Sunday, January 15, 2012

Cuti Cuti Langkawi

Pagi pagi mandi perigi, 
Petang petang tanam sawi,
Siapa tak pergi memang rugi,
Jom ke Langkawi.

Okkay, okkay, abaikan pantun yang entah apa apa tuh. Assalamualaikum. Salam Sejahtera. ;)
Minggu lepas, 6-8hb Januari 2012, tiga orang makhluk ALLAH berjalan-jalan bercuti-cuti dan bermakan-makanan di Langkawi. Ye, Langkawi. OHSEM!!! ;)

Memang terbaikkkklah. Sukaaaaaa sangat. Sapa 3 orang makhluk tadi? Kejap la kejapla, nak cerita lah nih. Aku, Amatine, Khairiah. Cukup 3 orang. Aku dengan Yah naik flight dari LCCT. Atin naik feri dari Kuala Kedah.

Sebab entry nih, aku akan jadikan rujukan *berhajat nak g Langkawi lagi*, semua benda aku akan cerita dalam nih. Siapa tak sanggup baca, tengok gambar je lah ye. Tak sanggup tengok gambar? Ye lah, banyak kot. Sekarang nih pun, aku dah malas nak collage gambar. Semua main ambik sebijik, edit dalam batch banyak-banyak, letak watermark, terus tampal gedebik sebijik kat blog. Batch pertama gambar je dah 69 keping gambar. Ada lagi 11 keping baru upload. Kau ada? ;)

Okes. Bismillah. Hari Jumaat pagi 6hb Januari 2012, aku bergerak dari KTM Seremban ke KL Sentral pada pukul 10 pagi. Tiket RM 6.00 untuk KTM Seremban ke KL Sentral. Masa pulak 1 jam 05 minit macam tuh. Sebenarnya, boleh  je, naik KTM ke Nilai, dari Nilai terus naik bas ke LCCT. Tapi, sebab nak bersama-sama dengan Yah ke LCCT *ececececeh* takut sesat naik bas sorang-sorang sebenarnya.

Sampai KL Sentral dalam 11.15 camtuh. Keluar-keluar gate KTM kat atas tuh, terus nampak Yah. Cepat-cepat g bawah, naik bas Aerobus ke LCCT. Tiket dia RM8 sehala. Bas nih, setiap setengah jam ada pergi LCCT. Perjalanan dari KL Sentral ke LCCT memakan masa sejam jugak kot. Pendek kata, sampai LCCT dalam 12.30 tgh hari camtuh.

Masa book flight bulan 11/2011 hari tuh, kitorang tak buat kaunter check in *RM10 kau sekali dia check in kan.* Jadi, gunalah web check in. Percuma je, tapi kena check in 45 minit sebelum depart la. 

Ada kiosk dia cam kat bawah nih. Masukkan booking number je, klik sana klik sini.


Pilih nama passenger.


Siap dah. Dia terus print kan untuk kita.

Tadaaaaaa. Jimat RM10. Kan?

Masa kitorang tempah flight nih, tak la promosi sangat. Plus, kitorang pilih seat. Untuk pilih seat, bayar RM6. So, pergi balik dah RM12. Tambah dengan airport tax, luggage 20KG (balik dari Langkawi), total return flight adalah RM163 seorang. Lebih kurang jugaklah kalau naik bas dengan feri, tapi lebih cepat. 

Lepas check in, pergi makan McD dulu, sebab flight pukul 2.05 petang. 

Tempat menunggu.


Ampun, maafkan aku. Hidung kembang semangkuk sebab teruja first time dapat naik flight. ;)

Bila dia bukak gate je, cepat-cepat terus masuk.



Stewardess yang cantikkks meletup. 

Aku naik kapal terbang bebeh. I believe I can flyyyyy!!! *JAKUN*


Satu jam je flight, pukul 3.05 dah sampai. Dah nampak dah, tanah Langkawi.

Welcome!!!

Dari airport Langkawi, dekat kaunter yang banyak-banyak, ada kaunter yang mana boleh ambik Peta Langkawi secara percuma.  Jangan tak ambik tau. Dia dekat kaunter sebelah kiri kalau kita nak keluar tuh. *Yang dihighlight warna ungu adalah tips. ecececeh.*

Sebenarnya, anda boleh je terus sewa kereta dari airport, lepas tuh nak balik nanti, pulang je dekat airport, tapi sebab kitorang blur-blur dan tak tahu jalan, kitorang ambik teksi. Teksi dekat Langkawi nih sama je harga dia. Dekat Langkawi nih, ada lebih kurang 1000++ teksi. Harga dia memang tetap, sebab diorang bawah satu agensi. Kalau dari airport ke Pantai Chenang (tempat kitorang menginap), harga dia fix RM18 satu kereta. Kalau dari jeti ke Pantai Chenang, RM24.

Kitorang menginap dekat Grand Beach Motel. Rujuk sini untuk info lebih lanjut.

Motel nih betul betul tepi Pantai Chenang. ;) Yuhuuuuu!!! :)

Bukak tingkap je nampak pantai. OHSEM!!! :)

2 tahun tak jumpa Atin live sejak yu-ai-ti-em Mei 2009. ;) Kurus giler minah sorang nih. Berdiet berhabis-habisan. ;) Oh, lupa nak congrats harituh. Congrats Atin, wish aku pulak jadi kurussssss pasnih. ;)

Bila dah lama tak jumpa, macam-macamlah ceritanya. Selesai je solat dan berjejak kasih apa semua, kitorang terus je cari kereta ataupun motorsikal untuk disewa. Survey punya survey, motor dah abis. Tips dia, kalau korang nak sewa motorsikal ataupun kereta dekat Pantai Chenang nih, kena pergi awal pagi, kalau tak habis.

Untuk penyewaan kereta, kitorang pergi dekat T-Shoppe. Sewa kereta untuk Kancil RM65 sehari (tak da permit), untuk yang ada permit pulak RM80. Jangan tanya aku, apa beza permit dengan tak dak permit. Diorang nih pusing je lebih. Kalau yang tak ada permit, depa kata, kalau polis buat roadblock, nanti kena tahan, polis ambik kereta tuh. Tak takut ke kau, kalau diorang kabo lagu tuh? Lagipun, awal-awal lagi, abang teksi dah pesan, baik sewa yang ada permit. Senang hati dan senang cerita walaupun mahal RM15 dengan yang takdak permit.

Lepas sewa kereta dalam pukul 4.50 petang, kitorang bergerak isi minyak. Terus tuang RM20, padahal sewa untuk sehari je, sebab senang, nanti tak payah susah susah cari stesen minyak lagi. Tips lagi satu, kalau korang sewa kereta untuk sehari, isi RM15 atau RM10 pun cukup. Nanti nak pulang kereta, kalau macam tak cukup, isi lah lagi. Banyak je stesen minyak dekat Langkawi.

Plan kitorang petang tuh, adalah untuk pergi naik kereta kabel. Melalui tips yang aku baca dekat blog orang lain, naik kereta kabel disarankan pada waktu petang. Lebih cantik dan tak ada kabus kalau nak tengok pemandangan dari atas tuh. Tambah tambah pulak, naik kereta kabel nih, kalau waktu petang, dia buat HAPPY HOUR. RM15 untuk dewasa dengan MyKad, berbanding waktu yang tak happy sangat RM30. See? 

Dalam perjalanan nak ke kereta kabel, lepas isi minyak, singgah dekat masjid. Atin tak boleh buat solat jamak, sebab dia tak cukup jarak untuk dikira sebagai musafir.


Rujuk peta bawah nih. Kereta kabel nih, satu tempat dengan Oriental Village nih. Tips lagi satu, kaji peta anda sebelum memulakan perjalanan. Kalau tak, anda akan sesat macam kitorang. Siap tersesat sampai nak ke Pekan Kuah walhal nak naik kereta kabel. Opposite direction plak dah. Sepatutnya 10.5KM ke kiri, boleh pulak 10KM ke kanan. Macam-macam dugaan. Panik lah sekejap. ;) Puas berhenti tanya orang tuh, tanya orang nih. Akhirnya, ALHAMDULILLAH. Dalam 5.30 petang camtuh, selamat naik kereta kabel. ;)




Yeayyyy!!! Tinggi you alls. Seram jantung mak, nak. ;)

Untuk kereta kabel nih, kalau anda dari bawah kaunter, paling lambat boleh naik adalah pukul 7 petang. Kalau anda dah dekat atas sekali, nak turun bawah tuh, paling lewat adalah 8 malam. 




Kereta kabel nih dia ada 3 perhentian. Pertama, yang masa kat kaunter tadi tuh lah. Kedua, dekat middle base. Boleh berhenti dan ambik-ambik gambar.

Ini middle base. Dari pelantar middle base nih, boleh turun tangga ke bawah dalam 5-7 minit. 

Yah, nampak comellah bila buat gaya gitu. *mata ke atas, tangan di dada* ehehe

Subhanallah. Pemandangan dia, sangat cantik. Boleh nampak kapal kapal, hutan hutan. Pendek kata, warna hijau dan biru kat atas tuh. Tenang dan damai je mata memandang.



Ada teropong kat situ, boleh sekodeng orang.

Vandalisme okkayyy. 


Lepas dekat middle base nih, boleh tunggu kereta kabel untuk naik ke top base pulak.

Fuh, boleh buat frame gambar nih. ;)

Yah, saja je kan, sabotaj gambar aku. ahahha

Dekat atas sekali, top base, boleh pergi jambatan gantung. Bergegar lutut aku naik jambatan nih. Seriau. Gerak sket je, dah macam bergoyang-goyang jambatan nih.





Tapi, pemandangan kat atas tuh, breathtaking. ;) Sungguh superb dan OHSEM. :)

Sebenarnya, boleh jugak pergi Telaga Tujuh, tapi awal-awal lagi, abang teksi yang bawak kitorang tuh, dia kata, dia nasihatkan tak payahlah pergi sebab bulan nih musim panas. Tak cantik sangat kalau pergi Telaga Tujuh, kering je. Tambah tambah, makan masa 20 minit untuk mendaki ke Telaga Tujuh. Tapi, kalau pergi Telaga Tujuh tuh masa musim hujan, memang cantik pemandangan dia. 


Depan tuh, ada oriental village. Tak ambik gambar pulak. ;) Penat mendaki tangga dan lapar. Kan sesat tadi tuh. :)

Dari kereta kabel, turun bawah tuh sket dengan kereta, ada lori gerai nama dia Hafiz Rojak Buah. Dekat situ, pasembur dengan laksa dia memang recommended. 

Hafiz Rojak Buah nih letaknya dekat tepi pantai.

Ramai orang, kena tunggu lama sket. 


Sampai pun air. Siap order lagi satu cawan, sebab dahaga sangat. ;)





Yah sedang sebuk kaji peta untuk ke Pekan Kuah pulak. Mujur kitorang sesat tadi tuh, so, "Ooohhh, nak ke Pekan Kuah nih, guna jalan yang kita sesat tadi, yang kena U-turn tadi tuh." See, ada hikmah kan?

Mintak tolong adik yang tengah lap meja dekat situ ambikkan gambar bertiga. 

"Nampak belakang nih tau dik."

"Nampak tak pemandangan belakang nih?" "Nampak nampak." "Cuba tengok gambar tuh, nak ambik lagi tak?" Peramah naa adik tuh. Kecik kecik dah tolong mak ayah meniaga. ;)

Nah, pasembur. Makan jangan sampai tersembur.

Baca doa makan dulu ye, adik-adik? 

Aminnnn Ya Rabb. 

Nih laksa. Yah yang order. Aku dengan Atin makan pasembur. "Tak de lah sedap sangat." aku cakap. "Mungkin sebab tempat lain tak sedap kot. Sini yang paling sedap." Atin dengan Yah menyetujui fakta yang aku cuba sampaikan. 

Tapi, dalam kata kata aku tuh, habis tetap habis okkeh. 

Licin pinggan Atin.

Yelah, dari pagi makan biasa-biasa. Petang pukul 7 baru makan lagi. Haruslah lapar, kan?

Lepas singgah solat Maghrib, terus ke Pekan Kuah. Survey harga coklat dulu. ;)



Menuju ke Haji Ismail Group.


Mujur tak ada orang yang ala-ala mak-mak. Kalau tak, jenuh lah nak mencari pinggan ke senduk ke nak p survey lagi. ;)


Sedap coklat Whittakers nih. 3 Bungkus (dalam gambar yang kanan tuh) RM19. Banyak dan penuh dengan almond. Nyam nyam nyam. ;)

Haruslah feeling feeling obersi. Bergambar dengan billboard tepi jalan.

Tengok, saja je tak nak bagi aku feeling feeling obersi. Tepi tuh sah sah nampak gerai-gerai Malaysia.


Singgah pergi Dataran Helang jap, tapi malam, takde apa sangat pun. Gelap je, dan tak nampak pun helang kalau ambik gambar. ;)

Sampai Pantai Chenang tempat kitorang menginap tuh, terus je pergi cari tempat makan.Tak ingat nama Restoran nih, nanti aku update. 

Nasi Goreng Biasa RM4.

Tomyam Sayur, mangkuk kecil RM8 kot. Betul tak Atin?

Tomyam Sotong.

Nasi goreng aku, licin okkayyyy. 

Tapi, tomyam dia "aku masak lagi sedap kot." ahhahha Rasa dia tak kaw kaw, rasa dia light light je.

Lepas habis makan, terus balik bilik, dan aku tertidur. Atin pulak, dia kata, "Tak boleh Yan, temankanlah aku, aku kena tunggu 4jam, bagi makanan nih digest dulu." Hohoho maaflah Atin, aku dah tidur ketika itu. ;) 

Untuk hari kedua dan ketiga, aku update nanti-nanti okes. ;)

Sampai sini dulu. Jumpa lagi. 

4 comments:

vanilla bean said...

mangroove...nak2

ketikketok said...

Another wonders of the world Gallery Microfungus House of Magic Potions Tanah Rata and KetikKetok!

Nur Betty said...

salam...masa tgh tgk2 gmbar...tetiba tgk akak bertudung pink...tgk betul2...omgggg kau ke amatine...se opis tu....hamboi atineeee

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...