Tersebutlah alkisah 4 budak hitam di Kolej Teratai Dua yang sangat kebosanan pada satu malam. Yang seorang sedang membaca novel, yang seorang tengah membelek2 buku, yang seorang sedang duduk2 bersahaja dan kebosanan, dan yang seorang lagi tengah bercermin sambil menyikat2 rambutnya.
Oleh kerana si kawan yang sedang duduk-duduk-bersimpuh menyatakan kebosanannya, dia mencadangkan kawan-kawannya yang lain untuk berbuat seswatuh berkenaan kebosanannya itu. Si kawan yang sedang membaca novel berkata, “Ok ok, meh kita main sambung-sambung cerita.”
Maka, bermula lah cerita dongeng itu dengan ayat begini, “Pada suatu malam yang hening…” (sila baca dengan nada kanak-kanak yg masuk pertandingan bercerita)
Yang-sedang-duduk-bersimpuh: Abu dan Ali berjalan-jalan di kampung…
Yang-sedang-membelek-belek-buku: Tiba-tiba mereka ternampak…
Yang-sedang-membaca-novel: seorang perempuan cantik yang berbadan langsing sedang membuka bajunya…jeng jeng jeng...
Yang-sedang-duduk-bersimpuh: Abu berkata pada Ali, “Ali, ko nampak tak apa yang aku nampak???” (sila baca dengan nada teruja)
Yang-sedang-membelek-belek-buku: Abu, kau nampak tak, apa yang aku nampak??? (sila baca dengan nada dan intonasi yang berbeza dari yg dialog sebelum ini)
Yang-sedang-membaca-novel: (oleh kerana tiada idea, dia mengulang semula ayat sebelum ini dengan nada yang berbeza...) Eh, kau nampak tak apa yang aku NAMPAK ???
Sebelum si-yang-duduk-bersimpuh menyambung ayat, si-yang-sedang-bercermin-sambil-menyikat-rambut menyambung…
Yang-sedang-bercermin-sambil-menyikat-rambut: Jap jap jap.. biar aku sambung…
Abu…kau lupa ke? Kita kan BUTA...
Selepas itu, tawa terhambur. Teddy bear dan tak lupa juga bantal busuk saling berterbangan ke arah yang-sedang-bercermin-sambil-berdiri-di-belakang-pintu. Potong betul, cerita tuh terus jadi klimaks. Tapi, memang sungguh tak disangka yang si-kawan-yang-tengah-bercermin akan menuturkan ayat sedemikian, sekaligus menutup cerita dongeng itu. Sampai berair mataku dek kerana ketawa terlebih. Merah muka Farhana menahan tawa. Hasmawati pula tak cukup suara untuk ketawa. Hidayah hanya bersahaja sambil berjalan ke meja tulis.
Sesekali, bila kita di dalam satu situasi-yang-tak-dapat-nak-dikategorikan-ianya-situasi-apa, situasi dan peristiwa itu akan teringat-ingat dalam ingatan kita. Walau butir-butir ayatnya tidak jelas satu persatu, mungkin gambaran bila? dan di mana? ia berlaku masih tersusun cantik dalam memori yang satu ini.
Dengan itu, berakhirlah sesi sambung menyambung cerita ini. Hasmawati yang kebosanan sejak dari tadi terus menyambung kerjanya. Mungkin sudah tidak bosan lagi. Mungkin. Farhana yang membelek-belek buku tadi, terus dengan bukunya. Aku yang sedang membaca novel Shud-Tentang…Dhiya terus berpaling muka menghadap buku yang penuh dengan tulisan di tanganku. Hidayah yang sedang bercermin pula terus ke bilik air, memberus bajunya. Beberapa minit kemudian, bermula pula episod men ‘syampoo’ rambut di dalam bilik (bukan di bilik mandi), urut mengurut, cerita bercerita,makan makan dan banyak lagi yang aku tidak turut serta kerana terlalu asyik untuk menghabiskan pembacaan. Ehehe
Banyak nak dicerita kan lagi, tapi, lain kali aku sambung...
ps://dah seminggu tak tidur di bilik sendiri, begitu banyak lambakan baju-baju yang berbasuh dan tidak berbasuh...lotih eden! minggu depan start study week...oh, berusahalah!
5 comments:
oit..malu ak..kui3..tp ye r semlm mmg x sangka kelakar giler..hilang kepenatan seharian kat fac..hehhe..
amboi3.... hasmawati ader, farhana ader, hidayan ader. Maner watak cekkeya azyan yer?????? :p
memang kelakar la "mek dat" mlm tu. x sangka. Diam2 ubi berisi. Hilang feeling kita nk bercerita. Ha3.
hahahah
darnia_aqilah: laaa..apa nak malu, leh join raja lawok nih...ekekekek
emaruko: ooo, kan ada tuh watak aku...hanya disebut "aku"...betulla kan, takkan nak guna kata ganti diri sebagai nama sendiri...tak seswaiii..ekekekek
hahhahaha.. jelas memang bosan tahap cipan...
oh rugi aku tak stay lama2 kat teratai, mungkin aku leh masuk dlm dialog cekkeya kiah ni.. hehehehehhe
haha... mmg time tu smua on da spot jer kuar dr mulut2 kami..huhu... naseb baik dat potong trus,, kalo x,, mungkin penat juga kitaorang nak merapu habiskan cerita tuh...:)
Post a Comment