Tuesday, October 18, 2011

Serba Salah

Hey Hey Hey. ;) *Aku tak percaya cinta* Hey Hey Hey.

Kau pesal, tetiba nyanyi lagu Liyana Jasmay pastuh terus tak bagi salam? Okkaylah, Assalamualaikum. Berbaringnya saya pada hari ini, sambil menaip, adalah untuk menceritakan satu perihal "Serba-Salah" yang terjadi pada hari semalam. ;)

Semalam, aku pergi temuduga di fakulti sainskomputernmatematik-shalam *please mind the spelling*. Ada tiga orang penemuduga. Pertama sekali, dia akan suruh kau perkenalkan diri. Lepas tuh, macam biasa, dia akan suruh kau olok-olok mengajar depan dia. Lepas abis je aku buat mengajar, dia kata, "Okkay, overall, you have good eye contact, your level of confidence OK, but, I think you speak too fast." *yes, aku dah macam jadi peserta AF yang dikomen oleh pengkritik* tapi, aku senyum je. ;) *aku admit, memang laju aku cakap waktu tuh. Feeling ala-ala Sarimah kan. ;)

Lepas tuh, soalan yang ditanyakan, "Why do you love teaching?" *fuh, ini memang dah target soalan bocor. Dah sedia skrip jawapan dari malam semalam.* "When do you plan to further your PhD?" "If you're going to continue your PhD, what will be your area of interest?" "Between teaching and research, which one do you prefer?" "You, graduate from YouTiEm rite? How the environment or what do you think about the equipment in doing research at YouTiEm.?"

Okkay, I tell you what. Soalan bocor "Why do you love teaching?". Memang aku dah prepare jawapan, walaupun, bukan dalam struktur bahasa Inggeris yang bagus, tapi cukuplah untuk buat aku yakin bila bagi jawapan tuh. "I don't know how to answer this question. I love teaching because of the fact that teaching give me SATISFACTION. When I teach someone or something, then they understand what I'm talking about, and at the end of the class, they say THANK YOU, my heart feel something that I can describe it as JOY and SATISFACTION. Compare to other job description, I can say that I love teaching the most." ;)

Ececeh. Beriya. Padahal, macamlah pernah kerja benda lain sebelum nih. ;) Eh, dah menyimpang jauh dah nih. Nak citer pasal serba salah je, tapi tercerita lelebih plak pasal temu duga. ;) You all suka makan rojak kan? Sekarang nih, aku bagi korang rasa apa itu rojak. Campur semua dalam satu. ;)

Tutup cerita temuduga. Ini temuduga peringkat pertama, dalam emel yang dilampirkan kepada aku, dia kata kalau berjaya peringkat pertama, akan dipanggil temuduga keesokan harinya untuk peringkat kedua. Dia kata tunggu panggilan lepas nih. Nak dipendekkan cerita, temuduga tu dalam pukul 9 pagi, pukul 10 setengah pagi aku dapat call dari fakulti.

PEMBERITAHU: Assalamualaikum. Cik A  ye?
YG DIBERITAHU: Ye saya.
PEMBERITAHU: Saya Kak M, dari eF-eS-Kay-Em, tadi ada temuduga kan?
YG DIBERITAHU: Aah aah.
PEMBERITAHU: Nak beritahu la nih. Cik disokong untuk temuduga peringkat kedua pulak lah.
YG DIBERITAHU: Ooo, jadi, esok saya ke pejabat Pen-daf-tar la ye?
PEMBERITAHU: Aah aah. Betul betul. Jadi, esok cik pergi ke sana untuk temuduga seterusnya lah, ye? Tahu kan, dekat mana? Eh, sekejap sekejap sekejap. *Bunyi tone yang menurun* Cik nih, Cik A ke?
YG DIBERITAHU: Ye saya. Cik A bercakap.
PEMBERITAHU: Ooo, saya minta maaf Cik A. Cik A TAK DISOKONG la eh. Mintak maaf sangat-sangat.
YG DIBERITAHU: ???? *dalam hati aku, ini prank ke apa sebenarnya? kejap cakap berjaya, kejap cakap tak disokong plak. Drama apakah?* Tak disokong??? Boleh saya tahu kenapa tuh ye? Reason dia?
PEMBERITAHU: Tak tahu la pulak saya. Nanti saya telefon balik. Minta maaf ye cik.

Hello??? Satu kebengangan dan kehampaan yer. Bila kau diberitahu berita baik, tup tup it turns out jadi yang tak berapa elok didengar.

Selang berapa minit lepas tuh, dia call lagi.

PEMBERITAHU: Cik A, nih Kak M. Akak mintak maaf sangat-sangat. Cik A berjaya dan disokong untuk interview peringkat kedua.
YG DIBERITAHU: Ohhh, terima kasih kak. Terkejut saya tadi, bila tak disokong. Gelabah la kejap saya. Akak saja nak prank saya eh?
PEMBERITAHU: Mintak maaf mintak maaf. Akak tersalah pandang tadi. Tuh la akak tengok, kesian la pulak budak nih, tak dapat pulak. Akak semak-semak balik, rupanya tersalah pandang. Minta maaf yer.
YG DIBERITAHU: Oh, tak apa kak. Tak apa. Terima kasih eh. ;)

Jadi, lega sikit lah hati dan perut di situ. ;) Point penting kat sini, susah tau, kalau benda yang tersilap tengok nih. Lagi-lagi, bila kenyataannya tak elok, tapi dia bagi tahu yang tersilap tengok kat kau, kau dah gembira dan suka, tup tup, dia mintak maaf sebab tersalah tengok. Haru tak? Lainlah, bila dia tersalah tengok benda yang tak elok, tapi kenyataannya adalah benda yang baik. Barulah jadi, nangis-dulu-gembira kemudian.

Kawan aku pernah cerita, makcik dia adalah orang yang jaga keputusan peperiksaan. Maksudnya, kalau keputusan PMR tuh akan keluar hari Selasa, hari Ahad sebelumnya, makcik dia tuh dah boleh tengok result. Jadi, pada hari kejadian, makcik tuh telefon la mak kawan aku nih. Dia sebuk bagitahu ucapan TAHNIAH, sebab anak lelaki *merangkap adik laki kawan aku* dapat 8A. Bangga dan suka lah mak dan adik laki dia nih. Yelah, 8A kau. Straight A's.

Sampailah hari kejadian, iaitu hari Selasa yang mana tarikh PMR sebenar keluar. It turns out yang sebenarnya adik kawan aku tuh, cuma dapat 6A 2B. Makcik dia TERSALAH TENGOK sebab list nama tuh kan panjang dan berserabut nak tengok kalau tak pakai pembaris kat skrin komputer. Yang dapat 8A tuh adalah kawan kepada adik laki tadi, yang kebetulan berada di bawah namelist adik kawan aku nih. Haru tak? Bengang tak? Makcik nih memang SERBA SALAH yang amat dekat emak budak tuh, dekat budak tuh dan dekat orang lain yang dia dah jaja cerita dia dapat 8A.

Lain kesnya, bila kau tersalah tengok yang dia dapat 6A2B, tapi turns out dia dapat 8A. Macam aku kata tadi, kau nangis dulu, gembira kemudian. ;)

Ini boleh dikategorikan OK lagi lah. Makcik tuh ada perasaan serba salah. Yang ini lain pulak ceritanya. Aku dengan kawan aku pergi Bank IS----LAM. Orang kaunter tuh promot soh guna i-TAPPPPPPPP. Application untuk mobile phone la kan. Boleh access akaun Bank IS____LAM tanpa perlukan internet connection katanya. Dia akan install apps tuh kat phone kau la. Boleh transfer duit, boleh check baki akaun. Tapi caj dia RM1 utk bayar bil la. Kawan aku pun kata OK lah. Yuran tahunan RM8 kot.

Pastuh, aku nih pun menyibuk-nyibuk lah.

"Untuk yang ini kan, telefon kena canggih ke apa?"
"Eh tak tak. Kalau dapat telefon yang dulu dulu tuh, lagi bagus. Itu lagi senang. SEMUA TELEFON BOLEH PAKAI APPS nih."
"Ooo. OK." Kawan aku nih pun mulalah mengisi borang untuk servis tuh la. Orang kaunter nih, dah dua kali racun aku soh ambik jugak servis tuh lah. Aku pun dah dua kali menolak sepanjang menunggu kawan aku isi borang tuh.
Lepas je abis isi borang, orang kaunter tuh tanya kat kawan aku. "Pakai telefon apa eh?"
Kawan aku pun cakap lah, "NOKIA" sambil hulur telefon dia pada orang kaunter tadi.
"Eh, nih NOKIA X2 eh? Nokia X2 tak boleh. Telefon nih dengan telefon apa lagi satu tuh eh, dia tak boleh."
"Laaaa, ye ke? Jadi, kena tunggu saya tukar telefon lain la baru boleh pakai apps nih?"
"Aah. Nanti kalau dah tukar telefon ke apa ke, baru boleh guna apps nih."

Eh eh. Tadi kau kata SEMUA PHONE BOLEH. Skang tup tup telefon tuh tak boleh. Buang masa je isi borang yang dua helai tuh. Dah la kau tak mintak maaf pun. Siap cakap "nanti kalau dah tukar telefon, baru boleh guna apps nih." Salah sapa nih sebenarnya?

Dan, bila bercakap pasal serba salah. Aku baru je lepas berjumpa dengan Izzy petang tadi. Tup tup teringat tentang gambar iftar masa bulan puasa hari tuh, tak upload lagi. Oh, SERBA SALAHHHHHHH! :)

 Dari kiri dan putaran jam: Alya, Azuan, Izzi, Gjie, Aku


 Alya dan Azuan. Tak ingat lah nama tempat makan nih. Jap aku Google. Yang pasti dia dekat Seksyen 3. Ok jumpa. Restoran Tirai Ratus.


Yah yang mencuba watak model OLD TOWN. ;)

Lepas solat Maghrib, Azuan dan G-jie pulang ke rumah. Yang lain terus meneruskan misi mengisi perut di OLD TOWN. Siap jalan-jalan tengok tudung mahal-mahal kat ARINI. Tudung harga RM899 pun ada you ols. Meletup gitu. ;)


Pilih Izzy, pilih jangan tak pilih. ;)


 Eh, tersalah urutan plak gambar. Nih masa kat Tirai Ratus tadi.
Next time kita buat makan-makan sama-sama lagi eh? Hari tuh pun tak sempat nak catch up sangat dengan korang. ;) Sebuk makan jer. ;) Plus, kejap sangat jumpa masa kat Tirai Ratus. Yang jumpa kat Old Town pun, rasa macam kejap sangatttt je borak. ;) Tak puas. Jom kita holidayyyyy plakkkkkk. Eh tetiba. ;)

Neway, panjang sangat dah nih. ;) 

Di harap, dari cerita serba salah nih, korang ambik pengajaran dan iktibar la eh. :) Pandai-pandailah cari moral of the story. BM kan dulu hebat. ;) Sekian. ;)

6 comments:

kuizikel said...

ahhah cuak je tak disokong, penat berlatih depan cermin kan?

diLa said...

Berbaringnya saya pada hari ini?? hahahaha..tergelak gelak aku.

eh azuan! kem slm kt die ye :p

Unknown said...

yan intebiu lecturer kt fakulti eh?


bestnyeeee

-haizi

~wan~ said...

Lagi best wooo ooo..lalala..

cekkeya said...

@KUI: ahahah tak la berlatih dpn cermin, dpn laptop je. ahahah

@DILA: haruslah berbaring sambil menaip. haha azuan? ok ok, "Azuan, kalau kau baca nih, dila yg kiut miut kemsalam." ;) Sekian.

@HAIZI: takdenya best mana pun haizi. ;) alamak, serba salah plak. dah la tak dtg Haizi kawen hari tuh. :) SLMT PNGANTIN BARU, Haizi! :) Yan doakan moga korang berdua berbahgia sampai anak cucu cicit dan generasi seterusnya. ;)

@CHE WAN: Apa kau OOO ooo nih? ;)

masliza said...

tahniahhhh... semoga sukses dengan interveiw selanjutnya...

bab jawapan kepada soklan bocor tu.. i like... terbaek.. nanti akak copy utk interview akak pulak negggeggg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...