Monday, November 14, 2011

Makan Makan-an

Sapa yang tak suka makan? I mean, "Sapa yang tak excited bila cerita tentang makan?" Kan? Kan? Jadi, hari nih, biarlah saya cerita tentang MAKAN. *gambar mengikut kronologi masa kejadian*

 Ini dekat Restoran Warisan, N9. Masa farewell party Akak-yang-nak-sambung-PhD. Tak ingat bila, tapi ada cerita tentang nih dalam entry nih.



 Ini udang masak telur masin. Fuhhhh, terangkat wokeyh! ;)


 Ini sotong goreng tepung sekati. ahhaha tepung dia, mak aihhhh, lebih tepung dari sotong. ;)

Seterusnya, kita pergi KFC lah eh? Masa deepavali hari tuh, kebetulan gaji pun dah masuk, ajaklah abah dengan Awa, adik pi makan KFC. Awa pun ada buat entry nih, boleh rujuk sini.

"Abah, yang family punya ada 9 ketul ayam, dengan 15 ketul ayam. Nak ambik yang mana satu?"

"Mestilah ambik yang 15 ketul. Nanti adik kat rumah tuh tak cukup pulak." ;)

 Aimi kemain suka bila sebut KFC. 

 Sila terliur. ;)


 Sila terliur dua kali. ;)


 Oh Abah. Urat dawai di tangan dan lehermu, mengingatkanku pada umurmu yang sudah menjangkau 64 tahun. ;) *Moga abah sentiasa sehat dan dipanjangkan umur oleh ALLAH dengan kebajikan.*

 Haa, nampak. Gembira Aimi sebab dapat makan kerak ayam. ;)



 Oh Ayammmmm!

Seterusnya, nih masa pergi tidur rumah Sabrina hari tuh. Ada cerita dekat entry nih. Masa Sabrina ambik dekat Larkin, terus bawak pergi makan sini. Restoran Anjung Warisan kalau tak silap nama dia. Yang Toi AF main angklung tuh. 

Not bad lah makanan dia. Tempat pun ok. ;)

 Woiii, nak soh aku terliur berapa kali nih? hahahaha


 Nih aku punya makanan. Kuey-Teow-Kungfu-Panda diberi nama. ahaha Ingat lawak? ;)


 Nih Sab order Western Food. 


Amboi Sab, ada je menyelit masa orang dok snap eh? Pantang tengok kamera. ;)

OK, seterusnya, mempersembahkan, dessert-paling-sedap-pernah aku buat. :) Ok, perkataan buat tuh macam exaggerate sangat. Bukanlah puding ke apa ke, tapi aiskrim je punnnnnnn. ;) Tukar lah ayat. Mempersembahkan, "Dessert-paling-sedap-pernah-aku-beli"

 Apa yang anda perlu untuk dessert ini, sebiji epal. 


Aiskrim yang sejuk beku dalam peti ais.


Kalau boleh, aiskrim yang jenama ini ye kengkawan. Enak, sedap dan marveles. ;) Ada je kat kedai-kedai kecik, harga 1.2L adalah dalam RM6++.

Ok, potong epal tadi kecik-kecik macam dadu atau segitiga. 


Campurkan aiskrim tadi ke dalam mangkuk berisi epal. 


Gaul rata, dan TADAAAAAAAAAAA.

 Dessert paling sedap yang anda pernah beli. :) Oh, boleh jugak campur dengan kacang. Fuhhh, dah macam minum ABC plak rasanya. ;)


Nak selit jugak, nih bekal aku ke tempat kerja untuk hari Khamis lepas. Ayam masak kicap. ahahahah ;)

OK, seterusnya. Nih Nasi Ayam Gemas, dekat Bahau. Sedap jugak nasi ayam dia. Untuk 2 pinggan nasi ayam, jus oren dan neslo, kitorang kena RM15. OK lah. Ayam dia macam bau asap, sebab bakar atas arang ke apa ke. Tak sure. Tapi overall sedap nasi nih. ;)


Nih Cik As, merangkap ofismate dan housemate. ;)

Nih wall of fame kat kedai tuh. Ada banyak gambar artis yang makan kat kedai tuh, tapi lain-lain gambar yang zoom sket, ada pada handphone Cik As. Handphone aku bateri kong bunyi tenenet-tenenet je masa nak ambik gambar. ;)

Oklah, itu sahaja kot. Sekian. Terima kasih. ;) Assalamualaikum.

p/s: oh, pertama kali letak watermark dalam gambar. OK tak OK tak? ;) Oh, Gud Lux buat calon-calon SPM tahun nih. Esok kan? Buat adik terchentaaaaa, sila berusaha betul betul. Jawab dengan elok-elok. Fighting!!! ;)

2 comments:

S.IxOrA said...

yan, ice cream tu kalo mkn dgn strawberi@ anggur pun sodap..lg sedap tambah puding roti coklat buatan sendiri..seeeeeedddddddddaaaaaappppnyeeeeeeeeeeeee..................
p/s: ak dah pandai masak skrg,hehe..

cekkeya said...

fuhh, strawberry nak dpt celah mana kek pedalaman camnih? ahhaha

sodap sodap sodapp!!!

ceh, nt kita buat battle of the cook la eh. kita bertanding main masak2. ahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...