Thursday, January 19, 2012

Kalendar 2012

Assalamualaikum. ;)

Tak tak, bukan nak cerita tentang planning sepanjang tahun 2012, tapi nak cerita tentang Customized Calendar 2012. 

Sekarang nih, aku ada hobi baru. Sket-sket beli Groupon/Kupon online. ;) Pagi-pagi, kalau morning coffee kat Mozilla Firefox ataupun Bookmark page kat Chrome, mesti bukak  http://www.allgroupondeals.com/, Wajib. Eh eh, maksudnya, kalau tak bukak page tuh sehari, jadi serba tak keruan, begitulah perumpamaannya. 



Hari tuh ternampak kupon yang macam ini, terus terdetik dalam hati, "macam menarik je kalendar nih", terus je klik klik, sedar sedar dah terklik CIMBCLICKS lalu proses transaksi pun berlaku. 

Sedar-sedar, terus je download software Phototalkz, dan terus je tepek gambar sendiri dekat kalendar. Masa tuh hantar design hari Khamis, hari Rabu depan, terus je dapat bungkusan kat bawah nih. Superb lah service kat Phototalkz. ;)


Jeng jeng jeng. Kalendar yang design hari tuh, dah sampai. ;) Dup dap dup dap masa bukak bungkusan nih. Entah macam mana la kan, rupanya nanti. 


Turns out that kalendar tuh memang betul-betul meet the expectations. ;)


Nih muka belakang kalendar.

Nih muka depan.









Salwa, bangga tak bangga tak muka kau dalam kalendar aku? ;)

Nih pemandangan tepi tingkap, tempat senior (rummet). Hijau je pemandangan. Air cond rosak, air menitik dan aku kepanasan dalam bilik seharian. Nasib tak jadi itik panggang dalam bilik. *Exaggerate*

Oh, lupa pulak, kalendar nih, letak atas meja ofis. Minggu nih, ramai student keluar masuk bilik sebab akak senior satu bilik nih, ada buat consultation dekat budak-budak. Haruslah kan, periksa hari Jumaat esok, minggu nih baru terkedek-kedek nak datang jumpa minta tolong ajar. *macam tak biasa jadi student, last minute preparation.*

Ada sekali tuh, akak tuh cakap dengan aku. "You tahu tak, student I tengok dan belek-belek you punya barang. I cakaplah, 'Haih, apa kacau-kacau barang orang nih?' Depa semua dok kata, 'Tak lah madam. Tengok kalendar nih, cantik.' *ehem ehem* "I baru perasan, selama nih I keluar masuk bilik, I tak tahu pun yang atas meja you nih, kalendar rupanya. Macam mana you buat?" 


Bila akak nih cakap camtuh, patutlah setiap kali aku balik dari kelas nak masuk bilik, kalendar aku mesti dah ulang pusing. (muka surat yang terpapar tuh lain-lain). Setakat hari nih, adalah dalam 4, 5 orang colleagues yang masuk bilik dan tengok-tengok kalendar aku, dan end up dengan, "Cantiklah. Buat kat mana?" *Haruslah bangga kan* Jawapan dia: PHOTOTALKZ. Oh, masa beli kupon nih, beli dengan JigoCity. :) Thank you both of you. ;) You guys has made my day. ;)


Jadi, kepada yang tanya dan asyik puji kalendar aku cantik, sila rujuk http://www.facebook.com/Phototalkz untuk promosi kupon terkini. Sekarang nih, memang dah habis promosi customized potrait calendar for RM16.90, tapi rajin-rajinlah LIKE FB PHOTOTALKZ. Boleh jugak buat kalendar tuh start dari bulan 2, 3, ataupun seterusnya, tapi nanti mesti end up dengan setahun lah. Oh ye, boleh pilih sama ada nak pick up atau delivery. Kalau delivery, charge RM10.

Itu sahaja rasanya. Happy Chinese New Year 2012. Selamat Menempuh 2012 dengan lebih matang dan berhemah. ;)

p/s: tengah nak usha planner dekat kedai pulak. ;)

1 comment:

cikkawa said...

bangga tak bangga photo ku di kalender mu..hahhaha..pic tuh sume mmg HD laa..bgus2

pasnih boleh edit awa punya kalender pulak utk next year punya..wakkaka =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...