Sunday, January 29, 2012

(VIDEO) Langkawi ;)

Agaknya, kalau blog nih, boleh bercakap, dia akan kata, "KAU NIH, ASYIK LANGKAWI LANGKAWI LANGKAWI. BOSAN AKU."

ehehe, nak buat camne. ;) Nih video yang sempat diambik dan diedit sekejap-kejap. Dah lama nak publish, tapi tak terbuat buat. ;)



Oh, komen yang membina sangat sangat dialu-alukan.

Wednesday, January 25, 2012

Berikan Aku Cinta

Hari tuh, balik kampung dengan kawan aku. Kakak dia dok pasang MP3 dalam kereta, pastuh dok syiok plak dengar lagu tuh. Balik je, terus cari lagu tuh.

Ya, lagu dia, "AYUSHITA- Tuhan, Berikan Aku Cinta." OST Ketika Cinta Bertasbih.

Jadi, aku kongsikan dekat sini, untuk sapa sapa yang teringinkan lagu lagu yang feeling feeling suara sedap bila korang nyanyi, bolehlah donlod guna YouTube Downloader eh? ;)


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta



Source: http://liriklaguindonesia.net/ayushita-tuhan-berikan-aku-cinta-ost-ketika-cinta-bertasbih.htm#ixzz1kTfOMZjp



p/s: aku jadi gelabah, bila orang tanya, "Dah ada Boyfriend?". Makcik, nenek, akak, adik, saya nih memang ramai kawan lelaki (read:boyfren), tapi yang spesel belum lagi. *ececececeh* ayat nak ikut komik Ujang. ;) 

Umur Wajah

Pernah beberapa orang bertanyakan umur aku. "Umur Yan berapa ek?"

"18."20++

"Eh eh, nampak matured giler mukaaa!" Kengkadang tuh, siap ada yang menambah, "Nampak macam saya adik, awak kakak, walhal awak lagi muda dari saya." DUSH DUSH DUSH sebijik dapat kat muka aku. ;)

Ya, kengkadang tuh (read:KENGKADANG, bukan SELALU), aku terambik hati jugak lah. Kengkadang tuh, sampai rasa simpan hati dekat orang tuh, "Tahulah. Tahulah muka dia tuh comel, badan pun kecik je, tak perlu lah kot nak cakap terus terang camtuh." *hard-feeling*

Tapi tapi tapi, bila fikir-fikir balik, buat apa nak feeling feeling terasa ke apa ke kan. Everything happens for a reason. Biar lah orang nak cakap, ataupun fikir apa, yang penting hati kita tetap mudaaaa! :)

Okeslah cekkeya, merepek bukan bukan. Jadi, hari ini, marilah kita tengok petua awet muda. Sumber: Tanya Google

1) Jangan minum semasa makan atau makan semasa minum. Maksudnya kita mestilah minum setelah selesai makan. *Susah nak amalkan, bila dah terbiasa dengan rutin camtuh. Lagi lagi tengah makan laksa, asam pedas, masak lemak cili api, mahu segelas air diteguk sebab pedassssss, tapi besttt*

2) Apabila mandi, mulakan dari kaki, badan dan akhir sekali baru kepala. Selain itu, orang yang mengamalkan mandi sebegini jarang demam. Mandi juga digalakkan pada awal pagi, sebelum subuh.

Sekian, terima kasih. Berjumpa lagi di rancangan PETUA UNTUK PEMUDA. ;) Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)

Saturday, January 21, 2012

Langkawi Lagi (Part II)

Assalamualaikum. :) 
Langkawi lagiiiiiiiii. Haruslah, kan? ;)

Okes. Hari tuh berhenti sampai hari pertama di Langkawi, kan?
Jadi, ini sambungan di hari kedua dekat bumi permata Kedah nih. 

Pagi pagi Sabtu tuh, kitorang dah bangun pepagi seawal 6 pagi. *pagi ke?* Usai je solat Subuh, chewah ayat.  Usai gituuuu.  kitorang terus je pergi luar, keluar untuk hirup udara pagi dekat tepi pantai. Damai, tenang je rasa.


Ini motel tempat kitorang duduk.


Gelap lagi walaupun dah pukul 6.35 pagi.

Jom kita lepak-lepak dulu tepi pantai.


Awat gaya aku sama je dengan gambar di atas? 



Cantik kan pemandangan dia? #Subhanallah

Okes, terang sket dah. Matahari serba sket dah nak kuar dah.

Ececececeh Atin. Kemain lagi bergambar.

Haa, tengok. Tegur sket pun tak boleh. Terus shut down mood nak bergambar.

Segala rezeki ALLAH tertebar di langit dan lautan.




Bergegar gegar. Tangan siapa lah yang dengki dengan aku nih. ;)

Haa, better. Thank you Atin. ;)

Aish, minah nih. Hari tuh pergi casting Ombak Rindu tak dapat, jadi, bergambar tepi pantai sambil posing ala-ala Izzah pun jadilah. ekekekekek *ampun Atin*

Jernih tak jernih tak air dia?


Yah dengan muka yang tak sabar nak mandi manda.

Haa, nih sapa yang TERRRRRsnap gambar nih. 

Kat Pantai Chenang nih, banyak kulit-kulit siput. Sakit tapak kaki kalau pijak tak pakai slipar.

#Subhanallah.

Yang nih, tak tahu lah binatang apa. Tapi jejak dia macam berpusar-pusar lepas tuh terus masuk dalam lubang tuh. Nampak tak? *Tekan CTRL+Klik untuk tumbesaran gambar*

Tak paham kenapa mesti nak ambik gambar pegang kunci. Oh, pehlisssss. 

"Sini plak, yah. Biar nampak pemandangan belakang pantai." Atin, kenapa matamu seakan akan tutup?

Okes, better.



Nih pun GRAND BEACH MOTEL jugak, sebelah je dgn rumah batu tadi, tapi yang nih kayu la kan, obviously.

Lepas cari makan pagi *breakfast*, kitorang cari pulak PAKEJ ISLAND HOPPING/ISLAND TOUR. Normal rate adalah RM25/seorang. Sapa bayar RM30 dia kena tipu dengan akak yang kerja kedai RASA kat sini. muahahahhahahah #marigelakbesar

Sementara tunggu orang pick up kitorang kat sini, kitorang pun posing la dengan beskal tua depan restoran tuh.


Feewittt. 

Ececececeh.

Eh, nih bukan Restoran Rasa yang kusebut-sebutkan tadi tuh ke? 

"Ye betul, cekkeya." #Pasrah

#tapimestiHAPPY

Pizza Artissans. Err, I mean yang belakang signboard tuh ye. 


"Lambat benarlah. Betul ke Island Hopping nih pukul 9 pagi? Dah pukul berapa nih? 9.05 dah." Takpe tak pe, kita chill dulu. Ambik gambar, okes.

Eh, Yah pun nak jugak.

Feewit, model baju CAP AYAM. ;)

Eh, Atin. Main cak cak pulak ye.


Garang nampak?


Oh, inilah kedai T-Shoppe yang popular kot, boleh sewa kereta atau motorsikal yang aku cerita dalam entry lepas. 

Okes, sekelip mata, kita sudah sampai ke destinasi untuk mulakan Island Hopping.






Destinasi Pertama: Tasik Dayang Bunting.

Sebab tak bawak baju dan tak reti berenang, haruslah duduk tepi pangkin je. Celup celup kaki je. 

Fuhh, kamera handphone Yah siap ada biasan cahaya.

*Yang tak ada watermark, kamera Yah*


Abaikan objek atau subjek subjek lain. Memang pemandangan tak berapa indah sangat.

Ok, clear sket pemandangan tepi nih. ;)




Bacalah Lagenda Tasik Dayang Bunting.



Waktu nih, Atin tengah patah balik ke belakang jalan, untuk trace dia punya brooch yang hilang secara tiba-tiba. 

Lepas satu jam dekat Tasik Dayang Bunting, abang bot suruh tunggu kat tepi untuk dia ambik dan bawak ke tasik lain pulak.






Yang satu bot dengan kitorang, ada group budak laki Melayu 3 orang, perempuan sorang, couple dari German kot, dengan family Cina dari Johor. 


Lepas tuh, tengok Eagle dekat tempat Eagle Feeding.


Diorang akan baling kulit-kulit ayam, helang pun sebuk sambar dari atas. Fuh fuh, bunyik burung helang tuh, "syuingggg, syiungggggg, syuingggggg."

Lepas tuh, hentian terakhir adalah Pulau Beras Basah.

Air dia jernih wooo. Siap boleh nampak ikan lalu lalang dalam air lagi.




Siap bertelefon lagi di sini. Gunalah MEKSIS okes, di mana jua, di ceruk mana.


Ambik gambar bertiga, mintak tolong minah German yang syok tengok kitorang tangkap anak-anak ikan.


Alang-alang, ambiklah gambar dengan dia sekali. Atin, aku bagi gelaran kat kau lah, "RATU SUKA TUTUP MATA BILA AMBIK GAMBAR"

Kan? Betul tak aku kata? ahahah

Pindah port lain plak. Redup sket.


Oklah, gambar sudah terlampauuuuuuu banyak. Biarlah aku mengundur diri. Nanti aku sambung lagi okes. :) Sekian, adios amigos, wassalam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...