Friday, April 3, 2009

Aku Benci~

Artis: KRU
Aku benci hipokrasi... kata ikhlas dari hati
Aku benci bangun pagi... tidur lewat tengok TV
Aku benci chat IRC... semua tipu identiti seksualiti
Benci tunggu teksi... tempat dekat tak nak pergi

Aku benci cetak rompak... hasil kerja kena ciplak
Aku benci rasa ngilu... cakar papan hitam dengan kuku
Aku benci kena saman... silap sedikit habis gaji sebulan
Benci minum kopi... banyak kafein boleh mati

Ada-ada saja yang tidak ku suka
Semua sama dua kali lima

Benci... benci bangun dari mimpi
Wang berjuta-juta mimpi jadi kaya
Aku benci terjaga tengah malam buta
Dan tak boleh lena esok hari kerja

Aku benci, benci, benci makan gaji
Tak henti-henti dimarah dan dimaki
Kerja separuh mati, hidup asyik dibuli
Bagaikan kuli dikerah sana-sini

Aku benci diskriminasi... pilih kasih ikut hati
Aku benci paparazzi... sibuk cari publisiti
Aku bencikan Shah Rukh Khan... lakonnya gimik, suaranya mimik
Benci lagu ini... banyak sangat yang dibenci

Ada-ada saja yang tidak kusuka
Semua sama dua kali lima

Aku benci menyanyi
Aku benci yang terjadi hari ini dan esok hari

sumber: dari lirik.com


Hahaha, memang banyak sangat yang dibenci dalam lagu KRU nih, aku dengar pun naik muak sebab terlalu banyak yang dibenci..aahahha

Lagu nih aku tak berapa minat, tapi oleh kerana liriknya bagai kena dengan kehidupan seharian kita, aku suka liriknya atas beberapa sebab yang tertentu.
Oleh sebab beberapa benda yang tak best yang berlaku kepadaku hari ini, aku nak tambah lirik versi AKU BENCI ini. Ahahah

Aku benci pengkritik, bagi kritik tak kena gaya,
Tanya itu dan ini, ketawa sana sini.
Kalau tak kena, katakan saja apa yang perlu kuperbaiki,
Bukan kritik tanpa beri peluang ku menjelaskan.
Aku perlu kritikan, tapi bukan kritikan tanpa cadangan.
Aku perlu kritikan, bukan tawa bagai mengejek.

Aku benci dengan diriku, kenapalah emosi pada benda2 cenggini,
Kenapalah air boleh ter”jatuh” depan pengkritik? Kenapa tak tunggu nanti2?
Aku benci dengan diriku, kenapalah susah menyampaikan maksud?
Kenapalah begitu payah meniti jalan yang licin?
Mungkin seliparku sudah haus, perlu diberi minum sekali sekala.
Atau mungkin seliparku kurang berkualiti,
baru pakai sekali, tapi sudah bergigi-gigi.

Ahahaha

Aku harap benda-benda tak best nih cepat-cepat dapat diselesaikan. Malas aku nak sentiasa macam nih, ada je yang tak kena nanti. Perkara paling berharga dan aku harap orang faham hari ini, INTONASI.

Ada byk beza bila aku cakap “AKU BEN...CI...” dengan nada yang rendah.
Lain juga bila aku cakap “AKU BENCI!!!” dengan nada yang tinggi. Dan sekarang, memang aku menggunakan nada yang rendah. Dah macam belajar intonasi pulak rasanya. Ahaks.

Apa-apapun, aku harap:

AKU BENCI bertukar AKU SUKA
AKU TAK FAHAM bertukar AKU FAHAM SUDAH!

Akhir sekali, aku harap sangat-sangat, segala mala benda yang carca marba dalam kepala nih, boleh jadi chantiiiiikkkkk aje..

Mood: AKU BENCI
nih telah menjejaskan mood:DINNER MPG YG SEPATUTNYA BERSUKA RIA…untuk pengetahuan, tema Malam Pra Graduan kali nih adalah MUHIBBAH..(apa punye tema daaa…) ahahaa oleh kerana baju-baju kebayaku yang sudah tidak padan di badanku lagi, aku tidak sabar melihat gaya rakan-rakanku nanti. Moga terubat segala kisah AKU BENCI…ahaks MPG mpg jua, test XML, formal language dgn dvlpment system xml tak de improvement dari segi progress...apa daaa...Emaruko, bila kita nak buat nih???

Bila jariku dah letih,tensi sudah naik ke kepala, pening sudah bermaharajalela, noktah ini ku tinggalkan . Wassalam.

12 comments:

aurora said...

wahhh..
bestlah yan wat benci versi baru!!
hehe.. ko de tercalon tak kat anugerah juara lagu aritu..?? ahaks..

cekkeya said...

huhuhu, aurora ;)

juara lagu???takde la sampai camtuh, ekekekek penulis lirik terbaik dah menang dah harituh, malas je nak kecoh2..ehehe

damia said...

amboi2 yan..leh jd penulis lirik berjaya nie..hehhe..InsyaAllah semua bende yg x best nie akan berlalu bagai d tiup angin pg..fuhh...melayang2 pergi..semua yg berlaku de hikmahnye...

kuizikel said...

aku benci benci pada dirimu.. aku bosan bosan pada dirimu.. aku sudah tidak percaya padamu lagi... <- ini versi lagu benci yg disukai..terbaikkkkkk..heheheheheh

:: G~JIE :: said...

sabar ye yan sayaaannggg...
ade hikmah tu..
nnt kte g mkn eskem yerH! (tp yan blanje..)

p/s: lirik baru ekk?? dengan nada gediX smbil menjatuhkan sket leher baju ke paras bahu dan berkata.."NAK SAINNN".... 18 SG ek?? haha..

cekkeya said...

ehehe

darnia: mohon2 benda camtuh cepat berlalu, ehehe

kui: klu ko yg nyanyi lagu tuh, kompem aku nak muntah...ahahaha

g-jie: hikmah? btul tuh...setiap apa yg berlaku ada hikmah sebaliknya, ehehe eskrem??? huhuhu sedap tuh...

~wan~ said...
This comment has been removed by the author.
~wan~ said...

yan..benci sapa ni yan???hihihi...

cekkeya said...

huhuhu benci kat ko la cWan..ahaha

Anonymous said...

"Aku bukan nk kata la kan..."(yan,2009)
"marah betil aku.."(yan,2009)

cekkeya said...

hahahaha betil ke betul ma???ahahaha

:: G~JIE :: said...

sy sokong emaruk0o..

trade mark yan tu weh!

kalo masuk AF8, leh la gune utk jd TAGLINE ko yan..hahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...