi. Chia cakap sama saya, “Aiyaaa…kalau third time masuk, lepas tuh ternampak mereka lagi, mesti kene marry mereka bertiga la…”
Lepas itu kan, Chia terus takut kalau jumpa mana2 perempuan Melayu. Kalau dalam lif kan, Chia diri jauh2…dia kata sama saya, “Tak boleh dekat2…nt kena kawen…” ahahah Saya cakap sama Chia, “You tukar agama dulu la, baru boleh marry dengan 3 orang perempuan sekali.”

Dan…cerita kami terus bersambung. Baru aku tahu, orang2 cina tak boleh kawen lebih dari satu dalam satu masa. Hahahah “Boleh lebih, tapi kena cerai dulu. You sanggup ke, husband you ada isteri lain????”

Tapi, yang aku kelakarnya, Chia memang diri jauh2 bila jumpa perempuan Melayu. Bila dia datang tempat aku nak cakap2 dengan Ah Fun pun, dia nampak berjaga-jaga…ahaha

Persoalannya, “Kena kahwin ke, kalau ternampak aurat perempuan lain???” Entah apa2 je diorang nih. Diorang ingat perempuan islam jumpa lelaki islam je tak boleh. Jumpa laki2 cina boleh. Ahahha.

Monday, June 1, 2009

Virus "PNL" melanda ~

Apakah itu virus PNL? ya, tepat sekali...aku pun tak tau apakah virus itu. haha

PNL adalah sejenis virus yg patut dinyah secepat mungkin, agar penularan tidak terus berjangkit ke mana2 bahagian penting yang lain. Mungkin virus nih semakin berleluasa di Melaka, ataupun mungkin sedang menular ke mana mana daerah lain, cuma kita sahaja masih tidak diuwar-uwarkan akan kehadiran virus ini.

Petanda virus PNL:

1) mengalami perubahan selera yang mendadak
2) cepat letih dan termengah-mengah
3) kerap berpeluh
4) kerap keluar masuk tandas
5) muka, badan dan tangan seperti bengkak2...

Ok, aku kena berhenti melalut. Banyak lagi benda yang aku nak fikir selain virus-melalut-entah-apa-apa-nih...

Aku sekarang tercampak kat Melaka, Bandar Bersejarah. Ada join satu program *-------*, selama 8 minggu, iaitu lebih kurang 2 bulan bermula 10 Mei 2009 - 4 Julai 09. Oh, aku teruja pada mulanya...! Dan, hari nih sudah masuk minggu ke 4 dalam program nih.

****** Nama program nih terpaksa di sensor kerana menggunakan keyword program ini, aku telah jumpa beberapa blog peserta2 lain.

Disebabkan oleh FYP Presentation, aku, Azuan, Hafeez, dan Prof Suhaimi dibolehkan mendaftar lambat. Awal2 program, ada softskill, aku skip 4 hari sebab daftar lambat. Jadi orang baru dalam komuniti 100 orang peserta nih pada mulanya sangat terasing. Nasib ada ramai kawan2 yg peramah dan aku dapat sesuaikan diri. Secara pendeknya, dalam program nih, aku belajar:

Programming Fundamental using C (4 hari), RDBMS (4 hari), Oracle (4 hari), HTML + JavaScript (1 hari), Java j2ee dan advanced java...Jadual pulak, pagi lecture, petang lab assignment. Tiap2 satu modul, ada test. Tak lulus kena retest. Oh, part test nih aku tak gemar...!

Tapi, satu benda yang aku sangat gemar, bila masa MAKAN. MAKAN dan MAKAN. Lagi dan lagi. Penginapan peserta sewaktu program nih, adalah di **** Hotel, Melaka. Makan, tdo semua kat situ. Dan, boleh bayangkan tak macammana aku makan???

Setiap kali waktu makan, aku ambik semua ayam, udang, ikan, masuk dalam pinggan. Tak cukup pinggan, aku ambik piring. Tak cukup lagi, aku ambik pencuci mulut pulak. Macam2 makanan kat sini. Walaupun ramai peserta mengadu, menu kat hotel nih sama je, tapi aku cukup bersyukur. Kalau dulu nak makan kat hostel pun, menu utama pun kadang2 maggi. Tiba2 dapat makan kat sini, aku sangat suka. 4 bintang aku bagi! eheheh (^_^)V

Menu2 kat sinih memang menggugat selera aku. Ayam masak Thai, Tomyam, Udang goreng berempah, sotong goreng, Asam pedas ikan pari, Sup Ayam, Sup cendawan,telur bungkus, sosej, coleslaw, kentang goreng, popia otak2, mee soto, roti john, telur separuh masak, roti canai, ABC (kisar sendiri), puding2 yang sangat sedap,kek2 coklat, karipap, kuih muih, cornflakes+coco crunch+honeystar+susu. Terliur aku bila tulis nih. hahaha

Dan, inilah penyumbang utama virus PNL nih menular kepada aku. Virus ini aku beri nama : "Virus PNL: PENAMBAHLEMAKAN". Virus nih menimbulkan cakap-cakap tak enak dekat telinga aku:

"Eh, apsal aku nampak kau lain eh? ke kau tengah menstabilkan ketinggian kau dengan berat kau???" (Adi dan Apo, 2009)

Ketika aku sedang menaip dan memegang tetikus di lab, satu suara menegurku, "Ape pasal tangan u lain macam saja i tengok?" sambil cuit2 tangan aku yang makin lama makin menggemuk dan bandingkan dengan tangan dia. (Deskmate aku: Kwai Fun, 2009)

"Kenapa suara kau macam suara orang gemuk je nih???" (Puan Ana, 2009)

"Apsal muka makin tembam eh?", "Apsal baju dah kecikkkk????", "Apsal seluar nih ketat eh????", "Apsal lari sket dah mengah nih????", "Apsal aku naik lift terus je dia overload???"...(aku sendiri, 2009)

Oh, aku kecewa. muahahaha tak sanggup rasanya nak timbang berat sendiri. Takut jarum penunjuk tuh menunjukkan satu angka yang tak sanggup untuk dilihat. ahahaha

moralnya disini: Sendiri makan, sendiri tanggung!!! Makan2 jugak, kesihatan kena jaga....

pesanan penaja ditaja oleh : Kementerian Kesihatan aku sendiri laaa...

sedikit rajin untuk edit & hapdet gambar: (klik untuk gmbr yg lebih jelas, serius aku tak tipu)





semasa pembentangan projek akhir, mei 2009



walaupun dapat kenalan baru, kenalan lama aku tetap tak lupa, okey??...ehehe terharu tak??? oh, lupa, beberapa keping gambar ketika tiba di Melaka Sentral, ehsan daripada Azuan.


soft-skill module, aku skip 4 hari sebab daftar lambat...ehhehe


suasana di ballroom yg dijadikan lab, jam tepat 9.50pm, tp masih ramai yang tak siap lab assignment...oh, aku tensi!

hapdet punye: program yang aku join nih, seperti biasa, ada test untuk setiap module, yg terkini aku dengar, rm50 penalty bagi sesiapa yg fail bagi setiap module, cuba kira kalau la fail 3 kali??? itu belum campur penalty rm50 sebab terrconteng buku, hahah dan...rm10 setiap kali lambat scan kad matrix...muahahah tensen sudah, badan pun dah tak sedap, next test: ORACLE... ;)
Virus PNL + tensen...Keterujaanku yang pada mulanya sudah bertukar menjadi ketensenan...oh, tolonglaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...